Utama > kembara, Uncategorized > Adakah Kita Punya Projek Tersendiri Di Rantau Ini?

Adakah Kita Punya Projek Tersendiri Di Rantau Ini?

Gambar Pesidangan

Minggu lepas saya sempat menghadiri seminar antarabangsa mengenai projek-projek (agenda) Amerika, Israel, Iran, Turki, Eropah, Cina dan India di dunia Arab dan masa depannya yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Timur Tengah di Hotel Le Meridien, Amman, Jordan.

Banyak resolusi yang diperolehi tetapi yang paling menonjol ialah persoalan di mana projek Arab dan Islam?

Pembentang-pembentang dan pengulas-pengulas terkemuka yang datang dari pelbagai negara Arab sepakat bahawa kelemahan yang dihadapi oleh Arab bukanlah sangat kerana kekuatan projek/ agenda luar berbanding kelemahan projek Arab sendiri yang sebenarnya tidak ada.

Dalam pada saya menekuni hujahan dan pandangan setiap pembentang dan pengulas bagi tajuk dengan detail dan mendalam, fikiran saya melayang ke negara sendiri, bagaimana projek-projek luar di Malaysia dan Nusantara serta masa depannya di rantau ini?.

Kita mungkin perlukan muktamar yang serupa. Namun hati saya seperti boleh menjangkakan jawapannya juga akan serupa. Kita akan mengulas kehebatan projek/ agenda orang lain dan dan akan membawa kita kepada persoalan yang sama iaitu di mana agenda kita?.

Adakah kita mempunyai agenda sebagai satu bangsa, sebagai satu umat atau kita hanya menjalankan peranan untuk menjayakan agenda orang lain? Saya kemukan persoalan ini kepada tuan-tuan khususnya pedokong harakah dan dakwah Islamiah di Malaysia, adakah anda sekarang memiliki agenda sendiri atau kita sedang menjalankan agenda orang lain yang diprogramkan untuk kita?.

Sekadar satu lontaran umum yang menyentuh beberapa sudut dalam beberapa persoalan yang dihantar kepada saya, seperti Isu Melayu dalam perjuangan Islam. Selebih itu saya minta maaf dulu kerana perlu sedikit masa untuk menulis dengan lebih detail.

Baru balik dua tiga hari… Sakit belakang tak habis lagi.

  1. suhailsufian
    Oktober 29, 2009 at 6:46 pm

    permasalahan kita – tiada risalah, dan kekaburan perjuangan.

  2. Oktober 30, 2009 at 1:07 pm

    salam ust,moga cpat baek saket belakang tu.

  3. Oktober 31, 2009 at 11:11 pm

    saper dalam gambar ngan ustaz lah tu?

  4. dani awang
    November 1, 2009 at 10:31 am

    Projek/agenda umat boleh berlaku di Malaysia sekiranya jemaah-jemaah yang ada boleh berganding bahu dengan meletakkan kepentingan umat di depan. Tapi realitinya, dalam menjalankan aktiviti atau program anjuran bersama, masing-masing nak menonjolkan jemaah masing-masing dan sentiasa berkira mengenai ‘keuntungan’ yang mereka dapati. Sampai bila perkara ini akan berakhir? Projek/agenda umat tidak akan mampu dilakukan oleh satu pertubuhan atau jemaah saja …… bagaimana kalau kita cuba satu projek mengenai isu melayu islam yang dilontarkan oleh ustaz, yang akan didokongi dan dijayakan bersama oleh jemaah-jemaah yang ada?

  5. November 5, 2009 at 3:56 pm

    anta minna

  6. November 6, 2009 at 7:23 am

    Assalamualaikum,

    ada ker hadis dan ayat alquran yang mengatakan kita harus tegakkan isu melayu islam? bagaimana projek ini disandarkan pada Al-quran? apa sirah yang kita sandarkan..?

  7. November 6, 2009 at 9:33 pm

    assalamualaikum.

    saudara manusia, kene lihat isu ini dengan lebih objektif dan teliti. perhalusi sirah sebaiknya dan ambil fiqhnya untuk maslahat dakwah.

    perhatikan sirah, bangsa tunggak kpd dakwah dan risalah islam ketika zaman rasulullah adalah majoritinya daripada kabilah arab walaupun ada sebahagian kecil bukan arab tanpa meleburkan nilai-nilai universal islam.

    straterginya, rasulullah menjadikan bangsanya sebagai tulang belakang kepada dakwah dan risalah untuk mencapai maksud/matlamat dakwah sehingga ia berjaya disebarkan ke seluruh tanah arab dan beberapa tanah bukan arab

    Rasulullah membangunkan madinah (projek/agenda) yang kebanyakannya fokusnya ketika itu adalah untuk umat islam madinah. mereka kebanyakannya terdiri daripada bangsa arab islam dan sebahagian kecil bukan arab.hakikatnya, dakwah yg dibawa oleh baginda adalah bersifat alami dan keadilan islam dapat dirasai oleh semua ummat.-ini adalah hikmah drp sirah yang jarang org ramai dapat memahaminya-

    wallahu alam

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: