Utama > komentar > Ulamak Atau Profesional?

Ulamak Atau Profesional?

antara-dua-jalan

Semakin hampir muktamar PAS semakin hangat isu persaingan antara Ulamak dan profesional diperkatakan. Siapa yang lebih sesuai menjadi nakhoda seterusnya? Apa arah yang yang nak dituju pada masa akan datang?

Isu ini seolah-olah meletakkan PAS dipersimpangan. Perwakilan harus pilih antara dua.

Kepimpinan ulamak yang telah menjadi simbol kepada parti itu semenjak lama dahulu. Label “pro muzakarah” kepada memberi gambaran terhadap hala tuju kepimpinan ulamak dalam menghadapi krisis politik semasa.

“Profesional” yang dulunya  memberi imej positif kepada PAS, kini di lihat menjadi pesaing yang ingin membawa arus baru dan mencabar ‘status quo’ kepimpinan ulamak. Lebel “Erdogan” memberikan mereka pertalian dengan Anwar.

Persoalannya adakah PAS akan kekal independen dengan identiti tersendiri atau akan diwarnai oleh arus dari luar?

Jika momentum  Anwar terus menguasai gelombang politik seperti yang ditunjukkan pada hari ini tidak mustahil pengaruh Erdogan akan lebih dominan dalam PAS dan suara ulamak akan semakin lemah.

Jadi apa keputusan anda?

Kategori:komentar
  1. akhi badar
    Mei 17, 2009 at 2:57 pm

    PAS meletakkan jawatan no 1 dan 2 khusus utk ulama’ agar parti itu terus dipandu oleh mereka yg ahli dalam bidang syara’…..sumber: harakah

    wallahu’alam

  2. abuadil
    Mei 17, 2009 at 4:40 pm

    persoalannya bukan setakat ulama vs professional atau lebih tepat intelek bukan ulama. kalau diteliti pandangan2 golongan yang dilebelkan sebagai erdogan(sekadar memudahkan penamaan kumpulan) sejak sejurus berakhir pru11 2004, pandangan2 berani hingga cadangan menangguhkan syariah (misalnya pandangan yb dr dzul) sebagai memenuhi kehendak masyarakat/penyokong pembangkang bukan pas melalui kefahaman isyarat (istilah dr dzul) yang diberikan. selepas pru13, suara golongan ini tak dapat disekat lagi, sedang golongan ulama gagal berhujjah mengapa ulama mesti memegang jawatan presiden dan tim presiden bukan sekadar wujudnya majlis syura ulama. kemuncaknya apabila golongan ulama melalui majlis syura memberikan beberapa pandangan ekoran keputusan pru13, beserta kebimbangan projek lompat katak DSAI. disinilah kerap abuadil dalam forum2 internet cuba mengajak kawan2 PAS memahami dua istilah syeikh arrosyid ie muzayadah ‘aatifiyyah dan mantiq almaslahah. malangnya bagi ambe TGNA tak pernah berhujah berdasarkan syara’ apabila mempertahankan kumpula erdogan(nama sekadar nama). Kini, menjadi beban/tanggungjawab kepada anakandanya untuk menjaga ayahandanya yang sudah tua katanya.

    sebagai penangguhan sementara, noktah pentingnya, sebahagaian besar kita gagal memahami kesyumulan Islam.antaranya kita menolak syara’ sebagai asas dalam proses membuat keputusan, merangka strategi, pentadbiran parti dsb. dalam kata lain pimpinan gagal membina pemikiran syar’i/fiqhi dikalangan ahli.

    ambe amat berterima kasih jika us abdullah zaik dapat menulis buku berkaitan bagaimana membina strategi perjuangan melalui proses intinbat.

  3. Mei 19, 2009 at 12:35 am

    salam perjuangan,
    sekadar memberikan sedikit rangsangan politik dgn bbrp notis penting dr Dr.Dzul sdr :

    Dzulkefly yang turut mempertahankan jawatan selaku Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Pas Pusat berkata, perkara penting pada pemilihan paling ‘meriah’ itu nanti adalah untuk ahli parti memikirkan gandingan pasukan terbaik.

    “Gandingan pasukan pimpinan yang mampu mengekalkan kemenangan sedia ada dan memperbaiki tapak sokongan yang perlu kita capai.

    “Jadi mereka akan menilai bukan kepada ‘label’ tetapi gandingan peribadi pemimpin,” katanya.

    boleh rujuk ke blognya di http://drdzul.wordpress.com

    kita sedang berbicara dengan kemelut umat yang mendesak kita berdiri di atas tuntutan gagasan kerja dalam pasukan amaliyah..

    petikan dr mursyidul am PAS,..persoalan ulamak dan umarak sudah berlaku sejak zaman nabi s.a.w lg..tetapi Rasul s.a.w itu sbg ulama dan para sahabat r.a sbg umarak..apakah kerja mereka berasingan? kita boleh lihat hasilnya sehingga kini..

    sekadar lontaran fikrah di manakah cantiknya bunga kalau bukan dari gemburnya tanah sbg hamparan

    hibbukum fillah

  4. abuadil
    Mei 19, 2009 at 8:13 pm

    ambe tak tahu bila istilah ulama dan umarak timbul dalam sejarah memerintah negara atau organisasi islam. oleh kerana negara atau jamaah islamiyyah atau harokah islamiyyah (istilah yang digunakan oleh ikhwan dan jamaati islami) melaksanakan kerja berdasarkan syarak, untuk menegakkan tujuan2 syarak, tentulah umarak semestinya seorang ulama. sejarah membuktikan apabila ulama menjadi ketua, keadilan dan dakwah dapat digerakkan semula. misalnya omar bin abdul aziz, seorang ulama, harun arrosyid pun seorang ulama dan muhammad alfateh juga seorang ulama. begitu juga pemerintahan moghul di india dapat dipulihkan apabila seorang alim ie alimghir berkuasa. semua khulafa rosyidin termasuk muawiyyah adalah ulama. justeru tiada pemisahan antara ulama dan umarak kerana cirinya dimiliki oleh peribadi yang sama. namun khalid alwalid tetap ada tempat dalam pemerintahan islam.

    noktah kedua, pandangan “Gandingan pasukan pimpinan yang mampu mengekalkan kemenangan sedia ada dan memperbaiki tapak sokongan yang perlu kita capai”.
    perlu difahami dan diinsafi, hanyasanya manhaj perjuangan yang syar’i, syumuli, usuli dsb sahaja yang mampu memberi kemenangan Islam. manhaj2 lain selain dari manhaj syar’i akan membawa kemenangan yang bukan syar’i. Keindahan Islam, kecantikannya, keadilannya, hanya dapat dirasai oelh bukan Islam apabila syarak dipatuhi. Mustahil syara’ berdiam diri atau meninggalkan kita dalam keadaan ragu2 dalam membina manhaj perjuangan, sedangkan kaedah2 syarak sendiri menjelaskan apa yang sepatutnya kita buat dalam semua keadaan. misalnya strategi katak lompat 916 dsai yang disokong oleh kumpulan erdogan, apakah asas strategi yang dibuat? sedangkan kumpulan ulama menolak pendekatan ini. pernahkah terfikir oleh puak erdogan tentang kaedah zaraa’ik, melihat kepada maal. apakah ameno berdiam diri sebagaimana orang kafir akan berdiam diri jika kita menghina berhala mereka?

    apa yang berlaku dalam pas hari ini adalah lanjutan dari peristiwa yang sama berlaku dalam abim,apabila dsai membelakangi keputusan syura untuk menjerumuskan diri kedalam ameno. berlaku juga kepada JIM, diera kepimpinan awal hingga lahirnya kutlah2. Guane ghmok us Abdullah? lukanya hingga ke hari ini masih berdarah walaupun berbagai doktor pakar yang diimport telah cuba mengubatinya. aku dapat menghidunya melalui tulisan2 us Abdullah Zaik.

    sebagai kalimah penangguhan, apakah kita mahu tetap istiqomah dengan manhaj syar’i atau kita ingin mencari jalan2 lain yang tidak diketahui asalnya?
    marilah kita sama2 mentolaah kitab usulul ifta’ karangan almurobbi addaa’iah asysyeikh arrosyid kerana ideanya sangat berkaitan dengan apa yang kita bincangkan.
    wallahu a’lam.

  5. Mei 20, 2009 at 5:00 pm

    isu ini sudah lama.. sejak daripada awal penubuhunan PAS… saya lihat tiada apa yg perlu dikhuatirkan… TG NIK ABD AZIZ sendiri telah berkata : “Kita sudah lama gabungkan di antara ulama dan profesional. Saya tidak faham kerana apa pula timbul cerita ini,” (http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20595&Itemid=50)
    Cuma harapnya… janganlah ada antara kita yang terpengaruh asyik dengan paluan gendang UTUSAN dan RTM..
    Berhati2 semua…

  6. abuadil
    Mei 20, 2009 at 7:06 pm

    syukran hamba,
    isunya jawatan presiden dan timbalan presiden apakah boleh disandang oleh bukan ulama? soal menggabungkan ulama dan prefessional tak timbul kerana gerakan Islam dianggotai oleh ulama, professional, guru, pentadbir, petani, tukang kayu, tukang beca, nelayan dll. Yang meminpin adalah fuqoha.

    tentang takrifan ulama, sudah tentu meraka yang menguasai ilmu agama samada belajar secara formal atau tidak, tidaklah penting. dan ini bukan takrifan lama.

    Kepentingan isu ini, adakah harokah islamiah akan berdasarkan manhaj syar’i atau berdasarkan akal manusia semata2? atau adakah kita yakin syarak tidak membiarkan kita dalam keadaan terumbang ambing dalam perjuangan ini.

    untuk TGNA,
    apakah hujah syarak Tuan Guru mencalonkan ibrahim Ali, menolak idea muzakarah, sedangkan ianya yang asal, apakah hujah Tuan guru menerima agenda katak lompat dsai 916?

    maaf, tersalah forum!!

  7. AHZ
    Mei 22, 2009 at 4:52 am

    Aslm.saje je nak berkongsi..
    Maybe ramai org nak kaitkan antara IM Mesir dgn isu ini kan?
    Ir. Mahdi ‘Aqif bukan lah keluaran Azhar..
    Tapi kita mesti ingat…suasana dan waq’i di negara Arab berbeza…Mereka menghafal Al-quran 30juzuk secara amnya..
    Mereka menguasai kaedah dan ilmu2 bahasa arab dari awal lagi..kenapa?
    Sebab mereka adalah arab dan menjadi tobi’i utk mereka menguasai ilmu basic ini..
    Di negara bukan arab…spt Malasyia…walaupun seseorang itu Ir atau Dr pakar…mereka masih lagi tidak mampu menguasai ilmu2 bahasa arab dan quran secara am…sebab ianya bukan tobi’i..kerana juga kita bukannya berbangsa arab…Beza kan?
    Maka paling baik beri lah pada yg “TERBAIK’
    Allahu’alam…

  8. abuadil
    Mei 22, 2009 at 9:50 am

    ambe amat bersetuju dengan AHZ. namun jika golongan professional mempelajari ilmu2 islam serta menguasai bahasa arab, bolehlah mereka mencuba jadi presiden atau timbalan. lebih penting mestilah menamatkan manhaj tarbiyyah yang muktabar.

    tapi isu utama bukan setakat itu. seperti pengalaman yang lepas, terdapat kecenderungan yang kuat untuk mengurus jamaah berdasar pemikiran pengurusan barat, tanpa perlu berdasarkan manhaj syar’i. di turki lahirlah puak2 erdogan. di malaysia abim berpecah apabila lahir puak2 anwariyyun. sidek fadil memperkenalkan manhaj malazi yang aku hingga ke hari ini. jamaah ustaz lah camna? dalam surat dari penjara, jelas anwar menolak totok ikhwan yang bagi aku merupakan malapetaka besar kepada gerakan islam di malaysia.

    puak2 anwar dari iiit pernah berusaha mempengaruhi almursyid. tetapi alhamdulillah, ikhwan tetap atas jalan dakwah yang sohih.

  9. Mei 22, 2009 at 11:28 am

    saya setuju sangat dengan abu adil dalam bab manhaj dakwah… Dua ayat sudah cukup membayangkan bahawa manhaj dakwah jelas, lurus dan tidak berkelok-kelok…
    1- قل هذه سبيلي أدعوا الي الله علي بصيرة أنا ومن اتبعني
    2- وان هذا صراطي مستقيما فاتبعوه ولا تتبعو السبل فتفرق بكم عن سبيله

    Dalam dakwah perlu jelas,lurus, tak ada tanakkur atau penyamaran… yg Rasulullah guna helah tu sikit sangat dalam seerah w.pun membayangkan harus tp bukan lazimnya begitu… Dimana suara kita dalam kes ridzuan Abdullah? kenapa tidak selantang isu lain kita mengkritik kerajaan? di mana Risalah kita sebenarnya? pengaruh politik, kuasa, atau kejelasan Risalah…? saya rasa itu isunya lebih mendasar bukan sangat isu ulamak atau profesonal.. W.A .. saja je tumpang semangkuk

  10. salam
    Mei 23, 2009 at 12:39 pm

    salam..

    ttg hal ulama dn professional, ustaz boleh rujuk keterangan dri Tok Guru Nik Aziz sndiri : http://www.blogtokguru.com/pages/posting/13/usahkan-bezakan-ulama-dan-profesional-

    saya harap isu ini tidak diungkit2 lgi supaya kita tidak tergolong dlm golongan yg menyebarkan fitnah dan menjadi batu api dlm gerakan Islam itu sendiri.

    tentang kes ridzuan abdullah, daripada kita duk menuduh sesama kita, apa kata kita sama2 mnyelesaikan kes ni?

    bukankah kita sama2 org islam?

    PS: saya harap komen saya diapprove utk kebaikan semua.

    wALLAHuA’lam..

  11. abdullah
    Mei 24, 2009 at 4:08 am

    menurut hemat saya.. isu ini lebih diperbesarkan oleh media2… tidak seghairah itu dlm pas.. media dilihat seolah melaga2 antara pemimpin tertinggi..

    saya bersetuju dgn saudara hamba, kita kena berhati2…

    Maaf, saya kira ada kesilapan pada kenyataan abuadil, PAS tidak pernah menolak utk bermuzakarah dengan sesiapa pun… demi kebaikan ISlam… hatta demi UMNO! itu telah termaktud… dan telah beberapa kali ditegaskan oleh TG Hadi Awang..

    Cuma, kita telah menyaksikan apa yg diperbuat oleh UMNO dulu kepada PAS… setelah mereka kuat kembali… mereka telah membuang PAS seperti sampah.. sejarah ada menulis… bukan bertujuan dendam, tapi berjaga2..
    seperti pesan nabi ” org muslim itu tidak akan dipatuk dua kali dalam satu lubang”..

    PAS bukan mahu sangat menentang kerajaan… sekiranya UMNO cuba mengamal pemerintahan Islam seluruhnya… PAS akan dibubarkann… itu kata TG Nik Aziz…. tapi..

  12. abuadil
    Mei 25, 2009 at 8:27 am

    ikhwatil kirom,
    kalaulah kita meneliti tulisan2 kalangan pimpinan pas bukan ulama samada dalam harakah atau bolg2, jelas pertembungan ini amat serius walau ada pimpinan cuba menutupnya. ambe bukan ingin memberbesar2kannya, tetapi sejarah pengalaman amal islami di malaysia, termasuk lahirnya isma dan krisis abim 1982, memberikan kesan besar terhadap penerimaan manhaj yang sohih dalam amal islami. dengan kata lain assiasah asysyr’iyyah gagal difahami, malahan tenggelam atau cair bersama demokrasi. setakat ini yang berkuasa adalah puak2 yang tidak menerima kaedah syarak dalam amal islami!!! (KASAR KE TUDUHAN INI?)

    berhubung isu muzakarah atau muqobalah, tgna menegaskan semula penolakan pas terhadap perkara tersebut dalam seminar menyambut 25 tahun kepimpinan ulama beberapa hari lepas di taman melewar. apakah ambe masih silap. hingga kini ambe masih menunggu hujah syarak dari tgna. hujah mr. presiden, muzakarah adalah perkara asal, pakatan adalah yang mendatang. tentulah kita mesti gunakan yang asal kecuali terdapat hujah2 yang kuat. namun ijtihad tidak terbatal dengan ijtihad walaupun kita beramal dengan ijtihad yang baru, ijtihad lama tetap tidak terbatal. ambe sewaktu bersembang dengan penyokong erdogan(sekadar penamaan) kerap menekankan antara muzayadah ‘aatifiyyah dengan mantiq almaslahah.(istilah syeikh arrosyid).

    kemudian kenyataan tgna “sekiranya UMNO cuba mengamal pemerintahan Islam seluruhnya… PAS akan dibubarkan”….. apa hujah syaraknya? hakikat membubar harokah islamiyyah tidak semudah itu, kecuali pas hanya sekedar parti politik atau pas memang begitu, bukan harokah islamiyyah atau jamaatun minal muslimim??? lagi haru,, kata azizi hj abdullah, lebih baik tgna tutup mulut.

    akhi,
    seketika dulu, puak2 anwar (iiit) pernah melingkung syeikh omar untuk meyakinkan syeikh dengan projek mereka (islamisasi) . telah menulis syeikh mustafa dalam toriquddakwah, tanpa menyebut peristiwa tersebut, bahawa ikhwan tetap dengan jalan asal, jalan dakwah.
    abu adil komen, biarlah anjing menyalak, kafilah dakwah tetap meneruskan perjuangan.

    kata seorang sahabat tua, bagus juga cadangan tgna nak membubarkan pas, bagilah jalan kepada ikhwan beroperasi di malaysia!!!

    kata nik abduh, “saya mesti menjaga ayah saya yang telah tua”.
    kalimah akhirah ambe untuk tajuk us lah ini,
    “dakwah ini tidak layak kecuali bagi mereka yang menguasainya dengan seluruh aspek dimensinya”(da’watuna)
    TQ untuk us lah, memberi peluang kepada saya mengomen disini. jazakallah dan maaf untuk semua atas segala kesilapan ambe, ambe hanya penebar roti canai!!!!

  13. Abdullah Zaik
    Mei 25, 2009 at 11:44 am

    Kalau saya letak diri saya sebagai orang PAS saya lebih suka PAS independen.

    Kekal dengan perjuangan menegakkan negara Islam cuma kena ubah dari aspek penghuraian islam yang lebih luas dan cara perlaksanaan yang lebih konfrehensif bukan sekadar menekankan aspek hudud sebagai simbul/lambang.

    Pada kala ini kenapa PAS lebih menumpukan usaha untuk menarik undi bukan melayu? padahal mungkin lebih utama atau lebih starategik kalau dia menumpukan kepada menarik sokongan melayu.

    kalaupun PAS rasa perlu terus bersama pakatan, tidak salah ia memiliki strategi tersendiri.

    Jika ditakdirkan UMNO tidak dapat lagi memulihkan dirinya, maka PAS boleh menjadi alternatif kepada Melayu.

    Soalan akhir mungkin nakal sikit…apa jadi pada PAS kalau nanti tawajjuh ardogan ini akan membawa PAS kepada tolak ansur yang lebih banyak demi nak menang atau nak kekalkan kemenanagan.

    Kalau nak menang kita dah tolak ansur..untuk mempertahankan kemenangan tentu memerlukan tolak ansur yang lebih banyak.

    Dengan itu PAS akan meninggalkan pos yang sangat penting yang ia sangdang sepanjang sejarah, sebagai jkaguh pejuang negara Islam.

    wallahu aklam

  14. salam
    Mei 27, 2009 at 12:05 am

    salam..

    sblm saya berkata2, saya ingin tekankn bhwa kata2 saya ini adalah sbg org yg memerhati..

    jdi, dripd apa yg saya nmpk, kpd ust Abdullah Zaik, saya rasa ada baiknya kalau ustaz Abdullah cuba berjumpa dan berbincang dgn pemimpin PAS sendiri ttg apa yg ustaz ingin utarakn atau apa2 saja persoalan ustaz ttg PAS..

    dripada kita semua ini membuat pelbagai persoalan yg tiada jwpn di web yg berada luar dri web sasaran kita, ada baiknya kita terus membuat pertanyaan direct, takut2 perbuatan kita ini dikira sbg perbuatan mengumpat/fitnah.. siapa tahu..?

    bukan apa, kita semua ini bersaudara, saling bantu-membantu, tolong menolong.. persaudaraan kita semua atas dasar 2 kalimah syahadah.. dan jika kita nmpk ada cacat-cela dlm sesebuah jemaah itu, lebih2 lgi jemaah yg memperjuangkn islam sama mcm kita, jadi, ada baiknya kita sama2 berbincang, duduk semeja.. bukannya berdebat, tpi sekadar mengutarakan persoalan supaya persoalan kita ini terjawab, dan tiada lgi risiko fitnah yg akn berlaku sesama org islam..

    sebab mengikut pengalaman saya berbincang dgn ahli2 ISMA setakat ini, anak didikan ustaz kesemuanya menjawab tidak apa byk berjemaah, asalkan kita semua saling tolong-menolong/bantu-membantu..

    jdi, saya rasa ada eloknya ustaz Abdullah Zaik membuktikan kata2 anak didikan ustaz, iaitu kita semua saling tolong-menolong.. ya, antara jemaah islam dgn jemaah islam yg lain..

    jdi, jika ustaz Abdullah Zaik ingin menolak cadangan saya ini, atas sebab apa2 pun, saya rasa ada baiknya ustaz dan semua org berdiam diri dri mengeluarkan sebarang persoalan.. delete semua entri2 yg ada unsur persoalan ttg ‘status’ suatu jemaah itu.. supaya kita semua tidak terjebak dalam bahaya fitnah.. sesungguhnya fitnah itu lebih besar dri membunuh..

    jdi, kalau ustaz Abdullah Zaik betul2 ikhlas dlm memperjuangkan islam, saya fikir ada baiknya ustaz mempertimbangkan cadangan saya ini.. supaya kita semua betul2 tolong-menolong sesama org islam, supaya kita semua betul2 bantu-membantu sesama jemaah.. seperti apa yg diulaskan oleh syeikh Yusuf Al-Qardawi ttg taadud jemaah ini.

    wALLAHuA’lam..
    sekadar cadangan dri saya yg hina ini..
    semoga ustaz menjadi asbab yg menyatukan kita semua..

  15. ISLAM
    Mei 27, 2009 at 12:00 pm

    Assalamualaikum

    Ana setuju dgn pandangan SALAM. Kepada ikhwah al-Kiram supaya lebih banyak mendiamkan diri dari menyentuh sensetiviti jamaah dan gerakan Islam lain. Mungkin pandangan kita betul, tapi orang mentafsirkannya tak betul. Lagipun kalau sekadar tulisan…kita tak mampu ubah apa-apa…mudharatnya pula mungkin lebih besar. Baik kita berdiam diri dan perkukuhkan sof kita. Mereka juga saudara se Islam kita, maybe ‘ikhlas’ mrk lebih tinggi dari kita. Bukankah Hudaibi pernah berkata: tolong menolonglah pada perkara yg disepakati, bertolak ansur pada perkara yang diperselisihkan’.

    Tak baik kita komen landskap rumah orang, sedangkan kita masih perlu ‘masa’ utk memperbaiki ‘landskap’ rumah kita. Kerja kita sgt banyak kerana keyakinan dan impian kita tinggi.

    Eloklah setiap ikhwah delete entri yg menyentuh sensitiviti gerakkan lain yg juga saudara kita. Takut akan dijadikan senjata musuh untuk menghentam mereka. Sedang mereka saudara kita. Kalau nak bincangpun, kita jadikan bahan perbincangan dalaman.

    Wallahua’lam.

  16. abuadil
    Mei 27, 2009 at 8:16 pm

    sahabat maya yang masih bermaya,
    ambe tidak melihat isu ulama/pro, hanya isu pas, cuma menjadi hangat kerana pas adalah organisasi yang mencabar sistem dan sudah semesti media/lidah syaitan pun memainkan peranan. JIM/IRC/alami pernah menghadapi kemelut ini dan ambe percaya hingga hari ini ianya belum selesai. abim sewaktu kemuncak pergolakan, kalangan asatizah keluar beramai2 dan dr sidik fadil memperkenalkan manhaj malazi bagi mengukuhkan kedudukan anwar dan peranan abim dalam ameno.

    justeru, persoalannya, mengapa isu ini timbul?apakah faktor2 kemelut ulama/pro atau ulama/intelek bukan ulama? memahami punca insyakAllah akan membantu kita menyelesaikan kemelut ini.

  17. abu basil
    Mei 28, 2009 at 8:13 am

    betul betul betul betul, untuk salam dan islam. Pendapat ana, kumpulan erdogan dan ulamak ini hanya lelongan dari media massa kerajaan dan kita hjangan terpengaruh. Mungkin ada gimik-gimiknya tetapi tak eloklah kita semakin memanaskannya. Usaha kita untuk menghimpunkan bukan memecahkan.

  18. Abdullah Zaik
    Mei 28, 2009 at 11:37 am

    Terima kasih kepada Salam atas cadangan.

    Saya sebenarnya dah ada cadangan nak jumpa cuma cari masa sahaja.

    Itu tidak jadi masalah…sebahagian tu, kami saling kenal antara satu sama lain dan kadangkala ada juga berbincang.

    Saya harap kita tidak terlalu sensitif dan membesar-besarkan perkar lebih dari sepatutunya.

    Anggaplah pandangan saya sebagai pandangan seorang pemerhati. lagi pun apa yang saya cakap tu sikit je berbanding apa yang ditulis oleh orang lain hatta dalam harakah sendiri.

    Saya ingat Dr dzul pernah mencabar pemimpin PAS dan disiar oleh TV PAS.

  19. abdullah
    Mei 29, 2009 at 4:09 am

    Betul.. saya juga pemerhati, saya amat bersetuju dgn pandangan Salam.. Hujah yg diberikan disini mungkin saja dari mereka yg belom benar2 jujur.. ada antara mereka yg tahu dan kurang tahu.. dan sikap menyalahkan pemimpin di belakang mereka.. AMAT tak wajar… meminta sebarang hujah/penjelasan diberikan tanpa bertanya dulu pada tuan punya badan sendiri adalah sangat tidak tepat.. kerana menyalahkan mereka yang tidak tahu menahu..
    Salah satu pekara yg saya kagum dengan Pas adalah keberanian berdepan dgn pemerintah.. menegur pemerintah dgn terbuka atas setiap isu yg bertentangan dengan kehendak Islam.. hatta ada ke penjara. sedang sesetengah kita masih lagi takut2 mengeluarkan kenyataan.. takut diban, dikenakan tindakan, dll. Sudah 50 tahun PAS berjuang menegakkan Islam dalam kesempitan jalan.. hormatlah kita sesama jamaah yg berjuang demi Islam..

  20. akuinsan
    Mei 29, 2009 at 4:28 am

    maaf, saya juga keliru dgn kenyataan.. abuadil, “kata seorang sahabat tua, bagus juga cadangan tgna nak membubarkan pas, bagilah jalan kepada ikhwan beroperasi di malaysia!!!””

    apa yg ingin dibangkitkan dgn peryataan itu?? kalo bukan Manhaj Ikhwan.. manhaj apakah lagi yg digunakan PAS??
    Ya mungkin saja ada juzuk2 yg tidak sama diantara PAS dan Ikhwan.. Tapi kita mesti tahu, suasana persekitaran/keadaan di Mesir dan Malaysia adalah jauh berbeza!! Ikhwan juga seperti PAS, HAMAS dll.. mempunyai dasar perjuagan yg sama..

  21. abuadil
    Mei 29, 2009 at 8:05 pm

    akuinsan, aku pun insan! (jangan ambik hati, ambe bergurau).
    TGNA kerap menyatakan jika umno melaksanakan Islam, pas akan dibubarkan.
    pertama apa matlamat kita? apakah sekadar menegakkan hukum islam atau pemerintahan islam, atau negara islam atau hadhorah islamiyyah? tasawwur negara atau pemerintahan atau hadhorah islamiyyah perlu jelas sebagaimana sifat kesyumulan islam.
    keduanya, apakah negara atau pemerintahan atau hadhorah islamiyyah semudah itu ditegakkan hanya dengan wujudnya kemahuan dari pihak pemerintah.
    kalau ambe bincang mungkin timbul polimik yang panjang dan sudah tentu mengganggu pengkomen lain termasuk pemilik blog. atau jawapan ambe mungkin memuaskan hati anda, tetapi proses berfikir dan belajar tidak lancar atau terbantut.
    soalan lain, mengapa kita tidak memilih jalan benladiniyyah atau ketenteraan atau amal2 khair atau demonstrasi jalanan, atau islamisasi atau ekonomi atau revolusi atau mana2 jalan.

    yang penting proses berfikir mesti berlaku . albanna dan kawan2nya sebelum menubuhkan ikhwan telah melalui proses ini disebut sebagai marhalah khawaatir.
    semasa zaman remaja ambe ,lebih dari 30 tahun dulu, dua buah buku yang ambe cuba hayati berkaitan memilih jalan menegakkan daulah islamiyyah. pertama buku maududi ie manhaj inqilab islami(proses revolusi islam) dan hatmiyyatul halli alislami oleh syeikh qorodhowi. hari ini terlalu banyak buku yang membincang perkara berkaitan.
    selepas anda memahaminya,kita bolehlah bersua muka dan berbincang panjang2. Us Lah mungkin dah hafal dikepala.

    Persoalan kedua, apakah pas ikut manhaj ikhwan? atau manhaj pas sama dengan manhaj ikhwan?
    soalan ini bagi setengah orang terlalu sensitif..
    sekali lagi, supaya mengelakkan dogmatik, anda perlu memahami ikhwan dari sumber asalnya, misalnya majmu’ah rasail albanna. atau tulisan2 mustafa masyhur kerana beliau diakui oleh kawan2 ikhwan sebagai pensyarah pertama pemikiran albanna. pun begitu berdasar pembacaan ambe yang tersangat sedikit, ambe suka cadangkan anda juga membaca buku “HAULA ASASIYYAAT ALMASYRU’ AISLAMI LI NAHDHOTIL UMMAH” diselenggarakan oleh dr hamid alghazali, ahli ekonomi ikhwan. dengar cerita buku ini dah ada terjemahan melayu.(mungkin us lah tahu) belilah yang original, jangan meminjam atau buat fotokopi. hormatilah hak intelektual orang lain.(kempen anti cetak rompak). cuba elak bertanya dengan mereka yang mengaku mendapat tarbiyyah ikhwan, kerana 10 orang anda bertanya, dibimbangi anda mendapat jawapan yang lebih mengelirukan.(dok gitu us lah?).gunalah study skill yang anda ada, insyakAllah anda akan dapat menemui jawapannya.

    setakat ini dulu,ambe nak uli roti canai…..

  22. Mei 30, 2009 at 12:37 am

    MENARIK… akhir-akhir ini lontaran abu adil agak lebih menjurus kepada isu sebenar dalam perbezaan di antara harakah. memang kita kena mencari banyak titik persamaan dengan orang lain tetapi kita juga kena tahu apa sebenarnya yang menjadi titik perselisihan (nokhtotul khilaf) supaya kita tahu di mana kita nak brkerjasama dan di mana kita nak bertolak ansur. atau boleh berlaku al tanasuh (nasihat menasihati) dengan cara yang baik atau tidak menuduh salah kpd seseorang sedangkan orang itu tidak semazhab dengan kita. “anda perlu memahami ikhwan dari sumber asalnya” satu kenyataan yang amat saya setuju dgn abu adil… cuma saya tak setuju sikit apabila kita nak padankan teori dalm ikhwan itu dengan mana2 pertubuhan lain yg falsafah penubuhannya serta gerak kerjanya tidak sama dengan ikhwan. ” dok makang ssiku orang teganu kata..” mungkin sama dari segi hasrat ingin menegakkan negara islam, tapi bagaimana? apa caranya? di mana mulanya , apa keutamaannya? itu semua yang membezakan… sori baru nok masuk giar

  23. penyokong abuadil
    Mei 30, 2009 at 6:30 pm

    Salam. Wahai abuadil, ana hendak sangat masuk ke syurga. beritahulah ana jemaah mana yang boleh menjamin ana masuk ke syurga untuk ana ikuti. Ana rasa elok juga direct jemaah mana. wassalam

  24. abuadil
    Jun 1, 2009 at 9:19 pm

    assalaamualaikum,
    hakikatnya, semua kita orang islam nak masuk syurga. bagaimana yaa?
    telah berkata asysyahid ibrahim libya, “pintu syurga hampir tertutup kecuali pintu jihad….”. barangkali ada juga kebenarannya. pintu kenabian telah lama tertutup sejak pengutusan nabi dan rasul terakhir. pintu siddiqqin, barangkali untuk abu bakar dan orang2 yang benar lagi membenarkan seperti abu bakar. pintu solihin, banyak dimonopoli oleh salaf. Rasululullah bersabda bermaksud sebaik2 kurun adalah kurun baginda, kemudian selepas baginda and so on. kita yang telah lama jarak masa dengan baginda, bagaimana gamaknya?

    pintu syuhada, terus menerus terbuka luas. sentiasa ada kalangan mukminin, rijal yang menyempurnakan janji setianya dengan Allah. Kalau begitu perlukah kita ke palastin, atau iroq, atau chechen, afghanistan, selatan filipina atau dimana2 jua yang berlaku jihad untuk mendapatkan syahid dan dapat masuk syurga.?
    tetapi rasulullah berpesan agar kita menjaga pangkalan masing2. bukankah dakwah juga satu jihad?. bukankah maqam dakwah setinggi2 maqam selepas nubuwwah?

    soalnya jemaah mana? secara umum selama tidak wujud jamaatul muslimin, selagi itu kita dibenarkan bekerja dalam mana2 jamaah yang berdasarkan syarak. soalnya jemaah mana? wujudkah di malaysia.? jawapan masih belum direct !!!!

    ambe meminjam seorang syeikh yang telah lama terlibat dengan dakwah, dan satu2 syeikh yang aku rasa gerun selain TGHH. katanya jamaah2 seperti PAS, JIM, abim boleh diterima menurut kesesuaian dan persekitaran kita. misalnya kalau kita seorang pelajar atau kakitangan kerajaan, takkan kita nak terlibat dengan pas? hanya penyokong dari belakang saja.

    Tapi, kalau ditanya jamaah mana yang paling mendekati perjuangan arrasul, dari segi manhaj amal, tarbiah, siasi, ambil cakne masalah ummah seluruh dunia dsb,,… tentu lah ikhwan. ianya ada dimana2 dan didalam semua hal yang berkepentingan dengan ummah.layaklah ia diberikan baiah, mengganti sementara jamaatul muslimin, dikala hilangnya daulah! buatlah comparaitve study, insyakAllah anda akan menemuinya.

    ambe tetap pas, ahli membayar yuran sekali gus, tiada jawatan, tapi aktif mengkritik orang dalam blog2 orang lain. tetapi bukankah mengkritik pun satu kegiatan dakwah?

  25. Islam
    Jun 2, 2009 at 2:24 pm

    Astagfirullah,

    Banyaknya ayat kita yang terpaksa dimuhasabah sebelum bertemu Allah SWT.

    Hanya org Ikhwan tahu ia Ikhwan. Baca buku ikhwan tak semestinya jadi Ikhwan. kalau Barrack Obama baca buku al-banna, Syed Qutb, al-Qaradhawi…jadi ikhwan. Saya setuju dgn pandangan us lah…Ikhwan ialah pada fikrah, manhaj dan marahil amal..best sgt ke ngaku ikhwan? Kalau org faham tanggungjwb yg perlu dipikul dlm risalah Ta’lim (Bai’ah & segala tanggungjwb) tak berani nak ngaku ikhwan.

    Ikhwan baca buku utk amal. Buku utama mrk ialah al-Quran.

    Dakwah juga bkn sekadar tulis blog, komen blog…byk mana manusia yg dpt hidayah di tangan kita, itu yg dianggap kejayaan. Kalau itupun takde…jgn harap nak tubuh daulah…lebih utama anak bini kita kat rumah.

    Apapun best juga mendengar ramai pendakwah hebat berbicara…byk masa kita habiskan berbicara…musuh pula guna masa rehat kita utk merancang…he he

  26. abu basil
    Jun 3, 2009 at 9:25 am

    salam. kenapa ya abu adil tak sebut isma? ini mendatangkan sensitiviti ust lah.

  27. abuadil
    Jun 3, 2009 at 5:05 pm

    1. takkan kita membaca alquran nak disamakan dengan orientalis membaca alquran? takkan kita nak samakan obama baca buku ikhwan dengan kita membaca buku ikhwan? apakah sama orang beriman dengan orang yang tidak beriman? kalau begitu, tak perlulah kita membaca. kata orang tua2, kalau membaca tanpa guru, gurunya sudah tentu syaitan!!!
    kalaulah kita anggap ikhwan patut disertai (aku insyakAllah terus bersama PAS), siapakah di malaysia patut dipercayai keikhwanannya utuk mendapat penjelasan tentang ikhwan? Apa yang terjadi ialah ada yang mendakwa membawa fikrah terawal ikhwan di Malaysia, akhirnya masuk umno? guane ghamok?

    2.berbincang atau berforum melalui blog, bukankah ianya satu usaha dakwah? syeikh arrosyid sangat menggalakannya. Bukankah beliau antara pak syeikh besar ikhwan?

    3. anak bini sangat perlu diberikan perhatian. ramai yang tewas kerana anak bini. membina keluarga muslim adalah langkah kedua menuju daulah menurut manhaj ikhwan!!

    4. ambe tak sebut isma sebab ambe kurang mengenali isma, tidak sebagaimana ambe mengenali dan bergaul dengan pengikut IRC, JIM dan HALUAN!. dulu ada seorang penjual buku yang membawa dakwa isma, kini dengar cerita dah menetap di KL. tapi beliau sangat berahasia dengan ambe.
    5. mana2 pun kita teruskan berbincang, kata syeikh arrosyid, “pendapat2 akan matang melalui 3 ribu kali ijtimak”. dok gitu us lah?

  28. abuadil
    Jun 6, 2009 at 9:41 pm

    alhamdulillah, tenang rasa hati bila us nasha menang!
    namun terkilan apabila Husam berkata beberapa orang pimpinan yang menang turut mempunyai pandangan politik yang selari dengan beliau.
    beliau berkata lagi akan terus membantu di dalam membina parti dengan idea-idea beliau.
    ini bermakna wujud kutlah dalam pas!!! Husam pula, melanggari prinsip amal jama’i, kerana nak bantu parti dengan idea2 beliau….. dr dzul (abu iman) dengar kata ahli ikhwan (blog mi celup), camna boleh bersama husam? rupa2nya masih ramai anak2 harokah islamiyyah termasuk ikhwan tak faham2 tentang fiqh amal jama’i.

    merujuk pandangan us lah zaik tentang pas dan pakatan rakyat, menurut tilikan ambe dalam air pinang, ada kekuatan hujah dari segi syarak. logik ambe sebagai lontaran idea permulaan, takkan kita boleh menjemput amerika untuk menjatuhkan saddam!!! begitu juga takkan kerana marah sangat kepada ameno(parti kapir), kita berkerjasama dengan dap dan dsai, lalu kepentingan ummah banyak dikorbankan, sedang dap takkan bertolak ansur untuk pas melaksanakan syariat (terutama hudud) dikalangan orang islam. yang telah berlaku, sekali dapat kepada mereka, sudah tentu orang islam tak akan dapat merasa!!

    janganlah jadi seperti asysyeikh alkabir hasan turabi, tak puas hati dengan basyir, lalu berkerja sama dengan john garang memerangi kerajaan sudan!! sakit kepala para masyaaikh!

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: