Utama > Perutusan > KOBANNA Berjaya, Terima Kasih Untuk Semua

KOBANNA Berjaya, Terima Kasih Untuk Semua

Saya ingin merakamkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana Konvensyen Pemikiran Al banna telah berlangsung dengan jayanya. Hampir 3000 peserta telah memenuhi Dewan Seri Sarjana UNITEN.

Tahniah dan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak urustia Ust Wan dan “gengnya” yang telah berjaya megendali dan menguruskan program dengan jayanya sampai kepenghujung tanpa masalah yang boleh disebut.

Terimakasih kepada semua kepimpinan ISMA semua pringkat dan peserta-peserta yang menyokong kuat usaha-usaha menjayakan program ini. Dan terima kasih yang khusus kepada penderma dan penyumbang yang telah membantu meringankan beban tanggungan kewangan Konvensyen.

Dengan harapan Konvensyen seperti ini dapat kita laksanakan lagi pada masa akan datang. Semoga segala sumbangan dan usaha kita diterima Allah.

Sekian Terima Kasih

Kategori:Perutusan
  1. Februari 1, 2010 at 12:10 pm

    Alhamdulillah
    hujah kelmarin cukup hangat.
    lebih2 lagi panel ke3.

    buku ‘dalam liku perjalanan 2009’ sgt menarik juga. tahniah saudara aminuddin yahya untuk buku yg bagus dan bernas ini. semoga dapat dimanfaatkan oleh Melayu Muslim sekalian.

  2. mahyudin
    Februari 1, 2010 at 12:57 pm

    Alfu mabruk kepada Isma dan alhamdulillah ana pun dapat turut serta – benar-benar terasa jelas dan skrg bertambah yakin dgn agenda kita, moga kita berjaya menyebar luaskan fikrah ini kepada masyarakat – ana amat setuju dgn sarana ahli.panel ketiga: kita tumpukan kepada golongan yang berumur 30 tahun kebawah dan mereka yang tidak terlibat dgn kepartian – supaya kita tak berkonfrantasi dgn mereka -bagi ana juga: tak usah kita memilih jln menyelinap kpd dlm mana2 parti politik dgn menggunakan mereka bgi tujuan kita sprti setengah2 pihak – kerja2 sedemikian nanti org marah . marilah kita peraktis hadis zuhud sesama manusia….
    mahyudin

  3. abu ikram
    Februari 1, 2010 at 3:11 pm

    tahniah ust wang kite. semoga success selalu. Cadangan ana, untuk konvensyen pemikiran al-banna ni, eloklah dijemput seorang panelis dari ikhwan sendiri , bolehlah kupas lebih detail dan terperinci terutama perkembangan terkini jamaah. Kami harapkan yang terbaik untuk islam. TQ. Kuala terengganu

  4. Februari 1, 2010 at 4:20 pm

    Salam..

    tahniah ustz ats kejayaan pengnjuran tersebut even bnyk halangan dan kekangan.

    moga perkongsian fikrah sebegini akn dilaksanakan lagi pd masa akn dtg,so far respon sgt baik dr para peserta..ameen..moga Allah mudahkan segala2nya..

  5. IkhwanPAS
    Februari 7, 2010 at 8:54 am

    Sekadar memanjangkan respond seorang sahabat
    ————————————————————————

    Assalammualaikum wbt…

    Terpanggil untuk mengulas(bukanlah bermaksud lebih arif),

    Pertama, amatlah menggelikan, jika boleh dikatakan lautan ilmu serta lontaran pemikiran Imam Hassan al-Banna yang luas, bab bangsa pula yang diricik menjadi pusat perbincangan. Bagaimana dengan lontaran ilmu Imam Hassan al-Banna yang jelas memperjuangkan Islam? Persoalan menegakkan Daulah berdasarkan al-Quran dan Sunnah?

    Boleh difahamkan bahawa Imam Hassan al-Banna merupakan perintis dalam menterjemahkan perjuangan Islam pasca kejatuhan Khalifah terakhir, namun apabila soal bangsa yang hendak diisukan, lebih afdal jika kita sendiri merujuk kepada sirah perjuangan Rasulullah. Tidak diperdebatkan langsung soal supreme race mahupun soal menegakkan sesuatu bangsa.

    Rasulullah saw dalam pidatonya berkata:

    ‘Wahai manusia, ingatlah, sesunguhnya Tuhanmu adalah satu, dan ayahmupun satu (Adam). Orang Arab tidak lebih utama dari orang Ajam (non-Arab), dan orang Ajam tidak lebih utama dari orang Arab. Tidaklah lebih mulia orang berkulit hitam atas orang yang berkulit merah, dan tidak lebih mulia orang yang berkulit merah atas orang yang berkulit hitam, kecuali karena taqwa’.

    Menelusuri sejarah, amatlah menjengkelkan jika 1400 tahun kemudian umat Islam terbit dengan sifir ‘tegaknya bangsa maka tegaklah agama’. Daripada mana sifir ini digali? Buta sangatkah umat Islam untuk memahami sejarah sendiri? Tatkala Bani Umayyah diruntuhkan kerana meminggirkan bangsa Ajam (bukan Arab), tatkala Portugis menakluk Kota Islam Melaka atas nama white supremacy, tatkala orang Arab memerangi Turki Uthmaniyah atas semangat kebangsaan, kita pula pada hari ini ingin menegakkan sifir yang celaru.

    Budaya? Pihak berkuasa secara rakusnya mempromosi hedonisme atas nama budaya

    Bahasa? Kita sendiri yang turun berdemonstrasi mempertahankannya

    Apa yang ada pada bangsa?

    Nilai murni, hormat orang tua? Itu menjadi dasar didikan Islam

    Kebangggaan, ketamadunan? Islam menjadi dasar berkembangnya tamadun bangsa kita.

    -dipetik dari email seorang sahabat-

  6. abu ikram
    Februari 8, 2010 at 11:58 am

    salam. Relaklah ikhwan pas. Kita berbicara tentang halatuju perjuangan isma di sini, bukan hala tuju perjuangan ikhwan. harap enta faham. Yang dikupas disana hanya satu sudut dari perjuangan ikhwan yang diambil berat oleh isma. Isma isma lah, ikhwan ikhwan la.

  7. zamir
    Februari 8, 2010 at 12:20 pm

    salam..kepada ikhwanPAS,ana rasa enta belum memahami apa yang di bahaskan dalam KOBANNA itu..lebih baik enta faham dulu apa yang dibincangkan.Jangan kita di pengaruhi emosi yang melampau2……

  8. abu muaz
    Februari 8, 2010 at 6:41 pm

    alhamdulillah…satu program yg sangat berkesan daripada segi isi dan matlamat, ramai yg boleh faham dan terima. cuma ada beberpa perkara yg perlu diperbaiki. Harap dapat dilanjutkan lagi program2 susulan diperinggkat negeri/kawasan supaya lebih berkesan….

  9. Februari 8, 2010 at 6:55 pm

    Saya cukup bersyukur diberi hidayah Islam yang mulia dan satu2nya agama yang benar dan diredhai Allah taala.

    Pada masa yang sama, saya cukup berbangga kerana Umat Melayu bahasanya pernah menjadi lingua franca.

    Saya tak mahu ‘sengaja’ lupa bahasa saya pernah menjadi begitu hebat.

    Kebanggan saya menjadikan saya mensyukuri nikmat Allah yang telah menjadikan saya orang Melayu yg sejarahnya hebat, orang2nya bersopan santun berbudi bicara, yang tanah airnya subur, terhindar dari malapetaka besar.

    “Hatta dalam sebuah kajian informal seorang professor di UIA, dikatakan beberapa orang dari pejuang Badar yang berjumlah 313 orang, merupakan nenek moyang orang Melayu”

    Saya memperjuangkan Islam yang suci, yang sukakan perpaduan, yang bencikan perpecahan.

    Saya melihat perlunya kepada isu memartabatkan bangsa ini atas kefahaman yang islami, bukan kefahaman sekular.

    Bukankah pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Fauzi Asmuni sudah cukup ilmah dan berisi?

    Sekian..

  10. mom
    Mac 2, 2010 at 4:43 pm

    lebih bgus jika sesi soal jwb dilebrkb.ttp mungkin krn kekangn masa

  11. mom
    Mac 2, 2010 at 4:57 pm

    sy stuju dgn ikhwan pas,,owh,adkh stand isma bgitu..mgmbil nfsi2..sy tdk pukul rate,ttp ini adlh persoalb

  12. newcomer
    Mac 8, 2010 at 5:43 pm

    salam,

    saya ni baru first time nak respond. Saya rasa isu yang ditanya oleh IkhwanPAS adalah relevant. Beliau tidak menuduh apa pun ttg ISMA. Kenapa pula abu ikram dan zamir jadi defensive. Respond lah dengan husnuzan dan berilmu. barulah orang tau. Otherwise, to outside, ISMA sounds more like the ‘Islamic version of umno’ (sorry, im being blunt, it is just perspection, don’t overreact ok). Sorry, i didn’t attend the KOBANNA or claim to know about your organisation. But, if you are opening it to the public for comments, you have to be ready to respond without being too emotional and making assumption. No everyone wants or have opportunity to be in that seminar.

  13. man
    Mac 8, 2010 at 7:17 pm

    to newcomer

    “Islamic version of umno”
    A new version of UMNO and a new version of PAS….that a good point.

    Hmmm, I think this is the appropriate solution for the political situation in Malaysia.

  14. islamic umno
    Mac 8, 2010 at 8:29 pm

    kepada ikhwan pas,

    saye rase, perbincangan dalam KOBANNA bukanlah nak menggambarkan bahawa satu bangsa itu lebih baik daripada bangsa yang lain… tetapi adalah untuk menegakkan islam yang syumul dimuka bumi ini..
    jadi, caranya adalah dengan menyatukan kembali ummat islam ini… ummat islam yang paling dekat dengan kite ialah bangsa kita sendiri.. dan majoriti di malaysia ini yang beragama islam adalah bangsa melayu.. sebab itulah apabila bangkitnya melayu maka bangkitlah islam.
    disini kita boleh lihat bahawa kerajaan melayu adalah kuasa besar ketika dahulu dan hancurnya kerajaan tersebut adalah kerana perpecaan dari dalam..

    rujuk buku teks form4, 5…

  15. al-aslami
    Mac 9, 2010 at 7:40 am

    “… WE have to be ready to respond without being too emotional and making assumption..”

  16. omar
    Mac 9, 2010 at 7:52 am

    Dalam sejarah Islam, ketika pertembungan kuat “politik” Bani Umayyah dan Syiah (para penyokong Ali r.a), timbul pandangan serong kepada mereka yang menyanjung dan menyintai ahlul Bait (kaum kerabat dan keluarga Rasulullah s.a.w.). Mereka yg berbaik dan menyintai ahlul Bait akan dicurigai bhw mereka adalah berfahaman Syiah.

    Perkembangan “politik” ini adalah suatu yg tdk sihat dan tdk menepati kehendak Islam yg sebenarnya. Ahlul Bait adalah antara golongan yg perlu dikasihi sbg tanda kecintaan kpd Rasul s.a.w.

    Lantaran itu, imam kita, Imam Syafii r.h.m. dgn penuh berani menggunakan kalimah yg agak kontroversi:
    “Jika menyintai ahlul bait adalah syiah, maka aku adalah seorang syiah”.

    Berbalik kpd topik kobanna, perkembangan politik kepartaian umat Islam di Malaysia mula kabur. Unsur Islam dlm perjuangan hampir tenggelam. Jika dulu, siapa yg berjaya menampakkan imej islamik, akan meraih sokongan umat Islam. tapi kini tdk lagi. Masing2 cuba menonjolkan ke”liberal”an utk meraih sokongan bukan Islam yg merugikan kedudukan Islam sendiri. Agenda2 pluralisme terus merebut peluang emas ini.

    Kepentingan bangsa muslim (yg majoritinya melayu) seolah2 tdk dipedulikan. Lbh buruk sbhgnnya mengganggap perjuangan bangsa adalah asobiyyah yang dikeji oleh Islam. Politik kini bertukar, anak kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan. Tetamu pendatang diutamakan, tuan rumah dialpakan. Slogan keadilan digunakan sewenang2nya tanpa panduan.

    Pandangan saya, kekelamkabutan yg bakal merugikan umat ISlam inilah mendorong ustaz Abdullah Zaik meminjam kata2 Ibnu Khaldun yg agak kontroversi:
    “Perjuangan tanpa asobiyyah tdk akan berjaya”.

    Perjuangan bangsa muslim ini bukan versi Islam umno, atau copy drp perjuangan mana2. Ini adalah ijtihad perjuangan Islam yg diistinbatkan dan perlu dilakukan dlm realiti Malaysia kini.

    Semoga kita tdk menjadi spt pandangan mata di bawah:
    Mata keredhaan buta kpd segala kecacatan. Mata kebencian hanya menyerlahkan keburukan.

    Marahkan umno, tolak segala2nya.

  17. newcomer
    Mac 9, 2010 at 11:42 am

    salam,

    Saya tidak banyak masalah memahami strategi memperkasa orang islam (yang majoritinya diMsia adalah melayu) by going to basic. Tapi, dengan menggunakan beberapa slogan seperti Ketuanan Melayu, Mengetengahkan Bangsa, bagi saya akan memberi persepsi yang salah kepada dakwah terutama kepada orang yang belum Islam tentang kesyumulan Islam dan Islam sebagai rahmatan lil Alamin (bukan saja kpd muslim).
    Saya rasa sekiranya semua para muslim melaksanakan dakwah kearah Islam yang tulen (yang saya pasti target groupnya adalah orang melayu secara majoritinya) by going to basic of Quran dan Sunnah, sudah menepati maksud. Kita tak payah confuse ppl dengan slogan seperti ‘asobiyah’ yang hanya mengundang jidal yang tak berkesudahan dan membazir masa.
    I just don’t see the intellectual benefit of this principles and approach.

    cuma pandangan peribadi yang sudah pasti boleh dipersetujui atau tidak.

    sekian.

    wassalam.

  18. Abdullah Zaik
    Mac 9, 2010 at 8:56 pm

    Terima kasih newcomer,

    1. Allah dengan jelas menyebut dalam al-quran bahawa Ia menjadikan manusia berbangsa-bangsa. tidak pernah berlaku mana-mana bangsa menganut Islam akan hilang identiti bangsa mereka. Bahkan sampai hari ini orang arab mengekalkan nama keluarga mereka sebagai sebahagian dari pengenalan diri mereka. begitu juga bangsa lain seperti Cina. Malangnya orang melayu tidak ada asal usul, dan hari ini bangsa kita pun kita tidak mahu sebut kerana takut orang cina berasa hati.
    2. Kalau anda menpunyai cita-cita politik Islam sepatutnya anda memahami kedudukan bangsa Melayu yang merupakan penduduk muslim majoriti di negara ini. maaf cakap…saya mencadangkan anda mengkaji sedikit lagi tentang pengertian perjuangan politik islam dan syarat perlaksanaannya dalam realiti majmuk seperti di Malaysia.
    3. lainlah kalau kita hanya fikirkan kuasa, tidak kira kita boleh tegakkan politik Islam atau tidak

  19. newcomer
    Mac 10, 2010 at 12:36 pm

    salam,

    #1 Tak faham apa kaitan dlm konteks soalan saya.

    #2 Maaf. Tak pasti sama ada pandangan saya difahami, kerana jawapan saudara masih belum menjawab persoalan dibenak saya. Pandangan saya adalah dari perspektif orang umum, bukan seorang pendakwah, atau ustaz atau pengkaji yang membuka pelbagai kitab ttg sejarah dsb.
    Secara asasnya, saya berpandangan bahawa Pendakwah islam hanya perlu membawa kepada islam, bukannya kepada ketuanan melayu sebagai objektif. Kalau ini dipersetujui, kenapa perlu diketengahkan konsep ketuanan melayu dan asobiyah dalam dakwah… ……contohnya, PAS adalah parti Islam dan berdakwah kpd Islam. Natijah dakwah PAS sememangnya menjurus kpd menghasilkan kekuatan kpd bangsa melayu yang majoritinya Islam, tanpa mereka perlu melaungkan Ketuanan melayu. So Melayu bukannya objektif tapi mungkin strategi utama dakwah. Apakah UMNO yang telah lama melaungkan Slogan Ketuanan Melayu berjaya mengangkan martabat orang melayu islam? Kenapakah orang melayu tak boleh bersatu menyokong PAS yang pada saya lebih hampir kpd politik Islam?
    Saya tak pasti sama ada kita berbeza pendapat atau menggunakan ‘bahasa yang berbeza’. Saya cuma nakkan penjelasan yang mudah bagaimana ‘isu asobiah dan ketuanan melayu’ boleh menjadi agenda utama bagi pertubuhan Islam seperti ISMA? (sebab sefaham saya hanya UMNO saja yang mengunakan Istilah ini). Bagaimana perjuangan Imam Albanna boleh dikaitkan dgn ‘keBANGSAan’?.

    #3. Saya tak faham apa maksud point ini. (I HOPE THIS IS NOT A FORM OF INSINUATION??).

    Maaf sekirannya pandangan/soalan/komen ini tak disenangi. But, i believe your principles must stand the test of the common people like me. You cannot just assume ppl will buy your idea becoz you are an ustaz or pendakwah. There must be a simpler explanation to the concept.

    Salam.

  20. omar
    Mac 11, 2010 at 2:43 pm

    Utk memudahkan kefahaman.

    Di Malaysia, terdapat beberapa pilihan dlm perjuangan (boleh tambah sendiri kalau rasa ada pilihan lain lagi). :

    1. Memperjuangkan bangsa dlm btk sekular
    2. Memperjuangkan Islam, membelakangkan bangsa
    3. Membelakangkan Islam, membelakangkan bangsa tetapi memperjuangkan keadilan semua.
    4. Memperjuangkan Islam, memperjuangkan bangsa, tetapi hanya iklan perjuangan Islam & tidak mengiklankan perjuangan bangsa.
    5. Memperjuangkan Islam, memperjuangkan bangsa & mengiklankan kedua-dua perjuangan Islam & perjuangan bangsa.

    Maksud “membelakangkan” di atas bukan bermaksud menolak total, tetapi ia tidak menjadi agenda perjuangan, sekadar jadi aktiviti sampingan yg tdk diambil pertimbangan sgt.

    Jadi apa pilihan kita?

    Dgn mengambil kira perjuangan politik Islam & realiti Malaysia, maka ISMA memilih yg kelima.

    Dan utk memastikan tdk berlaku kekeliruan, salah faham, terlebih atau terkurang, terlajak atau terabai, ISMA mengenengahkan pemikiran al-Banna krn ia menggarap pilihan ke-5 dengan baik dan mampu mengelakkan penyelewengan dan kekeliruan.

    Alhamdulillah, pilihan ke-5 ini telah lama difahami TG Abdul Hadi,Us Hj Nasaruddin dan Dewan Ulama PAS. Hasilnya lahirlah cadangan kerajaan perpaduan. Tetapi dukacita ditolak pula oleh ahli2 PAS yg lain.

    Alhamdulillah, pilihan ini juga difahami oleh TG NA. Dengan langkah penuh waspada terhadap permainan politik UMNO, TG NA akhirnya menyatakan hasrat berbaik-baik dgn UMNO dlm isu kepentingan Islam. Dukacita ia disambut endah tak endah pula oleh UMNO.

    Dgn kontroversi & sekalipun mungkin ada yg ter”over” cakap, perkara sama dinyatakan oleh Sohibus Samahah Us Harussani. Dukacitanya beliau dituduh agen UMNO pula.

    Kpd “the common people” spt yg disebut oleh newcomer, apabila diminta mengkaji atau buat homework sedikit, itu bermakna anda dihargai, krn ustaz tak mahu anda menadah telinga & menelan bulat2 shj apa yg dicakap atau ditulis beliau.

    Buatlah pengkajian dan pembacaan sedikit, mintalah bantuan yg berkebolehan. Insya Allah, sebagaimana yg disebut oleh Allah, “Mrk yg bersungguh2 di jalan Kami (Allah), Kami pasti akan tunjukkan kepada mereka akan jalan-jalan Kami.

  21. newcomer
    Mac 15, 2010 at 5:27 pm

    Salam,
    Pertama, terkejut kerana tuan moderator tidak keluarkan response saya kpd tuan Omar yg ada beberapa soalan pokok. Apakah sebabnya ye..:)??. Takkan moderator strict sangat… (??)
    Saya pendekkan point saya (nak tengok sama ada moderator publish tak this time)

    Sdr. Omar,
    Saya rasa kalau pendirian ISMA adalah no. 5. Bagi orang awam, ISMA sama saja dengan PERKASA cuma berlabelkan Islam krn pemimpinya banyak ustaz compared to Ibrahim ali and punyai ahli yang ditarbiyah dalam acuan yang SAMA SATU KEPALA (pl read between the lines…) Pls prove me wrong.
    Saya sedar rupanya ISMA ni defensive juga ye terutama kalau kata-kata ketuanya dipersoal. Saya harap ahli-ahlinya tak de lah ikut membabi buta saja kata ketuanya. Ustaz pun bukan maksum tuh…(Maaf cakap yg betul, jgn sensitif pulak.)

    Saya lebih cenderung kpd pilihan 4.

  22. omar
    Mac 16, 2010 at 12:05 am

    Alhamdulillah, newcomer sendiri dah nampak perbezaan antara PERKASA & ISMA sbgmana komen beliau sendiri:
    1. Berlabelkan Islam (lebih tepat ialah berteraskan Islam. ISMA benar2 jadikan Islam agendanya (dlm misi, visi, objektif, aktivitinya), insya Allah).
    2. banyak ustaz
    3. ahli yang ditarbiyah dalam satu acuan – satu kepala (fikrah).
    Ok dan banyak dah tu. Kalau “orang awam” boleh faham macam ni, ISMA dah boleh bersyukur. Wallahua’lam.

  23. Mac 16, 2010 at 8:03 am

    salam..

    “Natijah dakwah PAS sememangnya menjurus kpd menghasilkan kekuatan kpd bangsa melayu yang majoritinya Islam, tanpa mereka perlu melaungkan Ketuanan melayu. So Melayu bukannya objektif tapi mungkin strategi utama dakwah”

    tahniah kpd newcomer, kerana tetap memperjuangkan bangsa..masahnya bila memilih cara ke4, xsemua ahli akan tahu yg anda membawa perjuangan bangsa..

    realitinya, byk pendokong2 PAS yg sy temui di IPTA menolak langsung isu bangsa, dan tidak mengiktiraf lansung perjuangan bangsa..kalaulah semuanya faham seperti anda, bukankah bagus?..tetapi mungkin krn tidak diiklankan, kbykannya tidak menghadam perjuangan tersebut..

    Kita boleh tgk beza nyata antara ISMA dan PERKASA…
    program2 ISMA, dgn MUISnya, ckup membezakan ISMA di mata rakyat biasa.. adakah krn isu bangsa yg ISMA bawa terus menutup amal ISMA utk umat Islam di Malaysia?

    dan tentang defensive ini, sukacita sy katakan yg ahi ISMA tidak defensive secara membabi buta.. semua kefahaman dihadam hasil perbincangan sesama ahli. yg tua, yg muda, semua diberi ruang utk bertny, dan lain2 lg semasa perbincangan tersebut..rasanya ada kene mengene dgn post ni – https://ustabdullahzaik.wordpress.com/2010/03/11/antara-maslahah-dan-muslihaht/

    apa2 pun, perbincangan begini bgus krn ia dapat memberi byk input2 baru sbg peneman kita di atas perjalanan ini..

    owh, salam perkenalan yg newcomers!!🙂

  24. Nazif
    Mac 16, 2010 at 12:11 pm

    Dear Newcomer,

    Tolong jangan ‘generalize’ ahli ISMA. That’s an intellectual error. Thank you.

    Pada pendapat saya, secara ‘idealnya’, kita hanya mengajak kepada Islam. Tetapi bukankah Allah SWT telah menjadikan kita berbilang kaum dan bangsa? Apa salahnya kita memperjuangkan bangsa kita dengan berobjektifkan Islam? In fact, there is no reason for Malays to be proud other than the fact they are supposed to be muslims, according to ‘Kamus Dewan Bahasa’. Asalkan dalam perjuangan kita, kita tak merendahkan bangsa lain, apa salahnya?

    Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda: “Pemimpin adalah daripada Quraish”? Ini menunjukkan bahawa baginda memahami bahawa kekuatan umat Islam pada waktu itu memerlukan kepimpinan kaum yang kuat dan berpengaruh di tanah Arab seperti Quraish. Sila baca yang berikut:
    http://en.islamtoday.net/artshow-382-3306.htm. ISMA memahami bahawa untuk sebuah negara Islam tertegak di Malaysia, ia memerlukan kekuatan bangsa Melayu, dengan syarat kaum Melayu beramal dengan Islam.

    Macam statement ‘individu itu tinggi kerana Islam’, bukankah sama dengan ‘bangsa itu tinggi kerana Islam’? If you can accept the first statement, why can’t you accept the second? Itu jer yang ISMA perjuangkan. Why Malay, you ask? Because it’s the dominant race in this country. If the Chinese were the dominant race, ISMA would be promoting Chinese dominance by way of Islam.

    Saya juga tidak faham penggunaan ‘asobiyyah’ saudara. Bukankah asobiyah tu Nabi SAW define sebagai golongan yang bersatu atas perkara yang salah? Kalau golongan yang bersatu atas perkara yang benar/baik, yakni Islam?

  25. mom
    Mac 16, 2010 at 4:56 pm

    carilah titik persamaan,jauhi titik2 persisihan..smge islam dpt brsatu

  26. ntah
    Mac 16, 2010 at 10:48 pm

    saya baru-baru ni ada terbaca buku karangan Hassan Al-Banna iaitu majmuatur rasail…

    Pada pemahaman saya la, pendirian Ikhwan sgt berbeza dengan apa yg. ISMA perkatakan…

    Bukankah nama konvensyen nih pemikiran Al-Banna?

    wallahua’lam…

  27. hasan halim
    Mac 17, 2010 at 12:21 pm

    … ter+baca…

  28. Muslim
    Mac 17, 2010 at 6:56 pm

    Saudara “ntah” terbaca tentang perihal apa?

    Harap boleh kongsi dengan kami🙂
    Ahli panel dalam KOBANNA bukan “terbaca” tetapi mengkaji…..

    Wallahua’lam

  29. newcomer
    Mac 18, 2010 at 5:34 pm

    salam,

    Org PAS tolak ketuanan melayu versi UMNO
    Adakah perjuangan bangsa tajaan ISMA sama dengan ketuanan melayu tajaan UMNO?
    apakah bezanya,? boleh bagi contoh bagaimana ISMA melaksanakan dasar ini melalui strateginya?. UMNO pun kata perjuangkan ISLAM dan MELAYU, tapi hakikatnya, guna kuasa utk MELAYU KRONI dan ISLAM ADA HARI saja.
    apa komen ahli ISMA?

  30. Abdullah Zaik
    Mac 18, 2010 at 10:30 pm

    Kena faham ikut versi ISMA…

    berfikirlah diluar kotak sikit

  31. hasan halim
    Mac 19, 2010 at 8:06 am

    hehe…
    askm ust, lame x jumpe.

  32. newcomer
    Mac 19, 2010 at 5:23 pm

    “Kena faham ikut versi ISMA…

    berfikirlah diluar kotak sikit”

    Tak de ke jawapan ringkas utk soalan ringkas dan straight forward tu?
    Susah sgt ke nak explain ‘ketuanan melayu versi ISMA’ ni….he..he…
    Kalau tak de jawapan ringkas, tak pe. Mungkin konsep ni terlalu abstrak dan exclusive, cukuplah ahli-ahli ISMA saja yang memahami nya.

    Dengan kelebihan ahli ISMA berfikit diluar kotak, saya doakan ISMA berjaya ajak YB Ibrahim Ali meninggalkan PERKASA untuk join ISMA dan memahami konsep asobiyah yg sebenarnya….::). he..he… Mungkin boleh juga approach TGNA krn beliau pun nampajnya tak berjaya fikir diluar kotak lantaran menolak idea kerajaan perpaduan tajaan UMNO.

  33. omar
    Mac 20, 2010 at 12:56 am

    Saya agak malu & teragak-agak menggunakan analogi ini, krn terlalu jauh panggang dari api juga menghormati kesucian ar-Rasul s.a.w..

    Namun, mudah2an dpt memudahkan kefahaman. Tdk sangka juga perkara mudah menjadi payah pula.

    Jika dilihat dlm perjuangan Rasul s.a.w., Baginda menanamkan nilai2 persaudaraan, keadilan dan kesamarataan. Nilai2 ini dihayati oleh umat islam berkurun2 lamanya.

    Pada revolusi Perancis, slogan persaudaraan, keadilan & kesamarataan telah dilaungkan revolusioner Perancis.

    Gerakan Freemason turut melaungkan slogan yg sama.

    Adakah ketiga2 perjuangan ini sama? Tdk perlu dijawab krn dah terang bersuluh pula.

    Baiklah, apabila ISMA, UMNO & PERKASA memperkatakan ketuanan Melayu & Islam adakah ini bererti perjuangan mrk sama?

    ISMA yg dikatakan oleh “orang awam” menurut newcomer sbg berlabelkan Islam, banyak ustaz & ahli2 ditarbiyah satu acuan adakah sama dgn PERKASA lantaran hanya krn memperkatakan isu yg sama?

    Usaha ISMA mengajak masyarakat melihat isu ketuanan melayu ini melalui kacamata pemikiran al-Banna pun dan menampakkan kelainannya. Dengan kehendak dan iradat Allah ia bakal memberi kesan & neraca berbeza, insya Allah.

    Ringkasnya, ketuanan melayu ISMA mengajak bangsa Melayu membangunkan diri sebagai muslim sejati sehingga layak menjadi bangsa tonggak hakiki kpd Islam di Malaysia & juga nusantara i. Allah.

    Bangsa melayu seharusnya menjadi ANAK TANGGA cita-cita Islam & BATU BATA kpd binaan Islam, bukannya bangsa me”layu” yang menjadi penghalang kpd perjuangan Islam.

    Mengikut perkiraan manusia & sebab musabbab (dgn mengakui kuasa Allah segalanya mungkin), Islam di Malaysia sukar utk ditegakkan oleh bangsa2 lain (cina, india dll), jika tdk didokong atau ditentang oleh bangsa melayu sendiri.

    Bangsa melayu juga perlu MEMPERTAHANKAN ISLAM dgn mengenepikan PERBEZAAN POLITIK kepartian yg pada hari ini memperlihatkan perselisihan sesama mrk mendedahkan Islam & umatnya (baik melayu, cina, india & lain2 yg muslim) kpd bahaya dan kerugian. Jika berbeza politik sekalipun, biarlah dlm isu Islam & umatnya, mereka bekerjasama.

    Ini tdk pula bermakna ISMA mengenepikan bangsa2 muslim lain, bahkan ISMA telah mengadakan hubungan baik dgn NGO2 & tokoh2 yg mewakili mrk.
    Wallahua’lam.

  34. omar
    Mac 20, 2010 at 4:16 am

    Sedikit tambahan,
    Suka atau tidak suka, baik mahupun buruk, apa jua tindak tanduk PARTI2 POLITIK MELAYU (UMNO mahupun PAS) boleh memberi kesan langsung kepada Islam & umatnya di Malaysia.

    Kedudukan kedua2 parti yang mewakili bangsa Melayu, bangsa tonggak kpd Islam di Malaysia harus diinsafi dgn penuh sedar.

    Untuk itu, kedua2nya harus lebih berhati2 dlm apa jua tindak tanduk & pendirian, meletakkan kepentingan agama mengatasi perselisihan politik mereka.

    Pada saya, jika ingin dikatakan “asobiyyah” (padahal menurut kefahaman Islam ini bukanlah asobiyyah), maka inilah “asobiyyah” ISMA.

    Jika “asobiyyah” ini bersalahan dgn Islam, sila buktikan.

    ISMA pihak yg dituduh, tdk menjadi tanggungjawab ISMA utk membawa bukti pembelaan.

    Pihak yg menuduhlah bertanggungjawab membawa bukti bahawa, “asobiyyah” dgn kefahaman ISMA di atas salah di sisi Islam.

    Pinjam kata us Abdullah, sila jelaskan berdasarkan “asobiyyah versi ISMA” di atas, jangan berbahas berdasarkan kefahaman “asobiyyah” versi PAS, UMNO, PKR, PERKASA dll.

    Jika tdk perbincangan ini akan menjadi perbincangan “itik bercakap dgn ayam”. Tentunya tak bertemu, sebab itik cakap lain, ayam faham lain.

  35. Muslim
    Mac 21, 2010 at 8:24 pm

    To newcomers n rakan2 pengomen

    Kawan saya ada bagitau, kalau nak dapat jiwa yang tenang dan pemikiran tidak serabut…..antara tipsnya ialah:

    1-Tarik nafas dalam2…
    2-Tahan selama 3 saat
    3-Hembus perlahan sambil sebut”Allah”

    Buat 3 kali…..insya allah akan rasa kosong dan tenang🙂

  36. renungan2u
    Mac 25, 2010 at 10:22 pm

    salam..

    Saya berpandangan isu yang dibangkitkan oleh newcomer juga mungkin menjadi persoalam dalam pemikiran ahli ISMA yang lain.

    Namun al-Hamdulillah dengan keberaniannya mengemukankan isu di dalam forum ini dan respon2 penulis yang lain menambahkan kejelasan isu yang dibawa oleh ISMA.

    Saya juga ada mendengar kebimbangan ahli-ahli ISMA bahawa isu ini akan menjadi isu kontroversi dan ada cadangan agar pimpinan ISMA berfikir panjang untuk mengemukankan idea2 ini.

    Saya mengucapkan syabas kepada pimpinan dan ahli-ahli ISMA yang berani menongkah arus dan sedang membina arus baru dalam perjuangan Islam di Malaysia.

    Saya masih ingat ketika nabi s.a.w. dikepung oleh Quraisy di Mekah dan terbukti bahawa golongan yang mempertahankan nabi s.a.w. adalah bani Hasyim termasuk Abdul Muttalib walaupun beliau tidak Islam.

    Seerah ini membuktikan ketepatan pentafsiran ibn Qaldun terhadap hadis nabi s.a.w. ” al-aimmah min Quraisy”.. bahawa yang dimaksudkan daripada perkataan Qurasy dalam hadis adalah kekuatan sokongan. Secara fitrahnya seseorang itu akan menyokong kaumnya terlebih dahulu tambah-tambah lagi jika mereka seaqidah.

    Maka pimpinan perlu dilantik dikalangan kaum yang memiliki bangsa yang kuat dan ramai.

    Saya juga bersetuju bahawa Imam al-Banna tidak memperjuangkan kebangsaan Arab namun beliau banyak mebincangkan isu-isu ini dalam risalahnya dengan mengemukakan pandangan Islam terhadap cintakan bangsa, banggakan keturunan yang menjadi fitrah manusia.

    Namun dalam realiti perjuangan musuh-musuh Islam di Malaysia mereka cuba membuang hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu yang terdapat dalam perlembagaan dengan penuh sedar bahawa ketika Perlembagaan ini digubal perkataan Melayu bermaksud; Orang-orang Islam yang bertutur bahasa Melayu. Peruntukan itu adalah hak umat Islam yang ketika itu melebihi 80% penduduk Tanah Melayu.

    Membuang keistimewaan Melayu dalam perlembagaan bermaksud membuang keistimewaan Islam dalam perlembagaan .

    Sebab itu kertas kerja pertama kita bincangkan isu Pluralisma yang menjadi kenderaan perjuangan golongan musuh-musuh Islam. Keberanian mereka menonjolkan isu-isu kontroversi ini ialah kerana mereka dapati arus perdana masyarakat Melayu kini seolah-olah tidak sudah tidak menghiraukan identiti mereka.

  37. renungan2u
    Mac 25, 2010 at 10:42 pm

    sambungan..

    bagi saya masayarakat Melayu sudah hanyut dan menganggap memperjuangkan Islam bukan isu mereka. Orang Melayu seoalah merasakan mereka tidak wajib menjadi individu yang perlu berkerja bagi memartabatkan Islam agama anutan mereka.

    Apabila wujud pertembunagn parti politik yang merebuat kuasa dan seolah-olah bangsa-bangsa Cina dan India menjadi bangsa penentu dalam kemenangan pilihanraya maka masa inilah mereka mengapi-apikan desakan mereka membuat pelbagai tuntutan.

    Meredai strategi penjajah yang menyediakan medan perebutan kuasa antara PAS dan UMNO sejak merdeka tidak menjadikan ummah semakin kuat.

    Sebab itu ISMA mengajak berfikir diluar kotak perancangan musuh Islam ini. Jika PAS boleh berkerjasama dengan DAP saya rasa tidak salah PAS berkerjasama dengan UMNO.

    Ada seorang aktivis PAS berkata kepada saya sekurang-kurangnya kita boleh menulis khutbah Jumaat untuk masjid seluruh Selangor dengan kemenangan PR.

    Ya jika PAS dan UMNO bersatu bukan sekadar khutbah Jumaat malah banyak kerja-kerja membangunkan ummah dapat dilakukan bersama. Apa sahaja peruntukan dalam perlembagaan yang boleh menguntungkan Islam dibuat bersama.

    Jika ada isu-isu yang tidak sepakat ditangguhkan dahulu bagi mengutamakan isu2 sepakat.

    Namun yang lebih penting pada pandangan saya mengenai ketuanan Melayu ialah ISMA ingin menyedarkan bangsa Melayu bahawa mereka adalah khalifah dan wajib bangun menunaikan tanggungjawab tersebut bermula dengan membina identiti seorang khalifah dalam diri..

  38. omar
    Mac 30, 2010 at 9:16 am

    Pada saya,

    Komen2 drp pembaca spt newcomer amat dialu-alukan kerana kita semua memerlukan second opinion, muhasabah, nasihat, kritikan dsbnya dlm menjalani kehidupan apatah lagi untuk mempastikan istiqamah di atas landasan yg lurus.

    Jom hidupkan budaya perbincangan, tapi biarlah bermanfaat🙂.

  39. newcomer
    April 2, 2010 at 8:28 am

    Bila saya tengok balik semua komen termasuk drp renungan2u. saya rasa ISMA sebenarnya lebih berfokus kepada memperjuangkan perlembagaan sediaada yang memberikan keistimewaan kpd melayu Islam. Kalau inilah maksudnya, saya rasa ia berbeza dengn ketuanan melayu yang sudah banyak disalahtafsir dan di”salahtadbir” oleh pihak umno.
    Jadi saya cadang tengoklah balik dan kupas isu ni dgn baik supaya perdebatan yang tidak perlu ini tidak menghabiskan masa.

    Saya rasa PAS memang jelas memperjuangkan kedudukan Islam spt dalam perlembagaan. Dan dari sudut dakwah nya, PAS ingin menyedarkan orang melayu bahawa tonggak kekuatan melayu adalah Islam, kiranya mereka nak tinggalkan Islam dan jadi sama macam orang DAP, mereka sebenarnya tidak mempunyai kelebihan kerana Islam lah sebenarnya yang menjadi kekuatan dan kelebihan mereka didunia dan diakhirat. Semua ideologi lain akan hancur akhirnya.
    Malangnya, UMNO tidak meletakkan Islam ditempatnya dan telah mentafsir ‘kedudukan istimewa dlm perlembagaan’ sebagai ketuanan melayu’ ….saya pun tak pasti bila istilah ni jadi begitu utama (was it since indepence?)…dgn istilah ketuanan melayu, UMNO telah menghalalkan crony capitalism….is this islamic?.

    Saya rasa stategy organisasi islam perlu melilhat konteks target groups. GOlongan intellektual perlu ditangani dgn memberi faham ttg maksud perlembagaan dan kepentingannya bagi masa depan supaya mereka menghayati bahawa Islam itulah yang akhirnya perlu diperjuangkan.
    Bagi orang biasa, saya rasa dgn mengunakan ketuanan melayu akan lembih menyusahkan dakwah islam kerana ramai orang melayu faham ikut istilah UMNO dan bagi mereka melayu=islam=melayu. This is completely wrong. Kenapakan sejak sekian lama masayarakat melayu masih mengamal tradisi yang bertentangan dgn Islam. sebab mereka ingat mereka dah lama islam dgn dilahirkan dlam keluarga melayu islam.
    Bagi saya, sepatutnya kita terangkan bagaimana Islam sebenarnya boleh menukar identiti melayu sekarang menjadi “Muslim Super” yang punya jatidiri sehingga mampu diangkat sbg pemimpin oleh semua kaum.

    Bagaimanakan pemahaman kita ttg perlembagaan? adakah cukup mantap? Mungkin kita perlu betulkan titik permulaan ini bagi mengelakkan kekeliruan. Sya rasa idelogi ni perlu dikupas dgn lebih meluas sekiranay ISMA ingin keluar dari kepompong ahlinya sahaja.
    cuba fikir-fikirkan…

    Saudara Muslim,
    Adakah sdr berperasangka saya tidak mempunya jiwa yg tenang? MasyAllah. Saya doakan Allah memberi hidayah kpd saya dan saudara untuk berhuznuzzan ..adakah.reaksi begin selari dgn tarbiyah Ikwan yg saudara laungkan? Sama-sama kita beristighfar. moga Allah lenyapkan rasa ego dlam diri kita dan memberikan sphnya keikhlasan.

    Sebenarnya jiwa itu tng dengan sentiasa berhuznuzzan dgn Allah dan sesama saudara muslim. Cuma kekadang ada fahaman-faham yang mengelirukan boleh membuat fikiran bercelaru…:))

  40. Poknik
    April 6, 2010 at 7:41 pm

    Poknik pertama kali mengikuti perbincangan dalam blog U Lah ni, alhamdulillah ianya suatu yg positif, dan harus diambil secara positif oleh semua forumers. objektif kita seharusnya mencari kebenaran, atau yg lebih benar dan tepat dari yg sedia ada, umpamanya PAS, UMNO ataupun JIM dan ABIM.
    Noktah2 newcomer serta yg lain2 amatlah baik dan sepatutnya difikir dan dihalusi lbh mendalam, bukan secara defensive, tetapi secara ilmiah dan positif. Ada hikmah disebalik pandangan2 dari newcomer itu.
    Apapun, sebagai org baru, poknik tak sepatutnya komen lbh2 lagi, biarlah poknik menjadi pembaca dan penilai dahulu, insyaAllah akan poknik tulis lagi jika ada menafaatnya.
    Cuma, sekadar pandangan awal, mungkin elok U Lah dan pimpinan ISMA duduk semeja dengan sahabat2 pimpinan dari PAS, JIM dan ABIM, bertukar2 fikiran dari mereka2 yg sudah lama dan pernah melalui liku2 dan tahap/fasa perjuangan ini, mungkin ada perkara2 yg boleh dikongsi bersama. Poknik pasti, UHAHA, TGNA dan rakan2 dlm JIM dan ABIM ada pandangan2 bernas tentang hal ini. Lepas itu, mungkin U LAh dan pimpinan ISMA boleh kongsi bersama kami, noktah2 yg boleh dijadikan titik pertemuan dan kebersamaan dalam perjuangan menegakkan Islam di bumi Malaysia ini.
    Wallahu’alam.

  41. Muslim
    April 16, 2010 at 8:35 pm

    Saudara newcomer,

    Terima kasih atas nasihat dan teguran saudara. Sebenarnya tidaklah saya menyimpan prasangka terhadap siapa2, saya cuma risau…..

    maafkan saya jika ada sebarang kesilapan.

  42. lah
    Mac 8, 2011 at 1:31 am

    melihatkan EKSPRESI penulisan2/komentar2 masing, jelas kenampakan perbezaan keberkesanan tarbiah Islamiah masing2. dn dpt dkenalpasti sape yg terlalu assobiyah dlm mengetengahkn pandgn mereka. wallahu a’lam,

  1. Februari 3, 2010 at 4:03 am
  2. Februari 5, 2010 at 7:18 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: