Utama > komentar > Bila Undi Jadi “Syariat”, Demokrasi Jadi Agama

Bila Undi Jadi “Syariat”, Demokrasi Jadi Agama

Suatu masa dahulu, diawal kelahiran ideologi kapitalis orang memperkatakan isu menjadikan keuntungan sebagai syariat atau menyembah keuntungan.

Ia merupakan istilah yang digunakan untuk menunjukkan kepada satu sistem hidup yang berundang-undangkan nilai tamak haloba, menindas dan zalim. Tidak ada peraturan atau akhlak yang mengikat, yang menjadi sistem ialah kerakusan untuk membolot keuntungan.

Keuntungan adalah nilai tertinggi, apa sahaja kaedah atau mekanisma dalam muamalah yang boleh membawa keuntungan maka ia adalah suatu yang halal. Tidak kira samada ia menindas, menzalimi, menghalal yang haram, mengharam yang halal atau melakukan ketidakadilan kepada orang lain asalkan ia membawa keuntungan kepada pemodal, itu sudah cukup menjadikan tindakan itu syar’ie.

Inilah yang disebutkan Gandi dalam salah satu risalahnya kepada Indra apabila mengulas tentang sistem kapitalis… Kini manusia menyembah keuntungan.

Bagi kita, amaran ini telah disebut oleh Nabi semenjak awal kebangkitan risalah Islam lagi. Baginda menyebut; “Celakalah hamba dinar dan celakalah hamba dirham”.

Orang yang menjadikan dinar dan dirham sebagai matlamat dan nilai tertinggi dalam menentukan tingkah laku muamalat mereka seolah-olah mengabdikan diri kepada kedua-duanya.

Ini kerana mereka yang menjadikan dinar dan dirham sebagai nilai tertinggi sanggup melakukan apa sahaja termasuk menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal demi mendapat keuntungan dari dinar atau dirham. Mereka dengan itu telah menjadikan keuntungan sebagai syariat dan mengambil dinar dan dirham sebagai tuhan selain daripada Allah.

Analogi sebegini, seperti mana boleh dibuat dalam sistem ekonomi kapitalis, ia juga berlaku dalam sistem politik demokrasi. Suara (undi) dalam sistem politik demokrasi sama dengan keuntungan dalam ekonomi kapitalis.

Dalam sistem politik demokrasi manusia menjadikan suara rakyat sebagai nilai tertinggi. Rakyat adalah sumber kuasa. Dan ia secara normal diterjemahkan dalam bentuk undi dalam pilihanraya. Oleh itu pengaruh undi sangat besar dalam mencorak pemikiran dan tingkah laku politik sahsiah politik tertentu.

Anda dapat mentafsir banyak sikap dan tingkahlaku politik satu-satu parti dari aspek ini. Bagaimana kekalahan BN/UMNO dalam piliharaya ke 12 telah melahirkan berbagai tingkahlaku politik yang amat luarbiasa kepada parti-parti komponan BN?. Dato’ Najib perkenalkan 1Malaysia dan sebgainya. Bagaimana kekalahan PAS di Bagang Pinang telah membentuk pergolakan dalam PAS sehingga terpaksa mengadakan seminar khas dan sebagainya. Itu semua berkemungkinan besar datangnya dari pengaruh pemikiran demokrasi barat pada diri sesetengah kita.

Apa yang ingin saya ingatkan rakan-rakan disini ialah bagi kita orang Islam, kita harus faham batasan. Jangan kita dikuasai oleh fikrah “kuasa rakyat” atau “suara rakyat” ini sehingga kita sanggup mengorbankan kawan, menggadai sebahagian prinsip atau mengubah warna dan hala tuju.

Apa lagi dalam kontek Malaysia yang masyarakatnya majmuk, “rakyat” telah menjadi satu mafhum yang melangkaui sempadan ras dan agama maka segala tingkah laku politik yang berasaskan kedaulatan suara rakyat semata-mata boleh mengakibatkan natijah buruk kepada agama dan bangsa kita.

Boleh jadi ada tingkah laku politik tertentu sejajar dengan tuntutan konsep suara rakyat tetapi tidak sejajar dengan syariat Islam. Kita menuntut kuasa bukan untuk kuasa tetapi untuk melaksanakan syariat. Pemerintahan adalah wasilah dan mendaulatkan syariat Allah adalah tujuan.

Kategori:komentar
  1. khalisah
    November 12, 2009 at 12:41 am

    Quote:

    Apa yang ingin saya ingatkan rakan-rakan disini ialah bagi kita orang Islam, kita harus faham batasan. Jangan kita dikuasai oleh fikrah “kuasa rakyat” atau “suara rakyat” ini sehingga kita sanggup mengorbankan kawan, menggadai sebahagian prinsip atau mengubah warna dan hala tuju.

    Boleh jadi ada tingkah laku politik tertentu sejajar dengan tuntutan konsep suara rakyat tetapi tidak sejajar dengan syariat Islam. Kita menuntut kuasa bukan untuk kuasa tetapi untuk melaksanakan syariat. Pemerintahan adalah wasilah dan mendaulatkan syariat Allah adalah tujuan.

    P/s: banyak juga ana fikir persoalan ni… antara politik, demokrasi, kenegaraan, daulah islamiyyah… tapi tak terkata

  2. siddiq f
    November 13, 2009 at 12:39 am

    1.Bg ana, fikrah sebegini yg patut diterapkan mereka yg terlalu ‘ghairah’ berpolitik sehingga memecah-belahkan umat islam melayu.

    2. Alhmadulillah, setelah sembang2 dgn beberapa lapisan masyarakat, rata2 sgt setuju dgn cadangan perpaduan umno-pas.

    Wallah yusahhil

  3. Afizhi
    November 15, 2009 at 12:35 am

    Sebagai muslim, seharusnya betul seperti yang ustaz ingatkan, kuasa rakyat atau politik tidak seharusnya melebihi kuasa syariat.

    namun, ada yang berpendapat bahawa kuasa politik ini boleh dijadikan sebagai strategi untuk menegakkan apa yang telah dirasakan terpinggir.

    Sebagai contoh Martin Luther King telah menggunakan kuasa suara rakyat secara koletif melalui kertas undi bagi pembebasan orang Negro. Katanya” kuasa politik, pada masa hadapan akan menjadi alat yang berkesan untuk pembebasan orang Negro”(King;1964:104)

    Atas dasar strategi inilah bagi pendapat saya kebanyakkan ahli yang duduk didalam parti( samada ikhwah atau bukan) cuba untuk laksanakan. Dan sejarah ada membuktikan kejayaan yang mereka raih berdasarkan strategi ini.

    Cumanya mungkin dalam mencari strategi-strategi yang lebih jitu, kebanyakkan mula terpedaya lantas tebabas sehingga tergadai sedikit apa yang tidak sepatutnya.

    Oleh itu, ada satu cara yang boleh dipraktikkan oleh orang muda dakwah( rijal dakwah) dalam menghadapi situasi ini. Cara yang cuba saya sarankan ialah, fahamkan seberapa ramai orang disekeliling kita dengan kefahaman yang kita ada. Seramai mungkin yang boleh ,dengan bersungguh-sungguh.

    Dengan cara inilah nanti kefahaman yang betul bahawa kuasa politik tidak boleh mengatasi kuasa syariat akan terlaksana. Dan semestinya, kuasa politik yang bakal dlaksanakan tidak tergelincir daripada apa yang diredhai.

    Wallahua’lam

  4. November 16, 2009 at 7:49 am

    Memetik kata-kata Syeikh Sa’id Ramadhan Al-Buty yg ditulis dalam bukunya Hadzihi Musykilatuna (Ini Isu-isu Kita Umat Islam) cetakan 2008 Darul Fikr Damsyik, dalam topik pertama Isu Jidal yang Parah antara Guru dan Pengikut :

    “Keyakinan kami yang tiada lagi keraguan padanya, orang-orang yang mendekati masyarakat awam (jamahir), melakukan pemberontakan terhadap pemerintah dan mencela mereka, tidak kurang buruknya seperti mereka-mereka yang mendekati pemerintah dan menzalimi orang ramai atau melakukan keburukan kepada masyarakat, selagimana kedua-duanya dilakukan bukan kerana mencari redha Allah swt, atau memenangkan al-Haq (Islam).

    Ini kerana kesalahan itu tak berbeza bahayanya dengan berlainan puncanya. Sepertimana kebaikan itu tak berkurang nilainya jika melihat semata-mata kepada setiap sebabnya.”

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: