Utama > renungan, Uncategorized > La Yunsabu Li Sakitin Qaulun

La Yunsabu Li Sakitin Qaulun

Tajuk entry ini ditulis dengan segaja dalam Bahasa Arab supaya cepat melekat pada pemikiran sesiapa yang membaca. Ia adalah satu kaedah dalam usul feqah, maksudnya; “tidak dinisbahkan kepada seseorang apa-apa statement yang dia tidak kata”.

Sekali pandang statment itu nampak biasa sahaja, memanglah begitu orang tidak bercakap tidak boleh kita kata dia bercakap.

Sebenarnya ia merupakan satu kaedah yang penting dalam kanun berfikir Islam. Tidak faham kaedah ini boleh menyebabkan seseorang tersasar dalam memberi pandangan terhadap orang lain, dan boleh menyebabkan seseorang membuat tuduhan yang tidak tepat.

La Yunsabu li sakitin Qaulun”, maknanya kita tidak boleh mengulas pendapat seseorang dalam perkara yang dia tidak berpendapat begitu.

Ia sering berlaku dalam perbahasan khilaf antara mazahib fikah. Berlaku perdebatan yang panjng dalam satu-satu perkara kononnnya Syafie berkata begitu, Hanafi berkata begitu, yang mana apabila diselidiki mereka sebenarnya tidak berkata demikian.

Sebagai contoh, ada orang mengatakan bahawa Syafie mengizinkan bapa zina harus berkahwin dengan anak zinanya. Adakah Syafie berkata begitu? Sebenarya tidak.

Apa yang berlaku ialah Syafie mengatakan dalam satu kaedah bahawa, “nahyu an syai”en yaqtadhi fasad munha anhu”. Maksudnya larangan terhadap sesuatu membawa erti rosak (tidak terpakai) perkara yang terlarang.

Maknanya, Allah melarang zina, maka dengan sebab itu perbutan zina tidak membawa implikasi apa-apa dari segi hukum, yakni anak tidak boleh dinasabkan kepada bapa zinanya, tidak tidak boleh terima pusaka da lain-lain implikasi yang berlaku dari perkahwinan yang sah.

Di ambil fahamkan dari pendapat Syafei tersebut, mafhum bahawa anak itu bukan anak dia yang sah, jadi tidak ada larangan haram nikah antara mereka seperti berlaku kepada anak kandung.

Seolah-olah Syafie berkata begitu, sebenarnya beliau tidak berkata begitu. Jadi kalau datang seseorang mengulas perkara ini sebagai pendapat Syafie tentu dia akan menuduh Syafie dengan berbagai tuduhan liar yang tidak sesuai dengan keperibadian Syafie yang sebenarnya.

Kesilapan di sini ialah tidak faham kaedah, “La yunsabu li sakitin qaulun”.

Sebab itu kalau kita berbincang dalam apa-apa perkara kita kena cermat, komen apa yang dia kata, bukan buat andaian lain dari apa yang dia kata kemudian jawab apa yang dia tidak kata, lalu tuduh dia dengan perbuatan yang tidak buat.

Macam, macam ………

  1. suhailsufian
    Oktober 14, 2009 at 5:51 am

    alhamdulillah, post yg sgt menarik !

    kalau boleh sebagai cadanagn jika tidak kebertn, ustaz lampirkanlah sedikit rujukan,plg krg nama kitab supaya akhirnya kami yg sedang menuntut ini mampu untuk menguasai ulum syara’ seperti diatas.

    syukran atas perkongsian.

  2. Ust Fauzi
    Oktober 14, 2009 at 2:43 pm

    Suhail,

    La yunsabu li sakitin qaulun …. (tidak boleh disandarkan kpd orang yang diam apa-apa keterangan) … dia tidak bertanggungjawab atas apa-apa keterangan yang bukan datang dari lisannya

    sambungannya …

    walakin as-sukut inda ma’radh al-hajah bayan … (tapi diam ketika dibentangkan sesuatu permintaan adalah keterangan) …. macam anak dara dipinang, tak jawab tapi diam, diamnya bawa keterangan. Kalau senyum dan lari masuk bilik sambil tutup muka maknanya dia suka, kalau masam dan hempas cawan maknanya dia tak suka.

    Ini qaedah masyhur. Boleh tengok dalam mana-mana buku Qawaid Fiqhiah seperti Isybah Nazoir dll.

  3. zafry
    Oktober 14, 2009 at 5:54 pm

    btol3…mmg menarik…

    sbnrnya penguasaan kaedah fiqh bukan sahaja akan membuatkan seseorang itu alim & layak memberi fatwa dlm hal ibadah, tetapi juga memampukan seseorang itu utk berfikir dan melaksanakan seluruh agenda kehidupannya dgn landas pemikiran islami.

  4. renungan2u
    Oktober 16, 2009 at 7:38 am

    Saya pernah nyatakan bahawa memahami kaedah-kaedah ijtihad ini sepatutnya menjadi sebagai sebahagian syarat-syarat ahli syura gerakan Islam terutamanya dalam menentukan polisi-polisi tertentu.

    Bagaimana boleh kita nisbahkan sesuatu gerakan itu sebagai gerakan Islam kalau majoriti pimpinan yang selalu berijtihad dalam menentukan polisi-polisi gerakan tidak tahu kaedah-kaedah ini.

    Akhirnya samalah mereka dengan gerakan sekular lain yang menjadikan majoriti sebagai asas dalam menentukan keutamaan dan kebenaran.

    Apabila wujud berbagai puak dalam satu gerakan maka golongan yang ingin memonopoli barisan kepimpinan akan melakukan lobi bagi mendapat suara majoriti. Kalau realiti ini berlaku bagi saya tidak perluh mereka menamakan organisasi mereka sebagai organisasi Islam.

    Lahirlah pelbagai kesalahan lain seperti “bohong sunat”. Bila berlaku khilaf antara ulama dan umara mereka kata golongan ulama perlu taat. Bila ulama golongan ulama tidak taat mereka akan dihukum oleh kuasa majoriti dan mungkin tersisih daripada arus perdana pimpinan perjuangan.

    Bolehkah golongan ulama yang arif ilmu-ilmu ijtihad, yang meletakkan diri mereka didepan dalil-dalil Syarak
    tunduk kepada kehendak majoriti yang membuat keputusan hanya menggunakan logik akal?.

    Komentar saya ini hanyalah satu lontaran untuk berfikir.. tetapi mungkin ada mereka yang tidak memahami kaedah yang dilontarkan oleh Ust Abdullah akan menuduh saya mengatakan keputusan JIM menyokong DAP tak Syarie… Saya tak katapun … sebab saya tidak tahu siapakah ahli2 syura dalam JIM dan bagaimana kaedah JIM membuat keputusan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan Syarak..

    Begitu juga tulisan-tulisan ustaz Abdullah cukup bernas, mejelaskan konsep2 haraki semasa berasaskan dalil-dalil dan kaedah-kaedah ijtihad Islam.. Nasihat saya bagi pengomen2 yang tidak tahu asas-asas Ijtihad agar berhati-hati mengeluarkan pendapatnya kerana ia akan dihisab di akhirat. Janganlah emosi menjadi landsan fikir…

    Wallahua’lam.

  5. b_ridhuan
    Oktober 21, 2009 at 7:51 pm

    Assalamu’alaykum ust.

    Ana masih kabur tentang pendirian ISMA terhadap isu-isu yang berkaitan dengan melayu.

    Ana yakin bahawa terdapat sebilangan ahli isma yang masih kabur terhadap pendirian isma dalam isu ini, terutama mereka di luar negara.

    Untuk pengetahuan ustaz, ana masih tidak faham mengapa isu melayu perlu diperjuangkan pada keutamaan yang tinggi.

  6. November 1, 2009 at 11:54 am

    Akhi, Anta boleh rujuk Risalah Dakwatuna dalam Majmu’ Rasail bawah tajuk “Nasionalisme”. Ana cuba copy paste di sini utk manfaat semua:

    Majmu’ Rasail – Risalah Dakwatuna

    Nasionalisme

    Sekarang saya ingin berbicara pula tentang pendirian kita terhadap semangat nasionalisme.

    Nasionalisme Dan Kegemilangan Silam
    Jika nasionalisme yang dimaksudkan oleh mereka yang berbangga dengan semangat nasionalisme ialah generasi mutakhir perlu menurut jejak generasi silam dalam membina hidup gemilang, dihormati, cemerlang, berkeyakinan tinggi dan menjadikan mereka sebagai contoh yang baik; Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah kegemilangan seorang bapa menjadi kebanggaan seorang anak lantaran itu menjadi pembakar semangat dan perangsang. Jika ini yang dimaksudkan, ia adalah suatu tujuan yang baik. Kami sokong dan kami galakkan. Bukankah usaha kita membangkitkan hemah generasi masakini bertujuan supaya mereka mencontohi kehebatan generasi silam. Rasulullah s.a.w. sendiri ada menyentuh aspek ini:

    “Manusia ini seperti logam, orang yang terbaik di zaman jahiliyyah adalah orang yang terbaik di zaman Islam, jika mereka memahami.”

    Dengan ini anda boleh lihat Islam tidak menolak nasionalisme jika ia membawa maksud yang mulia ini.

    Nasionalisme Dan Ummah

    Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah keluarga dan ummah adalah orang yang paling utama untuk menerima layanan baik dan orang yang paling utama dilimpahkan segala sumbangan dan jihad, maksud ini adalah benar. Siapakah yang tidak merasakan bahawa orang yang paling utama untuk menerima sumbangannya ialah bangsanya sendiri yang telah membesarkannya.

    “Demi sesungguhnya, keluarga tetap lebih berharga bagi seseorang

    Walau seluruh manusia telah tunduk kepadanya”

    Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah kita semua dituntut supaya berusaha dan berjihad, maka menjadi kewajipan setiap pihak untuk berusaha mencapai matlamat ini sehingga dengan izin Allah masing-masing mencapai kejayaan. Inilah pengagihan tugas yang terbaik. Siapa lagi kalau bukan kita yang membekalkan kepada umat Timur dengan pelbagai pasukan dan ketumbukan jihad dalam setiap lapangan sehingga kita bertemu semuanya dalam kemerdekaan dan kebebasan.

    Semua nilai nasionalisme ini dan yang seumpamanya adalah nilai yang baik, disanjungi dan tidak dilarang oleh Islam. Nilai ini menjadi ukuran kita dan kita bukan sahaja menerima dengan senang hati semua nilai ini malah kita sokong.

    Nasionalisme Jahiliyyah

    Jika apa yang dimaksudkan dengan nasionalisme ialah menghidupkan kembali budaya jahiliyyah yang telah pupus. Mewujudkan semula sejarah yang telah lenyap dengan mengenepikan tamadun baik yang telah bertapak kukuh. Membuang semua yang ada kaitan dengan Islam semata-mata kerana semangat nasionalisme dan semangat kebangsaan sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah negara yang agak fanatik. Sehingga ke tahap menghancurkan semua imej Islam dan Arab. Termasuk mengubah nama, huruf dan istilah yang digunakan dan menghidupkan semula budaya jahiliyyah yang telah sekian lama pupus. Jika inilah nasionalisme yang dimaksudkan, maka nasionalisme seperti ini tidak betul dan membawa kesan yang amat buruk. Ia hanya membawa kerugian teruk kepada Timur. Selain kehilangan segala warisannya dan merendahkan kedudukannya, Timur akan kehilangan segala keistimewaan dan kesuciannya yang paling berharga. Namun ia tidak sedikitpun akan mencemar agama Allah.

    Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu. (Muhammad: 38)

    Nasionalisme Dan Pencabulan

    Jika apa yang dimaksudkan dengan nasionalisme ialah berbangga dengan bangsa sendiri hingga ke tahap merendahkan bangsa lain, memusuhi dan memanipulasi bangsa lain demi memartabatkan bangsa sendiri sepertimana yang pernah dilakukan oleh Jerman dan Itali atau mana-mana bangsa yang mendakwa mereka lebih istimewa berbanding bangsa-bangsa lain, maka maksud seperti ini adalah suatu yang keji malah bercanggah sama sekali dengan nilai peri kemanusiaan. Tindakan ini sebenarnya membawa maksud memanipulasi semua bangsa manusia demi mencapai suatu yang tidak pasti, suatu yang bukan hakiki dan tidak mendatangkan kebaikan kepada sesiapa.

    Dua Teras

    Ikhwan al-Muslimin tidak dapat menerima nasionalisme jika itu yang dimaksudkannya atau apa sahaja yang membawa maksud yang sama. Ikhwan juga tidak perlu melaungkan semangat Firaun atau Arab atau Pheonix atau Syria atau apa sahaja nama atau gelaran yang menjadi kebanggaan ramai manusia. Namun Ikhwan menerima apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. yang merupakan seorang manusia yang sempurna malah seorang manusia terbaik yang mengajar perkara yang baik kepada manusia, sabda baginda:

    “Allah telah membersihkan kamu daripada nilai jahiliyyah dan budaya berbangga dengan nenek moyang. Seluruh manusia berasal dari Adam dan Adam daripada tanah. Tiada kemuliaan bagi orang Arab berbanding bukan Arab kecuali dengan ketakwaan.”

    Alangkah indah dan adilnya ungkapan ini. Semua manusia daripada Adam dan kerana itu mereka semua setaraf. Manusia hanya berbeza berdasarkan amalan mereka. Jadi sepatutnya mereka bersaing dalam melakukan kebaikan. Sekiranya dua teras ini menjadi landasan kepada bangsa manusia sudah tentu martabat manusia akan meningkat hingga ke puncak langit. Pertama, semua manusia daripada Adam jadi mereka semua adalah saudara. Oleh itu mereka perlu saling bekerjasama, bahu-membahu, berkasih sayang dan saling memimpin ke arah kebaikan. Kedua, perbezaan antara manusia hanyalah berdasarkan amalan mereka. Jadi masing-masing perlu berusaha supaya dapat mengangkat martabat seluruh manusia. Apakah ada perkara yang dapat mengangkat darjat manusia ke tahap ini? Apakah ada didikan yang lebih baik daripada didikan daripada Rasulullah s.a.w. ini?

    Keistimewaan Arab

    Namun demikian ini tidak bermakna kita menolak terus keistimewaan semulajadi yang dimiliki oleh sesuatu bangsa. Kita memahami bahawa setiap bangsa ada keistimewaan dan kelebihan semulajadi yang tersendiri. Kita juga menyedari setiap bangsa ada perbezaan dan kelainan. Kita yakin dalam hal ini bangsa Arab memiliki keistimewaan semulajadi yang jauh lebih baik. Namun ini tidak bermakna kita jadikan keistimewaan ini sebagai sebab untuk kita bermusuh. Sebaliknya bangsa Arab sepatutnya menggunakan keistimewaan ini sebagai satu cara untuk memainkan peranan yang telah ditetapkan untuk setiap bangsa iaitu membangunkan bangsa manusia. Mungkin sepanjang sejarah anda tidak akan temui suatu bangsa di atas muka bumi yang amat memahami hakikat ini lebih daripada angkatan Arab yang terdiri daripada para sahabat Rasulullah s.a.w.

    Perbincangan ini perlu kepada perbahasan lebih lanjut namun saya tidak berhasrat memanjangkannya. Saya akan kembali kepada perbincangan asal kita.

  7. bersamaikhwan
    Disember 7, 2009 at 7:33 am

    Salam

    Bagaimana nak belajar kaedah usul fiqh (yang secara basic) bagi pelajar-pelajar luar negara, especially bagi kami yang tiada bahan dan murabbi.

    Ada tak softcopy bahan-bahan tersebut dalam bahasa Melayu/English?

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: