Utama > komentar > Hasan Al Banna Mujaddid Abad Ke 20

Hasan Al Banna Mujaddid Abad Ke 20

Rasanya semua orang setuju tentang perkara ini. Tulisan ini bagi menjawab persoalan Tariq Ziad yang mempersoalkan kenapa Ikhwan dijadikan “bench mark” dalam menilai gerakan Islam?.

Selanjutnya, soalan siapa Ikhwan di Malaysia? Apa yang penting sangat? Lagi pun Ikhwankan di Mesir, bentuk muka bumi pun tidak sama antara Mesir dengan Malaysia. Nampaknya manhaj Ikhwan suatu yang tidak praktikal, sebaliknya lebih bersifat ilusi.

Saya sebenarnya terbuka dan tidak bermasalah tentang perbezaan pendapat dalam masalah ini, termasuk apa sahaja pandangan seseorang kepada Ikhwan, sesuai tidaknya di Malaysia dan siapa-siapa saja mereka di Malaysia ini.

Cuma dari segi amanah ilmu saya ingin menerangkan beberapa perkara:

Pertama; Imam al Banna sebagai mujaddid kurun 20 satu yang dipersetujui oleh kebanyakan ulamak dan barangkali termasuk anda yang dari berbagai intima’ (anggota jamaah)

Kedua; Bidang tajdid yang dilakukan oleh al Banna ialah tajdid agama. Dan agama adalah satu yang universal sifatnya. Ia bukan budaya mesir, tetapi agama Islam yang dianuti oleh umat Islam diseluruh dunia.

Jadi Ikhwan yang lahir dari pemikiran tajdid memiliki ciri universal. Tidak tepat bagi saya jika kita melihatnya sebagai budaya setempat yang hanya sesuai dengan orang Mesir sahaja.

Kefahaman Islam syumul umpamanya, satu cara pandang yang dibawa oleh al Banna yang mewarnai gerak kerja Ikhwan, adakah itu hanya thaqafah orang Mesir atau semua orang Islam kena faham begitu?

Ketiga; Ijtihad dalam masalah cara bagaimana kita ingin bangunkan semula umat ini (manhaj perubahan). Ikhwan ada pandangan dia tersendiri berdasarkan kaedah instimbat mereka yang diambil daripada al quran dan sunnah.

Justeru Ikhwan ada manhajnya sendiri dalam kerja-kerja dakwah untuk mengembalikan semula kemegahan silam. Bahkan Ikhwan menganggap manhaj taghyir sebagai perkara “tawaqufi” yang tidak boleh direka.

Kalau anda ada kaedah istimbat (mengeluarkan hukum) sendiri, dan boleh terus mengeluarkannya daripada al quran dan sunnah, kenapa tidak? Isu ini sama sahaja dengan isu feqah ada perbezaan pandangan antara mazhab empat kerana perbezaan kaedah istimbat masing-masing mazhab.

Itu pun bagi saya masih dalam soal agama bukan budaya tempatan. Memang ada golongan yang men”thaqafah”kannya (menjadikan ia taqafah misriyyah). Jadi timbul istilah fikh malizi dan sebagainya.

Saya melihat banyak kumpulan di Malaysia berpegang begitu, sebab itu ada yang menolak konsep “alamiyyatu ad dakwah” ada yang buat al manhaj al malizi dan yang tinggalkannya dalam bentuk yang pragmatik (base kepada peluang).

Oleh itu tiada sensitiviti dalam soal itu, yang penting ialah kita telah melakukan kajian, melaksanakan kaedah istimbat bahawa cara kita menepati dengan sunnah/sirah nabi, pernyataan sejarah, dan bacaan waqi’ yang tepat dan mendalam sehingga kita yakin bahawa cara kita itu boleh membawa kita kepada kejayaan.

Keempat; Dalam masa yang sama saya tidak nafikan bahawa waqi’ Mesir berbeza dengan waqi’ Malaysia. Sebab itu perlu penyesuaian dalam beberapa hal yang berkaitan dengan uslub. Kita tahu bahawa kita tidak boleh memindahkan (mengkias) pengalaman dakwah di satu negara ke negara yang lain sepenuhnya tanpa mengambil kira faktur waqi’ yang berbeza.

Sebagai contoh, demontrasi pelajar di Jakarta telah berjaya menjatuhkan Suharto, lalu kita nak ikut mereka dan buat demontrasi nak jatuhkan Mahathir. Itu tidak berlaku kerana masyarakatnya berbeza.

Oleh itu bagi mereka yang percaya dengan fikrah tajdid Al Banna dalam membangunkan semula Islam perlu melakukan ijtihad tatbiqi (perlaksanaan) bagaimana fikrah tajdid dapat diterjemahkan dalam konteks Malaysia dengan struktur masyarakatnya yang unik dan tersendiri.

Saya tidak berhajat untuk bercakap tentang detail kandungan ijtihad itu di sini sama ada dari segi kandungan fikrah, pendirian berkaitan isu-isu, objektif, wasilah dan uslub. Cuma saya tegaskan bahawa memerlukan satu ijtihad yang saya namakan ijtihad tatbiqi.

Kelima; Penting juga saya ungkapkan di sini bagi sesiapa yang berminat dengan idea Ikhwan seharusnya memahami dan menguasai usul fikri Ikhwan bagi melayakkan ia melakukan ijtihad mengikut mazhab ikhwan yang betul dalam mengemukakan pendekatan dakwah yang sesuai dengan realiti tempatan. Ia tidak cukup dengan meniru beberapa wasail tertentu dalam tarbiah atau seumpamanya sahaja. Saya Ikhwan sebab saya buat beberapa perkara yang ikhwan buat. Sekali lagi persoalan ini tidak timbul bagi mereka yang tidak minat dengan fikrah al Banna.

Wallahu a’lam

Kategori:komentar
  1. Muhammad
    Jun 22, 2009 at 10:28 pm

    Salam..
    Syukran ustaz, sudah terang lg bersuluh.

    Namun satu persoalan berkenaan mujaddid utk menambah ilmu., apa tuntutannya kita mengikut pendapat para mujaddid?

  2. Abdullah Zaik
    Jun 22, 2009 at 10:57 pm

    Tajdid agama maksudnya mengembalikan amalan keagamaan kepada semangatnya yang asal.

    Sudah menjadi lumrah, apa bila berlalu satu tempoh masa yang panjang dan bertukar jenerasi manusia akan mula menyeleweng dari agama yang asal, dan amalan agama yang masih berbaki, kering tanpa erti.

    Itulah yang berlaku kepada bani israel, pengikut nabi Isa dan juga pengikut nabi Muhammad s.a.w.

    Allah menjanjikan setiap seratus tahun akan lahir seorang mujaddid, yang akan memperbaharui urusan agama.

  3. Jalan lurus
    Jun 25, 2009 at 12:44 am

    “Saya Ikhwan sebab saya buat beberapa perkara yang ikhwan buat.”

    saya rasa lebih baik diletakkan ayat ini dalam ‘pengikat kata’ supaya tidah disalah faham.

    Jzkk ust. Wallahua’lam.

  4. Islam
    Jun 27, 2009 at 10:06 am

    tak salah kalau tak ikhwan, yg salahnya tak nak ikut thawabit amal ikhwani tapi suka sgt mengaku ikhwan. Ikhwan pun tak kata cara mereka saja bawa org ke syurga, tapi mrk yakin itulah satu2nya cara nak kembalikan Islam di atas muka bumi berdasarkan pembacaan mrk pd Quran & Sunnah (sirah)…
    Rasaya al_Fadhil Ust Lah pun setuju bahawa Ikhwan bukan jamaah yg menghimpunkan apa saja jenis fikrah & manusia tapi ia jamaah utk org yg bekerja dan beriman dgn fikrah dan setelah melalui tempoh tarbiah yang mantap.l

  5. kizar
    Jun 27, 2009 at 8:02 pm

    askm

    saya nak tanya 3 perkara:

    1. kenapa sekian lama website amanpalestine tidak dapat di-akses?
    2. siapakah anggota JKP isma sekarang?
    3. apa cerita mengenai program2 ekonomi yang dikendalikan oleh Isma?

    sekian

  6. Abdullah Zaik
    Jun 28, 2009 at 7:56 am

    wa alaikumussalam,
    1. web amanpalestin sedang di baik pulih/up gred
    2. sama dengan yang sebelum ni
    3. ISMA belum memulakan apa-apa proram ekonomi

  7. Julai 2, 2009 at 11:27 am

    salam..

    Ustaz, bagaimana dgn gerakan tajdid yg dibawa oleh Syed Bediuzzaman Nursi di Turki?

    Idea2nya bnyk dikemukakan dlm ‘risala e-nur’ iaitu karya agung beliau.

    Setakat ni, kejayaan gerakan ini begitu terserlah di Turki. Apa pndgn ustaz tentang gerakan ini?

  8. hasanhalim
    Julai 14, 2009 at 10:36 am

    banyakkan bahan bacaan…
    jzkk

  9. Ogos 4, 2009 at 11:08 pm

    Assalamualaikum,

    Nak bertanya skit dengan ustaz, apa pendirian sebenar isma terhadap siasah? dgr cite tak bersetuju dgn pendekatan siasah, tapi kenapa kadang2 prinsip ini tergadai ?
    di malaysia tidak terima siasah, sbg pendekatan, tapi bila masuk kampus2, guna pula siasah.. mendekati HEP..menggunakan siasah.. tidakkah itu dinamakan siasah? apa pendapat ustaz..??

  10. September 17, 2009 at 12:25 pm

    menurut al Qaradhawi n beberapa ulama lain dlm mentafsirkan hadis mengenai mujaddid, mujaddid itu tidak semestinya seorang. malah boleh jadi 2, 3,4 sehinggalah seterusnya… maududi, syed qutb n an nadwi antara yg digelar sebagai mujaddid. ust, jgn terlalu taksub dgn ikhwan… lagi satu, knapa tidak melihat kepada model jemaah sultan muhammad al fateh sahaja? bukankah beliau penglima terbaik, armada tenteranya juga yg terbaik?..begitu juga dgn beberapa hadis nabi saw yg lain…

    cuba tny pemimpin2 ikhwan, siapakah yg mereka iktiraf sbg ikhwan di malaysia.nak mudah cerita, tny Syeikh mehdi akef…

    lg 1, ana cadangkan ust bertemu dgn Dr Harun Taib (baru je dpt phd dlm undang2 antarabangsa).. anak murid said hawa, al qaradawi pun ada hubunginya utk mintak sesuatu pndangan..

    ust sbg murabbi isma, cuba berbincang elok2 dgn murabbi kabir kelahiran PAS ni…

    ana ni, jenis terbuka sikit… sukakan penyelesaian secara dialektika..k, slm

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: