Utama > komentar > ISU TAAT, HUBUNGAN RASMI DAN TONGKAT SAKTI

ISU TAAT, HUBUNGAN RASMI DAN TONGKAT SAKTI

Istibdad Demokrasi

Istibdad ialah satu sistem pentadbiran yang dikontrol oleh seorang atau sekelompok orang tanpa terikat dengan undang-udang tertentu atau pendapat anggota masyarakat.

Ia merupakan satu pengalaman yang pernah dilalui oleh masyarakat manusia sepanjang sejarah. Jika diperhatikan, saya boleh katakan bahawa ia bukanlah satu episod yang berlalu tetapi merupakan fenomena berulang dalam sejarah manusia samada secara sepenuhnya atau separuh tertakluk kepada ciri-ciri satu-satu masyarakat.

Ciri-ciri istibdad ini bukan sahaja wujud dalam sistem monarki atau pemerintahan bangsawan /tuan tanah tetapi juga dalam sistem yang pada lahirnya wujud ciri-ciri demokrasi.

Puncanya ialah kelemahan pendidikan.

Dalam masyarakat yang lemah pendidikan dan monopoli golongan bangsawan apa yang diistilahkan sebagai keterbukaan dan demokrasi tidak mungkin wujud, sebaliknya yang akan berlaku ialah istibdad demokrasi.

Dalam sistem ini kuasa dan manfaat tetap berada ditangan golongan bangsawan yang kaya. Walaupun ada demokrasi, pilihanraya dan keterbukaan tetapi peluang tetap dimonopoli oleh mereka yang cerdik, kaya dan tentu dari golongan atasan.

Istibdad dan perubahan

Seperti mana-mana rejim diktator, penguasa mustabid (isim fael) juga tidak suka kepada seruan pembaharuan kerana pembaharuan bererti perubahan status quo dan perubahan status quo mengakibatkan kedudukan /kerusi mereka terancam.

Oleh itu mereka akan menentang sebarang idea baru, terma baru dan akan menutup sebarang ruang kebebasan mengambil tindakan ganas atas nama ketaatan, kesetiaan, menegakkan sistem, disiplin, kesatuan dan sebagainya.

Saya tidak ingin memanjangkan muqaddimah ini. Maksud saya ialah mengambil pengajaran daripada fenomena ini dalam amalan kita berharakah.

Lagi Kepentingan Tarbiah Dan Pendidikan Dalam Harakah Islamiah

Dari titk tolak ini saya sentiasa menekankan akan kepentingan kematangan tarbiah dan pendidikan dalam harakah islamiah. Al-Muassasiayah (penginstitusian), demokrasi atau syura yang sebenar tidak akan wujud dalam harakah yang mengabaikan tarbiah dan pendidikan.

Fenomena yang berlaku dalam masyarakat biasa yang lemah pendidikannya boleh berlaku dalam harakah Islamiah yang mengabaikan tarbiah. Walau pun terdapat syura, demokrasi dan pemilihan tetapi jamaah tetap dikontrol dimanipulasi oleh individu tertentu atau kelompok tertentu yang dominan.

Sesetengah kepimpinan dengan segaja melakukan siasah tajhil (penjahilan) berterusan atas nama menjaga disiplin, ketaatan dan menghormati keputusan qiadah. Dengan itu beberapa kerat dari golongan elit jamaah yang menganggap dirinya super dalam bidang strategi akan dapat kontrol institusi pembuat keputusan secara berterusan tanpa bimbang dicabar.

Isu Taat Keputusan Qiadah

Dalam posting saya sebelum ini ramai juga yang memberi komen dari aspek ini dan menekankan akan pentingnya taat kepada qiadah, keputusan syura dan sebagainya.

Saya tidak menafikan kepentingan mafhum tersebut dalam orientasi tarbiah bahkan ia sangat penting, namun sebagai orang lama dan sesuai dengan konsep blog ini saya ingin mengetengahkan pengalaman-pengalaman unik yang saya perhatikan berlaku untuk dijadikan garis panduan.

Saya melihat ada kepimpinan harakah yang sengaja mengekalkan tarbiah ahli berada dalam keadaan lemah, tetapi menekankan isu taat dan disiplin atau membancuh ahli dengan dos berlebihan sehingga wujud gejala ketakutan bersuara dikalangan ahli, kerana mana-mana idea dan pandangan yang berbeza dengan pandangan qiadah dianggap menentang dan tidak berdisiplin.

Qiadah pula kerana terlalu lama memimpin mereka meletakkan diri mereka di atas peraturan. Apa yang dia suka itulah undang-undang, langgar pendapat dia maknanya langgar disiplin jamaah dan layak menerima hukuman berat.

Jadi fenomena istibdad demokrasi sebagaimana wujud dalam masyarakat biasa, boleh jadi wujud juga dalam jamaah, khususnya yang mempunyai daya akauntabaliti rendah seperti tanzim yang terlalu lama bergerak secara rahsia.

Kalau kita lihat dalam masyarakat bagaimana pemimpin mustabid dari kalangan bangsawan yang monopoli sistem demokrasi sangat takut kepada idea pembaharuan dan perubahan begitu juga dalam harakah, pemimpin elite jamaah akan sangat takut kepada terma baru atau idea baru, sebabnya sama iaitu takutkan perubahan status quo dan pencarikan tradisi yang akan mengakibatkan dominasi dan pengaruh mereka tergugat.

Tarbiah kita bukan sekadar melahirkan pengikut yang setia yang bersifat pak turut tetapi melahirkan anasir-anasir (pemimpin dan pengikut) yang wa’i yang boleh memartabatkan organisasi ketahap muassasiah yang tinggi. Ya, tarbiah suatu yang sukar dan proses yang panjang tetapi ia sesuatu yang amat diperlukan dalam memelihara sibghah Islamiah harakah. Pada waktu itu setiap orang memiliki peluang yang sama dan hak bersuara yang sama serta tiada gejala takut untuk bersuara.

Dan semua orang oleh menyumbang dalam menentukan acuan dan hala tuju organsiasi.

Cagaran kita ialah tarbiah, tarbiah yang mantap, berterusan dan matang. Sebab itu dalam setengah jamaah, golongan elit pemimpin takut kepada tarbiah yang berwibawa dan menganggapnya sebagai ancaman.

Hubungan Rasmi

Antara perkara yang di sebut-sebut sebelum ini ialah isu hubungan (wakil) rasmi, ada yang suruh tanya Mahdi Akif dan ada yang suruh tanya Harun Taib, terpulanglah.

Apa yang saya boleh komen ialah dari aspek sejarah secara umum.

Sebenarnya kumpulan yang membawa pengaruh Ikhwan tumbuh di mana-mana Negara di dunia termasuk di Asia Tenggara melalui usaha-usaha terpancar-pancar dari tokoh-tokoh Ikhwan yang lari keluar negeri. Waktu itu Ikhwan Mesir masih lagi berada dalam penjara Jamal Abd Nasir. Pelajar-pelajar yang terpengaruh dengan dakwah Ikhwan bila balik ke negara masing-masing cuba mengimplementasikan mengikut kadar kefahaman masing-masing.

Apabila Ikhwan Mesir keluar dari penjara, usaha untuk membimbing tanzim-tanzim ini dan memperdekatkan dengan Ikhwan dilakukan. Ada setengah kumpulan menerima dan ada yang menolak atas berbagai sebab. Antara sebab penolakan ialah kerana tidak setuju dengan fikrah alamiyyatu al-dakwah dan ada yang mahu mencipta manhaj sendiri bersifat tempatan yang dipanggil al manhaj al malizi. Saya tidak mahu direct dalam hal ini menyebut siapa-siapa takut adik-adik baru yang tidak tahu, terkejut dan tidak menyangkanya begitu. Tapi isu ini tidaklah sensitif kerana ia merupakan pendirian jelas masing-masing.

Ada juga setengah kumpulan yang mempunyai tanggapan dan sikap negatif terhadap Ikhwan tetapi menerima menjadi wakil rasmi Ikhwan di Negara mereka. Saya tidak pasti apa tujuan mereka, mungkin strategi mereka untuk menghalang wujud pesaing seperti yang dilakukan oleh sesetengah syarikat yang membeli produk francais lain bagi mengelakkan wujud persaingan terhadap produk mereka. Sebab itu walaupun Ikhwan memiliki wakil rasmi di Negara tersebut, tetapi dakwah Ikhwan masih tidak kelihatan dan tidak wujud di alam nyata. Sebaliknya jika ada orang nak bawa dakwah Ikhwan mereka musuhi dan perangi habis-habisan.

Jadi menjadi wakil-wakil Ikhwan atau memiliki hubungan rasmi di mana-mana Negara tidaklah membayangkan kesempurnaan/ perfect, sebaliknya mereka semua sedang mencuba nasib dan sedang melalui proses kematangan seperti organisasi lain. Belum ada yang berjaya sepenuhnya. Jadi saya setuju dengan setengah kawan-kawan bahawa yang penting perlaksanaan manhaj tu betul, dan rasmi tidak rasmi sebenarnya tidak memberi impak nyata yang besar khususnya bagi tanzim di Asia Tenggara ini. Sebaliknya kalau diumumkan boleh memberi kesan negatif kepada penerimaan masyarakat seperti berlaku kepada PKS di Indonesia dalam PEMILU lepas..

Secara jujur saya rasa memang menjadi kebanggaan setiap orang haraki untuk menganggotai Ikhwan kerana pengaruh dan peranan Ikhwan sepanjang sejarah dalam konteks memperjuangan Islam di Abad ini. Saya juga mendokong bahawa fikrah Al Banna adalah idea terbaik yang boleh mengembalikan umat pada hari ini kepada kegemilangan. Namun seperti kata pepatah arab yang bermaksud;

“Bukanlan anak jantan itu mereka yang berkata datuk nenek ku begitu begini hebatnya, tetapi anak jantan yang sebenar ialah mereka yang mendabik dada berkata; “inilah aku”.

Cukupkah kita sekadar berbangga dengan kerja buat yang orang lain sumbangkan, sekarang tanyalah diri kita apa yang kita sumbangkan?. Di mana kejujuran dalam intima’ kita?

Tongkat Sakti

Wahai Jin Sebenarnya Sulaiman Sudah Wafat !!!!

Antara yang menarik dalam kita bercerita tentang rasmi tidak rasmi ni, ada kawan saya yang saya tengok ke hulu ke hilir cerita kat orang sayalah yang rasmi, sayalah yang syar’e orang lain tidak, lagak seperti orang mabuk kuasa. Bagi dia siapa-siapa yang ada hubungan rasmi bermakna ia memiliki tongkat sakti yang boleh menghidup dan mematikan.

Sebagaimana yang saya sebut, saya tidak merendahkannya tetapi sekadar meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Kepada kawan saya ini saya hadiahkan sebuah kisah dari surah as Saba’ ayat ke empat belas.

Kisah Jin dan tongkat Sulaiman.

Sebagaiman kita semua tahu Allah s.w.t memberi kelebihan kepada nabi Sulaiman boleh memerintah jin. Sehingga pada satu masa Nabi Sulaiman di wafatkan oleh Allah s.w.t. Kewafatan Nabi Sulaiman tidak disedari oleh jin sehingga berlalu tempoh yang lama,- mengikut mufassirin- lebih satu ratus tahun.

Dalam tempoh itu jin terus berkhidmat dengan Nabi Sulaiman, sehinggalah tongkat Sulaiman reput dimakan anai-anai dan Sulaiman pun rebah. Waktu itu jin berkata, kalau aku mengetahui perkara ghaib nescara aku tidak berada dalam azab yang menghinakan ini.

Ayat ini diturunkan untuk menyangkal dakwaan bahawa jin mengetahui perkara ghaib, sebenarnya tidak, kerana kalau ia tahu perkara ghaib tentu ia telah dapat tahu lebih awal bahawa Nabi Sulaiman telah tiada.

Yang menarik perhatian saya dalam kisah ini ialah gambaran palsu yang diberikan oleh tongkat kepada jin. Kalau tidak kerana anai-anai tentu jin akan terus berkerja kepada Sulaiman dan berada dalam azab yang menghinakan itu.

Alangkah dangkalnya tanggapan jin itu!!!!.

Jadi dalam hal seperti ini, jangan kita lihat kepada tongkat semata-mata, tetapi lihatlah kepada hakikat, adakah sebenarnya wujud tanzim Ikhwan, dakwah Ikhwan, manhaj ikhwan, fikrah dan amal Ikhwan disebalik hubungan rasmi itu?

Kisah tu menarik, bacalah sendiri……..akhir surah Saba’.

Kategori:komentar
  1. azizeehasan
    September 29, 2009 at 12:01 pm

    pandangan yang bernas,realistik,menepati kaedah dan manhaj..moga ust terus thabat…

  2. abuadil
    September 29, 2009 at 3:30 pm

    tulisan yang semakin menghampiri persoalan sebenar. ambe lebih bersetuju agar semua tanzim yang berminat kepada ikhwan agar bersaing, dan yang hanya melalui jalan sahih saja akan sampai ke penghujung. sesungguhnya Allah, RasulNya dan orang2 mukmin akan melihat amal2 kita. maka berlumba2lah tanzim2 tersebut kearah kebaikan.

    akhir Jun yang lalu, ambe sempat menziarahi syeikh utara. pesan beliau “yang penting, kita berkerja”.
    ..dan ambe sentiasa mendoakan kebaikan untuk tanzim2 tersebut!! ambe semakin sayang kepada ustaz!!

  3. ibnukhair
    September 29, 2009 at 4:09 pm

    Muga mereka yang faham kan terus ber’amal… Sehingga keberadaan mereka dirasai berdarah daging dalam masyarakat…

    Allahul Musta’aan..
    A.S.

  4. suhailsufian
    September 29, 2009 at 4:32 pm

    masya’alah. mudah je sebenarnya isu ni!.

    kalau boleh ustaz lampirkan sekali rujukan untuk memudahkan kami memahami dengan lebih mendalam mengenai isu ini.

    shukran.

  5. alabasiiroh
    September 29, 2009 at 4:49 pm

    So,janganlah kita tertipu dengan gambaran palsu tanzim dan dakwah IM tapi carilah hakikat tarbiah dan dakwah tersebut…Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah!!

  6. penapistola
    September 30, 2009 at 9:00 am

    erm…bak kata abuadil…semakin hampir ke persoalannya.

  7. September 30, 2009 at 10:14 am

    ringkas,padat,jelas! allah musta’an

  8. September 30, 2009 at 10:39 am

    syukran us lah atas tulisan yang amat baik ini. kekaburan semakin jelas…harapnya tidak adalah lagi orang yang claim ‘kamilah ikhwan’ , ‘anda bukan ikhwan’ … tapi nilailah hakikat sebenar amal kita selama ini bertepatan atau tidak seperti mana IM…jgnlah banyak bercakap tapi banyakkanlah amal…semoga manusia semakin dekat dgn kita bukan semakin jauh daripada kita dek kerana ‘politikus2 kita yang kononnya bijak berpolitik di arena dakwah’….ana bimbang sangat ‘politikus2’ ini yang mulanya hendak berdakwah tapi akhirnya berdakyah….nauzubillah

  9. abuzaki
    September 30, 2009 at 12:09 pm

    semoga Allah thabatkan kita atas jalanNya sepanjang hayat ini. Memang benar, kebenaran makin jelas dan nyata.

  10. September 30, 2009 at 12:49 pm

    Bila bercakap masalah taat, suka saya mengulas pendapat Abu Ammar dalam mengupas peristiwa Nabi Musa dan Nabi khaidhir. Abu Ammar menjadikan kisah ini sebagai adab-adab dalam ketaatan. Secara ringkas dapat disimpulkan bahawa antara adab-adab dalam ketaatan kepada qiadah ialah qiadah semestinya menjelaskan sejelas-jelasnya misi jemaah yang dibawa keseluruhannya kecuali beberapa perkara yang dianggap perlu dirahsiakan. Qiadah semestinya membentangkan misi, strategi dan langkah langkah yang perlu dilakukan samada jangka pendek dan jangka panjang kepada anak buah dibawahnya dalam semua bidang yang menjadi lapangan kepada jemaah tersebut . Dalil naqli dan aqli hendaklah dijelaskan secara terperinci. Sementara anak buah pula memahami sejelasnya misi dan visi qiadah.

    Apabila kedua-dua belah pihak saling faham memahami gerak kerja yang perlu dilakukan maka qiadah tersebut perlu ditaati. Kesimpulannya qiadah menjelaskan misi dan visi jemaah secara jelas , sementara anak buah memahami perkara yang perlu dilakukan maka bagi Abu Ammar di sini akan menampakkan adab-adab ketaatan. Pengajaran yang dapat diambil dari kisah nabi Musa ialah, adalah menjadi kewajipan kepada nabi Musa untuk menyoal gurunya setiap perkara yang dia tidak memahaminya secara normal atau dalam keadaan sebagai manusia biasa, walaupun gurunya memberi amaran kepada beberapa kali. Kerana dalam adab ketaatan , dalam keadaan biasa anak buah hendaklah memahami misi dan visi qiadah. Nabi Musa ingin memberi ketaatan kepada gurunya , maka dia menyoal perisrtiwa yang berlaku. Sementara nabi Khaidir pula tidak dapat menceritakan secara jelas apa yang akan berlaku kerana ilmu yang disampaikan itu merupakan ilmu laduni atau diluar akal manusia. maka dalam peristiwa ini kedua-dua insan terpilih tidak bersalah.
    Apa yang ana ingin lontarkan ialah adakah perjalanan mana mana jemaah sekarang ini yang ingin membawa dakwah mencukupi syarat dalam adab-adab ketaatan. Adakah misi jemaah tersebut jelas dalam politik, ekonomi, kemasyarakatan dan lain-lainnya.

    Apabila ditimbulkan isu ini, maka akan ada golongan yang akan mengatakan , kita dalam proses pengislahan, tunggulah masa sudah hampir kita akan menang, hanya perlu bersabar, insya Allah jemaah akan kembali baik. Persoalan yang ana kemukakan ialah, setiap perancangan pengislahan hendaklah ada strategi dan langkah-langkah yang perlu diambil, dan ianya hendaklah boleh diukur, bila langkah bermula , apa strateginya dan apakah kayu ukuran sebagai ukuran untuk melihatkan perkembangannya. kalu dah hampir, apakah ukurannya, apa yang telah dibuat dan akan dibuat.
    Dalam hal ini ana suka ambil pengajaran dari kisah Umar Al faruq dan seorang ibu yang merebus batu kerana ketiadaan makanan untuk diberi makan kepada anak-anaknya. Kebiasaannya orang mengambil ambil pengajaran dari sikap Umar yang bertanggung jawab terhadap rakyat, Untuk kali ini ana akan ambil shahid atau pengajaran dari sikap si ibu yang merebus batu, Adakah dengan merebus batu tadi akan selesai masalah anak -anak dalam kelaparan, atau dalam erti kata lain adakah akan selesai sesuatu masalah tanpa ada langkah-langkah yang berpatutan untuk menyelesaikannya, Ana bimbang ( mungkin agak terkasar sikit) tapi tepat , mereka yang ingin kepada pengislahan ibarat seperti ibu yang merebus batu tadi, terserah kepada takdir yang menentukan tanpa ada lain-lain usaha yang jelas cara dan langkah yang sepatutnya yang perlu dilalui untuk tujuan pengislahan. Islah bukan dengan dengan cara kita meramaikan mereka yang sama faham dengan kita sehingga kita menguasai bilangan dengan angka, tetapi islah ialah dengan memahamkan mereka cara dakwah yang sebenarnya sebagaimana yang kita faham sehingga mereka mendokong kita, Kalau cara ini kita gunakan iaitu dengan mendominankan kita dalam tanzimi, maka kefahaman islah kita pun berada pada landasan yang salah. Sama saja antara satu sama lain. Kalau yang ingin islah berpandangan begini tentang pengislahan, maka perlu diingat mereka yang kita rasa salah itu pun akan menggunakan teknik atau cara yang sama untuk kekalkan dominan mereka dalam kafilah dakwah. Persoalannya apakah kesudahannnya. Secara ringkas secara dakwah berkitar dalam kitaran yang sama , tidak akan berkembang bahkan boleh menguncup dan tenggelam apabila berlaku fitnah yang lebih besar.

  11. September 30, 2009 at 1:24 pm

    well said.

  12. September 30, 2009 at 4:54 pm

    salam
    1. Tulisan dlm katagori politikus haraki
    2. Sesuai untuk ‘org lama’ dan blh mengelirukan ‘generasi baru’ dakwah
    3.Memilih perkataan, sengaja melemahkan tarbiah…perlu kepada ketelitian dakwaan, krn Ustaz tetap mewakili Isma.
    4. Isu politikus haraki di Malaysia sudah lama, dn semakin menjadi selps pertengahan 90an.
    5. Elok di kurangkan isu pbincangan mendakwa rasmi atau tidak rasmi ini.
    6. Rasanya ramai yg bkn Isma, sensitif dgn ayat rasmi dn tak rasmi ini.
    7. umpama bermain boling, guna bola dan trak sendri, dn umpama main golf, pukul bola sendiri, usah kacau bola org lain.
    8. kemas kini trak snri dan baiki balingan atau pukulan tadi
    9. Ustaz, ana cdgkan- elok tutup terus isu yg menyentuh jemaah ln di AsiaTenggra/M’sia ini, krn ianya tak akan kemana. Takut air makin keruh, ikannya tidak ada.
    10.Penulis- hmpir 30 thn dlm haraki

  13. September 30, 2009 at 6:09 pm

    tambahan-
    perkara ke

    11. Manusia yang suka mencari silap sendri, maka disitu bermula titik betulnya. Silap dn salah mainan manusia.
    12. mrujuk kepada kenyataan ” Walau pun terdapat syura, demokrasi dan pemilihan tetapi jamaah tetap dikontrol di manopulasi oleh individu tertentu atau kelompok tertentu yang dominan.

    Sesetengah kepimpinan dengan segaja melakukan siasah tajhil (penjahilan) berterusan atas nama menjaga disiplin, ketaatan dan menghormati keputusan qiadah. Dengan itu beberapa kerat dari golongan elit jamaah yang menganggap dirinya super dalam bidang strategi akan dapat Kontrol intitusi pembuat keputusan secara berterusan tanpa bimbang dicabar”

    Rasanya, beberapa bln yg lps ada sentuh perkara yang sama!

    Ianya tidak difahami oleh duat yg marhaen dan saya berpendapat TIDAK sesuai diutarakan dimajlis terbuka ini. Ini isu rumahtangga kepimpinan. Anak2 tidak perlu didedahkan semua mslh dalam r.tangga.

    13. walaupun bowling dn golf itu tersendiri, tetapi masih ada acara berpasukan. Ada team Eropah, US, Asia dll. Main asing2, tetapi tetap memberi mata penting untuk pasukan

    14. Sesiapa blh dkwa yang jemaahnya lbh bertanzim ( atau menghampiri Ikhwan), tetapi lihatlah UMAT DI LUAR sana yang sentiasa di dalam kekalahan.

    15. Sebaliknya, apakah kita yang bbeza jamaah ini sibuk menyusun stategi untuk memenangkan umat.

    16. Melayu secara kolekstifnya BELUM mencipta sejarah hebat dlm semua bidang, dn Melayu belum mencipta sejarah didalam DAKWAH. Bersatulah dlm perbezaan ini, dan belajarlah dari sejarah bangsa kita.

  14. huda
    September 30, 2009 at 9:09 pm

    senang ceritanya: akulah yang benar dan yang lain salah. Apakah bezanya ust dengan org yang ust tuduhkan itu. Ust sekadar mewujudkan persaingan yang langsung tidak positif kepada dakwah. Mungkin kerana perseteruan peribadi atau mungkin aku yang lebih layak menjadi pimpinan. Akhirnya hanya akan mengangkat isma mengatasi segalanya.

  15. huda
    September 30, 2009 at 9:11 pm

    satu perkara lagi, dengan tulisan ini, ust sudah mengaku bahawa ust telah membawa isma jauh dari orientasi ikhwan. Dan mengikut orientasi ikhwan sebenarya sudah tidak penting bagi ustaz kerana martabat ust sudah menyamai mereka. OK , sudah terang lagi bersuluh.

  16. huda
    September 30, 2009 at 9:17 pm

    komen ust pudin apemenda ntah. Syahid Ibu merebus batu pun dia nak komen. Tahu tak ibu itu merebus batu diwaktu mala ketika sudah seharian mencari makan. tatkala keperitan dan tekanan berlaku dari kelaparan dan tangisan anak, dia melakukan apa yang terdaya untuk meredakan tangisan dengan merebus batu. Ibu itu generasi sahabat dan dia bermilion kali ganda mungkin lebih baik dari kita. Ana takut oleh kerana anak menangis, ibu keluar rumah buat jemaah sendiri. heheh

  17. Si Kecil
    Oktober 1, 2009 at 12:57 am

    Askm, jzkk utz.
    Kami generasi kecil memerhatikan apa yang antum lakukan, kami di ajarkan dan akan terus belajar.Sikap kami kepada para guru kami hormati.
    Semoga kita semua akan kembali mengenal musuh yg sebenar, dan tidak akan terus membenarkan syaitan ketawa melihat telatah kita.Duhai ikhwan kita adalah bersaudara….afwan.

  18. Oktober 1, 2009 at 7:40 am

    Tulisan pd disember 08, yang ada hubung kait perkara di atas ” Kadang-kadang terdapat dalam saf dakwah orang yang pandai cakap, atau membawa gelaran Dr atau professor dan sebagainya, lalu kita utamakannya dalam pemilihan kepimpinan tanpa memeriksa dulu amalan dia atau kerja dakwah dia, pengalamannya dalam amal dakwah, tarbiah dan tajmik.

    Itu akan menyebabkan jamaah berdepan dengan masalah besar kerana kita memilih pemimpin yang jahil tentang aspek amali dakwah dan terpisah dari pengikut serta tidak tahu realiti sebenar di medan. Bahayanya orang ini akan sentiasa mendominasi keputusan walaupun ia tidak alim dalam tindakan dan dakwah di medan “.

    Org lama dlm dkwah, faham siapa yg dimaksudkan didalam tulisan ini. Dulu sya pernah terpanggil untuk memberi ttpi x berkesempatan, tetapi bila diulang sebut pd tulisan terbaru ini- sudah yang beri pndgan spt di atas.

    Sifir yang mudah ialah, jika dulu ada wujud bibit ‘api’ ketidakpuasan hati, dan kini semakin menjadi bara serta semakin dilupakan!

    Tetapi usah pula disimbah dgn minyak, krn bara tetap ada-boleh menyambar semula!!!

    Isma umpama pasukan bolasepak yang baru walaupun ada pemain lama di dalamnya. Dan sebahagian yg lama itu, dulunya ada yg sekadar pemain simpanan sahaja.

    Pasukan baru blh hebat dan cemerlang dari pasukan lama. Tetapi tunjukkan kehebatan itu dengan kemenangan demi kemenangan. Pasukan lain pasti akan melihat dn memberi penghormatan.

    Jika rasa sudah setaraf dengan pasukan lama dn memberi komentar yang boleh menganggu mereka bermain, ianya bukan kaedah untuk mempamirkan kehebatan.

    DAN LEBIH SENSITIF LAGI JIKA PEMAIN LAMA memberi komentar kepada PASUKAN LAMANYA!!

    –saya ahli Isma seumur hidup, insyaAllah @ pemain lama.

  19. Oktober 1, 2009 at 10:23 am

    Ana suka membawa cerita yang ana bawa baca pada sekolah rendah dahulu. Seorang lelaki miskin dan anaknya serta ayahnya yang sudah terlalu uzur tinggal disebuah rumah usang. Suatu hari, si ayah sudah tidak mampu menanggung ayah yang sudah uzur kemudan membuat raga. Apabila ditanya oleh anaknya apa yang dia lakukan, dia berkata:

    “Ayah nak membuat raga nie untuk memikul atuk dan meletakkan di tepi hutan. Ayah dah tidak mampu lagi menjaganya. Biarlah hutan tersebut menentukan hidup dan matinya.”

    Setelah siap raga tersebut, ayahnya pun meletakkan datuk yang tua tadi ke dalam raga dan bersedia hendak ke hutan. Sebaik sahaja dia mengangkat raga dan bersedia untuk pergi, anaknya yang masih kecil tersebut berkata:

    “ayah, jangan lupa bawa raga tu balik nanti.” Ayahnya pelik dan bertanya:

    “Kenapa?”

    “Yelah, nanti, kalau ayah dah tua, dan saya nak pakai raga nak letak ayah tepi hutan, tak payahlah saya buat raga baru”

    Ayahnya terdiam….

    MORAL OF THE STORY: “anak-anak” kita belajar dan mengamalkan apa yang dia lihat dari “ayah-ayah” mereka. Kalau kita minta ketaatan dari mereka, tidak pelik suatu hari nanti mereka berkata: “Kenapa aku perlu taat kepada kau, sedangkan kau dahulunya tidak taat kepada pimpinanmu”

    just some points to ponder.

  20. tangkuyong
    Oktober 1, 2009 at 11:39 am

    Ops sikap baru berakhir….byk kemalangan berlaku…semua kesalahan dikaitkan dgn sikap pemandu. Jarang pula penumpang yg dipersalahkan…bukankah cerca merba yg berlaku dlm kebanyakkan harakah adalah juga kerana kecuaian dan kelemahan pemimpin? kalau penumpang yg salah itu kerana pemandu tak pandai didik penumpang (anak-anaknya)…dan yg patut di saman pemandu bukan penumpang.

  21. abuadil
    Oktober 1, 2009 at 11:52 am

    ambe dapati terdapat beberapa lontaran semakin ganas dari us lah, ambe amat menghargai dan bersimpati. kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Ambe selama bersama Parti sekitar 30 tahun, amat terasa sebagaimana yang ustaz lah lontarkan.
    soal Istibdad, atau diktator atau otokratik, sehingga mentafsirkan kebenaran adalah apa yang terkeluar dari mulut golongan otokrat adalah komen ambe buat kali ini. . Ketaatan dituntut demi kononnya menjaga jamaah, manhaj dan fikrah jamaah. Siapa yang menentangnya, dilabel sebagai ahli yang bermasalah. proses meminggir, menyingkir, dan akhirnya mengusir mulalah berlaku. Sesiapa yang jadi mangsa cukup terasa bahawa mereka adalah persona non grata. Jika orang tersebut mempunyai teman2 dalam tanzim yang sependapat dengannya, lalu kalangan otokrat menuduh mereka mewujudkan kutlah, bercanggah dengan asolah!!! sebilangan kalangan otokrat menggunakan hujah syeikh mustafa masyhur dalam tulisannya berkenaan amal islami dalam satu negeri!! Lebih malang lagi digunakan kaedah al-aslu baqo’ ma yakuunu ala ma yakuunu. sedangkan kaedah tersebut bersambung dengan frasa hatta yakuuna addalil ala khilafihi!! Segala usaha tajdid dianggap suatu al-‘aaridh, asalnya alma’dum!! Ini lah strategi menjulangkan alquran. Kalimah yang haq digunakan untuk tujuan yang batil!!!
    Proses sisah tajhil dan tarwidh yang berlaku dalam tanzim telah melahirkan pengikut yang tidak memahami, menghayati atau beramal dengan manhaj yang asal. Yang paling lucunya seolah2 kalangan otokrat berkata bahawa selama anda memberikan ketaatan dan wala’ kepada kami, anda adalah ahli jamaah. Atau seperti kata pope, yang penting anda membayar sumbangan (peter’s pence) kepada vatican, tak kira samada anda kristian atau tidak?
    …lain kali sambung, pergi makan pulut dulu..
    semoga kita semua mendiagnos penyakit kita!

  22. abuadil
    Oktober 1, 2009 at 2:05 pm

    typing error: kaedah fekah sepatut dibaca “al-aslu baqo’ ma kaana ‘ala ma kaana , hatta yaquma addalil ‘ala khilafihi.”
    menurut seorang teman yang belajar di pondok menjelaskan semasa saya bertanya tentang kaedah tersebut yang digunakan oleh kalangan otokrat, bahawa jika al-aslu bercanggah dengan dalil, ianya terbatal.
    dalam konteks siapa patut diiktiraf sebagai ikhwan, saya berpendapat jika kita dapat buktikan dengan yakin bahawa tanzim asal(tanzim terdahulu) bercangan dengan ikhwan, tidak salah menubuhkan tanzim baru sekiranya usaha pengislahan atau pemulihan gagal dibuat setelah satu jangka masa yang munasabah. Pengalaman ikhwan di palastein membuktikan bahawa fatah gagal berperanan setelah satu jangka masa yang munasabah, memaksa ikhwan menubuhkan hamas. Ini tidak bererti ambe bersetuju dengan ISMA, yang datang terkemudian dari tanzim2 yang terdahulu menubuhkan tanzim yang tersendiri. Soalnya apakah penubuhan tanzim baru didokong oleh mereka yang benar2 faham dan mampu membawa manhaj ikhwan? Misalnya apakah hujah ISMA Dungun mengadakan pengajian kitab fiqh manhaji.?Apakah itu masalah sebenar ummah?, sedangkan telah ramai asatizah yang mengajar kitab berkenaan! Ini membuatkan ambe terfikir, bagaimana dan apa yang sebenar nya yang difahami oleh ISMA tentang manhaj, dari segi awlawiyyah dalam perlaksanaannya??

    Ambe juga tidak katakan bahawa belum wujud tanzim yang boleh diharapkan. Apakah menubuhkan yang baru dapat menyelesaikan masalah yang telah bertimbun dihadapi oleh ummah?
    Us Lah,
    Ramai peminat ikhwan, samada kawan atau lawan menilai kita. Ambe sendiri telah mendengar berbagai komen. Cuma baiknya kalau ambe dapat mendengar pandangan ustaz secara lebih terbuka dalam suasana tertutup agar dapat ambe lebih appreciate persoalan sebenar, agar komen ambe lebih adil untuk dikongsi bersama.
    kami dalam PAS juga menhadapi masalah yang lebih teruk, tetapi tidak sampai keluar jamaah.
    Kata syeikh rusila, kapal kita sedang terumbang ambing dilambung ombak dan badai, tetapi setakat ini belum ada yang terjun ke laut, walau pun ada yang sedikit mabuk.
    mana2 pun setakat ini ambe tetap menghargai dan bersimpati dengan ustaz lah. Bila agaknya kita bileh berkenalan?

  23. mahyudin
    Oktober 2, 2009 at 9:16 am

    ana begitu setuju dengan lontaran ust Lah, apa pun ada pengalaman juga dengan kepimpinan seumpama ini disebelah selatan, cakap-cakap ikhwan berdentom2,tapi bila tengok kerja tak semacampun… kadang-kadang suami isteri mengaku ikhwan tapi … anak pernah mereka entah kemana.. .tapi bila anak-anak ikut dakwah lain ( yang mereka tahu suka) mereka begitu meradang ….sama seperti kerengga jaga buah mangga. itu baru satu aspek…banyak.. banyal lagi nanti kita ceritakan.

  24. Oktober 2, 2009 at 10:06 am

    MasyaAllah..Subhanallah..

    sgt benar,terang lagi bersuluh.budak2 hingusan pun perlu bg wala’,dan menerima wala’.sgt lucu dengan gerakn2 ipt2 yang menerima dan memberi wala’.:D

    kpd yang terlibat d luar sana,fikir2 la balik..

    komen abuadil di atas,sgtlah bertepatan dengan situasi yang berlaku dalam gerakan islam di kampus2 dan institusi tahfiz.lucu! lucu! apabila minda ditutup dengan bersumpah utk wala’ tanpa sekelumit kfahaman,jadila ia sperti robot2 program yang membawa bendera Islam..

  25. bumi-anbiya
    Oktober 2, 2009 at 5:31 pm

    sbg seorang yg pro-ISMA, saya lebih berpendapat tulisan ini adalah pencerahan ttg apa yg berlaku kpd ahli ISMA yg mendapat sedikit sebanyak mklumat perkembangan isu ini & bukanlah satu tindakan mengkritik semata-mata… tak tahula kalau sebaliknya..

  26. huda
    Oktober 2, 2009 at 9:41 pm

    Org Isma pasti menyokong, tetapi bayangkan apa yang orang bukan Isma fikir. Jika diamati tulisan-tuliasan ust Lah dar dulu lagi, pasti antum akan menyedari… semuanya adalah rantaian yang berkesinambungan dan tak pernah mengambil iktibar atas apa yang berlaku. Kepada ahli Isma, perjuangan ini harus berlandaskan basirah bukan basirah seseorang tokoh sahaja. Sudah2lah caka pasal ni nanti orang tohmah gila talak pulak. TQ

  27. kareem
    Oktober 2, 2009 at 11:25 pm

    betul amal kita menceritakan siapa kita.. sama-sama kita beramal sebaiknya..Allah sentiasa melihat amal kita baik yang kita zahirkan atau yang kita sembunyikan..setiap satu akan dihisab olehNya..”ittaqullah..”

  28. ummu mujahid
    Oktober 2, 2009 at 11:37 pm

    suka baca pandangan us lah yang teratur, rasional dan berasas… harap yg membuat komen pun boleh datangkan hujah…. bukan sekadar emosi semata-mata…

  29. wak sadiq
    Oktober 3, 2009 at 1:39 am

    Salam..

    Kepada huda,

    Ramai yg pandai berbicara, ramai juga yg pandai berhujah,

    Tapi tk ramai yg berbuat dan tk ramai juga yg pandai berbuat =)

    “Jangan memperkecil/mengata sesebuah kelompok, boleh jadi kelompok itu lebih baik/tinggi darjatnya di sisi Allah dari kita”

    Kalau huda termasuk golongan yg istiqamah berbuat, alhamdulillah..

  30. Oktober 3, 2009 at 7:43 am

    komentar atas komentar

    a. Oleh Sdri Huda

    ada point dan patut diperhalusi, cuma cara mnegur perlu berhikmah dan tonjolkan kematangan. kdg2 mesej yg sohih akan menjadi kabur apabila cara terguran dan bahasa yg digunakan agak ‘kasar’ dan rendah mutunya. Bila kenal Ust Pudin, bmakna anda juga sebahagian dari isma.

    b. Oleh si kecil dan tok Janggut.

    si kecil mauahkan rasa hati generasi baru dkwah yang bimbang melihat generasi lama yg mengutarakan isu yang boleh mengelirukan mereka. Mgkin bimbang dengan politik berjemaaah di pihak atasan akn beri impak negatif kepada generasi pewaris. Analogi tok Janggut…ayah-atuk.anak dan bakul raga, adalh analogi yg ada kaitan dgn komentar dari si kecil tadi.

    c. Oleh Abusalman@pemain lama

    Gaya bahasa org profesional dan berhati-hati mlontar teguran. Banyak mesej dan menegur tulisan Us.Lah supaya berhati-hati memilih perkataan seperti SENGAJA melemahkan tarbiah. Saya bersetuju, krn bukan sengaja tetapi tidak mendaulatkan semula pentarbiyahan. Juga bersetuju dengan kata-kata rumah tangga kepimpinan adalah rahsia tersendiri.

    d.Komen saya

    mungkin tulisan ini antara tulisan yg mula berani menegur ust Lah. Bagi saya tulisan ini telus dan ikhlas tetapi ada isu yang TIDAK PERLU di panjangkan lagi, termasuk wakil rasmi atau tidak. Dan saya tidak setuju komentar pembaca yang mengatakan yang UsLah kearah keluar untuk buat sesuatu yang baru dan tersendiri. Beliau sudah lama di barisan kepimpinan, melihat dan menilai. Cuma penilaian dan meluahkan rasa hati BIARLAH PADA medan yang sesuai.

    Saya bersetuju dengan AbuSalman, iaitu agar kepimpinan mana jemaah, usah lagi membangkitkan apa-apa tentang jemaah yang lain, khasnya kepimpinan mereka Kita sama2 kompliment dan bukan bersaing.

    Pendakwah Melayu ini mungkin jiwa dan mindanya sama dengan Melayu-Melayu yang lain??

    wslm.

  31. noorikhwan
    Oktober 3, 2009 at 8:31 am

    Salam,

    Saya rasa begitu pelik melihat sesetengah pengomentar yang ‘melenting’ tak tentu pasal, kenapa ntah. Agak2nya mungkin ini yang dikatakan pepatah siapa makan cili. Saya cadangkan kepada semua agar berbincang dengan waras. Itupun kalau nak berbincang. Betulkan amal masing-masing. Lihat masalah ummat dan terus bekerja. Ambil iktibar kebaikan dari apa yang disampaikan.

    Kadang2 kelantangan pengomentar yang makan cili tadi menggambarkan siapa dia sebenarnya.

    Kepada pengomentar2 yang rasional dan waras, saya lihat hujahnya boleh dinilai. Orang yang begini, akan lebih dihormati pembaca seperti saya.

    Allahu a’lam.

  32. nama
    Oktober 3, 2009 at 2:56 pm

    terima kaseh us lah, setuju dgn bumi anbiya’ – sbg ahli isma, saya lebih faham, dan cerah dgn penjelasan dari us lah.. teruskan us…

  33. b_r
    Oktober 3, 2009 at 7:11 pm

    alhamdulillah

    jazakallahukhair ustaz atas perkongsian ini.

    moga kita baca dan kita fikirkan.

    bukan terus menerima dengan mudah.

  34. Oktober 4, 2009 at 12:02 am

    Tulisan ust.lah kalu dibaca dengan teliti sebenarnya menyentuh banyak perkara, sesiapa yang membacanya dengan insaf dan teliti akan dapat faedah sama ada dia orang ISMA atau tidak.Bukankah kebenaran itu daripada Allah? Mungkin penyampainya sahaja yang berbeza mungkin ust. Lah dan mungkin orang yang lain. Dan jika ada kebenaran dan kita menerimanya tak semestinya kita kena masuk ISMA.Cuma akan menjadikan kita pandai meletakkan sesuatu pada tempatnya dan ejas mana yang patut sama ada dalam bentuk pemikiran atau tindakan dalam amalan berharakah.
    Tapi jika kita baca dengan penuh emosi kebencian , kita tak akan jumpa mutiara yang sepatutnya kita dapat… banyak persoalan yang boleh dijadikan bahan muhasabah yang akan mengkoreksi amalan kita berharakah dalam tulisan ust.Lah antaranya:
    1- Adakah amalan syura berlaku seperti yang sepatutnya yg di sarankan oleh Islam di dalam organisasi kita, dari segi adabnya,pemilihan ahlinya,proses mencari kebenaran dalam perbincangan dsbgnya atau kita terikut-ikut dengan cara politik moden dalam memenangkan pendapat?
    2- bUKANkah Ikhwan itu model terbaik bagi harakah di abad ini? Kalau terbaik apakah ciri-ciri penting amalannya?apakah manhajnya dalam perubahan? Adakah dgn kita berhubung sama ada Rasmi atau tak rasmi dengan Ikhwan sudah cukup untuk kita kata kitalah ikhwan atau kitalah wakil ikhwan? Dalam bab ini saya merasakan al Banna bukan calang-calang mujaddid yang mana dengan Rukun Baiah 10 dan risalah2nya yang sedikit itu sudah cukup untuk mana-mana individu atau organisasi merasa malu untuk mengaku dialah ikhwan TANPA MENGAMALKAN PRINSIP2NYA,BUDAYA AMALANYA DAN CARA KERJANYA DALAM MEMBAWA PERUBAHAN,melainkan bg mereka yg ikut-ikutan tak faham apakah sebenarnya dakwah ikhwan… secara insaf bagi saya mana-mana yg ada hubungan lengkapkan diri dengan hakikat sebenar dakwah itu bukan sekadar mengambil jenama tapi prodaknya tak membayangkan jenama yang dipakai. Mana2 yg tak ada hubungan tidak menjadi kesalahan untuk mengikuti dakwah itu malah dituntut kerana dakwah itu adalah dakwah Islam dan al Banna mewariskan Ijtihadnya itu untuk ummah ini, sesiapa yg mengikutinya dia akan dapat faedahnya dunia akhirat dan dia tetap akan menyumbang kepada kebangkitan semula Islam mungkin mengatasi mereka yang ada hubungan tapi tidak mengikutinya…
    3- Adakah kita mengikuti satu-satu organisasi atau harakah itu dalam keadaan kita benar-benar faham prinsip-prinsipnya , cara kerjanya ,halatujunya atau kita hanya ikut2 je. Kekiri dibawa maka kekirilah kita, kekanan dibawa maka kekananlah kita…?memang senang intima’ yg macam ni tapi adakah kita telah menunaikan amanah intima’? adakah agama Muhammad mengajar kita macam tu? Adakah kita benar2 jujur dengan Allah, kitabNya pimpinan muslimin dan muslimin seluruhnya utk kita tetap di atas perinsip yang kita fahami dengan berani menegur dan membetulkan apa yang salah serta menyokong apa yang kita faham betul…?
    4- Adakah amalan dakwah kita tidak akan diterima Allah jika kita bukan wakil rasmi Ikhwan?Adakah prinsip-prinsip serta amalan dan budaya ikhwan apabila kita amalkan ianya tidak akan member I faedah pada diri kita dan tidak memberi sumbangan pada kebangkitan semula Islam di rantau ini apabila tidak ada hubungan rasmi atau cop mohor dripada ikhwan? Dari segi amalan tanzimnya mungkin ianya penting tetapi jika terbukti setelah berdekad perinsip2, amalan serta budaya tidak kelihatan malah semakin samar dan bercelaru dek kerana tanzim yg dimonopoli…apa poinnya dan apa sebenarnya yang diperjuangkan? Tidakkah tanzim itu sebagai alat untuk menjaga dan menyebarkan fikrah dan dakwah..?tetapi jika ia berlaku sebaliknya apakah yang perlu dilakukan oleh orang-orang yang memahami fikh al Maqasid (objektif fikh)? BAGI SAYA ADALAH MENDAPAT PAHALA BAGI MEREKA YANG TIDAK ADA HUBUNGAN RASMI DENGAN IKHWAN (KRN TIDAK BERPELUANG) TETAPI BERSUNGGUH DAN SECARA JUJUR UNTUK MENGIKUTI DAKWAHNYA , TETAPI ADALAH BERDOSA BAGI MEREKA YANG ADA HUBUNGAN RASMI TETAPI TELAH MENGABAIKAN AMANAHNYA SEHINGGA TERPALIT EMEJ YANG BURUK KEPADA DAKWAH YANG SUCI ITU…LEBIH-LEBIH LAGI JIKA JENAMA ITU DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN MEYEBARKAN MANHAJ PERUBAHAN LAIN YG TIDAK DIIMANI OLEH DAKWAH ITU
    Sebenarnya banyak lagi persoalan yg boleh dijadikan bahan muhasabah bagi mereka yang membacanya dengan insaf
    Al Munsif

  35. menengah_tinggi
    Oktober 4, 2009 at 2:51 am

    Assalamualaikum. sekadar perkongsian pandangan. betulkan ana jika tersilap. begini :

    1.sebagai mukaddimah, terlebih dahulu ana fikirkan, apa skop da`wah yang dibawa ikhwan? Pernah ana terbaca buku `da`wah ikhwan muslimin di abad ini` (tidak ingat siapa pengarang) dan apa yang ana faham, bahawa `dakwah perlu diberi fokus kepada orang yang telah memeluk agama islam dan tidak kepada bukan islam, kerana muslim yang tidak mu`min itulah yang membawa fitnah sebenar kepada islam, bukan musuh-musuhnya yang pasti memberi fitnah kepadanya.` Oleh kerana itu fatrah makkiyah Allah jadikan ia dipenuhi ujian untuk menapis produk pertama umat islam dengan bekalan iman yang mantap(supaya boleh membuat pilihan dan penilaian sendiri) bagi mewujudkan qaedah sulbah. produk yang terhasil akan menyambung dakwah ini dan seterusnya.

    2.terus kepada intipatinya, bagi sesebuah organisasi, pembentukan ahli-ahli dalaman patut diutamakan, bukannya `orang luar` atau sebagainya seperti yang banyak dikomen, dan hasil yang lahir adalah dakwah umum untuk penerimaan masyarakat am.

    3.justeru, kadar ukur kejayaan bukan diukur pada kondisi `umat di luar` tetapi pada keberkesanan mentarbiyyah ahli, kerana ahli itu sudah pastinya hidup di tengah-tengah masyarakat (jika tidak keluarganya), dan orang di sekitarnya akan merasai tempias serta bahangnya hasil tarbiyah yang dilaluinya. dan dengan ini semakin ramai manusia yang akan menganggotai gerakan itu dan ia menjadi semakin berkembang mengikut masa. Bukan dengan cara kita mewar-warkan islam di tengah-tengah masyarakat, serta memberitahu mereka apa yang betul apa yang salah, lalu kita mengharapkan mereka beramal dengan saranan kita, tanpa kita ambil tahu respon mereka terhadap kita.

    4.oleh itu, ana berpendapat ust lah berijtihad menulis entri ini sebagai bahan ilmiah untuk dirujuk bersama berdasarkan realiti-realiti yang patut diketengahkan dengan hujah-hujah dan perumpamaan yang bernas, berkenaan masalah yang dihadapi sekarang, untuk mencari satu penyelesaian. jika tidak, masakan dihabiskan masa dan tenaga serta pening kepala untuk sebuah topik yang berisiko mengundang tentangan?

    5.ana juga berpendapat, dalam entri kali ini sudah jelas pandangan serta motif ust lah ketika proses coretan berjalan, iaitu :
    a)pencerahan buat sesiapa yg memahami isu ini, supaya pembacanya mendapat satu neraca yang kukuh untuk ditimbang bersama-sama di atasnya,
    b)ketaatan atas dasar kefahaman melalui penilaian serta iman diri sendiri, bukan kerana di’nasihat’kan untuk taat
    c)kepentingan pendidikan terhadap ahli gerakan serta keburukan siasah tajhil
    d)tentunya bukan hendak mengaku ‘menyamai martabat ikhwan’, atau ‘menaikkan nama isma’, juga menyalahkan mana-mana pihak dengan satu tuduhan, melainkan hanya pernyataan satu sudut pandangan untuk difikirkan bersama

    6.terakhir, untuk apa perbincangan tentang isu ini perlu ditutup? mengapa perlu dipendam masalah tanpa usaha-usaha untuk menyelesaikannya? kerana tidak ingin mengambil pengajaran? mahukan generasi seterusnya melakukan kesilapan yang sama? ataupun benarlah ‘status quo’ yang tergugat sudah?

    ana setelah menelaah, berpendapat entri ini sama seperti coretan blogger-blogger yang lain, iaitu berkongsi apa yang ada dalam diri bersama orang lain, dan bukan untuk menyatakan siapa betul salah. kerana tiada ayat yang ana amati terkandung mesej ini, hanya fakta tentang apa yang realiti berlaku, beserta hujah yang bernas. hanya hikmah, berdasarkan pengalaman yang ana alami. dan ana menyokong pendapat ini. kerana? ana antara ramai terkorban menjadi mangsa serta dengan jelas, on-the-scene menyaksikan dengan mata telinga sendiri peristiwa ini di kawasan ana menjalani tarbiyah.

    ana masih muda.cenderung untuk kesilapan.maafkan ana jika terdapat kesilapan.

    “Ya Allah, berilah kami Hidayah, yang membuahkan amal.” Amin.

    wallahu a’lam.

  36. mansuri
    Oktober 5, 2009 at 8:53 pm

    Kekadang jika kita terlalu berbahasa, ramai yang tersenyum kerana rasa dihargai, tetapi jika sekali sekala menegur keras, mungkin ketika itu us lah perlu fikir dan muhasabah balik apa yang dikatakannya. Di forum ini kita sama berbincang dan mengasah ukhuwwuah antara kita. Tak perlulah selalu membodek kerana di sini dirasakan ruang yang lebih telus untuk bersuara. Hujjah kami yang muda melihat apa yang diperkatakan oleh yang tua juga tidak saya rasakan sesuai kerana kita di sini bebas melontarkan idea. Kenapa perlu takut jika kita yakin dengan pendapat kita tidak bersalahan dan bukannya dosa?
    Kekadang perlu lembut kekdang perlu keras dan kasar tetapi semuanya kerana sayangkan ukhuwwah ini. Hujah Abu Salman dan Pemain lama agak menyerlah pada pandangan ana,

  37. Orang Pantai
    Oktober 6, 2009 at 12:56 am

    Lucu nak tergelak pulak bila Huda kata “macam orang gila talak”, sebab teringat orang-orang yang telefon sana sini mencari sasaran untuk mintak ditaati. Sampai tengah jalanraya pun kena tahan, suruh masuk dalam kereta, ingatkan apa, rupanya mintak ditaati. Ada tu telefon nak datang sedangkan jam dah pukul 11 malam. Bahkan pukul 12 malam pun sanggup datang, katanya. Heh heh yang ini baru betul-betul gila talak. Lucu, lucu. I won’t involve in such organisation.

  38. Oktober 6, 2009 at 8:57 am

    berikan kami kesempatan utk beri penjelasan,
    setelah puas diburuk2an,
    utk mereka yg keliru agar mendapat penjelasan,
    fikir dengan matang setelah membaca quran,
    yg memulakan dibiarkan,
    yg disindir dikecam-kecam.

  39. Oktober 6, 2009 at 11:49 am

    salam

    # dalam permainan bolasepak, jika pihak lagi satu bermain kasar, dan sekiranya pemain kita juga membalas dengan bermain kasar, maka hilanglah tumpuan- satu demi satu pemain akan cedera, akan diberi kad kuning dan ada yang menerima kad merah.
    -kedua-dua team akan semakin lemah.

    # Pengadil, pengurus dan jurulatih akan membuat penilaian. Mereka yang berpengalaman termasuk penonton akan segera membuat penilaian yang tepat dan strategi untuk membetulkan semula rentak permaian.

    # Merujuk tulisan Us Lah pada dec ’08 dn tulisan diatas, ada UNSUR-UNSUR cuba ‘tekel’ atau membalas balik pihak lawan yang sudahpun bermain kasar.

    # Anda yang menonton dan masih muda, mgkin tidak nampak apa yang dimaksudkan dengan ‘tekel’ ini . Pemainan ini sudah berlarutan dan anda tidak pernah melihatnya sebelum ini. Maka mereka yang muda lebih baik ELAKKAN dari memberi sebarang penilaian. ANDA SEKADAR bermain dengan TEORI.
    simpan dulu penilian itu.

    # Saya menyokong saranan yang meminta ustaz lebih berhati2 membuat ‘tekel’/ bentesan, takut MEREKA akan LEBIH BERMAIN KASAR

  40. ibnukhair
    Oktober 6, 2009 at 1:08 pm

    Salam,

    Pabila meniliti rentetan komentar pelbagai genre, ana mengkategorikan 3 jenis pembaca.

    1. Orang awam yang tertarik dengan pendekatan IM. Juga turut diistilahkan sebagai orang muda, baru, marhaen dan sebagainya. Tidak tahu latarbelakang bicara. Kalau tahu, mungkin sipi-sipi infonya. Makanya golongan ini akan berterima kasih atas tulisan yang ana kira akan dibaca oleh golongan ini sebagai petunjuk di jalan da’wah atau ringkasnya nasihat orang yang sudah bergelumang dalam medan tarbiyyah. Yang baik jadikan teladan…

    2. Orang yang faham latar belakang cerita, melenting seperti mereka adalah orang yang dimaksudkan. Menjadikan pembaca lain agak keliru, mengapa orang ini menggunakan kata kata kasar… Golongan yang cuba menidakkan dan tidak dapat menerima hakikat setelah mungkin begitu lama dalam tarbiyyah. Agak rugi kerana gagal memahami uslub da’wah yang ingin diketengahkan. Yang buruk jadikan sempadan..

    3. Golongan sasar yang paling utama. Orang yang tahu juga latar belakang cerita… tapi tertanya-tanya.. benarkah ini berlaku dalam orang yang faham tarbiyyah ikhwan.. Sepertinya, cuba reserve sedikit perasaan. Akhirnya, kefahaman itu semakin baik melihat rupanya ada yang terasa dan mengherdik dan justeru membenarkan apa yang diceritakan. Apapun, bagi mereka… mereka telah diajar bahawa penulisan seperti ini bukan untuk memburukkan sesiapa, bahkan agar mereka terusan belajar untuk memantapkan tarbiyyah kendiri, berintima’ dengan da’wah atas kefahaman dan sentiasa thabat dengan as-solah da’wah.

    Anda yang mana. Saya pilih yang ketiga!

    Terima kasih Ustadz!
    A.S.

  41. Oktober 7, 2009 at 11:03 am

    Haaa… Ya Ibnkhoir,

    Ana juga yang ketiga

    Seronoknya hidup dalam tarbiyyah, segalanya adalah bekal untuk ke akhirat kelak

    Ustaz, doakan kami generasi baru ini agar terus bersatu atas islam dan beramal, menyambung amal ntum

    Jzkk

  42. al-aslami
    Oktober 8, 2009 at 8:29 pm

    salam..
    agaknya keadaan skrang sudah jelas.. saya mmg suka benda yg jelas dari yg kabur2.. hehe tq ustaz

  43. Oktober 10, 2009 at 12:25 am

    saya suka dengan komen abuzaar…mmg kita yang muda & menonton ni patut simpan & berhati-hati dlm penilaian kerana kita tidak tahu sejauh mana tekel & bentesan telahpun berlaku, baik di dalam padang mahupun di bilik persalinan…

    jgn pula kita yang menjadi penonton ni turut terjun dan saling membentes tanpa tau asal-usul…itu lebih merumitkan…

  44. anak-walid
    Oktober 14, 2009 at 11:15 am

    saya pernah menjadi pengikut jemaah al-arqam sejak kecil, bila membesar dan menjadi remaja.. pelbagai mind set yang agak sebati menjadikan first impression apabila berlaku sesuatu keadaan kepada cara penyelesaian ala al-arqam. bila haram sahaja jemaah tu, memang memakan masa untuk kembali natural dan resetting mind set! cuma tools yang saya gunakan adalah
    1. menerima sesuatu
    2. mencari kebenaran
    3. memilih yang terbaik dan benar

  45. hafiz shazelan
    Oktober 15, 2009 at 5:33 pm

    sangat jelas penerangan drpd ustaz. marilah kit sibukkan diri dengan beramal dan bekerja untuk agama Allah, bukan sibukkan hubungan kita rasmi ke tak rasmi ke. sebab kita hanya buang masa dan merugikan umat dan agama. syukran ya ustaz…

  46. renungan2u
    Oktober 16, 2009 at 8:21 am

    Islam sebenarnya membenarkan kebebasan berfikir dan memberi pendapat. Maka bagi sesiapa yang merasai ragu dan tertekan dengan apa-apa sahaja tulisan yang dibaca dimana sahaja rujuklah kepada orang yang betul.

    Pegangan saya yang betul itu barang hikmat Umat Islam yang telah hilang dan saya berhak mengambil manfaat daripadanya.

    Sekiranya anda bersikap defensif dan meminta seseorang berhenti memberi pendapat terutamanya pendapat yang bercanggah dengan pendapat anda menunjukkan anda masih lagi berada ditahap pemikiran yang ‘dependent’ . Anda sepatutnya meningkatkan diri dan emosi sehingga menjadi “independent” dan boleh masuk dalam perbincangan ditahap golongan “inter dependent”.

    Solution yang selalu dipilih bagi golongan “interdependent” adalah “win-win” solution.

    Hanya diktator yang memilih “win-lose” solution. Ramai orang yang mendapat pendidikan barat mengagungkan idea-idea seperti ” 7 habit ” tetapi apabila jiwa tidak stabil ketika wujud konflik of interest mereka suka guna akta “Ikut Suka Aku”.

    ………….

    Tulisan Ust Abdullah tidak akan memudaratkan orang-orang muda yang tidak tahu sejarah sebab mereka boleh mengambil pengajaran daripada Fiqh Haraki Kontemporari..

    Orang lama yang tahu sejarah tapi tak faham punca-punca isu akan lebih faham dan bebas membuat pertimbngan..

    Jkk Ust Lah..

  47. abumuaz
    Oktober 18, 2009 at 3:45 pm

    alhamdulillah… makin mantap jiwa ana untuk mewakafkan diri pada Jalan Allah dan da’wah yang indah ini…Semoga ISMA akan terus maju. Dan semua yang ikhlas & beramal utk ALLAH, akhirnya akan mendapat Redha ALLAH.

    Semua nya makin terang dan bersuluh, ana rasa ia makin mudah. Moga ALLAH jadikan apa sahaja yang berlaku ada kebaikan utk da’wah dlm proses pembersihan & kejernihan,kerana CAHAYA ALLAH adalah terang, tidak mungkin boleh bersama dgn nya walau setitk gelap. Kita kini sedang melakar sejarah yang berulang disetiap zaman disepanjang jalan da’wah yang panjang ini.

  48. ar2
    November 24, 2009 at 12:14 am

    respon utk komen ibnkhair…Ana yg ketiga!

    “…semua m’dpt pahala utk setiap amal ikhlas yg dilakukan serta b’tptn dgn syara’.. ”

    apapun perselisihan,ukhuwwah perlu d jaga…TAKBIR!!!

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: