Utama > komentar > Dua Surau Di Bakar Di Muar

Dua Surau Di Bakar Di Muar

Tidak seperti pembakaran gereja, pembakaran dua surau di Muar disambut dingin oleh semua pihak. Sehingga kini tiada kenyataan dari mana-mana pihak sama ada parti pemerintah atau pembangkang yang mengutuk berbuatan tersebut. Begitu juga Ngo-ngo samada Islam atau kristian juga senyap seperti tiada apa yang berlaku.

Tiada siapa yang rasa kesal dengan pembakaran surau. Kalau sewaktu insiden pembakaran gereja semua pihak bergegas ketempat kejadian samada dari pemimpian kerajaan atau pembangkang, dan suara kutuk sambung-menyambung.

Kerajaan serta merta umum bantuan RM 500 ribu untuk gereja. Malangnya bila surau yang dibakar tiada siapa yang bertindak. Seolah-olah keselamatan dan perasaan orang kristian lebih mendapat perhatian dalam negara ini dari perasaan orang Islam sendiri.

Saya tidak membuat andaian siapa yang melakukan perkara tersebut. Dalam insiden pembakaran gereja pun kita tidak tahu lagi siapa yang melakukannya. tetapi kita sensitif dan terus buat interpetasi dan mengeluarkan statement bahawa perbuatan itu bercanggah dengan Islam.

Saya rasa sama sahaja dengan kes pembakaran surau ia suatu yang tidak boleh diterima oleh sesiapa pun tidak kira apa agama. Tetapi kenapa semua orang diam?

Kenapa ia tidak jadi berita utama seperti kes pembakaran gereja?. jawapannya ialah kerana ketua pengarang tahu bahawa pristiwa jenis ini tidak membawa apa-apa akibat, kerana dia dah agak semua orang akan tidak buat apa-apa. Jadi ia tidak ada nilai berita yang tinggi.

Saya bukan nak suruh orang buat ribut, tetapi sekadar melontar persoalan yang perlu menjadi renungan. What wrong with our people?

Kategori:komentar
  1. Januari 22, 2010 at 9:30 am

    Betul tu ustaz.

    Tapi mungkin juga isu ini tidak dibangkitkan agar umat islam tidak mengikut perasaan mereka, melancarkan perang terhadap kristina.

    Pada hemah ana, kita hendaklah lakukan sesuatu. Cuma, kena fikir lebih jauh kerana kita tidak boleh jangka apa tindakan pengikut-pengikut kita terhadap isu ini.

    Semuanya seolah-olah diatur. Dan sebenarnya ana tak rasa umat ISLAM yang melakukan tindakan-tindakan agresif tu. Ada tangan-tangan lain yang merencana dan melaksana.

    Di zaman fitnah ni, banyak fitnah jatuh kepada umat islam. Semoga Allah menunjukkan kita jalan yang lurus.

  2. bersamaikhwan
    Januari 22, 2010 at 11:43 am

    Ustaz, memang takde artikel berita pasal ini ke?

  3. Sesunan Rangga Haji
    Januari 23, 2010 at 1:44 am

    Surau dibakar……….Sabda nabi jika masjid (surau)sudah tidak dapat menyatukan umat maka adalah lebih baik dirobohkan masjid(surau)tersebut.Mengapa dibakar mengapa tidak dirobohkan saja kerana pada hari ini jemaah masjid serta surau sudah tidak dapat memainkan peranan menyatukan umat malah memecah belahkan umat Islam.Masjid dan surau bukan hanya digunakan sebagai tempat bersembahyang sahaja malah pada masa dahulu masjid dan surau meriah dengan perbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan serta menjadi tempat berkumpul dan bermuzakarah serta bertukar tukar pandangan serta pendapat mengenai agama dan kemasyarakatan.Tetapi pada hari ini masjid dan surau sepi dan muram sudah hilang seri keagamaan malah telah menjadi tempat atau gelanggang berpidato politik membahaskan kepimpinan serta kewibawaan sesebuah parti maka berlakulah perpecahan dikalangan jemaah masjid dan surau melarat lah sehingga merosakan silaturrahim masyarakat.Tapi kata dan mengaku diri Islam mengapa harus ada perbezaan pandangan serta pendapat.Dalam Islam tidak harus ada Pembangkang malah harus ada pendapat kerana dari pendapat itu lah akan diguna pakai oleh masyarakat.Jika membangkang maka lahirlah umat pemberontak hancurlah Islam yang tinggal hanya pada namanya sahaja .Ini lah yang terjadi pada umat Islam hari ini betul kata Radenmas Islam belum tentu kita Iman kalau kita Iman sudah tentu kita Islam…Umat Islam sudah lah bercanggah serta berbeza pendapat dengan Mazhab ditambah pula dengan Politik maka lahirlah pada hari ini pemimpin songsang serta ulamak bebal yang memimpin umat dan menasihatkan umat bagai tikus membaiki labu bercampur aduk agama dan politik .masing masing ingin menegakkan benang yang basah akhirnya wujud puak puak didalam jemaah masjid dan surau negara yang dipimpin tergadai rosak agama runtuh akhlak roboh masjid dan surau…jadi sunyi dan sepi.tanpa penghayatan serta keikhlasan beribadah.Oleh itu jika masih lagi berlaku perpecahan umat maka wajib dirobohkan sahaja.

  4. bersamaikhwan
    Januari 23, 2010 at 8:19 am

    sesunan rangga haji rasanya masuk isu lain pula, kena buat artikel yang tersendiri dan khas

  5. Januari 24, 2010 at 1:16 pm

    rasanya kita kena tengok siapa yang pegang media. adakah mereka tak tanya ahli-ahli politik untuk komen? politicians tu pun tak panggil media untuk buat komen… hmm…

    suka sangat jaga hati orang lain. kenapa tak jaga hati orang Islam Melayu ni. adakah sebab kita ni pak turut, perangai feudal. sedih la macam ni. ayuh bela lah maruah kita!!

    pada masa yang sama, kena berhati-hati supaya benda ni tak ‘escalate’ jadi pergaduhan antara kaum/agama. harapannya kita ni bertamadun, jangan jadi macam Nigeria. inshaAllah tak akan jadi kejam macam tu. doakan saudara-saudara kita di Nigeria.

  6. al-aslami
    Januari 24, 2010 at 8:10 pm

    salam
    lontaran pendapat seseorang menzahirkan apa yang sebenarnya bermain di dalam fikirannya..
    sama ada fikirannya masih berlandaskan ilmu atau berlandaskan teori sendiri semata atau hawa nafsu..

    tugasnya kita memperbetulkan pemikiran itu
    supaya berlandaskan alquran dan sunnah, jernih serta tidak terpaut dek hawa nafsu..

    seperti mana rasullah memperbetulkan pemikiran arab jahiliah kepada pemikiran islam yg jernih dn syumul.. begitu juga tugas kita… memperbetulkan pemikiran masyarakat yg boleh dikatakan sebagai “hilang punca” atau “kabur”…dan mendidiknya ke arah manhaj yg kita fahami -ISLAM-.

    jika saya dan anda pembaca berumur 19 tahun sekarang.. maka mari persiapkan diri dari sekarang untuk masa akan datang…

    القدس كيف نعيدها ان لم نكون نحن الجنود
    Alquds itu bagaimana untuk dikembalikan jikalau bukan kita tenteranya.
    النور كيف ظهورها ان لم يكون دمنا الوقود ”
    cahaya itu bagaimana kedatangannya jikalau tidak darah kita bahan bakarnya…

    salam dari negara hasan albanna dan abu terika…

  7. siraj
    Januari 26, 2010 at 10:02 pm

    kes dah ditutup…yg b’tnggungjwb dah kena tahan…Alhamdulillah

  8. man
    Januari 27, 2010 at 7:02 pm

    ade yang baru pulak..
    Kepala babi dilontar dalam perkarangan dua masjid..
    http://www.malaysiakini.com/news/122975

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: