Utama > Perutusan > Perutusan Sempena Hari Raya Eidulfitri 1430H/2009

Perutusan Sempena Hari Raya Eidulfitri 1430H/2009

بسم الله الرحمن الرحيم و الحمد لله رب العالمين و الصلاة و السلام على رسول الله وعلى ءاله وأصحابه أجمعين و بعد

Subhanaka la ilma lana illa maa ‘allamtana innaka antal ‘aliimul hakiim
Rabbish rahli sadri wa yassirli amri wahlul uqdatan min lisaani yafqahu qauli.

Muslimin Muslimat yang Berbahagia,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Tidak lama lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

“Bagi orang yg berpuasa mereka mendapat dua kemgembiraan. Satu kegembiraan pada hari menyambut hari raya dan satu kegembiraan pada hari mereka bertemu dengan Tuhan mereka.”

Kita berharap dengan berlalunya Ramadhan pada tahun ini, diampunkan dosa-dosa kita yang lalu. Rugilah barangsiapa yang melalui Ramadhan kemudian tidak diampunkan dosa-dosa mereka.

Saya berharap Ramadhan pada kali ini telah mendidik jiwa kita, telah mendidik diri kita dengan sifat-sifat ketaatan yang sebenar kepada Allah SWT. Membentuk jiwa yang taat samada dalam keadaan terang ataupun tersembunyi. Puasa mengajar kita untuk membelakangkan kehendak nafsu dan melakukan sesuatu atas kehendak Allah SWT. Kita tidak makan atau minum di waktu nafsu kita inginkan makan atau minum. Tetapi kita kembali makan atau minum apabila Allah SWT mengizinkan untuk kita atau memerintahkan utk kita makan atau minum. Segala yang kita lakukan, perbuatan dan kehendak yang kita lakukan itu adalah bukan datang daripada kehendak nafsu kita tetapi adalah datang daripada perintah dan kehendak Allah SWT.

Itulah konsep ketulusan Ubudiah yang sebenarnya kepada Allah Yang Maha Esa, yang perlu kita fahami. Kita kuburkan kehendak nafsu kita dan kita lakukannya di atas asas perintah dan kehendak Allah SWT. Itulah makna besar yang diajar oleh Allah SWT kepada kita ataupun apa yang kita pelajari daripada pendidikan pada bulan Ramadhan.

Tuan-tuan, Puan-puan, Muslimin Muslimat sekalian,

Marilah kita meraikan hari besar Islam ini dengan memperbanyakkan zikir, memperbanyakkan tahlil, tahmid, tasbih kepada Allah SWT. Kita merayakan hari besar Islam dgn cara yang diajar oleh Rasulullah SAW. Kita tidak seharusnya melakukan sesuatu yg disuruh oleh Islam yg diajar oleh Islam tetapi bukan dengan cara yg diajar yang dibawa oleh Rasululah SAW. Betapa banyak hari ini kita lihat masyarakat melakukan perkara-perkara dan upacara-upacara atas nama Islam tetapi tidak seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW. Saya mewakili warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) seluruhnya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidulfitri kepada umat Islam di Malaysia dan dimana sahaja mereka berada. Selamat Hari Raya Aidilftri, Maaf Zahir Batin.

و كل عام و أنتم بخير

Saya menyeru umat Islam seluruhnya sempena hari baik bulan baik ini, marilah sama-sama kita bermaaf-maafan, merapatkan jurang, bersilaturrahim, menyebarkan kasih sayang dan kemesraan. Sesungguhnya sesuatu yang paling dihajati oleh umat Islam di Malaysia pada hari ini ialah kekuatan al-wihdah, iaitu kekuatan kesatuan. Hari ini kita berhadapan dengan satu situasi yang tidak menentu, yang amat mencabar. Hanya perpaduan di atas asas Islam sahajalah , yang akan dapat menyelamatkan kita.

Moga-moga Ramadhan telah melembutkan hati-hati kita, menyuluh jalan yang baik untuk kita.

Salam Ukhuwah, Salam Mahabbah.

Sekian

والسلام عليكم ورحمة الله و بركاته

Abdullah Zaik Abd. Rahman

Video Ucapan

Kategori:Perutusan
  1. Tiada komen.
  1. September 29, 2009 at 6:43 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: