Utama > fikrah > Qudwah Jama’i, Tanggungjawab Besar ISMA

Qudwah Jama’i, Tanggungjawab Besar ISMA

Menegakkan qudwah jama’i menjadi tanggujawab besar ISMA pada marhalah ke depan ini. Sebagaimana kita semua faham bahawa dakwah terbahagi kepada dua sudut; qauli yang kita istilahkan sebagai bayan atau keterangan dan amali yang kita istilahkan sebagai qudwah.

Kedua-dua sudut ini perlu berjalan seiring. Pada masa kita mengajak orang kepada Islam/fikrah kita kita perlu dalam masa yang sama tunjukkan contoh apa yang kita seru secara amali. Kita pernah dengar satu pepatah berbunyi, “Perbuatan seorang kepada seribu orang lebih baik berbanding kata-kata seribu orang kepada seorang”. Demikian besarnya kesan qudwah berbanding bayan dalam dakwah.

Saya sering bercakap tentang kepentingan kita menguasai wasilah al bayan seperti kemahiran berceramah, berpidato, berdialog, menulis karangan, analisa, cerpen cerita, berkarya, berlakon, berseni dan sebagainya dan masih lagi menyeru untuk itu. Tetapi yang menjadi topik perbincangan ini ialah aspek amali iaitu qudwah.

Qudwah pula terbahagi kepada dua; qudwah di peringkat individu dan qudwah di peringkat jamaah/kumpulan.

Saya sering bercakap tentang qudwah di peringkat individu dan masih menyeru agar kita terus menampilkan kesungguhan dan kesegaran penghayatan Islam dalam segenap aspek kehidupan peribadi kita.

Kali ini saya ingin menarik perhatian ikhwah semua tentang peranan baru yang bakal dipikul oleh ISMA iaitu membentuk qudwah jama’i. ISMA perlu lahir sebagai simbol penghayatan Islam yang amali dalam bentuk jama’i. Ia merupakan satu tanggungjawab yang besar tetapi tidak dapat dielakkan.

Kita perlu menjadi simbol kepada pembentukan keluarga yang Islamik, simbol dalam pendidikan anak remaja yang baik, simbol sebagai seorang ibu bapa yang bertanggungjawab, simbol tanggungjawab sosial dan manfaat umum, simbol kepada pandangan yang sederhana dan pertengahan, simbol kepada menitik beratkan ilmu, simbol kepada toleransi, simbol kepada ketekunan buat kerja, simbol kepada menghidupkan syi’ar ibadah dan akhlak dan berbagai-bagai simbol lagi.

Itulah antara apa yang boleh disenarai, bahkan banyak lagi…

Kategori:fikrah
  1. Februari 10, 2010 at 10:24 pm

    semoga menjadi qudwah…

  2. Februari 11, 2010 at 12:46 pm

    jadilah seperti TAHI LALAT..

    sabda Rasulullah s.a.w
    “JADILAH KAMU DI KALANGAN MANUSIA SEPERTI TAHI LALAT,(TONGGOK DAN CONTOH MASYARAKAT”

  3. himmah 'aliyyah
    Februari 15, 2010 at 1:38 pm

    jzklh khair ustaz. akan cuba sedaya upaya. krn qudwah sy terpikat pd fikrah ini insyaAllah, dgn izinNya

  4. madihah ahmad
    Februari 16, 2010 at 12:09 am

    InsyaAllah,semoga ISMA menjadi jemaah qudwah yang melangkah bersama dengan redha Allah….

  5. al-aslami
    Mac 7, 2010 at 3:42 am

    salam..
    mungkin ini sebenar medan kita.. medan amal yg memerlukan kepada amal !! setelah sudah dihadam dgn teori fikrah yg memenuhkan akal.. ayat2 ruhi yg membasahi jiwa dan mata..
    tibalah masanya untuk beramal…
    langkahlah dgn keikhlasan dan kejujuran…
    bukan sebab lain melainkan keredhaanNya…
    penuh semangat yg tinggi..
    keimanan yg tidak berbelah bahagi.. serta keyakinan yg jitu bahawa jalan itu adalah ” ini ” dan kemenangan itu pasti.. tidak terburu2.. letakkan lah amal mu pada tempatnya.. kesannya segala amal yg dilakukan pasti menjadi Qudwah jamai’…

    -jika solat subuh pun kantoi.. hurm kene check balik kot apa yg kita nk sebenarnya..

    salam dari seberang ( ayat2 targhib & tarhib penguat untuk diri ana dan sesiapa yg terasa )
    moga diri ini sentiasa thabat…

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: