Utama > fikrah > Apa Kita Mahu Dari Demokrasi?

Apa Kita Mahu Dari Demokrasi?

Apabila saya kutuk demokrasi saya maksudkan dari segi asas dan falsafahnya yang berteraskan sekular dan athies. Saya tidak menolak sistem demokrasi dengan makna pertukaran kuasa secara aman.

Bagi saya orientasi politik demokrasi di Malaysia harus terbit dari atau terikat dengan nilai setempat atau nilai ketimuran sekurang-kurangnya kalaupun belum boleh kita sebut nilai keIslaman.

Di sini timbul persoalan dalam diri saya apabila melihat seperti ke’tidak-konsisten’an titik bertolak dan agenda dalam orientasi politik orang Melayu Islam di negara ini. Apa kita mahu, bila kita memperjuangkan demokrasi?

Orang barat mahu kita laksanakan demokrasi kerana:

  1. Mereka mahu menjamin pasaran barang mereka ditempat kita
  2. Menjamin penguasaan terhadap pasaran modal
  3. Eksploitasi harga buruh yang lebih murah
  4. Menyebarkan cara hidup mereka
  5. Mereka boleh masuk campur dalam urusan kita atas nama hak asasi manusia
  6. Dan lain-lain

Orang bukan Islam memperjuangkan demokrasi kerana:

  1. Mereka mendapat hak politik yang sama dengan penduduk majoriti
  2. Mendapat peluang hidup yang sama dalam semua bidang
  3. Bebas mengamalkan cara hidup mereka
  4. Mengambil kesempatan untuk menguasai ekonomi
  5. Dll

Saya pernah menemuramah Ronnie Liu, saya tanya dia apa maksud demokrasi di sisi DAP ? Dia jawap golongan minoriti mendapat hak yang sama dengan golongan majoriti.

Adalah menjadi kepentingan barat dan bukan Islam jika dapat menggunakan demokrasi untuk mengulik orang Melayu Islam dengan tawaran hidup bebas ala barat dan bayangan kemewahan hidup peribadi dan lupa kepentingan umat.

Jadi kita perlu bertanya kepada Melayu Islam, mereka memperjuangkan demokrasi untuk apa? (Bagitau saya agenda nasionalnya).

1. ????

2. ?????

3. ???

4. ???

Kategori:fikrah
  1. thaaqhib
    Disember 3, 2009 at 3:16 am

    mungkin…

    sebab itu sahaja pilihan nyata, yang hebat dipublisitikan?

    lahir lahir je…dah kena tau negara malaysia negara demokrasi~ dan sentiasa begitu

    jadi. do we have any choice[s]?

    macam negara saudi lah. rasa2nya rakyat sana pun tak tau yang tak semestinya kena pakai kepimpinan beraja mutlak

    nota : tertarik dengan sebuah lagu bertajuk ‘one dimensional man’

  2. ummah
    Disember 6, 2009 at 6:32 am

    Ustaz, saya tertarik dengan kedua-dua post ustaz berkenaan demokrasi. Memang sangat jelas. Tahniah ustaz, kerana merevolusi gaya pemikiran sebegini..

    Bukankah lebih baik ustaz menulis buku?

    Tentu masyarakat di luar sana sedar🙂

  3. Abdullah Zaik
    Disember 7, 2009 at 10:56 am

    insya Allah, mungkin perlu sedikit masa

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: