Utama > Perutusan > Perutusan Sempena Menyambut Ramadhan Kareem 1430 H

Perutusan Sempena Menyambut Ramadhan Kareem 1430 H

بسم الله الرحمن الرحيم و الحمد لله رب العالمين و الصلاة و السلام على رسول الله وعلى ءاله وأصحابه أجمعين و بعد

Muslimin muslimat sekelian!

Setiap kali datang bulan Ramadhan , umat Islam di seluruh dunia akan menyambutnya dengan berpuasa. Allah memuliakan bulan Ramadhan kerana ia adalah bulan yang diturunkan padanya al-Quran.

Firman Allah s.w.t :-

al-Baqarah 183

Yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (al-Baqarah:183)

Malah malaikat Jibril a.s akan turun bertadarus al-Quran bersama Rasulullah s.a.w sepanjang bulan Ramadhan.

Daripada Ibnu Abbas r.a.: “Jibril a.s. berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. setiap malam pada bulan Ramadhan dan bertadarus al-Quran bersama Baginda.” (Riwayat Bukhari)

Muslimin muslimat sekelian!

Al-Quran adalah petunjuk yang menjadi panduan hidup kita. Ia memperkenalkan kita dengan Tuhan kita, hakikat kehidupan dunia akhirat, memimpin kita ketika dalam keadaan kebingungan, aturcara dalam setiap perincian hidup. Ia adalah al-Furqan yang membezakan antara yang hak dan yang batil.

Hari ini kita menyambut Ramadhan dengan penuh kemeriahan, tetapi kita meninggalkan al-Quran di belakang kita.

al-Furqan 30

Maksudnya:

“Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”. (Al-Furqan: 30)

Cara hidup kita bercampur baur antara hak dan batil atau antara Islam dengan jahiliah.

Kehidupan liberal yang bolos dari sebarang ikatan iltizam akhlak, menyucikan hawa nafsu, berlegar sekitar manusia dan harta dan mengabaikan batasan halal dan haram.

Muslimin muslimat sekelian!

Sempena kita menyambut Ramadhan pada tahun ini, marilah kita berazam untuk kembali kepada kehidupan berlandaskan al-Quran, kehidupan iman, kehidupan roh yang berasaskan taqwa.

Mari kita daulatkan Islam dalam segenap sendi kehidupan kita. Percayalah bahawa segala anutan, ideologi dan ajaran selain dari Islam semuanya akan berakhir dan ada yang sudah berakhir.

Al-Quran tetap dijaga oleh Allah s.w.t.;

al-Hijr 9

Maksudnya:

Sesungguhnya Kami menurunkan peringatan dan Kamilah yang akan memelihara-Nya. (al-Hijr:9)

Puasa adalah satu ibadat wajib yang mesti ditunaikan dengan sepenuh keimanan.

2009-08-21-Aug-08n-1250838256

Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ia merupakan satu rukun dari rukun Islam yang lima.

Muslimin muslimat sekelian!

Allah menjanjikan ganjaran yang tidak terbayang bagi orang yang berpuasa dengan penuh keikhlasan.

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. Allah berfirman : “Seluruh amal anak Adam baginya selain puasa, sesung­guhnya puasa itu bagiKu dan Aku membalasnya. Sungguh bau busuknya mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah dari pada bau kasturi.” (Hadis riwayat Bukhari)

Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa puasa bulan Ramadhan karena iman dan mengharap pahala dari (Allah), niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. “ (Bukhari dan Muslim)

Dan dalam Musnad Imam Ahmad dengan sanad hasan disebutkan: “Dan (dosanya) yang kemudian. “

Puasa ialah menahan diri dari lapar dahaga dan perkara-perkara yang yang membatalkan puasa.

Ulamak membahagikan puasa kepada beberapa kategori:

  1. Puasa awam – yakni sekadar lepas dan dahaga dan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
  2. Puasa khusus – iaitu disamping meninggalkan makan, minum dan perkara yang membatalkan puasa mereka juga meninggal perkara keji dan maksiat
  3. Puasa khusus al khusus – iaitulah mengawal pemikiran dan lintasan kehingga semuanya mengingati Allah s.w.t

Muslimin muslimat sekelian!

Selain berpuasa, pada bulan Ramadhan ini Rasulullah s.a.w juga melakukan badah ibadah lain, antaranya;

  1. Tadarus al-Quran
  2. Solat qiam/ tarawih
  3. Memperbanyakkan sedekah
  4. Iktikaf 10 malam terakhir Ramadhan.
  5. Zikir dan bertaqarrub kepada Allah.

Akhirnya jangan lupa malam Lailatul qadar. Pastikan kita tidak terlepas daripada mendapat kelebihan malam yang mulia ini.

Firman Allah s.w.t

al-Qadr 3

Maksudnya:

“Malam qadar lebih baik dari seribu malam” (al-Qadr:3)

Sekian. Selamat menyambut Ramadhan.

و كل عام و أنتم بخير

والسلام عليكم ورحمة الله و بركاته

Abdullah Zaik Abd. Rahman

28 Syaaban 1430

Video Ucapan

Kategori:Perutusan
  1. Ogos 21, 2009 at 7:57 pm

    salam…

    semoga amal2 kita$ ramadhan kali ini…lebih baik dari yg lepas…

    ramadhan kareem….

  2. Ogos 22, 2009 at 2:53 pm

    KULLUAM WA ANTU BIKHOIR. RAMADHAN KAREEM

  3. bumi-anbiya
    Ogos 27, 2009 at 8:15 am

    salam ustz..
    Ana rasa isu hukuman sebat terhadap Kartika suatu yang agak menarik untuk dibincangkan..
    harap ustaz boleh beri sedikit sebanyak pandangan tentang isu ini kiranya ada kelapangan..

  4. orang yg tgh cari kebenaran
    Ogos 28, 2009 at 10:26 am

    http://mistisfiles.blogspot.com/2009/03/alter-terahsia-bangsa-melayu-bhg-1.html

    salam,benar kerh citer di link di atas,nk taw sgt..

  5. Ogos 29, 2009 at 9:38 am

    Ramdhan Mubarak, Ramadhan Kareem ,semoga ramadhan kali ini lebih bermakna . Ramadhan bulan yang menyemarak semangat ruhiyyah dan jihadiyyah .semoga apa yang disebut oleh ustaz akan menjadi garis pandu dalam melayari bahtera ramdhan.

  6. September 9, 2009 at 8:05 am

    Assalamualaikum,

    sempena kemerdekaan ini, saya ingin bertanya pada ustaz ,apakah pendapat pasal benda ini?

    saya tengok di mana-mana sahaja, isma’ suka sangat bersaing dengan setiap persatuan islam di mana-mana kampus? kenapa macam itu ek? adakah agenda isma’ lebih penting daripada agenda kesatuan dan perpaduan islam? adakah agenda isma lebih penting daripada agenda islam itu sendiri?

    tak boleh ker isma; menghormati persatuan yang telah bertapak dahulu di kampus? adakah perlu menyaingi ?i

  7. September 13, 2009 at 12:23 am

    salam ziarah..
    moga kita tergolong dalam golongan yg “beruntung” selepas ramadan…

  8. qassam
    September 13, 2009 at 12:57 am

    salam.. er insan..
    walaupun x de kaitan.. tapi saya berpendapat.. ISMA dahulunya jemaah yg x berdaftar secara rasmi.. kemudian bila dah berdaftar,, nampak seperti bergerak laju atau bersaing.. padahal mmg dah lama ada ahli,, mcm tu kot…hehe.. saya bukan ahli ISMA pon..

  1. Mac 15, 2010 at 3:41 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: