Utama > fikrah > Demokrasi Dan Aspirasi Kepemimpinan Islam?

Demokrasi Dan Aspirasi Kepemimpinan Islam?

Dalam perjalanan hidup saya dalam dakwah saya pernah berhadapan dengan persoalan-persoalan yang sukar dijawab.

Antara persoalan selalu timbul ialah kenapa wujud jurang yang begitu lebar antara kepimpinan negara Islam dengan rakyat mereka (masyarakat Islam) sebagaimana yang berlaku di negara-negara Arab khususnya?.

Masyarakat Islam rata-rata hidup tertekan dan sistem dalam banyak hal tidak menyebelahi kepentingan mereka, walaupun di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Ia satu persoalan yang lama terbuku tanpa saya menjumpai jawapan yang meyakinkan. Kita boleh kata sebab pemimpin mereka diktator, zalim dan sebagainya tetapi saya rasa tidak puas dan masih tidak cukup insaf (adil).

Sehari dua ini saya menela’ah buku berkaitan siasah syariyyah. Saya cuba memahami maqasid syarak disebalik kepemimpinan dalam Islam. Saya sebenarnya mencari jawapan kepada soalan, bagaimana kita boleh ngamkan usaha menegakkan siasah syariyyah menerusi saluran sistem demokrasi?

Hikmat Allah menemukan saya jawapan kepada persoalan yang selama ini menghantui pemikiran saya. Sebenarnya demokrasi menjadikan pemimpin seorang dayus yang tiada lagi ghirah keIslaman mereka.

Kini fahamlah saya kenapa pemimpin Islam di negara Islam yang mengamalkan demokrasi gagal mempertahankan Islam dan kepentingan umat Islam.

Rupa-rupanya liberalisme dalam demokrasi akan mencairkan ciri kejantanan seseorang pemimpin dan memudarkan aspirasi keislaman pada dirinya.

Saya tidak lihat keislaman itu dari aspek akhlak dan keperibadian sahaja tetapi lebih dari itu dari segi aspirasi kepimpinan yang berteraskan penegakkan agama dan mempertahankan marjaiyyahnya dalam sistem kehidupan.

Dalam demokrasi, liberalisme adalah marjaiyyah /rujukan. Kepimpinan yang didayuskan dengan nilai liberal meletakkan Islam dan umat Islam sama dengan agama dan orang yang bukan Islam.

Apa yang berlaku hari ini, negara di pimpin oleh orang Islam tetapi kepemimpinan yang telah di didayuskan oleh liberalisme.

Sebab itu meski pun mereka berkuasa dan mewakili orang Islam tetapi mereka tidak mungkin dapat mempertahankan kedudukan agama Islam dan kepentingan umat Islam.

Oleh itu dijangkakan bahawa Islam dan umat Islam akan terus terpingir di negara sendiri. Dan akan terus ada jurang antara kepentingan umat Islam dan pemimpin negara Islam.

Boleh kita mempertahankan aspirasi kepemimpinan Islam menerusi sistem demokrasi ?

Jawaban saya ialah boleh, jika kita berani memutuskan nasab demokrasi kita dengan demokrasi barat dan orientasi politik kita diikat denga nilai setempat dan maslahat umat al kubra seperti yang saya sebut sebelum ini.

Dan satu lagi jika kita berani bersatu padu.

wallhu aklam.

Kategori:fikrah
  1. milkyway27
    Disember 4, 2009 at 6:25 pm

    Salam,

    Bila saya berbincang dgn rakan sekerja dlm bab ni…ada yg mengatakan KEADILAN itu ialah samarata utk semua dlm urusan ekonomi, kuasa politik dan agama…sya sebenarnya tak tahu apa jawaban yg tepat..tapi saya mengatakan Islam perlu dominan dan mengatasi yg lain-lain…itu fikrah kita.

  2. milkyway27
    Disember 5, 2009 at 10:00 am

    tambahan pula kalau Islam tak boleh dominan dan menguasai yg lain, macamana nak merealisasikan Islam sbg satu cara hidup sekiranya tiada pengikut2nya…

    orang yg menolak sistem Islam bagaimana kita nak suruh mereka accept/terima pelaksanaan sistem Islam di dlm masyarakat, mereka juga mengatakan sistem mereka yg lain dari Islam adalah baik dan sesuai utk semua masyarakat – sistem yg lain dari Islam ada juga prinsip2 spt keadilan, tolong-menolong, meningkatkan ekonomi, charity/kebajikan dsbnya..

    sebab tu kita kena convince/yakinkan mrk dgn kehebatan sistem Islam dgn hujah yg benar…

  3. khalisah
    Disember 7, 2009 at 3:49 am

    KEADILAN bukanlah samarata dalam semua urusan ekonomi, kuasa politik dan agama..tapi meletakkan sesuatu di tempatnya..dan semua urusan ekonomi, kuasa politik dan agama adalah juga termasuk di dalam perkara yang perlu diletakkan di tempatnya, iaitu dikembalikan kepada aturan Pencipta dan Pemilik semua manusia dan alam semesta..kerana siapakah yang lebih ADIL selain TUHAN?

  4. milkyway27
    Disember 13, 2009 at 7:59 am

    Allah bersifat Maha Adil…itu akidah kita, akidah Islam. Kita nak beritahu org bukan Islam yg sistem/manhaj Islam adalah yg terbaik dan perlu dilaksanakan…contoh adalah perjuangan Rasulullah SAW ialah utk menegakkan manhaj Islam bukan saja di tanah Arab malahan di seluruh dunia.

    Tugas kita utk berdakwah kpd org bukan Islam/non-Muslim supaya mereka menerima sistem Islam dan mereka mengiktiraf/recognize bhw Allah adalah Pemilik Alam Semesta/universe dan kita adalah hamba-hambaNya yg mesti mentaati aturan-aturan yg telah ditetapkan oleh Allah iaitu Tuhan Semesta Alam.

    Utk memahamkan non-Muslim menerima hakikat inilah merupakan satu cabaran kpd para dai’e…

  5. milkyway27
    Disember 14, 2009 at 8:42 pm

    Artikel ini ada kaitan dengan yang ini…

    http://suaradarigunung.wordpress.com/2009/12/14/ketuanan-melayu/

    pokoknya sekarang kita cuba buat mapping di antara Melayu dan Islam…

    Malaysia —> Melayu —-> Majoriti penduduk —-> >60%—-> Islam.

    Malaysia —-> Bangsa2 lain beragama Islam —-> Islam.

  6. abubasil ikram
    Disember 17, 2009 at 11:05 am

    salam, terasa blog ini sudah tidak sehangat dulu. Us lah bolehlah buat topik hangat siket deh?

  7. Abdullah Zaik
    Disember 18, 2009 at 12:25 pm

    boleh

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: