Utama > fikrah > Merumus Pendirian Politik Berasas Maqasid Syarak

Merumus Pendirian Politik Berasas Maqasid Syarak

Maqasid ialah tujuan disebalik pensyariatan satu-satu hukum. Satu kaedah yang masyhur menyebut, “urusan itu dinilai berasakan maqasidnya”. Maqasid perkatan banyak bagi maqsad. Saya harap kita semua tahu serba sedikit tentang feqah maqasid ni supaya saya tidak perlu menulis muqadimah panjang dan dapat terus kepada idea yang saya nak lontarkan.

Menegakkan sistem pemerintahan Islam adalah satu kewajiban syai’e. Ijmak sahabat telah mengesahkan perkara ini. Islam tidak membiarkan umat Islam hidup dalam keadaan serabut, mengamalkan sendiri hukum-hakam dalam diri dan masyarakat tanpa ada kawalan kuasa.

Pada zaman dahulu ia dipanggil sistem al khilafah. Sistem al khilafah merupakan satu sistem yang unik pernah wujud dalam sejarah manusia. Ia berbeza dengan sistem monarki yang mashor pada waktu itu.

Apa pun itu hanyalah istilah, yang penting isinya bukan namanya. Saya pernah sebutkan bahawa sistem khilafah bukan semata-mata akhlak pemerintah dan cara hubungan antara pemerintahan dan rakyat tetapi merupakan tingkah laku masyarakat kesleruhannya samada pemerintah atau rakyat. Dalam athar ada disebut, “sebagaimana keadaan kamu begitulah kamu diperintahkan”.

Ini bermakna perjuangan menegakkan pemerintahan Islam tidak boleh dipisahkan dengan usaha-usaha mendidikan dan melahirkan masyarakat yang mengamalkan Islam dalam diri mereka. Begitulah seperti diungkapkan oleh Imam Al Talmisani, “tegakkan Negara Islam pada diri kamu, ia kan tertegak dibumi kamu”.

Pembacaan yang mendalam terhadap fikrah al Banna membawa kita kepada kesimpulan bahawa Ikhwan memperjuangkan penegakkan sistem politik ala khilafah. Cara Ikhwan yang berpegang kepada maratib amal jelas membayangkan hakikat ini.

Bermual dari individu muslim, keluarga muslim kemudian masyarakat Islam merupakan pra syarat kepada penegakkan pemerintahan Islam. Barangkali keyakinan Ikhwan terhadap manhaj ini berinspirasikan sebuah hadis yang menyebut bahawa akan tertegak diakhir zaman sebuah khilafah atas manhaj kenabian.

Ia satu kerja yang panjang tetapi itulah satu-satu cara yang akan menyampai kepada penegakkan khilafah ala manhaj an nubuwah (atas manhaj kenabian). Saya percaya itu akan menjadi cara kerja Ikhwan yang setia dengan al Banna sampai bila-bila tanpa berubah samada dengan menambah atau mengurangkan.

Namun dalam kita komited dengan kerja-kerja pembentukan asas yang panjang itu, kita sering terdedah dengan isu-isu pergolakan politik perebutan kuasa yang memerlukan kita terlibat atau sekurang-kurangnya membuat pendirian. Kita tidak boleh mengelak dari mengkaji dan memahami perkara berkaitan dengan siasah syariyyah.

Saya bersetuju dengan kawan-kawan yang mengatakan politik adalah satu yang dinamik yang tingkah lakunya tidak boleh dihadkan dengan keterbatasan nas-nas. Oleh kerana itu menjadi tanggunjawab setiap  mereka yang ingin terlibat mengkaji tingkahlaku politik memahami maqasid siasah syaiyyah dan fikah maslahi.

Fokus perbincangan saya kali ini ialah bagaimana kita membuat pendirian siasi semasa terhadap pergolakan politik perebutan kuasa dalam kontek Malaysia berlandaskan maqasid syarak atau fikah maslahi. Ini menuntut membaca maqasid syarak dalam masalah siasah syariyyah (pemerintahan Islam).

Pemerintahan Islam ialah kerajaan yang dianggotai oleh orang Islam. Berkata Imam Al Banna; “Kerajaan Islam ialah kerajaan yang dianggotai oleh orang Islam yang menunaikan fardhu-fardhu Islam, tidak menolaknya secara ternag-terangan dan melaksanakan hukum-hakam dan ajarannya. Dan tidak mengapa mendapatkan bantuan dari bukan Islam ketika dhorurat dalam bukan wilayah amah”.

Berkata Imam al Juwaini dalam Ghiyathul umam fi tayyath al Zholam;

al Imamah ialah kepimpinan yang sempurna dan keketuaan yang umum berkenaan dengan perkara khusus dan juga umum dalam tugasan-tugasan berkaitan agama dan dunia. Termasuk dalam ertikata tersebut ialah mempertahankan Negara dan kehormatan, menjaga kepentingan rakyat, melaksanakan dakwah dengan hujah dan pedang, menghalang penyelewengan dan kezaliman, membela orang yang dizalimi, mengambil hak dari yang enggan dan menunaikannya kepada yang berhak”.

“ Sesungguhnya mempertahankan Negara dan berjuang mempertahankan baiah adalah satu kewajiban yang pasti dari segi sayarak. Kalau dibiarkan manusia faudho( kelam kabut) tidak dihimpun diatas kebenaran oleh apa-apa penghimpun, tidak di haling oleh mana-mana penghalang, dan tidak ditegah dari mengikut jejak langkah syaitan dalam keadaan pandangan yang bercanggah-canggah, hawa yang terpecah-pecah, nescaya rosaklah sistem, musnahlah manusia, orang awam akan dipijak-pijak, pandangan becanggah dari berbagai puak, bersengketalah kehendak-kehendak yang bertentangan, orang hina memimpin manusia, segala asas penyatuan punah ranah, masyarakat bertambah koyak, berlakulah  perbalahan  …” hingga akhir (m/s 17).

Di muka surat 134 beliau menyebut bahawa kekuasaan diperlukan untuk menunaikan tuntutan syarak seperti berpegang dengan agama dan ketakwaan, berpegang dengan perkara yang mendekatkan diri kepada Allah, menyising lengan mengejar keredhaan Allah …….ilakh.

Ini adalah kerana dalam pada melaksanakan tujuan yang mulai itu manusia di cipta dengan sifat melampau dan shahwat yeng menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab atau melanggar larangan, kerana itu perlu kepada kuasa untuk meluruskan urusan agama. (Terjemahan maksud . m/s 622) . Lalu Allah melantik sultan-sultan dan pemimpin-pemimpin supaya mereka menunaikan hak kepada yang berhak, mengagihkan bahagian kepada empunyanya, menghalang mereka yang melampau, menyokong yang adil, mengukuhkan binaan lurus, menghapuskan segala unsur kezaliman dan kerosakan, dengan itu teraturlah urusan dunia dan berkembang dengannya agama yang merupakan penyudah segala urusan.

Berkata Imam al Ghazali r.a dalam al iqtisad fi al iktiqad;

“Sesungguhnya dunia dan keamanan jiwa dan harta tidak akan terurus/terjaga kecuali dengan wujud Sultan yang ditaati. Perhatikan huru-hara yang berlaku ketika fitnah yang disebabkan kematian sultan dan imam-imam”.

“Sesungguhnya yang demikian itu sekiranya dibiarkan berterusan tanpa dipulihkan dengan melantik sultan baru yang ditaati nescaya akan berlarutanlah huru hara, suasana menjadi kucar kacir, akan berlaku kemarau, binatang akan mati, industri terbengkalai, siapa yang menang dia sapu dan belasah apa sahaja, tiada seorang yang berkelapangan untuk ibadah dan ilmu jika ia masih hidup. Kebanyakan akan mati di bawah kilauan pedang”.

“Sebab itu dikatakan bahawa agama dan sultan dua beradik kembar dan dikatakan bahawa agama adalah asas dan sultan adalah pengawal, barangnya tiada asas akan runtuh dan barang yang tiada pengawal akan hilang”.

Demikianlah maqsud disebalik kewajiban menegakkan pemerintahan Islam apa istilahnya sekali pun. Negara Islam adalah Negara milik orang Islam, diperintah oleh orang Islam untuk menjaga urusan orang Islam demi mencapai tujuan agama mereka.

Mari kita terjemahkan maqsud ini dalam perjuangan politik kita di Malaysia. Fakta sejarah menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam, mejoriti penduduk beragama Islam, dan diperintah oleh orang Islam. Penjajah telah menjadikan Malaysia sebuah Negara yang berbilang kaum, agama dan budaya.  Pertembungan kepentingan berakhir dengan satu persepakatan yang tidak adil. Acuan sekular telah memberi kelebihan kepada bukan Islam secara konstraktif. Kontrak sosial telah mengurangkan peranan dan meletakkan kedudukan Islam dan umat Islam lebih rendah dari sepatutnya walaupun masih dijamin kepentingannya.

Struktur kenegaraan baru ini telah mencarik atau meleburkan keperibadian politik umat Islam dan menelanjangkannya dari maqasid asal sebagai pemerintahan Islam. Walapun Negara masih disifatkan sebagai Islam tetapi kedaulatan agama telah diperkosa. Kepemimpinan Islam kosong dari sebarang makna, bidang kuasa mereka terhad, peranan mereka terbelenggu, dan umat Islam berpecah belah serta kehilangan teraju. Yang masih kekal hanyalah lambang-lambang dan simbul-simbul yang tidak sepertinya.

Dari segi hukum, Umat Islam kini boleh disifatkan hidup dizaman kepimpinan dan pemerintahan Islam yang tidak sempurna. Akibat dari itu berlakukan berbagai kefasadan di atas muka bumi. Belaku jurang antara pemerintah dan masyarakat Islam. Maka menjadi kewajiban setiap muslim mengislah pemerintahan supaya ia kembali kepada peranannya yang asal. Hukum ini agak straight forward di negara yang sepenuhnya beragama Islam atau majoriti besarnya beragama Islam. Pertembunganya hanya dua pihak. Tetapi bagi Negara yang berbilang agama, bangsa dan budaya seperti di Malaysia penentuan hukum tentu akan berbeza.

Di negara yang sepenuhnya berugama Islam pertembungan pihak-pihak masih dalam kerangka besar kenegaraan Islam. Kebimbangan akan terkorbannya identiti kenegaraan Islam dan tergadai kegadai kepentingan umat Islam agak kecil. Masih-masing berjuang mencari kesempurnaan.

Tetapi bagi Malaysia yang majoriti muslimnya rendah dan tekanan politk bukan Islam kuat, apa lagi jika disokong oleh kuasa luar, peluang untuk kemusnahan lebih besar. Keperibadian Negara boleh terombak dan kepentingan umat Islam boleh tergadai. Oleh itu perjuangan politik Islam menjadi sangat mencabar. Jika tidak dipandu oleh maqasid syarak. Ini kerana pengaruh politik bukan Islam yang manpu merubah senario dan  dan masyarakat islam yang jahil maqasid syarak boleh melakukan tindakan politik membunuh diri.

Logik politik Islam situasi kini sangat mendesak umat Islam agar bersatu padu, Penyelesaian pintas ialah kembali kepada konsep kenegaraan Islam. Tetapi kita berhadapan dengan suasana pertarungan sudah tidak dikawal pedoman, nafsu sudah menguasai dan hawa menggelapkan pandangan akal, menjadikah jalan kearah perpaduan terpaksa menghadapi benteng kegelapan yang menakutkan.

Justeru lapangan politik kita akan terus bergelomang dengan tindak-tanduk politik sekular dan akan terus melusuri gelombang yang tidak tentu arah. Kepuasan politik akan menjadi hakim. Walaubagaimanapun syarak tidak meninggalkan kita tanpa panduan. Seburuk mana keadaan sekalipun tetap kita akan temui formula (pandangan politik yang rasyidah).  Ya, merujuk kepada nas-nas yang di nukilkan  adalah menjadi maksud syarak untuk kita memperkukuhkan sisi atau kedudukan orang Islam dan kedua mempastikan lapangan Islam aman dari pengaruh bukan Islam.

Oleh itu dalam mencari pegangan kita harus menilai tingkah laku politik dalam pertarungan politik di Malaysia dari aspek sejauhmana kedudukan pengaruh dan  “kuasa wewenang” Islam dan umat Islam dalam kompunan-kompunan politik yang ada?

Maksud saya dari segi kekuatan komposisi perwakilan, terma-terma persepakatan, tawar menawar kuasa, pengaruh-pengaruh, struktur-struktur mengikat dan seumpamanya, yakni sejauhmana ia memberikan kita kelebihan dari segi “kuasa wewenangan” untuk menjaga kedudukan agama dan kepentingan umat Islam. Kepentingan umat Islam yang saya maksudkan bukan sekadar pembelaan-pembelaan berdasarkan (affirmative action) tetapi hak mereka sebagai pemilik Negara untuk menguatkuasakan pemerintahan mengikut kehendak agama Islam.

“Kadar wewenangan” ini bagi saya adalah maksud siasah syarak dalam situasi ini. Di atas asas ini saya mengukur tingkah laku politik satu-satu kompunan. Tinggi kadar wewenangan lebih besar maslahah dan jika lebih rendah maka lebih rendahlah maslahahnya. Kuasa wewenangan ini boleh diterjemah sebagai kuasa pelindung bagi umat Islam dalam situasi yang ada.

Islam adalah agama yang realistik dan mengambil faham bahawa pertembungan kuasa sentiasa ganas dan tidak ada rahmah. Sebab itu syarak menyebelahi sudut yang mejamin kekuatan umat Islam. Orang muda dalam politik  berfikiran dangkal jika menganggap orang kafir akan membela nasib mereka dan menegakkan keadilan untuk mereka. Sangat janggal pemikiran kita jika memepercayai bahawa orang kafir akan menegakkan kesaksamaan yang tidak dapat ditegakkan oleh orang yang fasik dikalangan kita. Mereka adalah musuh Allah memperjuangan kuasa kerana mahu kekuatan untuk melaksanakan agenda mereka.

Adalah menjadi tujuan pengutusan agama Islam ialah supaya ia mengatasi semua agama walaupun dibenci oleh orang kafir. “Dialah yang mengutuskan Rasul dengan petunjuk dan agama yang benar, supaya ia mengatasi segala agama, walapun dibenci oleh orang kafir”. “Dan Allah tidak akam menjadikan bagi orang kafir kelebihan atas orang Islam” [an nisa’ 141.] “Pada hari ini aku sempurnakan bagi agama kamu, aku sempurnakan keatas kamu nikmat ku, dan aku redha Islam sebagaian agama (kuasa politik)”.

Maqasid ini hanya akan dapat kita laksanakan jika kita memiliki wewenang yang sepenuhnya. Oleh itu siasah syariyah hanya menerima satu suasana sahaja iaitu kedudukan tertinggi. Siasah syariyah tidak boleh dicampur aduk  dengan mana-mana siasah lain yang bertemakan sekular. Suasana yang kita ada hari ini adalah satu keadaan terpaksa.

Kategori:fikrah
  1. milkyway27
    Disember 22, 2009 at 7:17 pm

    Salam,

    Satu tulisan yg menarik dan berterus-terang oleh Ust Lah. Masyarakat Malaysia menantikan penjelasan yg semacam ini krn ramai yg hanyut dgn gelombang politik skrg. Saya tahu ramai yg tidak suka dgn tulisan ini krn tidak menepati rentak politik skrg dan krn lebih thiqoh (mempercayai) org kafir daripada org Islam sendiri sbb mrk yg tidak thiqoh dgn Islam itu semacam sudah sebati dari jiwa-jiwa mrk krn org kafir menunjukkan sifat2/akhlak2 yg baik terhadap mrk. Sedangkan hati mrk (org2 kafir) tadi tidak beriman kpd Allah menjadikan amalan baik mrk tidak ada nilaiannya.

    Kita mesti ambil celupan Allah sbg panduan hidup kita. Ulama’ besar dulu dan kini yg muktabar perlu dijadikan contoh bukannya org2 kafir/musyrik.

    Islam mesti duduk di atas, janganlah krn emosi, akal kita tidak boleh menerima kebenaran.

    Jazaakallah Ust lah…

    milkyway27

  2. milkyway27
    Disember 23, 2009 at 9:13 am

    Salam,

    Ust Lah berkata,

    “Pemerintahan Islam ialah kerajaan yang dianggotai oleh orang Islam. Berkata Imam Al Banna; “Kerajaan Islam ialah kerajaan yang dianggotai oleh orang Islam yang menunaikan fardhu-fardhu Islam, tidak menolaknya secara ternag-terangan dan melaksanakan hukum-hakam dan ajarannya. Dan tidak mengapa mendapatkan bantuan dari bukan Islam ketika dhorurat dalam bukan wilayah amah”.

    Saya bersetuju 100% kenyataan ini krn saya thiqoh dgn fikrah yg dibawa oleh Hassan Al-Banna (HAB). Agak susah hendak menerimanya kenyataan ini sekiranya orang yg membaca artikel Ust Lah tidak mengenali HAB. Kenali dulu siapa HAB dan fahami fikrah yg dibawa olehnya.

    Minta penjelasan Ust Lah akan makna “Dan tidak mengapa mendapatkan bantuan dari bukan Islam ketika dhorurat dalam bukan wilayah amah”.

    milkyway27

  3. Addin
    Disember 23, 2009 at 10:17 am

    ..wala na’budu illa iyyahu mukhlisina lahuddin, walau karihal kafirun

  4. Disember 25, 2009 at 4:49 pm

    Terima kasih ustaz atas penjelasan yang panjang lebar dan satu pencerahan buat mereka yang masih mencari-cari atau kabur akan hakikat sebenar lapangan perjuangan Islam.

    Mengikuti dengan rapat perkembangan politik negara pada hari ini menemukan kita dengan kesimpulan yang bersalut ragu dan samar. Tawar-menawar kuasa, kesepakatan, arus pemikiran dan yang sewaktu dengannya memang tidak mesra Islam bahkan meresahkan.

    Totok-totok demokrasi pastinya tersenyum puas sedang kita mengurut dada, memicit kepala dibuatnya.

  5. Februari 11, 2010 at 4:22 pm

    “Bukan termasuk Umatku orang yang mengajak pada Assobiyah, dan bukan termasuk Umatku orang yang berperang atas dasar Assobiyah, dan bukan termasuk Umatku orang yang mati atas dasar Assobiyah.”
    (Hadis Riwayat Abu Dawud).

    Bersama-samalah kita berusaha sedaya upaya agar khilafah segera ditegakkan.

    Semoga kesatuan umat Islam dari timur hingga ke barat dapat dikembalikan. Amin.

  6. budak kelate
    April 25, 2010 at 11:50 am

    usaha dalam usaha….. PAS dah buat kerja lama dalam menegakkan islam di malaysia… mai ISMA nak lembabkan usaha2 pas…. lantak lah… ni yng Imam hassan al-banna marah ni…

  7. Muslim
    April 27, 2010 at 3:59 pm

    kepada budak kelate,

    “mai ISMA nak lembabkan usaha2 pas” bukti?

    harap dpt jadi contoh pd kami….hasil tarbiyyah PAS di Kelantan.

  8. al-aslami
    April 27, 2010 at 4:56 pm

    bukan lembabkan tapi stabilkan..
    takut terlebih laju dikhuatiri terbabas….
    ni yg Imam hassan al-banna ckp dlm muktamar khamis…

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: