Utama > fikrah > Khilafah Sistem Pemerintahan Dan TingkahLaku Sosial

Khilafah Sistem Pemerintahan Dan TingkahLaku Sosial

Khilafah adalah satu sistem yang unik yang pernah wujud dalam sejarah politik manusia kerana ia bukan sahaja sebagai sistem pemerintahan tetapi juga merupakan tingkah laku sosial sesebuah masyarakat.

Selama masyarakat iltizam dengan mahaj selama itu sistem khilafah boleh bertahan, tetapi apabila manusia mula menyeleweng dari manhaj Islam system khilafah juga akan terseleweng kepada bentuk pemerintahan beraja atau sebagainya.

Dalam sistem khilafah pemimpin benar-benar menifestasi kepada diri umat, sebahagian darinya, tidak lebih dan tiada beza. “Aku hanya dilantik untuk berkhidmat kepada kamu dan aku bukan lebih baik dari kamu”. Inilah manhaj yang dipertahankan oleh khulafa’ yang empat sehingga zaman Muawiyah..

Untuk mudah nak faham ia mirip kepada sistem kutu (taawun) dimana orang yang menguruskan kutu sama hak dan taraf dengan ahli kutu yang lain. Pemerintah bukan badan lain mengatasi umat.

Diceritakan oleh at Tobari daripada Abdullah bin Mas’adah katanya; Muawiah telah berpindah dari sebahagian kampung Syam untuk sebahagian urusan kerjanya, lalu ia singgah di satu rumah di Syam dan dihampar untuknya disatu sudut yang mengunjur arah jalan: lalu ia mengizinkan aku duduk dan aku duduk bersamanya.

Di waktu duduk itu melinstaslah barisan unta yang penuh muatan, unta-unta tunggangan, perempuan pelayan dan kuda-kuda lalu ia berkata; “Wahai Ibnu Mas’adah, Allah merahmati Abu Bakar ia tidak mahu dunia dan dunia tidak mahu kepadanya, ada pun Umar, dunia menghendaki dunia tetapi Ia tidak menghendakinya, ada pun Uthman Ia telah terpalit dengan dunia dan dunia mengenainya, adapun kami, maka kami telah bergelumang didalamnya.

Kemudian seolah olah menyesal Ia berkata; demi Allah ia adalah al mulk “keRajaan” yang Allah bawa kepada kami.

Demikian perbezaan tingkahlaku khalifah dengan tingkahaku jenis kerajaan yang lain, harus difahami oleh kita dengan betul-betul bila kita memperjuangkan pemerintahan Islam mengikut manhaj nubuwah.

Dalam sistem khilafah kuasa pengarahan itu pada kekuatan agama tetapi dalam sistem raja/keRajaan lain kuasa pengrahannya pada pengaruh kekuasaan (sultan) dan asobiyyah.

Ia memerlukan seorang manusia yang tidak duniawi dan hanya lahir dari masyarakat yang tidak duniawi. Tetapi apabila masyarakt sudah jadi duniawi, maka bermulalah sistem itu akan berubah. Akan berubah nilai dan akan terbentuk klik klik politik dan asobiyyah satu golongan merebut kuasa dari golongan yang lain.

Daripada khadam yang melaksanakan tanggungjawab untuk umat- mengambil dari yang kuat untuk diberi kepada yang lemah -kepada menjadi penguasa yang memiliki pengaruh dan mengeksploitasi manfaat dari pengaruh tersebut. Keadaan ini lahir sekali gus dengan masyarakat yang lemah pengarahan agamanya, tamakkan mata benda dan mula berlumba-lumba mendapatkan manafaat dari orang yang berpengaruh dalam politik, meninggalkan ajaran Islam dan manhaj nubuwah dalam siasah.

Dengan itu bertambah kukuhlah kerajaan dan bertambah jauhlah umat dari sisitem khilafah.

Ia berkembang dan berkembanga sehingga ciri-ciri kerajaan bukan sahaja pada gaya mewah bermegah-megah tetapi berkembang kepada menerima sistem pewarisan takhta, memilih ahli al hall wal aqdi di kalangan kroni, amalan nepotisme, bersifat kuku besi (istibdad) demi mempertahankan kuasa.

Saidina Umar selalu bertanya; adakah ia seorang khalifah atau seorang raja. Lalu seorang sahabat (tidak disebutkan namanya) menjelaskan kepadanya perbezaan; “Wahai amirul mukminin katanya; khalifah tidak mengambil kecuali yang hak dan tidak meletakkannya kecua pada tempat yang hak, dan kamu al hamdulillah begitu, adapun raja dia memeras manusia lalu ia mengabil dari ini dan memberi kepada itu,” lalu Umar pun diam.

Daripada keterangan di atas jelas bahawa khilafah bukan semata-mata sistem pemerintahan tetapi juga adalah tingkah laku sosial yang melibatkan pemimpin dan juga mastarakat. Usaha kita untuk itu -jika benar- tidak mungkin berjaya tanpa terlebih dahulu atau pada masa yang sama, kita dapat mewujudkan masyarakat yang kuat pengaruh dan kuasa agama dalam kehidupan mereka.

Jika tidak mereka sentiasa akan berkumpul dibelakang pemimpin membentuk klik-klik asobiyyah dan dari situ akan berulanglah fenomena kronisme, nepotisme, politision, manipulation, kolution dan sebagainya. Dan orang politik pula terpaksa atau segaja berbuat demikian kerana mempertahankan pengaruh atau kerusi. Ia tidak mungkin dapat mempertahankan kedudukan tanpa melakukan perkara-perkara tersebut, kerana itu juga telah menjadi lumrah masyarakat.

Secara insaf saya sebutkan bahawa fenomena inilah yang kita lihat setiap kali lepas pilihan raya (samada sikit atau banyak), tidak kira parti mana yang menang, mereka akan mengutamakan orang mereka, saudara mereka untuk apa-apa jawatan atau peluang, bukan berdasarkan sepenuhnya kelayakan. Sebab itu pada saya isu rasuah, kronisme, nepotisme, kolusi dan sebagainya penyakit yang sedia subur dan akan terus berulang dalam masyarakat yang tahap keugamaannya seperti yang kita lihat hari ini.

Orang yang berkobar-kobar lantang menentang waktu jadi pembangkang, tetapi bila menang belum tentu. Saya tidak mengatakan semua orang dan tidak menyalahkan orang perseorangan tertentu atau blok tertentu tetapi masyarakat seluruhnya masih tidak terdidik dengan sistem al khilafah diatas manhaj an-nubuwah.

Kategori:fikrah
  1. farhan
    April 16, 2009 at 7:58 pm

    Assalamualaikum.. Di sini saya melihat persepsi ust dalam memberi pandangan mengenai khilafah agak mengarah ke satu bahagian sahaja. Sikap yang lahir daripada khulafa’ arrasyidin itu adalah hasil didikan jiwa yang mereka latih terus drpd Rasulllah s.a.w sehingga setiap isi ajaran Islam meliputi segenap aspek mereka dapat amalkan membuahkan semulia akhlak. Tentang kedudukan manusia yang sama rata di sisi kaca mata Islam, yang membezakan kita hanyalah taqwa, ini juga ditekankan dalam Al-Quran. Itulah sebaik2 cara bermuamalah dalam hidup sesama manusia, bahawa tiada yang lebih mulia dan agung dikalangan hambaNya kecuali yang bertaqwa. Maka kemewahan dunia dan harta ditinggalkan. Jadi, jika mereka yang alim lagi faqih itu (ulama pewaris nabi) yang diangkat sebagai pemimpin, sudah pasti isi Al-Quran dan As-Sunnah diangkat menjadi panduan no. 1 dalam susun atur pemerintahan. Di sini persoalan membelakangkan sunnah yang ditelunjuki sirah nabi Muhammad s.a.w dan para khalifah dalam aspek pemerintahan tidak lagi menjadi isu.

    Misal kata jika yang ust katakan ‘kroni’ itu adalah sahabat seperjuangan yang sebarisan dalam menegakkan ketuanan Islam, maka apa salahnya jika apa bentuk amanah itu diletakkan di atas mereka yang bersedia untuk memberi sepenuh khidmat. Tetapi jika ada pengaruh peribadi berbentuk keuntungan, pasti itu satu kesalahan jika disemadikan dalam budaya berpolitik. Kalau itu terjadi dalam orang yang mengaku memperjuangkan Islam, sudah pasti terlebih dahulu menjadi tanggungjawab kita untuk menegur dan merubah kesilapan tersebut. Tetapi jika berlaku kepada mereka2 yang tidak mengambil prinsip2 Islam dalam perjuangan politik mereka, sudah pasti lain cara kita menilainya dan menegur mereka juga perlu dengan prinsip moral dan nilai murni kemasyarakatan. Selagi mana mereka berdiri menentang kezaliman, orang yang waras cara fikirnya pasti akan berdiri menyokong dan membantu.

    Secara dasarnya, memerintah sesebuah negara atau masyarakat itu ada cara yang Islam sudah ajarkan, dan menjadi tanggungjawab umat Islam untuk mengasimilasikan cara tersebut dalam negara atau masyarakatnya. Jika bukan Islam itu yang berkuasa, maka umat Islam di sesebuah tempat tersebut jika ada kekuatan perlulah mencari jalan utk menegakkan syariat Allah kerana Islam itu dituankan bukan bertuan. Apatah lagi jika yang diangkat adalah ulama amilin yg zuhud, pasti sikap para khalifah akan terpalit sama dalam perlakuan mereka kerana pokoknya ajaran yang sama dan jiwa (hamba) yang serupa.

    Amat malang bagi kita sebenarnya jika meletakkan setiap manusia itu sama sahaja apabila berada dalam dunia politik kenegaraan. Semua mahukan rasuah, semua mahu jaga kroni dan yang lebih teruk dari itu. Sedangkan, sahabat2 seIslam yang gigih melafazkan kalimah haq di hadapan pemerintah yang zalim hari ini tidak pernah mengharapkan sebarang ganjaran melainkan apa yang dijanjikan Allah. Sakit mereka rasa, ancaman tidak putus-putus mereka terima, dan pelbagai bentuk ujian yang Allah turunkan demi untuk menguji pendirian dan keimanan mereka agar disaring antara yang ikhlas dan yang berpura-pura. Dan kita di sini, apa usaha yang kita sumbangkan untuk membantu meringankan beban dan keperitan yang mereka rasai? Sekadar teori tiada resolusi? Ataupun kalam2 fasad kita yang mampu memecahkan lagi barisan pejuang2 Islam yang sedang bertahan melawan arus sepak terajang musuh2?

    Yakinlah, jika Al-Quran dan As-Sunnah itu sama2 menjadi rujukan kita, maka pasti kita akan bertemu pada satu titik kesefahaman yang sama. Walau apa teori manhaj yang cuba kita praktikkan, walau apa jenis fikrah yang menerpa dalam minda kita, tidak akan sekali kita memandang rendah dan sia-sia terhadap perjuangan sahabat2 seIslam kita di yang berlainan angkatan. Di sini sesuailah jika berlapang dada itu kita jadikan amalan, agarkan umat yang sudah berpecah kepada beribu2 klik ini tidak lagi diundang padah hasil permainan teori kita tidak henti2..

  2. al-jihad
    April 17, 2009 at 1:20 am

    “Saya TIDAK MENGATAKAN SEMUA ORANG dan TIDAK MENYALAHKAN ORANG PERSEORANGAN TERTENTU ATAU BLOK TERTENTU tetapi MASYARAKAT SELURUHNYA masih tidak terdidik dengan sistem al khilafah diatas manhaj an-nubuwah.” Ustadz Lah.

    Apa yang Farhan cakap tu benar.. tak nampak ustadz kritik sesiapa..cuma Ustadz telah memberi pandangan terhadap suatu kefahaman berdasarkan teori politik masa kini.. Sama-sama kita perjuangkan ISLAM menggunakan segala wasilah sehingga tertumbangnya jahiliyyah..bermula dengan dari dalam diri kita..
    moga Allah bagi kekuatan..

  3. ikjmedia
    April 17, 2009 at 1:35 pm

    tahniah kpd ISMA atas penubuhan ISMA-Australia… ana semakin yakin gaya pendekatan ISMA yang lebih fokus pada pelaksanaan amal dakwah daripada asyik berbincang, berjidaal dan melayan komen-komen orang…

    semoga dakwah IM yang kita yakini akan semakin berkembang..

    dari bumi Syam…

  4. al-jihad
    April 18, 2009 at 12:21 am

    aameen yaa Rabb..:) salam dari bumi malaysia ke bumi Syam..:)

  5. April 18, 2009 at 5:37 pm

    praktik yang betul perlu teori yang benar.. amal yang benar dari fikir yang segar.. seqadar pandangan dari beberapa komen dan ulasan..

  6. ukhtie
    April 18, 2009 at 8:16 pm

    ameen
    moga tarbiyyah dari dalam diri sentiasa dititikberatkan dalam isma…
    bukan menyalahkan tapi mengmbil iktibar..

    kejadian rusuhan bola di kelantan walaupun “19 tahun” dlm “tarbiyyah”.. fikirkanlah.

  7. noorikhwan
    April 18, 2009 at 10:46 pm

    Semoga Allah menyatukan hati-hati kita di atas jalan dakwah yang hakiki. Asas kepada perubahan adalah berubahnya individu itu sendiri, sejauh mana dia beramal dengan islam dan tuntutan2nya. Oleh sebab itu apa yang diketengahkan oleh Ustaz Abdullah ialah untuk mengembalikan umat kepada agenda perubahan yang sebenar.

    Allahu a’lam.

  8. kuantan
    April 19, 2009 at 12:45 pm

    salam ust.. walaupun x berkaitan..
    boleh x ustaz terangkan serba sedikit tentang sejarah sufi,silsilah tarbiyyah dari rasul,dan hasan albanna yg dikatakan masih tidak mendapat izin silsilah tarbiyyah… mntk tolong ustaz….

  9. April 20, 2009 at 12:56 pm

    semoga Islam tertegak di bumi Malaysia amin…

  10. akhi badar
    April 22, 2009 at 10:35 am

    Jazakumullahu khair!

  11. firdaus_usuluddincairo
    April 27, 2009 at 7:05 pm

    salam ziarah.
    hayya na’mal lil Islam bil Islam!
    sama2 kita berjuang utk menegakkan Islam dgn mengamalkan ajaran Islam itu sendiri dlm diri!

  12. razik
    April 30, 2009 at 12:27 am

    askm

    apa hal komen saya satu pun tak diluluskan?
    ISlam apa yang antum bawak ni? ni belum memerintah lagi, habis semua yang tak setuju di cantas, ni kata kat orang lain, tengok diri sendiri dulu oi brother!!

  13. kizar
    Mei 1, 2009 at 5:45 pm

    askm

    ustaz boleh delete komen ana, mesti tak di siarkan punya
    macam mana sikap ISMA dan ustaz macam ni?
    ni belum pegang kuasa lagi, kalau ada kuasa nanti, mesti geng2 ISMA je yang dapat, orang lain yang tak bersetuju ditolak tepi
    jangan begitu

    salam

  14. ibntamam69
    Mei 2, 2009 at 10:53 am
  15. Mei 3, 2009 at 2:49 pm

    OO Isma rupanya….mantap juga…nie

  16. abu basil
    Mei 11, 2009 at 2:49 pm

    ustaz.. bagus tulisan ustaz. semoga Allah menyatukan antara hati kita dan membersihkan saf dari penyakit2 hati. Dengan saf yang padu dan ketaatan yang mantop, kita akan berjaya mendaulatkan syariah ..satu hari nanti. Tak semestinya ana bukan org isma, ana tak boleh bersetuju dengan enta. Namu tidak perlulah fanatik dengan isma semata.

  17. Abdullah Zaik
    Mei 12, 2009 at 11:49 am

    Terima kasih Abu Basil,

    Al Hamdulillah kita tidak pernah fanatik…….dan sentiasa terbuka insya Allah

  18. Mei 17, 2009 at 6:49 am

    salam ustaz dr bumi mesir..

    2 perkara untuk renungan kalian:

    1.satu ungkapan dari seorg sahabat r.a:
    [IZA TAMMAL ‘AQLU..FA YANQUSUL KALAM]
    jika sudah SEMPURNANYA AKAL FIKIRAN…maka kuranglah ia berkata2

    2.dakwah itu mutmainnah(ketenangan)
    jika terasa emosi atau kosong dalam berbicara mahupon amal..maka..apakah zahirnya amalan itu benar2 lahir atas dasar ilmiyah dan dakwah..

    p/s :tepuk dada..sakitkah ia tanpa iman??

    hamparan kita adalah IKATAN dan AMAL..ayuh garapkan~

    ya allah jauhkanlah kami dari persengketaan manusia dan tanamkanlah sifat mahabbah diant. kami sbagaimana kaum ansar dan muhajirin…smg kami terus thabat..ameen

  19. Omar
    Ogos 28, 2009 at 11:08 am

    Satu persoalan: adakah umat Islam wajib tegakkan sistem khilafah (sbgaimana dlm sejarah Islam) atau boleh dalam sistem kenegaraan lain sepeti kerjasama EU, confederation/federation dsbnya?

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: