Utama > fikrah > Wala’ Dan Intima’; Bahaya Peleburan Identiti

Wala’ Dan Intima’; Bahaya Peleburan Identiti

Siapa saya? Kenapa saya berbangsa ini? Apa talian saya dengan umat ini?

Itulah soalan-soalan pertama yang ditanyakan oleh kita sebelum memulakan perjuangan? Dan itulah yang dilakukan oleh Imam Al Banna. Setelah itu dengan berani beliau mendabik dada “ha ana dza”, nah inilah aku.

Mengenal akar asal intima’ (penggabungan diri kepada bangsa dan agama) amat penting kerana ia akan memberi gambaran tentang apa isu, apa projek dan agenda perjuangannya.

Saya mulakan dengan persolan ini kerana hakikatnya hari ini setelah berlalu lebih seratus tahun kempen al qazwu lafikri, kini kesannya amat kita rasai. Bangsa kita kian tidak peduli dan tidak kisah dengan asal usul akar intima’ mereka.

Umat yang begini keadaanya, mana tahu agenda perjuangan? Dan bagaimana mereka mungkin memiliki kehendak untuk memperjuangkan nasib bangsa sendiri?

Inilah yang sedang berlaku kepada bangsa Melayu Muslim kini.

Suasana hizbiyyah yang ekstrem dan tawar-menawar politik yang tidak berpijak kepada agenda bangsa/umat telah memberi kesan yang amat negatif kepada umat disamping ia telah digunakan dengan maksima oleh agen-agen barat untuk mengrekrut generasi yang sudah tidak kisah lagi dengan akar intima ‘ (penggabungan diri) dan ikatan wala’ ( sokong-menyokong) kepada bangsa dan agama untuk mendokong ideologi dan kefahaman mereka.

Peleburan identiti dengan menghapuskan keterikatan dengan akar intima’ dan merungkai hubungan wala’ sesama satu bangsa dan satu agama merupakan senjata yang paling ampuh untuk menghalang mana-mana kebangkitan atau penentangan terhadap projek pembaratan.

Kita pada hakikatnya sedang memperkukuhkan penerapan mafhum humanisme yang menjadi asas kepada sekularisme. Humanisme ialah agama baru yang dibawa oleh barat. Berasaskan humanisme kononnya mananusia akan hidup dengan aman dan menikmati keadilan yang sebenar. Dengan itu, atas dasar humanisme segala perbezaan samada dari segi bangsa atau agama akan dihapuskan.

Tidak siapa sangka Malaysia yang terkenal dengan imej Negara Islam moden sedang meluncur laju menuju sekularisme. Sekarang ini generasi baru kita diajar, apa ada pada bangsa? Darah kita sama, dan agama semuanya betul.

Tidak lama lagi, Generasi akan datang hanya akan perlu tulis namanya sahaja dalam kad pengenalan tanpa perlu bin, bangsa, agama dan sebagainya. Manusia tanpa bangsa dan agama !!!!!!!!!!!!!!!. Tiada lagi agenda bangsa atau umat setiap orang hanya akan fikir hidup senang, mengumpul harta benda dan kemewahan.

Justeru saya menyeru, kembalilah kepada diri anda, carikah sakhsiah anda dari sejarah anda. Mari kita mulakan satu perjuangan.

Kategori:fikrah
  1. November 16, 2009 at 7:07 pm

    salam,

    iya, ana setuju dengan tulisan ustaz, sepertimana juga tulisan Ustaz Fauzi Asmuni mengenai Humanisme dan Barat, dahulu mereka kalah dalam pembangunan insan, kini mereka menang-menangkan humanisme dengan acuan pemikiran mereka. memberi hak kesamarataan tanpa ada timbal balik kepada yang Haq.

    benar kita semakin menuju kepada penyakit yang dahulu dalam diam-diam berkembang biak dalam jiwa umat Islam di Turki, sekularisme… ana sertai perjuangan ini.

  2. Naim Faiz
    November 19, 2009 at 2:45 am

    berapa kali kena baca baru benar2 faham ni? rabbi zidni ‘ilma

  3. pembinaISMA
    November 19, 2009 at 12:46 pm

    salam..

    em..juga berdasarkan post2 ustaz sebelum ni..

    bagaimana nak sedarkan Melayu yang lahir2 terus beragama Islam supaya turut mengendahkan bangsanya..

    tak mahu Melayu yang sinonim dengan Islam dipandang rendah oleh bangsa dan orang bukan beragama Islam

    hmm..bila taksub politik membuta tuli jadi penghalangnya..

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: