Utama > komentar > Mengubah Mungkar Hendaklah Tidak Membawa Kepada Mungkar Yang Lebih Besar.

Mengubah Mungkar Hendaklah Tidak Membawa Kepada Mungkar Yang Lebih Besar.

Antara komen-komen yang dihantar ke blog ini ada yang bertanya tentang fiqh amar makruf nahi mungkar. Rasanya sudah lama dikemukakan, tetapi saya tidak temui masa yang sesuai untuk duduk menulis. Jadi saya mohon maaf kerana itu, dan kerana mungkin ada lagi persoalan-persoalan yang boleh jadi saya dah lupa.

Saya tidak pasti apa maksud sebenar saudara yang bertanya. Mungkin beliau melihat ISMA tidak lantang seperti pertubuhan lain atau seperti tidak terlibat dalam banyak hal. Wallahu aklam.

Tak apalah saya jawab secara umum. Semua anda tahu di sini kita tidak akan menulis tesis, tetapi sekadar menonjolkan isu-isu hangat berkaitan satu-satu topik.

Jadi mengenai amar makruf nahi mungkar ini, saya ingin mengenengahkan satu kaedah masyhur yang merupakan syarat dalam melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Syarat tersebut ialah mengubah mungkar hendaklah tidak membawa kepada berlaku mungkar yang lebih besar.

Kita tidak khilaf mengenai kewajiban mengubah kemungkaran, tetapi di sana ada syarat dalam kita melakukan tugas ubah mungkar yang kita harus renung secara mendalam.

Pertama, syarat kemampuan.

Kita semua faham bahawa mengubah mungkar bergantung kepada kemampuan berdasarkan maksud hadis yang bermaksud; “Barangsiapa dikalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya, kalau dia tidak mampu maka dengan lidahnya….(hingga akhir hadis). Setiap orang bertanggungawab berdasarkan kapasiti masing-masing. Jadi kalau saiz kita kecil jangan nak berlagak seperti orang besar.

Kedua, syarat yang menjadi tajuk bicara kita kali ini iaitu mengubah mungkar hendaklah tidak membawa kepada berlaku mungkar yang lebih besar.

Maksudnya selain kemampuan kita kena juga mengkaji kesan atau akibat dari tindakan kita. Semangat kita mungkin mendorong kita secara serta merta ingin mengubah realiti yang ada tanpa memikirkan akibat samada akan lebih baik atau lebih buruk. Yang penting bagi kita kita dah cukup meluat dan benci dengan yang ada dan apa sahaja angin perubahan yang datang saya akan sokong dan buat perubahan serta merta.

Sebenarnya Islam tidak mengajar kita begitu. Islam minta kita tidak tergesa-gesa, nilai dulu akibat. Jika yang akan datang lebih buruk dari yang sedia ada, baik jangan, relaks dulu. Ini bukan kerana redho dengan kemungkaran yang ada tetapi tidak mahu perubahan mungkar pada waktu ini akan membawa mungkar yang lebih besar. Oleh itu kita kena sabar dulu, buat persiapan yang cukup dan pastikan perubahan yang dibuat adalah yang membawa natijah yang lebih baik.

Orang yang memiliki kefahaman yang mendalam tidak akan tergesa-gesa dalam melakukan perubahan. Lihat apa yang berlaku kepada Iraq, mereka tertekan di bawah Sadam dan kezaliman Sadam lalu mengundang Amerika untuk bantu dan mereka sokong Amerika, tetapi siapa boleh nafikan bahawa apa yang mereka hadapi hari ini lebih teruk dari yang mereka hadapi di zaman Sadam.

Oleh itu saya menyarankan harakah Islamiah agar tidak gelojoh mendambakan perubahan sebelum tiba waktunya. Dalam keadaan persiapan kita lemah, kapasiti kita lemah, komposisi kita lemah dan segalanya lemah, perubahan boleh mengakibat wujud suasana yang lebih mungkar lagi daripada yang ada sekarang.

Seperkara lagi yang perlu kita renung dalam melaksanakan nahi mungkar ialah dari aspek keutamaan. Saya nak tanya, kalau anda bertemu wanita yang tidak menutup aurat, bagaimana anda menilai kemungkaran padanya. Adakah anda akan melihat satu mungkar itu sahaja iaitu tidak pakai tudung atau banyak lagi?

Bagaimana anda lihat dari segi;

  1. akidahnya
  2. kefahamannya
  3. ilmu agamanya
  4. ibadatnya
  5. suasana sekitarnya
  6. dlln

Mungkar mana yang anda akan mula dahulu.? Kalau anda sergah dia adakah dia akan jadi baik atau dia akan benci benci anda, benci pakai tudung dan benci Islam itu sendiri? Begitu juga kalau kita nilai masyarakat kita hari ini secara keseluruhan, kita boleh susun tertib mungkar yang mereka ada dan tentukan mungkar mana yang kita nak ubah dulu?

Isu yang banyak diperbincangan kini Isu mat rempit contohnya, kalau kita pacak seorang mat rempit di hadapan kita dan kita bedah siasat, akidah, ibadah, pemikiran, ilmu agamanya dan lain-lain, mungkar merempit itu datang ke nombor yang keberapa?

Sebab bagi saya dalam keadaan kualiti agama masyarakat sudah rosak, pendidikan, pembinaan sakhsiah tidak berlaku dengan betul, apa-apa hukuman hanya boleh jadi rawatan luaran dan sementara seperti rawatan first aid sahaja.

Dia bukan rawatan sebenar.

Oleh itu ubah kemungkaran di zaman masyarakat yang rosak dan telah kembali kepada kehidupan jahiliah ini hendaklah dilakukan dengan penuh kefahaman bukan main pasang secara sembrono sahaja. Mungkar yang dilakukan dalam masyarat yang faham Islam cara ubahnya tidak sama dengan masyarakat yang tidak faham Islam seperti yang kita hadapi hari ini. Kena ikut A, B,C nya.

Wallahu aklam.

Kategori:komentar
  1. ibnukhair
    Mei 25, 2009 at 5:25 pm

    Salam Ustadz,

    Muga kita jadi golongan SEDIKIT yang BANYAK sabarnya dan tenang langkahnya…

    Hingga datang ketentuan Allah!

  2. adawiah
    Mei 25, 2009 at 8:57 pm

    salam ustaz

    maknenye di sini..setiap mad’u yang d hadapan kite tu..kite kene analisis dia..dan tengok ape kemungkaran yang paling senang diubah dulu..betul tak ape yang saye faham?

    jadinya..bagaimana kalau mad’u kite tu, orang yang pakai tudung, sikit2 faham agama..jadi part mane yang kene sentuh dulu?

  3. suhailsufian
    Mei 26, 2009 at 3:25 am

    salam,sedikit perkongsian,
    pertama kita lihat bukan dari aspek paling mudah, tetapi lebih utama.

    Dlm bab tak pakai tudung, mulakan dengan bina hubungan intim dgn dia dahulu,

    kemudian bangkitkan iman,

    Barulah,jika kita lihat bersedia tegur dgn cara terbaik. Biasanya jika sudah rapat kaluapun dia tidak menerima pada awalnya, kemungkinan untuk berubah tinggi.

    Cuma perlu masa, sebagaimana dia terbina untuk akhirnya tidak memakai tudung mengambil masa panjang,begitu juga masa untuk dia memulakan hidup dengan memakai tudung.

    Selamat berdakwah

  4. abuadil
    Mei 26, 2009 at 11:21 am

    komen awal ambe sebelum ambe pergi mesin tebu, ambe cadangkan kita semua membaca buku bawaariqul iroq analisis oleh syeikh murabbi arrosyid. agar kita lebih memahami/menghayati contoh yang diberikan oleh us abdullah dengan lebih mendalam. ambe pernah cadang dr dzul membacanya agar menjadi panduan amal siasi di malaysia. kata syeikh qorodhowi, fiqh almuwazanah.

    semoga di masa akan datang ustaz lah lebih menumpukan tajuk yang kita boleh berkongsi bersama….

  5. madihah
    Mei 26, 2009 at 12:46 pm

    salam,sekadar menjawab persoalan ukht adawiyah;
    pada pndangan ana yg lemah ni,fokus kita kpd mdd’u adalah menyuburkan iman yg sedang layu dlm diri mereka,tidak semestinya perlu mencari org yg memang langsung tidak mengenal islam untuk diajak.malah mungkin lebih mudah jika mereka yg sudah bertudung dan tugas kita merangsang iman dan membawa mereka meengenal islam yang syumul ni.bina hubungan yg intim melalui sekarang dgn mad’u yg semata2 ikhlas kerana Allah,selamat beramal.. =)

  6. abuadil
    Mei 26, 2009 at 6:29 pm

    kemungkaran yang diruntuhkan, mesti dibina makruf atasnya. setiap individu yang kita dakwahkan mesti disertai pembinaan syakhsiah islamiah dalam jamaah yang munazzomah bukan sekadar merubah sesaorang agar jadi orang “baik2” saja. harus difahami bahawa kemungkaran adalah sistem global yang disokong oleh industri global hatta dalam kes pakai tudung berseluar ketat. soalnya jamaah mana yang boleh dipercayai?

  7. radzhi
    Mei 28, 2009 at 11:37 am

    Menentang mungkar mestilah dengan Iman dan Islam, tapi antara Iman dan Islam mana yang dulu, Iman ke Islam?

  8. akuinsan
    Mei 29, 2009 at 4:13 am

    saudara abu adil, bersangka baiklah dengan semua jamaah Islam… janganlah bersikap provokatif…

  9. Akmal Hakim
    Mei 31, 2009 at 11:57 am

    Subhanallah.. Ustaz, sangat bermakna ni!

    Terima kasih.. Itulah jawapan yang sebenar selama berhari-hari terfikir hal ini..

  10. abuadil
    Jun 1, 2009 at 8:14 pm

    akhi akuinsan,
    persoalan jamaah2 adalah antara persoalan yang tak habis2 menjadi persoalan. istilah sebelah kaki dalam pas, sebelah kaki dalam yang satu lagi sering ditimbulkan.

    Bagaimana caranya untuk kita sama2 menggerakkan duah berfikir, belajar,mengkaji, dsb. apakah bentuk gerakan yang paling menepati tuntutan Islam?
    apakah gerakan Islam menuntut kita bekerja semata2, walaupun secara lintang pukang, carca merba, simpang perenang, hentam keromo, membabi buta? dalam bahasa terengganu nyadda, selo bolo, ye tok ye, baham rambang, gomobodo?
    kalaulah sebahagian kita sanggup menghabiskan usia, memerah otak untuk mendapatkan phd, agar dinaikkan pangkat, mengapa tak sanggup memerah otak mencari jalan amal islami yang sohih?

    seorang ustaz pernah ditanya mengapa tidak mentelaah kita2 warisan, seperti almuwafaqot, arrisalah, fathul bari dsb, beliau menjawab tiada masa. tiba2 beliau sanggup sambung belajar keperingkat phd hanya kerana diarahkan oleh universiti, katanya?
    kalau aku tak provok, siapa lagi akan provok.? seorang penebar roti canai!!

  11. muslim
    Jun 3, 2009 at 7:02 am

    abu adil..

    bersikap adillah dalam memperkatakan sesuatu perkara..
    bertambahkah iman anda dengan cara begini kita berbincang?

    seperkara lagi,minta selitkan blog akhi abu adil untuk paparan semua agar ana juga dapat berkongsi buah fikiran akhi..tidak cukup hanya dengan memberi komen..

  12. abuadil
    Jun 3, 2009 at 5:33 pm

    ikhwatil kirom,
    payah juga nak pecah kebuntuan berfikir satu hala! tapi aku menolak pemikiran si kapir de bono. walaupun begitu kadangkala patut juga baca tulisan2 beliau yang berjaya menipu sebilangan professional islam.

    antara pemikiran yang kawan2 dalam pas tidak berminat untuk diperhalusi ialah pemikiran tajdid qorodhowiy dan arrosyid. alasan mudah ialah pemikiran tersebut sesuai di negara arab!!!

    barangkali itulah sebabnya ustaz2 yang ambe dapati gagal membawa tafsir zilal di majlis2 ilmu.
    ada seorang ustaz, dia pergi ke mesir, dia sms aku bertanya buku apa yang patut dia beli? aku balas, belilah usulul ifta’ karangan syeikh arrosyid. beberapa bulan kemudian aku menziarahi beliau atas satu keperluan. beliau ingin meminjamkan buku tersebut kepada ku. dia kata buku tersebut sangat berat, tak mampu difahami. aku mencadang dia buat kelab diskusi dengan asatizah. dia jawab mereka sibuk.
    beliau juga seorang akh!!!

    sebelum pulang aku kata yang aku tak perlu buku itu kerana aku hanya penebar roti canai!!

    wahai asatizah,
    kalau anda nak bincang yang ringan2, jenguklah blog artis!!! insyakAllah abu adil akan berusaha agar menjadi adil, syuwwaikh

  13. muslim
    Jun 12, 2009 at 9:12 am

    ini kupasan yg hanya menjurus pada amar ma’ruf, ibarat tiada peluang untuk bernahi mungkar.

    mungkin kerna perbezaan jemaah yg membawa kepada ulasan seperti ini?kerna sebahagian jemaah lain agak lantang dalam nahi mungkarnya.

    saya cadangkan, kupaslah tajuk ini dalam aspek orang yang mampu buat nahi mungkar bukan sekadar menggunakan hati, iaitu ke tahap yg lebih tinggi iaitu pada tahap beliau mampu menggunakan tangan dan lidahnya.

    saya nantikan kupasan itu!

    terima kasih akh.

  14. budak baru belajar
    Jun 20, 2009 at 10:10 pm

    aku nk kongsi je ni.. dalam batch aku dulu ada seorang ukhti ni dia memang tak paki tudung, stok modern kaler rambut. Alhamdulillah kami cuba ditajmik, dan akhawat yang tajmik kami tak pernahla awal2 tu tnya nape tk pakai tudung, kenapa dengar lagu rock2, nape teguk movie org putih malam2.. tapi yang menarik akhawat dekatkan kami dengan alquran, tazkirah ringan yang menyentuh hati.. lalu kami pun mcm suka pergi program ( lepas kena pujuk la, dan macam2 lagi usaha keras akhawat).. bila dah 2 tahun ikut program.. kefahaman mula dibina sikit demi sikit.. die pun dah mula faham dah.. tapi yg aku perasaan dia ubah dulu adalah byk wirid, bangun qiyam setiap hari..
    ( masyaAllah Allah bagi kekuatan), tapi masih tak pakai tudung.. baju dah ubah dah cuma belum bertudung.. akhirnya waktu kami third year dia pakai tudung atas kefahaman n iman.. Alhamdulillah dia kini penggerak kat bumi x. Satu kisah yg sama juga berlaku kat batch senior kami, dia murabbi yg sangat disayangi.. n tak sangka dulu pergi clubbing..

    aku just nk kongsi.. korang extract pengajaran sendiri.. 🙂

  15. salam
    Jun 23, 2009 at 10:25 pm

    lain orang, lain cara ia terima dakwah..
    sebab tu wujudnya berhikmah dlm berdakwah…

    ad yg sesuai dgn kekerasan, ad yg sesuai dgn kelembutan..

    fikir2kanlah…

  16. afnan
    Julai 31, 2009 at 3:09 pm

    Salam..ustaz..trima kasih atas kupasan ini..saya nak copy paste masuk dlm blog sy ye???

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: