Utama > komentar, Uncategorized > 1 Malaysia, Adakah Najib Maksudkan Apa Yang Dia Cakap?

1 Malaysia, Adakah Najib Maksudkan Apa Yang Dia Cakap?

Kenapa 1 Malaysia? Dan ke mana perginya Islam Hadhari?

Mungkin ramai tidak menyedari bahawa telah berlaku satu perubahan besar dalam percaturan politik negara selepas Pilihanraya ke-12 khususnya selepas penglibatan Anwar Ibrahim secara aktif dan terbentuknya Pakatan Rakyat.

Dahulu PAS adalah pembangkang terkuat dan suara yang paling lantang menuntut perlaksanaan hukum Islam.

Dengan itu ia telah memberi tekanan kuat dalam mengimbangi kedudukan Islam dalam percaturan politik negara.

Namun selepas tertubuh PR dan penglibatan PAS yang semakin bersungguh didalamnya, telah berlaku kekosongan ketara dari aspek menyuarakan tuntutan Islam.

Islam tidak lagi menjadi pengimbang penting dalam percaturan politik negara. Suara Islam menjadi sangat lemah.

Persaingan politik kini bertukar kepada aspek “pragmatik liberal”. Ukuran adalah siapa yang lebih liberal, ia akan lebih peluang untuk survive, bukan siapa Islamnya lebih baik seperti sebelum ini.

Maka sedar tidak sedar negara sedang menuju ke arah “pengliberalisasian” yang dahsyat. Ia seperti arus yang tidak dapat dibendung lagi.

PR telah mengangkat syiar demokrasi dan liberalisasi mutlak, maka demi menyelamatkan survival politik UMNO dan BN dan mengatasi dakyah PR yang sangat mengancam, Dato’ Najib memilih untuk melawan saingan dengan slogan dan dasar liberal yang serupa.

Lalu diisytiharkan slogan 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan’. Sesiapa yang memahami kandungan demokrasi liberal akan dapat memahami dengan mudah konsep ini.

Dari mana asal usulnya 1 Malaysia?

Meneliti urutan sejarah 1 Malaysia akan membawa kita ke 4 Julai 1776 M, iaitu tarikh penubuhan negara Amerika.

Ia adalah kemuncak nilai tolak ansur dalam menghadapi pluralisme (politik dan agama) dalam sistem demokrasi.

Tolak ansur yang mengatasi konsep tolak ansur dalam mana-mana agama dan bukan juga seperti yang ditakrifkan oleh John Look (1632-1704), salah seorang pengasas teori demokrasi, tetapi tolak ansur hakiki seperti disebut oleh Toynbee, iaitu apabila cirinya diubah sepenuhnya kepada kasih sayang.

Inilah Roh yang terkandung dalam cadangan Lajnah tiga penjuru terdiri daripada John Adams, Benjamin Franklin dan Thomas Jefferson yang ditugaskan untuk mencipta syiar untuk penubuhan Amerika pada 4 Julai 1776M.

Mereka telah memilih syiar E pluribus Unum (dalam bahasa latin) atau Out Of Many, One. Saya rasa dari sini juga datangnya inspirasi 1 Malaysia.

Jadi politik kita sekarang adalah pertarungan liberal lawan liberal, ke mana akan perginya peranan Islam dalam menentukan survival parti politik di Malaysia….. Mungkin hilang dengan si Luncai.

Dulu kita rasa sedikit selesa sebab “kot” mana pun Islam akan tetap menjadi perkiraan dalam politik, kerana pada masa itu Islam masih lagi jadi pertaruhan, tetapi kini tidak lagi.

Adakah liberalisasi yang dibawa oleh kedua-dua blok politik ini akan menjanjikan sesuatu yang manis untuk Islam dan umat Islam terutamanya bangsa Melayu? Kajilah sendiri.

  1. Pemerhati
    Ogos 20, 2009 at 4:17 pm

    Adakah PAS makin liberal di dalam prinsip dan ideologinya atau semakin bijak dalam approach membawa orang lebih kenal dengan syari’at?

    Terdapat perbezaan yang sangat besar di antara prinsip dan pendekatan.

    Bagaimana ustaz?

  2. anas
    Ogos 20, 2009 at 4:39 pm

    mungkin jawapan kepada cadangan PAS untuk membuka pencalonan di atas nama PAS dikalangan non muslim?

  3. Ogos 20, 2009 at 9:22 pm

    Ya Allah selamatkan kami drp fitnah ini!!

  4. al-aslami
    Ogos 21, 2009 at 12:04 am

    salam
    hurm… btul gak alamak..!! kene kuat lagi la ana ni ek…
    hurm allahummastaan..

  5. Ogos 21, 2009 at 12:05 am

    satu lagi tulisan us lah yg sangat baik utk diamati. ustaz semakin kerap membicarakan tentang politik, survival melayu dan kelangsungan Islam di malaysia.

    pada ana PAS perlu kembali semula seperti sebelum PRU 11, iaitu berani menyatakan pendirian negara Islam biarpun ditentang. kita kena ingat bahawa orang PAS akan menyokong PAS dalam apa situasi pun. orang melayu lain seperti UMNO, PKR atau mana2 golongan melayu lambat laun akan menerima Islam insya Allah. kita harus yakin. orang bukan Islam atau bukan melayu bukan ana kata tidak mungkin mendapat hidayah namun peratus harapan kita mungkin agak tipis berbanding dengan melayu yang telah jelas Islamnya.

    mengapa kini kita seolah2 mendamba undi bukan melayu/Islam? baru2 ini ana berbual dgn seorang kawan yang menyatakan orang MCA memberitahunya bahawa PAS boleh menjadi penentu kepada situasi politik malaysia. jika PAS berada dalam pakatan, pakatan kuat. jika pas keluar pakatan pas tidak akan tergugat dgn teruk. dan seandainya PAS bergabung dgn UMNO (atas landasan syara’) mereka sememangnya lebih kuat….

    mengapa ramai bimbang PAS hendak berbincang dgn UMNO?…..fikir2kan…

  6. Ogos 21, 2009 at 4:05 am

    benar2…

    wasilah diletakkan sebagai matlamat-kuasa menjadi matlamat,dan semua cara dihalalkan.tidur sebantal dengan DAP yang terang2 tidak menerima konsep Negara Islam,bukan sekali dua statement2 dari mereka yang menentang syariat Islam.-tetapi dengan BN/umno menjadi musuh ketat,even sekurg2nya mereka adalah Muslim.

    Qaedah memperkenalkan syariat,tidak memerlukan tempelan kepada cara jahiliyyah/kuffar.jangan nak perkenal syariat,sampai prinsip asas tergadai,muqabalah sana sini,siyasah digunakan sebagai alasan penghalal cara.

    Islam muncul di tengah2 kuasa besar ketika itu,di timur nya parsi,di baratnya Rom.Islam datang di tengah2 tanah hijjaz,dengan tidak dipengaruhi mana2 pihak /agama lain.Syariat Allah diperkenalkan kepada para sahabat melalui pengamalan Muslim itu sendiri.sekarang,Muslim sendiri sudah jauh dari agama,nak perkenal syariat cmna??

    Allah bagi peluang kepada PAS utk buktikan kemampuan melaksanakan hukum Allah,kepada negeri2 berkenaan.Tetapi nampaknya,sampai sekrang takdak hukum/akta khusus yang di gezette kan.di Kedah-mana sekurg2nya hukum jinayat atau hudud diwujudkan -sedgkan kuasa Agama di bwh kerajaan Negeri.di shah alam pulak bagaimana?dengan majoriti penduduk shah alam adalah Muslim.arak masih berleluasa.kenapa tak mampu nak handle isu picisan ni?tu belum laksana hudud lagi tu.

    mampu ke laksana hudud kalau Allah bagi kerjaan Malaysia terus?dengan DAP dan para penentang Islam sekeliling pinggang~o..mungkin tiba2 mereka dpt hidayah dan masuk Islam..baguslah.husnozzon katanya๐Ÿ™‚

    punyalah berakhlaq mulia dengan DAP dan teman2 sepolitik,dakwah bil hal katanya.tapi punyalah tak berakhlaq bila ada kaitan dgn umno/bn.mana kedudukan Muslim dalam berdakwah?dakwah hanya utk non-muslim je ke?kehairananku ini masih belum ada penghujungnya.

    liberalisasi menusuk masuk seperti jarum2 halus,sehingga pendokong2 dakwah merasakan liberalisasi adalah salah satu jalan dakwah~

    jangan lupa sejarah kejatuhan TURKI UTHMANIYYAH 1924!!

  7. Ogos 21, 2009 at 12:31 pm

    semua ini berlaku kerana PAS hendakkan kuasa. dengan harapan mereka dgn kuasa yang ada nanti mereka boleh ubah suasana malaysia. tapi hakikatnya sukar. Rasulullah tidak mengharapkan kuasa untuk mengubah masyarakat. baginda mengasaskan perubahan dgn berdakwah dan mentarbiyah para sahabat hingga akhirnya dapat negara Islam madinah.

    ana bukan menidakkan sumbangan PAS dalam politik tanah air. banyak sumbangnnya. tapi sejak akhir2 ini PAS agak mengecewakan segelintir umat melayu Islam.

    kini kita berbalah sesama melayu, sesama islam kerana kuasa sahaja. orang bukan melayu, bukan islam gelak melihatkan ‘kebodohan’ kita…..

    ayuh fikir2. fikir2 dalam kerangka islam…..

  8. abuadil
    Ogos 21, 2009 at 6:49 pm

    ambe menyarankan agar kita lebih melihat dari aspek positif semua jamaah2 islamiyyah yang ada di malaytsia.
    berikut adalah point ke2 dari risalah mingguan almursyidul am jamaah al ikhwan, sempena menyambut ramadhan yang ambe copy paste dari laman http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=52986&SecID=213

    2- ุฑู…ุถุงู† ุดู‡ุฑ ุงู„ูˆุญุฏุฉ ูˆุงู„ุชุนุงูˆู†

    ุงู„ูˆุญุฏุฉ ู‡ูŠ ุดุนุงุฑ ู‡ุฐู‡ ุงู„ุฃู…ุฉ ๏ดฟุฅูู†ู‘ูŽ ู‡ูŽุฐูู‡ู ุฃูู…ู‘ูŽุชููƒูู…ู’ ุฃูู…ู‘ูŽุฉู‹ ูˆูŽุงุญูุฏูŽุฉู‹๏ดพ (ุงู„ุฃู†ุจูŠุงุก: ู…ู† ุงู„ุขูŠุฉ 92)ุŒ ูˆุดุฑูŠุนุฉ ุงู„ุฅุณู„ุงู… ุงู„ุบุฑุงุก ุชุญุฑุต ุนู„ู‰ ุชุญู‚ูŠู‚ ู‡ุฐู‡ ุงู„ูˆุญุฏุฉ ุจูƒู„ ุณุจูŠู„ุŒ ูˆุงู„ู†ุงุธุฑู ุฅู„ู‰ ุงู„ุนุจุงุฏุงุช ุงู„ุชูŠ ูุฑุถู‡ุง ุงู„ู„ู‡ ุนู„ู‰ ุนุจุงุฏู‡ ูŠุฏุฑูƒ ุจูŠู‚ูŠู†ู ุฃู†ู‡ ูŠุฌุนู„ ูˆุญุฏุฉ ุงู„ุนุจุงุฏุฉ ูˆุฅุฎู„ุงุต ุงู„ุนุจูˆุฏูŠุฉ ู„ู„ู‡ ุฃู‡ู…ู‘ูŽ ุณุจูŠู„ ู„ุชุญู‚ูŠู‚ ูˆุญุฏุฉ ุงู„ุฃู…ุฉุŒ ูˆู„ู„ุตูŠุงู… ู…ู† ุฐู„ูƒ ู†ุตูŠุจ ูƒุจูŠุฑุŒ ูุงู„ุฌู…ูŠุนู ูŠุจุฏุฃ ุตูˆู…ูŽู‡ ู…ุน ุตูŠุญุฉ ุงู„ู…ุคุฐู‘ูู† ู„ู„ูุฌุฑุŒ ูˆูŠุชู†ุงูˆู„ ุฅูุทุงุฑูŽู‡ ู…ุน ุตูŠุญุชู‡ ู„ู„ู…ุบุฑุจุŒ ูˆุงู„ุฌู…ูŠุนู ูŠุชุญุฑูƒ ู„ุฅุญูŠุงุก ุงู„ู„ูŠู„ ุจุงู„ู‚ูŠุงู…ุŒ ูุถู„ุงู‹ ุนู…ุง ูŠู‚ุชุถูŠู‡ ุงู„ุตูˆู…ู ู…ู† ุชูˆุญูŠุฏ ุงู„ู…ุดุงุนุฑ ูˆุงู„ุฃููƒุงุฑุŒ ูŠู‚ูˆู„ ุงู„ุฑุงูุนูŠ ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡: “ู‡ุฐุง ุงู„ุตูˆู…ู ูู‚ุฑูŒ ุฅุฌุจุงุฑูŠู‘ูŒุŒ ุชูุฑุถู‡ ุงู„ุดุฑูŠุนุฉู ุนู„ู‰ ุงู„ู†ุงุณ ูุฑุถู‹ุงุ› ู„ูŠุชุณุงูˆู‰ ุงู„ุฌู…ูŠุนู ููŠ ุจูˆุงุทู†ู‡ู…ุŒ ุณูˆุงุกูŒ ู…ู†ู‡ู… ู…ูŽู†ู’ ู…ู„ูƒ ุงู„ู…ู„ูŠูˆู† ู…ู† ุงู„ุฏู†ุงู†ูŠุฑุŒ ูˆู…ูŽู†ู’ ู…ู„ูƒ ุงู„ู‚ุฑุด ุงู„ูˆุงุญุฏุŒ ูˆู…ูŽู†ู’ ู„ู… ูŠู…ู„ูƒ ุดูŠุฆู‹ุง.. ูู‚ุฑูŒ ุฅุฌุจุงุฑูŠู‘ูŒ ูŠูุฑูŽุงุฏู ุจู‡ ุฅุดุนุงุฑู ุงู„ู†ูุณ ุงู„ุฅู†ุณุงู†ูŠุฉ ุจุทุฑูŠู‚ุฉู ุนู…ู„ูŠุฉู ูˆุงุถุญุฉู ูƒู„ ุงู„ูˆุถูˆุญ ุฃู† ุงู„ุญูŠุงุฉ ุงู„ุตุญูŠุญุฉ ูˆุฑุงุก ุงู„ุญูŠุงุฉุŒ ู„ุง ููŠู‡ุงุŒ ูˆุฃู†ู‡ุง ุฅู†ู…ุง ุชูƒูˆู† ุนู„ู‰ ุฃุชู…ู‘ูู‡ุง ุญูŠู† ูŠุชุณุงูˆู‰ ุงู„ู†ุงุณู ููŠ ุงู„ุดุนูˆุฑุŒ ู„ุง ุญูŠู† ูŠุฎุชู„ููˆู†ุŒ ูˆุญูŠู† ูŠุชุนุงุทููˆู† ุจุฅุญุณุงุณ ุงู„ุฃู„ู… ุงู„ูˆุงุญุฏุŒ ู„ุง ุญูŠู† ูŠุชู†ุงุฒุนูˆู† ุจุฅุญุณุงุณ ุงู„ุฃู‡ูˆุงุก ุงู„ู…ุชุนุฏุฏุฉุŒ ูˆุจู‡ุฐุง ูŠุถุน ุงู„ุฅู†ุณุงู†ูŠุฉูŽ ูƒู„ู‘ูŽู‡ุง ููŠ ุญุงู„ุฉู ู†ูุณูŠุฉู ูˆุงุญุฏุฉูุŒ ุชุชู„ุจุณ ุจู‡ุง ุงู„ู†ูุณ ููŠ ู…ุดุงุฑู‚ ุงู„ุฃุฑุถ ูˆู…ุบุงุฑุจู‡ุงุŒ ูˆูŠุทู„ู‚ ููŠ ู‡ุฐู‡ ุงู„ุฅู†ุณุงู†ูŠุฉ ูƒู„ู‡ุง ุตูˆุชูŽ ุงู„ุฑูˆุญุŒ ูŠูุนูŽู„ู‘ูู… ุงู„ุฑุญู…ุฉูŽ ูˆูŠุฏุนูˆ ุฅู„ูŠู‡ุงุŒ ููŠูุดู’ุจูุน ููŠู‡ุง ุจู‡ุฐุง ุงู„ุฌูˆุน ููƒุฑุฉู‹ ู…ุนูŠู†ุฉ ู‡ูŠ ูƒู„ู‘ู ู…ุง ููŠ ุงู„ุงุดุชุฑุงูƒูŠุฉ ู…ู† ุงู„ุญู‚”.

    ูˆูƒู… ู‡ูŠ ู…ุงุณู‘ุฉูŒ ุญุงุฌุฉู ุฃู…ุชูู†ุง ู„ู‡ุฐู‡ ุงู„ู…ุนุงู†ูŠ ุงู„ุฌู„ูŠู„ุฉ ููŠ ู‡ุฐู‡ ุงู„ุฃูŠุงู… ุงู„ุชูŠ ุชุทุงูˆู„ ููŠู‡ุง ุงู„ุฃุนุฏุงุกูุŒ ูˆูƒุซูุฑ ููŠู‡ุง ุงู„ุณูู‡ุงุกูุŒ ูˆู„ู… ุชุณู„ู… ููŠู‡ุง ุงู„ุฃูŠุฏูŠ ุงู„ุขุซู…ุฉู- ูˆุฅู† ูƒุงู†ุช ู…ุณู„ู…ุฉู‹ ุฃุญูŠุงู†ู‹ุง- ู…ู† ุงู„ุฏู…ุงุก ุงู„ู…ุณู„ู…ุฉ ููŠ ู…ูˆุงุทู† ูƒุซูŠุฑุฉู ูˆุนุฒูŠุฒุฉู ู…ู† ุฌุณุฏ ุงู„ุฃู…ุฉุŒ ููŠ ูู„ุณุทูŠู† ู‚ู„ุจ ุงู„ุนุฑูˆุจุฉ ูˆุงู„ุฅุณู„ุงู…ุŒ ูˆููŠ ูŠู…ู† ุงู„ุฅูŠู…ุงู† ูˆุงู„ุญูƒู…ุฉุŒ ูˆููŠ ุนุฑุงู‚ ุงู„ุชุงุฑูŠุฎ ูˆุงู„ุญุถุงุฑุฉุŒ ูˆููŠ ุณูˆุฏุงู† ุงู„ุฎูŠุฑุŒ ูˆููŠ ุงู„ู‚ุฑู† ุงู„ุฅูุฑูŠู‚ูŠ ููŠ ุงู„ุตูˆู…ุงู„ุŒ ูˆููŠ ุฃูุบุงู†ุณุชุงู†ุŒ ูˆุจุงูƒุณุชุงู†ุŒ ูˆุชุฑูƒุณุชุงู† ุงู„ุดุฑู‚ูŠุฉุŒ ูˆุบูŠุฑู‡ุง ุนู„ู‰ ุงู…ุชุฏุงุฏ ุฑู‚ุนุฉ ุฃู…ุชู†ุง ุงู„ุฅุณู„ุงู…ูŠุฉ ุงู„ู…ุญุฑูˆุจุฉ.

    ูˆู„ู‡ุฐุง ูุฅู† ุงู„ุฅุฎูˆุงู† ุงู„ู…ุณู„ู…ูŠู† ูŠุญุฏูˆู‡ู… ุงู„ุฃู…ู„ ุฃู† ูŠูƒูˆู† ุฑู…ุถุงู†ู ู‡ุฐุง ุงู„ุนุงู… ุนู†ูˆุงู†ู‹ุง ู„ุงู†ุทู„ุงู‚ ุชุนุงูˆู†ู ุฅุณู„ุงู…ูŠู‘ู ูˆุนุฑุจูŠ ู„ุชูˆุญูŠุฏ ุงู„ู…ูˆู‚ู ุฅุฒุงุก ูƒู„ ุงู„ู‚ุถุงูŠุง ุงู„ุชูŠ ุชุดุบู„ู†ุงุŒ ูˆู„ุญู‚ู’ู† ุชู„ูƒ ุงู„ุฏู…ุงุก ุงู„ุชูŠ ุชุณูŠู„ ูˆุชุถู…ูŠุฏ ุชู„ูƒ ุงู„ุฌุฑูˆุญ ุงู„ุชูŠ ุชู†ุฒูุŒ ูˆุฑุฃู’ุจ ุชู„ูƒ ุงู„ุตุฏูˆุน ุงู„ุชูŠ ูุฑู‘ูŽู‚ุช ุจูŠู† ุฃุจู†ุงุก ุงู„ูˆุทู† ุงู„ูˆุงุญุฏุŒ ูˆุจุงุนุฏุช ุจูŠู† ุฃุจู†ุงุก ุงู„ู‚ุทุฑ ุงู„ูˆุงุญุฏ ูˆุงู„ุฃู…ุฉ ุงู„ูˆุงุญุฏุฉุŒ ูˆูŠุชูˆุฌู‡ ุงู„ุฅุฎูˆุงู†ู ุจุงู„ู†ุฏุงุก ุฅู„ู‰ ูƒู„ ุญุฑู‘ู ุฃุตูŠู„ู ู…ู† ุตูู†ู‘ูŽุงุน ุงู„ู‚ุฑุงุฑ ุนู„ู‰ ุงู…ุชุฏุงุฏ ุนุงู„ู…ู†ุง ุงู„ุฅุณู„ุงู…ูŠุ› ุฃู† ูŠูุณู‡ูู… ุจู…ุง ุงุณุชุทุงุน ููŠ ุงู„ุฅุตู„ุงุญ ุจูŠู† ุงู„ุฃุดู‚ุงุก ุงู„ู…ุชุฎุงุตู…ูŠู†ุŒ ูˆุงู„ุชู‚ุฑูŠุจ ุจูŠู† ุงู„ูุฑู‚ุงุก ุงู„ู…ุชุจุงุนุฏูŠู†ุŒ ูˆุงู„ุนู…ู„ ุนู„ู‰ ุชุดูƒูŠู„ ู…ูˆู‚ู ุนุฑุจูŠ ูˆุฅุณู„ุงู…ูŠ ู…ูˆุญู‘ูŽุฏ ูŠุนูŠุฏ ู„ู„ุฃู…ุฉ ู‡ูŠุจุชู‡ุง ูˆุนุฒุชู‡ุง ูˆู…ูƒุงู†ุชู‡ุง ููŠ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู†.

    .. dan ambe sentiasa mendoakan kebaikan untuk JIM, PAS , haluan dan Isma

  9. khalisah
    Ogos 21, 2009 at 11:27 pm

    catatan 28 Mac 2009:

    kesatuan yang hakiki

    memerhati sekitar apa yang berlaku dalam perhimpunan agung umno. satu parti yang berjuang untuk memenangkan partinya dan percaya hanya partinya yang boleh menjayakan misi negara. memerhatikan keadaan parti-parti lain. pandangan yang sama. berusaha untuk memenangkan parti masing-masing dan seterusnya menanam keyakinan kepada masyarakat bahawa misi negara yang terbaik akan dapat dijayakan melalui mereka. memerhati negara-negara lain yang mengamalkan sistem demokrasi. keadaan yang lebih kurang sama. masing-masing parti mencuba dengan pelbagai cara dan pendekatan dengan satu aspirasi bahawa merekalah pembela masyarakat yang paling ampuh. memerhati badan-badan yang menggunakan nama islam juga. ada sebahagian (maksud saya, tidak semua begitu) yang juga membawa pendekatan yang hampir serupa.

    bolehkah suatu hari nanti, dalam konteks pertama, barisan pimpinan rakyat ini dapat duduk bersama-sama dan benar-benar ikhlas dan bersungguh berjuang untuk memartabatkan hak dan kedudukan rakyat di malaysia, dan bukannya setakat mendabik umno, pas, pkr, dap dan lain-lain sahaja yang mempunyai wawasan yang mampu menggerakkan wawasan negara? bolehkah suatu hari ini apabila mereka menggunakan perkataan โ€˜marilah bersatuโ€™, perkataan itu tidak sekadar merujuk kepada โ€˜kesatuan yang sempitโ€™ seperti bersatu dalam umno, pas, pkr, dap dan lain-lain tapi bersatu atas satu โ€˜kesatuan yang unggulโ€™ iaitu atas nama semua rakyat malaysia?

    tapi konsep di atas masih lagi konsep yang sempit yang bukan saya impikan. yang saya impikan ialah kesatuan islam yang sejagat, menyeluruh dan meluas di seluruh dunia. islam sekali-kali tidak akan bersatu dengan jahiliyyah dan taghut namun islam tetap membawa rahmat ke seluruh alam. bolehkah suatu hari nanti, satu jemaah muslimin akan benar-benar terealisasi?

    ya pasti, dengan izin Allah, saya yakin ia pasti.

    โ€œbukalah hatimu, bukalah matamu, bebaskan jiwamu daripada belenggu!โ€

  10. Ogos 22, 2009 at 12:15 am

    Pada saya, kebanyakan pendapat yg disuarakan lebih kepada nasihat kepada rakan seperjuangan, ketika melihat rakan itu melakukan sesuatu yg tidak enak pd pendapatnya. Apatah lagi jika rakan yg disayangi itu membawa bendera dan fikrah yg sama, dan nasihat itu adalah utk kebaikan, bkn utk merendah, bersaing, merebut kuasa dsb.

    Adapun kritikan yg menghina, dan merendahkan rakan seperjuangan tidak memberikan kesan positif.

    Tahniah kpd ISMA kerana sering memberikan pendapat/nasihat kpd rakan seperjuangan mereka. Memanglah akan ada orang yg terasa, ttp nasihat ini disampaikan dgn hujah ilmiah, berlembut serta terbuka.

  11. Ogos 23, 2009 at 9:02 am

    Sekarang ni zaman fitnah. Semoga Allah menyatukan hati-hati kita yang ikhlas ini. Amin.

    Tidak sempat membaca komen2 yang ada. Jadi tidak memberikan perkaitan yang menyeluruh.

    Apa-apa hal pun, Saya setuju dengan poin ustaz. Kita kena tahu tsawabit dan mutaghayyirat dalam berpolitik. Namun, saya dapat rasa PAS tidak mahu mengabaikannya, cuma mungkin dari sudut aplikasi, perlu diteliti realitinya.

    Dan saya lihat sudah menjadi trend, bukan di Malaysia sahaja, malah seluruh dunia… pendekatan liberal (bukan liberal agama, tapi keterbukaan kepada pihak lain), malah kebajikan umum dijadikan dasar dalam politik. Itulah ruh islam yang nak disampaikan. Lihat AKP dan PKS.

    WaLlahua’lam.

  12. abu zahrah
    Ogos 28, 2009 at 2:25 pm

    ana baru terbaca untaian hikmah saudara ameersyuhada~

    yesza!

    seratus peratus ana sokong~ =)

    cuma, ana juga ingin memberikan pendapat, agar para sahabat dan kita semua bersikap adil dengan mana-mana jemaah terutamanya dalam hal ini, jemaah PAS. adapun telitilah untaian hujah dan hikmah dari sumber yang benar dan sahih. insyaAllah moga dipermudahkannya.

    antara sumbernya :

    http://www.episodeperjuangan.blogspot.com/

    macam-macam ada : kertas kerja siyasah syar’iah, pendekatan dan gerak kerja terbaru berdasarkan hujah-hujah segar bugar dari untaian wahyu, menjadi makanan dan santapan mereka yang mahukan kebenaran.

    semoga dirahmatiNya ya kita semua
    ๐Ÿ™‚ ramadhan kareem~

  13. Ogos 29, 2009 at 1:41 pm

    Assalamualaikum ustaz,

    satu perkara ingin saya komen pada ustaz dan penggerak isma’ yang dihormati sekalian..

    kalian semua beri komen pada PAs seolah2 kalian lah yang paling betul.. cubalah kalian letakkan diri kalian pada kondisi PAS ingn menegakkan islam jika ingin berikan komen….

    sesungguhnya jalan yang isma’ pilih dan selaku NGO jauh lebih mudah dan tidak banyak liku-liku seperti pas.. tidak salah untuk beri komen.. tapi berilah komen dengan tawadhu’ dan ada rasa rendah diri..

    saya bukanlah orang yang layak untuk bercakap benda ini.. maaf jika salah pendapat.. ws

  14. kizar
    Ogos 30, 2009 at 10:09 am

    askm

    rakan2, hamba nasihtakan bahwa kita hendaklah:

    jaga diri sendiri dulu barulah seru orang lain

  15. Ogos 30, 2009 at 2:25 pm

    Assalamualaikum,

    ustaz, saya ingin cadangkan agar isma’ buat gerak kerja dakwah pada umno? sebab bila lihat komen di atas, ada yang berkata lebih baik berdakwah pada umno daripada pakat dengan DAP,

    nak tanya ,pernahkah isma pernah menegur pemimpin umno atau umno secara berani dan berdepan? atau berdakwah pada umno?

    nak tanya soalan lain lagi minta maaf jika salah apa2,

    ustaz, jika isma’ masuk politik adakah dia buat parti baru? or akan bergabung dengan PAS? atau melawan sendiri PAS?

    harap ustaz dapat jawab soalan ini ek. tq.ws.minta maaf jika soalan agak pelik2.

  16. muhammad
    Ogos 31, 2009 at 3:34 pm

    asslmkm.di sini ana nak mengajak smue umat islam samada org itu melayu,cina,india ape bgsa skali pun tapi beriman dgn allah dan rasul bersatu di bwh kalimah tauhid.ingtlah semngt kebngsaan bkn yg diajar oleh rasullullah s.a.w.tp ape yg pntg kesatuan kte umat islam dari pelbgai bgsa.ana dah baca dlm setiap komen dlm laman ini.dan ini pula pndngan ana tntg hala tuju umat islam hari ini.ape yg ana lht hari ini umat islam saling bertunding jari antara satu sama lain.ana bg contoh.bnyk jemaah islam kat mlysia.antaranya ISMA,PEMBINA,PAS,HIZBUTTAHRIR,TABLIGH dan dari kelompok kecil seperti mrk yg beramal dgn thoriqat.ape yg ana nk jelaskan di cni,kalo kte perhatikan btl2 smue gerakan islam tdk mnmpkkan kesatuan msg2.nape smue ni terjd?pegikut pas kate tabligh gini,isma kata pas gini,tabligh kata pas gini dan bgitu sebagainya.sbgai contoh ana mnta maaf dgn kate2 ust lah mengenain politik.Pas dlm PR.Mungkin ramai tidak menyedari bahawa telah berlaku satu perubahan besar dalam percaturan politik negara selepas Pilihanraya ke-12 khususnya selepas penglibatan Anwar Ibrahim secara aktif dan terbentuknya Pakatan Rakyat.

    Dahulu PAS adalah pembangkang terkuat dan suara yang paling lantang menuntut perlaksanaan hukum Islam.

    Dengan itu ia telah memberi tekanan kuat dalam mengimbangi kedudukan Islam dalam percaturan politik negara.

    Namun selepas tertubuh PR dan penglibatan PAS yang semakin bersungguh didalamnya, telah berlaku kekosongan ketara dari aspek menyuarakan tuntutan Islam.

    Islam tidak lagi menjadi pengimbang penting dalam percaturan politik negara. Suara Islam menjadi sangat lemah.

    Persaingan politik kini bertukar kepada aspek โ€œpragmatik liberalโ€. Ukuran adalah siapa yang lebih liberal, ia akan lebih peluang untuk survive, bukan siapa Islamnya lebih baik seperti sebelum ini.

    Maka sedar tidak sedar negara sedang menuju ke arah โ€œpengliberalisasianโ€ yang dahsyat. Ia seperti arus yang tidak dapat dibendung lagi.

    PR telah mengangkat syiar demokrasi dan liberalisasi mutlak, maka demi menyelamatkan survival politik UMNO dan BN dan mengatasi dakyah PR yang sangat mengancam, Datoโ€™ Najib memilih untuk melawan saingan dengan slogan dan dasar liberal yang serupa.

    Lalu diisytiharkan slogan 1Malaysia, โ€˜Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakanโ€™. Sesiapa yang memahami kandungan demokrasi liberal akan dapat memahami dengan mudah konsep ini.

    bg ana ni satu pndngan yg blh menmbhkan lg perpecahan umat islam.sbb ape.ana lht dlm pas ni ade dewan ulama,dan ana lht juga setiap sesuatu yg pas nk lakukan aku dibncgkan dlm dewan ulama.jd bg ana ini satu tndakan yg dilakukan berpndukan nas2 yg disepakati.ye mmg kte nmpk pas seolah2 mahu menegakkan syiar demokrasi yg thogut tu.tp kte ingt sblm kte berkate tu kte rujuk du,lulah kpd org tu utk pnjlsan dan baru kite beri.bg ana pas ttp dgn islam.contoh tntg isu arak di slngr.
    unt mendpt penjlsan tntg pndngn ana ni blh lah hbngi sy 0173661064.ana mls nak taip sbb ana ni jns mls nak taip.hehehe.sory sbb bg pndngn sekerat jln.

  17. qassam
    September 13, 2009 at 12:40 am

    salam.. hurm..
    saya nampak ust tulis biasa sahaja..
    tapi kenapa ada org yang faham lain dan terasa..
    terasa pedas.. tapi kadang2 org yg x makan pedas pun tiba2 rasa pedas.. atau mmg kat pasar dah x da lada atau cili yang pedas.. relaks..
    baca dgn tawadduk n bersangka baik insyallah input yg dapat dari tulisan ust.. adalah yg baik2 dgn niat yg baik.. inSYALLAH semua boleh bersangka baik..

  18. NGO:???
    September 14, 2009 at 3:19 pm

    kepada chonq:
    pernah tak isma dakwah kepada umno? untuk badan2 besar begini..sama juga seperti pas.. saya dapati ISMA menegur semua pihak secara terbuka.. saya setuju dengan qassam.. pelik dengan respon2 yang begitu…tah..

    antara teguran secara direct or indirect ISMA kepada UMNO atau PAS (secara terbuka) yang saya pernah baca dan saya kira wajar kita mengambil isinya dengan berlapang dada(bersangka baik).. sila ikuti link:

    http://ismaweb.net/v2/Article960.html

    http://ismaweb.net/v2/Article1179.html

    http://ismaweb.net/v2/Article1094.html

    http://ismaweb.net/v2/Article961.html

    http://ismaweb.net/v2/Article980.html

    http://ismaweb.net/v2/Article959.html

    http://ismaweb.net/v2/Article830.html

    http://ismaweb.net/v2/Article689.html

    http://ismaweb.net/v2/Article688.html

    http://ismaweb.net/v2/Article684.html

    http://ismaweb.net/v2/Article658.html

    http://ismaweb.net/v2/Article637.html

    artikel ini pun begitu

    kalian nilai sendiri.. setelah saya amati komen2 untuk artikel ini dan artikel sebelum ni.. saya menyeru agar kita semua berprasangka hanya yang baik2 sesama saudara kita.. saya lihat ISMA tidak menentang politik, tetapi sama seperti JIM, HALUAN, PEMBINA dll meyakini politik bukanlah jalan terbaik buat masa ini.. politik yang dimaksudkan, dengan perkataan palig mudah..Pilihan Raya.. kita lihat HAMAS dan Fatah di Palestin.. kedua2nya dari Ikhwanul Muslimin pada asalnya(rujuk buku Ustadz Maszlee Malik), tetapi tindakan sekumpulan Ikhwan yang menubuhkan Fatah yang terjun ke dalam bidang politik membawa kebinasaan dan tersasar dari pbjektif awal mereka iaitu JIHAD.. sementara sebahagian Ikhwan yang terus bekerja, berdakwah (HAMAS) mencapai kemenangan pada akhirnya.. Tarbiyyah di dahulukan, Pembangunan Ummah diutamakan.. saya perasan, NGO2 seperti ISMA, HALUAN, JIM mula menyatakan pendirian2 mereka terhadap politik selepas di provoke oleh rakan2 mereka di dalam PAS.. Saya percaya ISMA, JIM,HALUAN dan NGO2 Islam lain tak pernah dengki kepada PAS malah ‘melahirkan’ pengundi2 PAS.. tetapi kenapa mereka tidak sertai PAS.. kerana mereka punya pendirian merka yang saya yakin ada hujjah2nya.. saya bersangka baik jika PAS pegang kerajaan Malaysia, akan memudahkan kerja2 dakwah gerakan lain.. tetapi selama manakah PAS akan terus mendapat mandat rakyat, jika rakyat mereka tidak seperti rakyat di Palestin yang ditarbiyah.. kerana itulah.. sekali lagi saya ingin membawa slogan 1 ummah: “Tarbiyyah di dahulukan, Pembangunan Ummah diutamakan.” PAS, JIM, ISMA, ABIM, PEMBINA, HALUAN.. kita sama2 bergerak mentarbiyyah ummat ini.. tanpa cenderung untuk menjatuhkan satu sama lain.. kita ambil pengajaran dari apa yang berlaku pada ikhwan di palestin: Fatah yang cuba menjatuhkan HAMAS, setelah tiba2 HAMAS mendapat mandat rakyat majoriti dengan slogan mereka : “Allah matlamat kami!!”

  19. tafsiribnukathir
    September 19, 2009 at 12:25 pm

    Anta bukan kena bersangka baik, bahkan kena rasa PAS tu baik. Sebabnya mmg mereka tu baik. Begitu gak jemaah2 lain

    PAS berusaha untuk mendapatkan kuasa seperti mana yang ditunjukkan oleh hadis:

    Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan kuasa.

    Hadis ini menunjukkan kita kena ada kuasa.

    Maksudnya tarbiyyah peringkat bwah tetap berjalan, tetapi mesti ada umat islam yang berusaha mendapatkan kuasa.

    Ada yang berhujah kata Nabi dulu kat Mekah nak tawan mekah jadi raja.

    Ini beza ceritanya. Kerana PAS mmg kata nak bawak Islam, tapi orang kafir quriash bagi syarat kata kat nabi supaya tinggalkan sebahagian dariapada Islam.

    Kalo mereka kata mereka semua masuk Islam, sudah tentu Nabi amik jawatan pemimpin di mekah

    JazakALLAH khaira

  20. tafsiribnukathir
    September 19, 2009 at 12:27 pm

    Ralat : ada yang berhujah kata Nabi dulu kat Mekah tolak jadi Raja.

    Bukan: Ada yang berhujah kata Nabi dulu kat Mekah nak tawan mekah jadi raja.

  21. NGO:???
    September 19, 2009 at 6:43 pm

    akhii, memang ana rasa PAS itu baik..maaf ye kalau tersalah faham ayat ana..:) ana ada ramai kawan PAS n ISMA n JIM n beberapa jemaah lain lagi..
    n pada pilihanraya lalu, ana lihat kawan2 ana dari JIM, ISMA n beberapa jemaah yang bukan NGO turun padang untuk sama2 berkempen RUMAH KE RUMAH untuk ajak mereka undi PAS.. ini sesuatu yang sangat harmoni bagi ana..:)

    untuk tentang nabi tolak tawaran tu, ana tak berapa faham maksud nta.. kalau ikut ayat nta “Kalo mereka kata mereka semua masuk Islam, sudah tentu Nabi amik jawatan pemimpin di mekah” maksudnya sama seperti hujah mereka yang tak terjun dalam bidang politik tetapi tarbiyyah dulu..sehinggalah manusia benar2 dapat menerima Islam.. kalau Nabi fikir dengan memegang kuasa, boleh mengubah manusia menerima Islam, tentu nabi terima tawaran tu.. tapi nabi punya strategi.. dan strategi tu yang di pakai oleh al-banna.. dan juga kemenangan yang dilalui oleh HAMAS.. ummat perlu ditarbiyyah terlebih dahulu.. (ini maksud hujah bagi mereka yang tak terjun dalam bidang politik yang semakin penuh fitnah zaman ini)..

    tapi ana TAK PERNAH dan TAK AKAN nafikan usaha PAS dan rakan2 kita yang lain usaha yang sangat baik.. tak siapa tau di manakah kedudukan kita di sisi Allah kelak.. moga segala amal kita diterima dan diganjarkan kita semua dengan mardhotillah..

    tak perlu risau wujudnya wajah2 jemaah baru di malaysia.. kerana mereka juga punya matlamat yang sama.. hanya redha Allah.. berlapang dada dengan semua pihak.. mungkin lepas ni adanya jemaah yang menampilkan diri dengan NGO baru yang gerak kerjanya lebih aktif dan lebih berkesan dari kita dengan izin Allah.. raikan mereka.. bukan menimbulkan provokasi untuk melemahkan gerak kerja mereka.. in tansurullah yansurkum wa yuthabbit aqdaamakum..:) wallahu a’lam

  22. mari renungkan
    Januari 10, 2011 at 2:24 am

    mari bersatu iAllah

    mungkin ISMA juga boleh bersatu dgn IKRAM?

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: