Utama > komentar > Ketuanan Melayu Sama dengan Zionisme ?

Ketuanan Melayu Sama dengan Zionisme ?

Saya naqalkan sebahagian petikan dari sebuah artikel yang ditulis oleh seorang yang bernama Amin Iskandar yang disiarkan dalam tranungkite online 14 Dec bagi memperlihatkan pemikiran sebahagian orang Melayu kini. Saya boldkan bahagian yang saya maksudkan.

“Ketuanan Melayu Konsep ini hangat diperkatakan selepas pilihanraya umum ke 10 pada tahun 1999. Dalam pilihanraya tersebut trend pengundian orang-orang Melayu condong ke arah pembangkang. Umno hanya memenangi 72 kerusi parlimen pada ketika itu.

Perubahan trend pengundian orang-orang Melayu pada ketika itu berkait rapat dengan isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1998. Kehilngan sokongan daripada orang-orang Melayu telah menyebabkan isu ketuanan Melayu dimainkan semula untuk menakut-nakutkan orang Melayu akan kembali menyokong Umno.

Dalam konsep ketuanan Melayu, orang-orang Melayu adalah tuan kepada bangsa-bangsa lain di Malaysia. Bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India dianggap sebagai pendatang di Malaysia. Ertinya kekuasaan negara perlu berada ditangan bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India hanya perlu mengikut kepimpinan Melayu.

Dalam erti kata lain, konsep ini mengajar orang-orang Melayu bahawa mereka lebih suci daripada bangsa-bangsa lain di negara ini. Di dalam konsep ini juga, orang-orang Cina dan India perlu berterima kasih kepada orang-orang Melayu kerana kewarganegaraan diberikan kepada mereka dengan bantuan orang-orang Melayu.

Sebab itu ada pemimpin Umno seperti Datuk Ahmad Ismail dalam kempen pilihanraya kecil di Permatang Pauh untuk membantu calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah mengatakan bahawa orang-orang Cina adalah kaum pendatang, oleh yang demikian, mereka tidak boleh mendapatkan hak samarata di Malaysia.

Kenyataan beliau yang turut menyebabkan kemarahan parti komponen BN seperti Parti Gerakan, telah menyebabkan dirinya digantung daripada Umno selama tiga tahun. Akan tetapi baru-baru ini hukuman penggantungan Ahmad Ismail telah ditamatkan berikutan dengan pengampunan yang diberikan oleh Majlis Tertinggi Umno.

Zionisme Malaysia adalah di antara negara yang tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Ini adalah kerana, Malaysia menganggap penubuhan negara Israel adalah tidak sah kerana telah merampas hak dan menindas rakyat Palestin. Malahan di mukasurat kedua pasport Malaysia, tertulis “PASPORT INI SAH DIGUNAKAN UNTUK SEMUA NEGARA KECUALI: ISRAEL”.

Begitulah setianya Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin sehinggakan sesiapa sahaja yang menjadi warga Malaysia tidak akan berpeluang untuk masuk ke negara Israel dengan menggunakan passport Malaysia.

Negara Israel dikuasai oleh fahaman Zionisme.

Apakah yang dimaksudkan dengan fahaman Zionisme? Di dalam fahaman ini, bangsa Yahudi dianggap sebagai bangsa yang terpilih. Bangsa-bangsa lain dianggap sebagai kelas kedua. Fahaman Zionisme memberikan keistimewaan kepada bangsa Yahudi di negara Israel. Penduduk berbangsa Arab di negara Israel tidak mendapat keistimewaan yang sama dengan rakyat berbangsa Yahudi di Israel. Terdapat persamaan diantara konsep ketuanan Melayu dan fahaman Zionisme.

Konsep ketuanan Melayu mengutarakan bahawa orang-orang Melayu adalah tuan di Malaysia sementara fahaman Zionisme juga berpendapat bahawa bangsa Yahudi adalah tuan di negara Israel. Jika Malaysia menentang dan tidak mengiktiraf negara Israel, Malaysia juga harus menentang amalan yang sama dalam negara.

Jika tidak, apa yang dilakukan oleh Malaysia adalah sama dengan pepatah Melayu yang mengatakan, “kuman diseberang laut nampak, gajah didepan mata tidak nampak”.

Kategori:komentar
  1. Disember 14, 2009 at 8:04 pm

    “Terdapat persamaan diantara konsep ketuanan Melayu dan fahaman Zionisme.”

    Dari skop yg cukup mudah,sy tidak nampak pun sebarang persamaan antara ketuanan Melayu dgn fahaman Zionisme..adakah sama tuan tanah menjadi tuan kepada tanahnya dengan pendatang yang menjadi tuan di tanahnya??

    adakah rakyat Malaysia bersedia melihat Malaysia menjadi seperti Singapura??

    Demokrasi tanpa akal, membunuh kekuatan bangsa..
    ~sura hati pemuda yg MASIH BELUM layak mengudi..

  2. Disember 14, 2009 at 8:21 pm

    menarik…

  3. Syahir
    Disember 15, 2009 at 11:08 am

    Nor Aizat:
    “.adakah sama tuan tanah menjadi tuan kepada tanahnya dengan pendatang yang menjadi tuan di tanahnya??”

    saya setuju…ketuanan melayu xsme ngn zionisme

  4. Disember 15, 2009 at 11:22 pm

    Untuk menyamakan zionisme dan ketuanan Melayu adalah kesilapan besar dan perbandingan yang terlalu ‘simplistic’.

    Secara umumnya, Zionisme adalah satu fahaman yang membenarkan malah menggalakkan penggunaan kezaliman untuk merampas hak bangsa lain. Zionisme adalah fahaman “orang pendatang” ke bumi Islam Palestin.

    Ketuanan Melayu adalah tuntutan hak bangsa penduduk asal untuk dielak dari dizalimi dan dianiaya di bumi sendiri oleh bangsa lain. Ketuanan Melayu adalah fahaman penduduk asal tanah Melayu, iaitu bangsa yang pernah memerintah tanahair ini, malah diperakui oleh penjajah dengan kekalnya sistem raja-raja Melayu.

    Namun demikian, konsep Ketuanan Melayu begitu mudah diperalatkan untuk kepentingan golongan-golongan tertentu untuk meraih kekuasaan atau kekayaan dan tidak pula dirasai oleh semua golongan. Kezaliman beginilah yang selalunya mendapat bantahan dari kaum lain, dijaja pula oleh mereka yang berkepentingan dan disokong oleh mereka yang tidak berpandangan jauh.

    Pada masa yang sama, aplikasi konsep Ketuanan Melayu sekarang tidak sampai tahap kerosakan dan kezaliman dari pengamal Zionisme. Harus ditanya apakah yang menyebabkan perbezaan ini?

    Beberapa kemungkinan boleh kita timbul di sini. Pertama, fahaman agama Islam sendiri yang diamalkan oleh orang Melayu melarang kezaliman atas mana-mana kaum dan penganut agama lain. Walaupun di sini ia nampak tidak dipraktikkan, tetapi ia menghalang dari orang Melayu dari melampaui batas kemanusiaan. Kedua, konsep Ketuanan Melayu itu sendiri bukan untuk menindas tetapi untuk melindungi hak kaum penduduk asal, seperti yang disebut terlebih dahulu. Ketiga, walaupun negara ini adalah negara membangun, penduduknya mengamalkan sikap ketamadunan yang tinggi berbanding negara-negara jiran. Mungkin ada sebab-sebab lain yang tidak diperasan oleh penulis ini.

    Tetapi penyalahgunaan kuasa dalam aplikasi Ketuanan Melayu oleh mereka yang tamak dan tiada integriti telah menyebabkan kesan yang buruk iaitu penentangan dari kaum lain. Aplikasinya tidak seharusnya ditumpukan kepada bantuan kewangan atau pembiayaan kepada pihak tertentu. Ia harus lebih menyeluruh dari segi pendidikan dan penghayatan agama, pembangunan insan dan kepimpinan, kesejahteraan keluarga dan komuniti dan sebagainya.

    Pada masa yang sama, harus kita perkatakan bahawa Ketuanan Melayu yang diamalkan hendaklah pastikan bantuan disalurkan kepada kaum-kaum lain terutamanya mereka yang dibawah tahap kemiskinan.

  5. kizar
    Disember 17, 2009 at 1:32 am

    wks

    satu artikel yang agak mengelirukan kerana ketuanan melayu sama sekali tidak sama dengan zionisme
    zionisme berasaskan fahaman rasis yang ganas seta kejam dan hanya mengiktiraf kewujudan yahudi di israel, bangsa lain terutamanya rakyat islam palestin mesti dihapuskan, bukan hanya dipinggirkan tetapi dilenyapkan dari muka bumi palestin
    ketuanan melayu pula mengutamakan bangsa melayu sebagai penduduk asal tanah melayu supaya mereka menjadi pemerintah dan tuan di tanah melayu, tidak bermaksud bangsa lain dihapuskan atau dikhianat atau di aniaya, ini jelas tidak bertentangan dengan islam kerana melayu itu mestilah diistilahkan dengan islam, selagi melayu memerintah, selagi itu lah umat islam boleh memerintah dimalaysia, tidak betul sekiranya ketuanan melayu diistilahkan sebagai fahaman rasis yang sempit seperti zionisme

    saya cadangkan supaya tulisan dari ustaz abdullah kali ini ditolak oleh kesemua pembaca kerana jelas mengelirukan dan salah dari sudut analisa nya

    sekian

  6. Abdullah Zaik
    Disember 17, 2009 at 10:56 am

    kizar oh kizar….kalau tak suka pun kenalah adil….dan cermat

  7. Muhammad
    Disember 17, 2009 at 1:43 pm

    kizar salah faham kot…….
    mungkin kena baca berulang kali artikel nie…

  8. ahmad
    Disember 17, 2009 at 4:34 pm

    Saya berharap saudara kizar tidak memperbodohkan diri sendiri. Sila baca betul2 apa yang telah ditulis oleh Ustaz Lah. Artikel ini bukan ditulis oleh beliau, tp dipetik dari tranungkite online.

  9. milkyway27
    Disember 17, 2009 at 6:08 pm

    Salam,

    Saya rasa kizar salah faham ttg tulisan ustaz…ustaz mengemukakan persoalan kpd pembaca, Adakah Zionisme dgn Ketuanan Melayu itu sama dari sudut peristiwa yg berlaku? For sure ustaz cuba menerangkan yg persamaan yg dibuat adalah SALAH..iaitu Zionisme dan Ketuanan Melayu adalah tidak sama ttp kizar faham sebaliknya. saya sarankan kizar membaca tajuk2 lain yg ditulis oleh ustaz spt asobiyah, demokrasi dll utk memahami fikrah ustaz…apa yg ustaz sampaikan di atas adalah gaya bahasa ustaz sendiri yg perlu difahami secara menyeluruh dan dibaca dari awal.

    tajuk ni mmg payah nak dibincangkan sbb sesiapa yg membincangkan tajuk ni mungkin akan dianggap sbg pro-umno krn umno memperjuangkan bangsa melayu…sebenarnya tidak timbul isu pro-umno ataupun tidak, yg penting di sini ialah ketuanan melayu perlu dipertahankan dan sama-sama bersaing dengan perjuangan Islam sbb org melayu majoritinya adalah beragama Islam..jadi org melayu samada komited dgn Islam ataupun tidak komited perlu didakwah supaya menyokong perkembangan Islam di Malaysia.

    rakan sekerja saya pernah melabel saya sbg pro-umno (bagi saya undi adalah rahsia) krn berckp ttg isu ketuanan melayu begitu juga bila saya berckp ttg isu kerajaan perpaduan (unity government). kawan saya adalah pro-pr. apa yg menarik bila saya berbincang dgn rakan yg lain daripada jamaah tabligh, ini tabligh yg very commited, keluar 40 hari kacang je, dia bersetuju dgn idea kerajaan perpaduan krn katanya org Islam mesti berpakat dgn org Islam yg lain dlm hal-hal pemerintahan dan negara Islam bukannya berpakat dgn org bukan Islam di dalam menentukan halatuju negara Islam. kita tak boleh underestimate (merendahkan) org tabligh semuanya krn ada di kalangan mrk juga berfikir utk negara Islam bukan shj dlm soal ibadah.

    kita tak mahu satu hari nanti org bukan Islam di malaysia buat decision/keputusan yg berkaitan dgn agama Islam krn mrk berada di tampuk pemerintahan…dari awal lagi saya dah katakan yg Islam mesti dominan..tapi Islam dominan bukan bermakna menindas/menzalimi org bukan Islam..lihatlah sirah Islam semasa pembukaan kota makkah..tidak ada pun penindasan terhadap org bukan Islam…La ikra hafid diin (tidak ada paksaan di dalam agama)..agama Islam tidak memaksa org bukan Islam utk masuk/convert ke dalam agama Islam…yg penting berdakwah kpd mereka dan hidayah itu datangnya daripada Allah.

  10. ibnu_hisyam
    Disember 17, 2009 at 9:46 pm

    hadoi..kizar ni.. ni bukan tulisan ustadz la..tak baca betul2.. tu la..baca dengan emosi.. memang betul ketuanan melayu sama sekali tidak sama dengan zionisme..tu yang ustadz lah nak sampaikan..hadoi..mcm meludah ke langit je kizar ni..🙂

  11. saya
    Disember 17, 2009 at 9:51 pm

    rasanya bkn bmaksud ust abdullah stuju dgn pdapat ni, cuma disiarkn pemikiran sbghn org Melayu ttg ‘ketuanan melayu’. spy kita bfikir bgmana pula kfahamn kita & bgmana nak ubah mentaliti sdemikian.

    wallahua’lam.

  12. teliti
    Disember 17, 2009 at 10:15 pm

    Saya percaya seorang muslim sejati pastinya seorang yang berhati-hati dan teliti

    Semoga kita menjadi muslim yang sentiasa berhati-hati dan teliti dalam menjalani kehidupan, dalam konteks ini, ketika melontarkan pandangan

    Syukran kpd Ust. Lah atas usahanya menjana otak berfikir

  13. mun
    Disember 17, 2009 at 10:36 pm

    salam

    saudara kizar kurang faham nampaknya perbandingan yang UAZ ingin bawakan. jangan baca entry ini sahaja. cuba follow-up entry UAZ yang lain. saya takut saudara kizar salah faham apa yang UAZ nak bawakan.

    seperti seorang ustaz yang ditanya oleh seorang pemuda yang loya buruk. cuba perhatikan dialog di bawah.

    pemuda : ustaz, air mani itu suci ya? bukan najis kan?
    ustaz : benar pendapat anda wahai pemuda.

    pemuda : kalau begitu apa hukumnya kalau kita ambil wudhu menggunakan air mani?
    ustaz : cuba awak dapatkan air mani sebanyak dua kolah. baru saya boleh bgtau hukumnya. hukum dah ada, cuma dapatkan air mani dua kolah dahulu. boleh?

    kesimpulan, cerita ini adakah bermakna ustaz itu inginkan lelaki itu mencari air mani dua kolah? sudah pasti tidak. dia hanya memberikan satu perbandingan.

    apapun, minta maaf contoh diberi agak kurang sopan. tapi, itu contoh boleh saya beri. berfikir sebelum menulis wahai saudara. wallahualam.

  14. siddiq
    Disember 18, 2009 at 1:48 am

    To dear kizar

    “Saya naqalkan sebahagian petikan dari sebuah artikel yang ditulis oleh seorang yang bernama Amin Iskandar yang disiarkan dalam tranungkite online 14 Dec bagi memperlihatkan pemikiran sebahagian orang Melayu kini. Saya boldkan bahagian yang saya maksudkan”

    Saya kira ini adalah satu posting yang berjaya. Mampu mencambahkan perbincangan. Satu taktik Us Lah yang ‘berjaya’. At least for mr kizar.

  15. abumuaz
    Disember 18, 2009 at 5:13 am

    baca komen kizar….saya geli perut….lawak2

  16. Disember 18, 2009 at 6:51 am

    salam..

    “saya cadangkan supaya tulisan dari ustaz abdullah kali ini ”

    alahai kizar, ust abdullah cume copy paste kan je blik la tulisan ni.. baca ni dgn cermat..

    “Saya naqalkan sebahagian petikan dari sebuah artikel yang ditulis oleh seorang yang bernama Amin Iskandar yang disiarkan dalam tranungkite online 14 Dec”

    dan dari tanda soal yg ada pd tajuk ni pun kita tahi yg ni bkan pendirian ust abdullah cume beliau nk kita tahu adanya Muslim Melayu yg berfikiran smpai tahap begini..

  17. ibnu_jamalludin
    Disember 18, 2009 at 12:57 pm

    itulah akibatnya kalau hanya suka membangkang dan sentiasa memberi komen dgn emosi.. hehe.. kizar.. kizar..

  18. zz
    Disember 19, 2009 at 1:27 am

    nak gelak pun tak sampai hati…
    kalau boleh jumpa kizar ni mesti best

    teringat masa saya skolah rendah kat kemaman dulu… ada satu istilah yg dia bg kpd sesetengah org: Bodoh sombong… dah tak tahu tak nak belajar, dan tak sedar dia tak tahu…

    agak kasar… tapi kalu sebut dgn loghat terengganu bunyi dia lebih kasar lagi

  19. akhlaq_pendakwah
    Disember 20, 2009 at 1:23 pm

    Saudara Kizar tersilap,

    Kita pun menegur,

    Tapi menegur ada akhlaqnya,

    Jaga akhlaq kita

  20. kizar
    Disember 20, 2009 at 8:40 pm

    wks

    maaf kepada tuan punya blog atas kesilapan tersebut
    tapi saya lucu jugak dengan komen antum semua macam burung kakak tua, satu demi satu mengutuk saya, ha ha ha
    saya tak rasa apa pun, antum semua lah patut terasa sebab saya tersilap, tapi untuk antum semua satu persatu tulis macam parrot, tu yang lebih sedih dan melucukan, dan sepatutnya merasa malu dan insaf, seorang muslim itu tidak seharusnya menghina dan memalukan seorang yang lain, tetapi di laman ini pada kali ini, semua nya bersuka ria atas kesalahan orang lain, apa dah nak jadi orang2 ISMA ni, tak de apa yang nak ditulis kecuali kutuk saya ke hehehe
    sabar le brothers or ikhwah, kalau nak ajak orang ke Islam mesti dada dan nafas yang besar, tak tahu lah antum semua, cukup ke nafas hehehe
    terima kasih kerana poskan komen saya

    salam ukkhuwah

  21. abah
    Disember 20, 2009 at 11:02 pm

    Entry yang bagus untuk dibincangkan. Zionismeadalah satu fahaman yang wujud dengan memusnahkan bangsa lain dengan menyatakan bahawa orang Yahudi adalah sebaik-baik umat dan dianggap umat pilihan Tuhan. Bangsa yang lain (Goyem) boleh diperlakukan apa-apa sahaja oleh orang Yahudi. Sebagai contohnya, Yahudi tidak mengamalkan riba sesama mereka tetapi mereka akan mengenakan bunga yang tinggi kepada bangsa lain. Lihat sahaja apa yang mereka lakukan kepada bangsa arab di Yathrib sebelum penghijrahan Rasulullah SAW ke sana. Ketuanan Melayu adalah satu istilah yang menunjukkan “ketuanan” terhadap tanah Melayu yang mesti diberikan kepada bangsa Melayu dan semestinya beragama Islam. Sejarah telah menunjukkan, ketuanan Melayu yang dilaungkan sama sekali tidak meminggirkan bangsa lain yang datang ke Tanah Melayu. Apa yang jelas bangsa lain telah mengambil ketuanan melayu bermula dari sudut bahasa, ekonomi dan sekarang ini kepada politik serta tidak mustahil agama pada masa akan datang. Justeru itu, zionisme dan ketuanan melayu adalah ideologi yang berbeza ibarat langi dengan bumi.
    Kepada KIZAR… taubatlah..

  22. ibnu_hisyam
    Disember 21, 2009 at 6:56 pm

    kizar..tu bukan kutuk namanya..kami kelakar..anda berjaya menghiburkan kami.. bukan di blog ustadz ni sahaja..tapi komen2 anda semua kelakar belaka..di blog ust fauzi, ust halim..siapa ye kizar ni sebenarnya?.. manusia ada akal.. mereka boleh menilai.. komen siapakah yg mengutuk.. baca balik komen anda pada entri kali ni..terus ditujukan kepada ustadz.. hehe..tq kizar.. sesekali kene juga senyum sampai ke telinga.. mudah tarik mad’u insyaAllah =)

  23. KIZAR
    Disember 21, 2009 at 9:46 pm

    wks

    terima kasih kerana menyiarkan komen saya dan komen yang kedua, permohonan maaf
    InsyaAllah, saya ni mcm antum semua jugak, dan saya akui kenal beberapa ikhwah dalam ISMA.
    Tak elok lah jadikan siapa kizar ini sebagai isu perbincangan, kita fokus balik kepada posting empunya blog ini
    kecualilah antum semua mendesak, isyaAllah saya rasa tak perlu perbincang perihal diri individu, isu lain lebih penting dan bermanafaat
    Yang paling penting ialah:
    perbaiki diri sendiri dan serulah orang lain, dan nak tambah sikit je lagi:
    perbaiki diri sendiri, hormati rakan seperjuangan dan serulah orang lain

    hehehe maaf kalau menyinggung

    salam ukkhuwwah

  24. ibnu_jamalludin
    Disember 21, 2009 at 11:53 pm

    taknampak pn kutukan?kizar..jgn emosi..nanti tersilap lagi..

  25. zz
    Disember 22, 2009 at 1:17 am

    saya setuju dgn kizar… sepatutnya kita sama2 bincang secara ilmiah post2 ust lah yg mmg ada nilai ilimiah ni…. bukan kutuk mengutuk, kan kizar? saya nantikan komen ilmiah drpd kizar, yg bukan mengutuk penulis2 blog dan ahli2 isma….

    sy cadangkan jugak kizar bukak blog sendiri dan bukan sekadar post merata2 kat blog org lain ni… senang sikit nak bg feedback direct kat kizar…

    bg saya komen ala2 parrot tu dtg drpd sudut pandang yg sekata, sbb tu bunyi nya hampir sama… adapun kutukan membabi buta yang dipost di sana2 sini tu agak tidak dpt diterima akal yg waras….

    sesungguhnya setiap sesuatu akan dihisab, dan setiap amal terletak pd niatnya…

  26. ziarah
    Disember 22, 2009 at 2:47 pm

    sebenarnya orang2 cina dan india lah yg zionis..sbb datang negara org dan nak rampas secara diam2 dan perlahan-lahan..syukur ada Melayu yg perasan tindakan senyap mereka ni..bangunlah Islam..jgn sampai jadi macam singapura dan juga org2 melayu ISlam di Thailand..ayuh bangun..!!!

  27. ibnukhair
    Disember 22, 2009 at 3:56 pm

    Salam..

    The last line look like the real KIZAR🙂 Ameen…

    A muslim to a muslim is a brother, they correct one after another…

    Tiada salah kita mengaku kesilapan dan memohon maaf… Ianya tidak sedikitpun mendatangkan kehinaan bahkan mengangkat martabat kita sebagai seorang yang jujur dengan ilmu..

    Apapun, dari dok perangat blog Ustadz Lah dengan perdebatan tiada hala tuju ni, ana cadang pie laa perbetul tulisan Amin Iskandar tu.. ada faedah jugak untuk ummah..

    Salam Hijrah!!
    A.S.

  28. milkyway27
    Disember 22, 2009 at 6:29 pm

    Salam,

    blog boleh diakses oleh semua org…tidak semua yg komen tulisan ustaz Lah ni org ISMA…sya lihat mcm kizar nak memburuk-burukkan org2 ISMA dan sekaligus memburuk-burukkan jamaah ISMA…betulkan niat anda…Allah Mengetahui apa yg ada dlm hati kita, jangan halang ISMA nak buat kebaikan kpd masyarakat…jangan tuduh sembarangan krn apa yg kita tulis sama juga dgn apa yg kita ucapkan walaupun blogger dan penulis2 komen semua tidak tahu siapa itu kizar ttp rakib dan atik sentiasa bersamamu…

    pesanan utk diri sendiri juga

    milkyway27

  29. Nazri
    Disember 23, 2009 at 4:47 pm

    Salam Ustaz,

    Saya rasa dalam dunia ini sekarang dalam zaman liberal dan demokrasi sekarang tidak ada negara yang memberi keistimewaan kepada sesuatu bangsa secara rasmi seperti keistimewaan orang Melayu di Malaysia.

    Tetapi kebanyakannya berjaya mengekalkan dominasi sesuatu kaum atas kaum yang lain seperti orang berkulit
    putih terhadap orang kulit hitam tanpa keistimewaan secara rasmi seperti di Malaysia.

    Masalahnya kita di Malaysia ini kerana kita tak berjaya
    mengekalkan dominasi ini kerana

    (1) Orang Melayu tidak tahu etika berbeza pendapat. Kita
    tengok orang Cina MCA tidak sekat peniaga-peniaga
    yang pro DAP. Kalau orang Melayu, Ustaz pun tahu apa jadi kalau businessman tak sokong parti pemerintah.
    Malah dalam STAR yang dikuasai
    MCA ia lebih bebas dan berjaya kerana Presiden MCA
    tak kongkongnya, cuba bandingkan dengan Utusan,
    Iklanpun tak banyak.

    (2) NGO-NGO Cina kuat dan amat berpengaruh kadang-kadang lebih dari parti politik. NGO-NGO Melayu sepatut
    nya lebih memeinkan peranan dan bersatu untuk mengekalkan dominasi Melayu Islam. Kalau diperhatikan Dewan Perhimpunan Cina adalah organisasi yang kuat sekali.

    (3) Saya harap harap NGO seperti ISMA dapat memainkan
    peranan penting utk menekankan kepentingan Melayu Islam.

  30. abumuaz
    Disember 25, 2009 at 11:45 am

    Artikel amin iskandar yang ust lah ambik kat Tranungkite (kelolaan & admin nya ialah Dewan Pemuda Pas Dungun) ni rupanya turut disiarkan dalam Harakah keluaran terkini, dibawah sisipan fikrah.

    kalau ust Lah kata ia adalah pemikiran sebahagian orang melayu, saya rasa ia bukan setakat sebahagian, tapi sebahagian BESAR orang melayu telah/akan/sedang berfikir mcm tu.

    Utk Kizar dan rakan2 yang lain…jazakallahukhair. Sekurang2 kita tau ramai yg datang dalam blog ni dgn fikiran ‘nampak hantu’. Kalau nampak pokok bergoyang sikit pun, dia dah takut dan kata hantu. Jgn marah & kena faham kalau orang lain tak tahan nak tergelak.

    ‘perawat2 orang islam’ kena kerja keras lagi

  31. ibnu_hisyam
    Disember 25, 2009 at 8:28 pm

    Jazakallah khair abu muaz atas nasihat..

  32. abubasil ikram
    Disember 26, 2009 at 12:44 pm

    dah dah lah kutuk kizar, semuanya manusia biasa. datang ke blog ni untuk berbincang, maka harusnya kita bertolak ansur. Semua kita ada kekurangan, yang penting betulkanlah dengan hikmah. Ke guana ust lah? entakena tarbiyah anak-anak buah isma ni , jangan suka kutuk org sampai rapat. Kpd milkway, isma dah dikira jemaah ker?

  33. al-aslami
    Disember 26, 2009 at 8:13 pm

    salam
    banyak lagi kan kerja…? jgn sampai terbakar kelambu hehe..
    -salam dari negara abu terika..

  34. hazaana
    Disember 26, 2009 at 9:00 pm

    Assalamualaikum wbrt

    jazakallah khairan kepada semua dengan komen/teguran/apa2 saja..

    di sini saya menyeru kita semua yang memberi komen/teguran/kata2 di atas untuk kita berusaha membawa islam kepada diri kita dan juga orang lain di sekeliling kita..

    bahawanya, sekiranya kita sayangkan islam, biarlah islam itu di hati dan kita berusaha membawa islam ke hati orang lain di luar sana yang mungkin masih jauh daripada memahami islam…

    Allah tidak akan mempersoal siapa antara kita yang betul, kerana akhirnya amal kita nanti sendiri-sendiri dihitung..

    mari ya..kita ajak orang-orang di sekeliling kita (jiran, rakan, pembantu rumah, majikan, rakan sekerja, tukang kebun, anak-anak, sepupu, ipar, mertua) untuk sayangkan agama islam.. =)

  35. Disember 27, 2009 at 12:49 am

    Pandangan saudara Nazri itu ada betulnya. dalam dunia sekarang ini, polisi ini dianggap tidak sesuai. tetapi pelik, mungkin juga ramai boleh menganggap Malaysia sebagai contoh teladan kepada dunia dalam hubungan antara kaum. Tiada rampasan tanah perladangan seperti di Zimbabwe. Tiada pembunuhan genocide atau perang seperti di Bosnia, Kosovo, Rwanda atau Darfur.

    Kita harus sedar dominasi kaum di negara barat contohnya, masih lagi dipegang oleh golongan orang putih. malah di USA, walaupun Presiden Obama berkulit hitam, dominasi kaum putih di dalam kerajaan, perniagaan, pelbagai industri, akademik dan lain-lain lagi memang ketara. Oleh yang demikian, bagi pendapat ana, di sini mereka tidak memerlukan hak istimewa untuk menjaga dominasi kaum mereka. Mereka cukup mendominasi dalam banyak aspek kehidupan Negara mereka. Banyak pandangan telah diberikan untuk menyama-ratakan kaum kulit putih dan kaum kulit hitam di USA, tetapi masih belum ada formula yang tepat. Jadi, adakah salah Malaysia mengamalkan polisinya tersendiri?

    Hak Melayu sebagai penduduk asal di Tanah Melayu ini patut dihormati. Dan memang ada antara kaum bukan Melayu yang menerima seperti yang di tulis dalam buku Chinese Dilemma oleh Ye Lin-Sheng, terbit Disember 2003 oleh East West Publishing Pty Ltd (ISBN: 0-9751646-1-9) walaupun mungkin ini bukan pendapat majoriti. Kita belum lagi pada tahap kedudukan golongan orang putih di negara mereka sendiri. Malah kita jauh dari penguasaan ekonomi dan mungkin juga dalam tahap pencapaian akademik.

    Kita harus cepat sedar dan akui yang bangsa Melayu ini bukan bangsa yang menindas. Banyak ruang-ruang yang telah diberikan kepada bangsa-bangsa lain di negara ini untuk memajukan diri mereka. Dan mereka amat berjaya dalam kegiatan mereka. Kita boleh lihat sendiri, kereta-kereta mewah, rumah-rumah mewah, perniagaan mereka, bilangan mereka di institusi –institusi pendidikan swasta dan syarikat-syarikat swasta, dan bilangan mereka yang melancong ke luar negara tiap-tiap tahun. Mereka memang maju. Tahniah buat mereka kerana mereka berusaha keras. Kita patut ambil contoh atas kegigihan mereka. Dan pastinya ada yang berbuat demikian.

    Ana nampak permasalahan dalam perkara ketunanan Melayu terkini adalah bagaimanakah Hak Keistimewaan Melayu ini dizahirkan. Ia zahir pada sistem kerajaan iaitu Raja Berperlembagaan di mana Raja itu adalah Raja Melayu. Kedudukan Agama Islam sebagai agama rasmi dan penggunaan Bahasa Melayu mungkin adalah poin-poin lain. Penggunaan Bahasa Melayu di dalam arena perniagaan pun tidak begitu meluas.

    Adakah setakat itu sahaja Hak Istimewa Melayu? Inilah persoalan yang timbul agaknya pada tahun-tahun lewat 60-an. Oleh yang demikian timbulnya kesedaran untuk diberi bantuan kepada kaum Melayu Bumiputera seperti yang telah diberikan melalui Dasar Ekonomi Baru termasuk, pinjaman kewangan, tajaan pendidikan dan sebagainya. Terhasillah dari polisi ini seperti yang kita lihat pada hari ini. Bangsa Melayu yang semakin maju, yang semakin bersemangat untuk memajukan diri mereka dan negara. Bertambahnya golongan pendidik, akademik, professional, doktor-doktor dan sebagainya dari kalangan Melayu. Tetapi adakah ia memadai? Cuba lihat statistiknya, sila layari http://maalimfitariq.wordpress.com/2009/08/27/menyongsong-kemerdekaan-ke-52-agihan-kekayaan/

    Mungkin satu lagi aspek ialah sesetengah dari golongan muda bangsa Melayu tidak merasa perlunya ada sokongan secara formal kerana orang Melayu boleh berdikari, dan mungkin juga untuk membuktikan bahawa mereka boleh berjaya tanpa bantuan sesiapa. Ini adalah semangat yang baik dan inshaAllah kita doakan begitu. Benar, ada sesetengah dari kita yang mampu. Kita ucapkan tahniah kepada mereka dan semoga menjadi contoh kepada yang lain.
    Namun, masih lagi banyak yang belum mampu berbuat seperti segilintir individu-individu Melayu yang berjaya ini. Dan mereka ini biasanya dari golongan pendapatan sederhana dan rendah. Golongan inilah yang harus diberi perhatian dan keutamaan. Pada masa yang sama, mereka dalam kategori ini di kalangan lain juga haru dibantu secara sistematik untuk keluar dari kemiskinan. Dan pada pendapat ana, sekiranya ia dilaksanakan dengan baik, ini tidak patut ditentang oleh kaum-kaum lain. Jadi, kita kena kenalpasti punca rungutan mereka dan ditujukan ke mana sebenarnya.

    Dan juga jangan kita lupa yang kita pertahankan Hak Keistimewaan ini bukan berdasarkan ras, tetapi kerana hendak mempertahankan Islam di tanahair ini kerana kaum Melayu ini adalah beragama Islam.

    wallahu’alam

    Rujuk:
    http://maalimfitariq.wordpress.com/2009/07/29/nasib-melayu-di-bumi-melayu/

    http://maalimfitariq.wordpress.com/2009/07/14/wajarkah-korbankan-deb-kerana-undi-majoriti/

    http://en.wikipedia.org/wiki/Affirmative_action_in_the_United_States

    =======================
    Kepada Kizar,
    biasalah semua orang buat silap. belajarlah dari kesilapan, dan yang lain-lain ambil iktibar. semoga istiqamah dalam da’wah dan harap dapat memberi komen-komen yang membina di masa hadapan.

  36. Kamil
    Disember 28, 2009 at 11:55 am

    Wahai Abubasil ikram,
    1. Kenapa saudara masih mengekalkan intonasi fitnah dalam uslub dakwah enta, jangan semberono…
    2. Mengutarakan persolan yang tidak berkaitan/difahami??

  37. tokeibaju
    Januari 2, 2010 at 4:46 pm

    Rumusan tentang ketuanan melayu dari al-akh yang bukan melayu.. sgt menarik.. http://ridhuantee.blogspot.com/2009/12/masih-adakah-ketuanan-melayu.html

  38. kizar
    Januari 7, 2010 at 7:21 pm

    askm

    cukup2 lah
    jom kita semua berdemo do kedutaan Mesir menentang sikap rejim Mubarak, tak nampak pun orang ISMA atau Aman Palestin?
    Apa dah jadi?

  39. Januari 14, 2010 at 7:46 am

    kalau setakat berdemo dengan semangat hangat2 tahi ayam ,pd saya tiada maknanye. kene faham isu sebenar.. kpd sheikh kizar, kamu kenal ke ‘semua’ org2 isma dan aman palestin?

    ape2 pon, ketuan melayu penting demi menjamin survival islam di bumi malaysia.

  40. Ogos 24, 2010 at 10:44 pm

    itulah akibatnya kalau hanya suka membangkang dan sentiasa memberi komen dgn emosi..

  1. Disember 28, 2009 at 11:17 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: