Utama > fikrah > ISMA Antara Ta’sis Dan Infitah

ISMA Antara Ta’sis Dan Infitah

Awal-awal lagi saya ingin nyatakan bahawa kalimah-kalimah ini mungkin tidak difahami oleh kebanyakan orang. Oleh itu saya tujukannya khusus kepada mereka yang pernah melalui manhaj tarbiah tertentu khususnya tulisan-tulisan Ahmad Rashid.

Tidak semua penulis kitab haraki menggunakan istilah ta’sis atau infitah. Ta’sis dari perkataan assasa bererti pengasasan dan infitah daripada infataha maksudnya keterbukaan. Dua-dua kalimah ini menjadi istilah untuk membayangkan tabiat kerja antara dua marhalah.

Ta’sis adalah fasa permulaan dakwah atau fasa penyediaan batu asas. Kata Ahmad Rashid[1];

“Bermula ta’sis di setiap Negara dengan wujud pelopor awal dan dakwah dalam keadaan tenang berkembang memasuki kebanyakan sektor dan lapangan. Cirinya ialah diam tertutup supaya ia tidak terdedah kepada tindakan penghapusan atau tenggelam dengan kerja-kerja umum”.

Manakala infitah ialah fasa kedua di mana setelah di nilai dengan angka dan perkiraan yang teliti bahawa persiapan telah cukup maka dakwah akan memasuki fasa baru yang di panggil infitah.

“Infitah ialah fasa memperluaskan medan penglibatan keluar organisasi. Cirinya ialah menggunakan pendekatan umum yang berkolektif, mengetuk pemikiran dan persaingan politik”.

Jelas sekali tujuan disebalik penggunaan terma-terma tersebut iaitu sebuah ijtihad untuk memberi gambaran mudah tentang asas perkiraan dalam perkembangan pemikiran takhtit (perancangan) yang dianggarkan patut berlaku dalam konteks perkembangan dakwah di mana-mana Negara yang baru.

Ia seperti ditegaskan oleh Ahmad Ar-Rashid sendiri tidak semestinya ditiru sepenuhnya begitu, selain dari hanya cadangan yang tidak lebih dari sekadar panduan dan garis umum semata-mata. Pendakwah disatu-satu kawasan boleh berijtihad mengkias atau memetik juzuk yang bersesuaian dengan suasana masing-masing.

Istilah-istilah lain yang juga menunjukan makna yang sama ialah fasa eksklusif dengan pembentukan kumpulan as sofwah (elit) atau kaedah sulbah, lawannya fasa insklusif yang bersifat jamahiriah dan amal am.

Pembahagian fasa dakwah kepada ta’sis dan infitah ini bukanlah satu bid’ah yang direka oleh Ar Rashid semata-mata bahkan merupakan satu method yang diiktiraf dalam pemikiran Ikhwan umumnya. Imam al Banna dalam risalah taklimnya menggunakan istilah takrif dan takwin untuk menunjukkan kepada perkara yang sama.

Kata Imam Al Banna marhalah dakwah ini terbahagi kepada tiga:

  1. Takrif: iaitu dengan penyebaran fikrah diakalangan masyarakat melalui badan badan kebajikan, peranannya ialah untuk kebajikan awam, wasilahnya ialah nasihat, tunjuk ajar dan menubuhkan intitusi-intitusi….dan begitulah seterusnya.
  2. Takwin: iaitu memilih peribadi-peribadi yang soleh untuk memikul tanggungjawab dakwah dan menggabungkan setengah mereka kepada setengah yang lain. Metode dakwah di marhalah ini ialah sufi solid dari segi ruhiyyah dan askari solid dari segi amali…..dan begitulah seterusnya

Ta’sis dan infitah bukan semata-mata tertib masa

Kalau kita perhatikan ada sedikit perpezaan antara susunan fasa yang dikemukakan oleh Ar Rashid dengan apa yang dicatatkan oleh imam Al Banna dari segi mana yang dahulu? Sesiapa yang mengkaji gerakan Ikhwan dari awal permulaannya ia bermula dengan infitah (takrif) kemudian baru takwin.

“Dan kadang-kadang berlaku pada perancangan orang-orang yang berkerja untuk fikrah dan dakwah mereka bermula dengan takwin dulu yakni ta’sisi, kemudian selepas dari itu baru iklan yakni takrif, dan itu adalah metode yang lumrahnya berlaku, tetapi dakwah Ikhwan telah tumbuh pada suasana khusus dan dilingkungi oleh sebab-sebab yang khusus menjadikan ia bermula dengan takrif dahulu, kemudian baru berpatah balik kepada takwin”[2].

Kata-kata Imam al Banna tersebut memberi erti bahawa beliau mengesahkan bahawa cara yang tabie ialah bermula dengan takwin kemudian takrif, dan beliau juga mengesahkan bahawa apa yang beliau lakukan ialah bersalahan dengan metode asal kerana wujud sebab dan perkiraan khusus.

Maknanya Imam al Banna seolah-olah berkata jika wujud sebab dan suasana yang khusus tidak salah jika kita lakukan sebaliknya.

Apa yang saya ingin tonjolkan dalam perbincangan ini ialah aspek keanjalan yang dapat dipelajari dalam kaedah melaksanakan metode dakwah yang berkaitan dengan fasa ini. Tidak timbul soal ar Rashid telah menyalahi gurunya dalam mengunjurkan tertib fasa dakwah. Imam al Banna kata takrif dulu dan Rashid kata takwin atau ta’sis dulu. Yang mempengaruhi penentuan marhalah ialah analisa zuruf bukan semata-mata tertib masa.

Kebanyakan kita juga yang baca tulisan ar Rashid terpahat dalam kepala kita ta’sis kemudian infitah. Bila dibincang isu infitah, kita takut-takut dan tertanya-tanya, sudah selesaikah tempoh ta’sis sehingga kita fakir untuk masuk marhalah infitah, tanpa kita sedar bahawa al Banna sendiri mula dengan infitah kemudian baru taksis.

Jadi apa yang betul dalam hal ini. Anda mungkin marahkan saya, apa buat orang ‘konfius?’ Dah elok-elok faham, jadi keliru pulak. Sebenarnya apa yang saya mahu anda berfikir dan membangunkan keupayaan berijtihad anda. Dalam hal ini kita tidak boleh beku terikat dengan teks tanpa kita memahami maksud disebaliknya.

Dalam kes yang kita bicarakan ini, Imam al Banna sendiri membuat satu contoh yang cukup baik. Iltizam tertib dalam metod ta’sis dan infitah ialah berdasarkan taqdir az zuruf (penilaian suasana). Jika suasana sangat positif mengizinkan kita melakukan tajmik meluas ketidaksempurnaan marhalah ta’sisi tidak harus menghalang harakah untuk ke depan. Dakwah boleh melakukan istidrak (pembaikan) atas kekurangan yang berlaku sementara mengambil peluang yang terbuka yang mungkin tidak kekal lama.

Lagi pun bagi saya dalam konteks dakwah ISMA sekarang dan suasana persekitaran yang ada di Malaysia perlaksanaan metode ta’sis dan infitah tidak semestinya terikat sepenuhnya dengan urutan tertib masa dari segi dahulu dan kemudian. Sebaliknya kita perlu memiliki kebijaksanaan untuk mengimbangi antara ijabiyat ta’sisi dan juga infitah. Kita masih berhajat untuk menyempurnakan binaan asas yang kukuh disamping pada masa yang sama kita tidak boleh membiarkan ruang keterbukaan berlalu begitu sahaja.

“Tetapi ciri-ciri ini sepertimana ia menghalang dari tindakan bunuh diri dan melakukan lompatan cepat ia juga dari bab yang lain menuntut tindakan proaktif dalam merebut peluang, bersiapa untuk masuk setiap ruang yang terbuka, pada waktu yang munasabah, kerana boleh jadi pintu yang terbuka cepat tertutup”. Al Masar m/s 71.

Oleh itu metode kerja kita hari ini ialah menggabungkan ijabiyyat kedua-dua fasa sekali gus. Pada waktu kita melakukan perluasan amal, kita pastikan juga kesinambungan generasi ta’sis dan kaedah sulbah berterusan. Kita perlu memcuba kaedah baru, membina kaedah sulbah dan ciri-ciri generasi ta’sisi dalam biah yang insklusif.

Pengalaman lepas mengajar kita bahawa membentuk golongan elit dakwah jauh dari medan amal umum tidak menjamin sepenuhnya hasil yang diharapkan. Di samping banyak juga kecacatan berlaku di mana ciri-ciri rijal marhalah ta’sis sukar dikembangkan untuk memenuhi tuntutan marhalah infitah. Keinginan untuk terus selesa di zon juga eksklusif terus menjadi belenggu golongan ta’sis.

Justeru lebih baik pada pandangan saya pembinaan kaedah sulbah disempurnakan dalam suasana inklusif bukan eksklusif. Mereka bukan sahaja di latih tubi agar memiliki keampuhan dalam menguasai ciri-ciri rabbaniah tetapi dalam masa yang sama diuji dengan kerenah-kerenah hidup sebenar dan memenuhi tuntutan kehendak-kehendak medan. Kita bukan sahaja mahu orang yang hebat menangis takut kepada Allah di atas sejadah di mihrab-mihrab, tetapi tidak tahan dengan godaan dunia dan cabaran amal yang sukar, tatapi kita mahu mereka yang disebut sebagai rubannu lailin wa fursan nahar ahli ibadat di malam hari dan tentera berkuda di siang hari.

Apa yang menjadi perhintungan ialah (muwazanah) perimbangan berterusan antara ijabiyyat dua marhalah. Kegagalan kita untuk memahami dan mendalami erti disebalik penentuan fasa/marhalah menyebabkan kita takut atau ragu untuk “keluar dari marhalah”. Isunya bukan berta’abud dengan berpegang kepada teks tetapi kepekaan berterusan dalam menilai perkembangan dalaman dan luaran berdasarkan perimbangan maslahat.

Pemikiran eksklusif dalam suasana Infitah

Kalau kita perhatikan perkara-perkara yang dicatatkan oleh Ar Rashid dan apa yang sebut oleh al Banna sendiri, yang menjadi paksi dalam mempengaruhi penentuan fasa ialah suasana atau zuruf. Ulama’ usul mengatakan; “Apabila berubah suasana akan berubah hukum. Kepakaran yang perlu wujud ialah mengandaikan suasana.”

Bila kita tidak memahami formula ini, lalu kita berpegang dengan teks zahir tanpa pernah membuat analisa susana setempat akan berlaku sesuatu yang songsang dalam penampilan kita. Sebagai contoh di Malaysia yang disifatkan dengan suasana keterbukaan berbanding dengan Negara arab, apabila kita menggunakan penilaian suasana arab dalam menetukan metod pergerakan (ta’sis atai infitah) di Malaysia kita dapati kesongsangan telah berlaku. Pendakwah hidup dalam zuruf terbuka dengan mentaliti eksklusif. 20 tahun dakwah tidak berkembang dan menampakkan wajahnya.

Penulis-penulis kitab dakwah yang menekankan kepentingan fasa ta’sis termasuk Ar Rashid pun mengingkari bila melihat tingkah laku dakwah di Malaysia kekal eksklusif bertahun-tahun lamanya walapun suasan jauh berbeza dengan suasana mereka di Negara arab. Puncanya kerana jumud dengan teks dan tiada ijtihad tatbiqi dalam menilai suasana berlaku.


[1] Rujuk tajuk 5 dan 6 dalam al Masar, oleh Ar Rashid

[2] Risalah manhaj, Rejab 1357 bersamaan 1938 M.

Kategori:fikrah
  1. Februari 24, 2010 at 10:55 pm

    subhanAllah…. mencerahkan. jzkk ya ustaz…

  2. hanan
    Februari 24, 2010 at 11:58 pm

    faham. jzkk

  3. Februari 25, 2010 at 2:17 am

    Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
    Pencerahan yang sangat baik dan berguna buat mereka yang baru dalam jalan ini seperti saya.ISMA berusaha membentuk Jailul Amal dan menampakkan wajah-wajah dakwah di Malaysia.

    Moga usaha kita diberkati Allah.Amin~

  4. Ahmadi
    Februari 25, 2010 at 6:42 am

    Soalan :

    1.Adakah ‘manhaj maliizi’ yg muncul satu ketika dulu merupakan salah satu gambaran apa yg ditulis oleh ust ni?

    2.Adakah ISMA mungkin mengulang semula beberapa langkah yang sama oleh NGO-NGO Islam lain yang terdahulu?

  5. Februari 25, 2010 at 7:24 am

    JazakALlah…
    MayB perlukan perincian lg ttg ijitihad ni d setiap waqi’ (negeri2, daerah2 kampung2, dll) since kepakaran berijitihad ni, x sume org ade..
    WALlahu’alam

  6. syamil esa
    Februari 25, 2010 at 7:32 am

    jazakumullahu khairan kathira ust lah.

    jelas dan byk menjelaskan asolah manhaj IM yang murunah (fleksibel) dan realistik pada setiap zuruf dgn keupayaan manusia yg menggerakkan dakwah itu sendiri, di buminya sendiri. barulah ia punya roh yang asli!

    hasbunallahu wa nikmal wakeel.

  7. ar
    Februari 25, 2010 at 12:03 pm

    Salam wrt..

    Artikel yg bagus.. moga2 apabila semua kita memahami sepertimana yg ustaz tuliskan, akan menanamkan lagi sifat berlapang dada kita dgn pelbagai pertubuhan atau jemaah lain yg wujud di malaysia mahupun dunia.. selagimana gerakan itu tidak bertentangan dgn syariat Allah..

    saya lihat, kebanyakan da’ie-da’ie muda yg salah faham sifat keanjalan, dlm konteks khusus yg ust perkatakan mahupun dlm konteks dakwah yg lebih luas.. lantas menyebabkan mereka tidak dpt menerima apabila organisasi selain drpd mereka membuat satu langkah atau strategi yg tidak sama dgn mereka..

    moga-moga semua da’ie yg mukhlisin akan lebih terbuka dan berlapang dada selepas ini..

    salam perjuangan
    -ar-

  8. Abdullah Zaik
    Februari 25, 2010 at 1:08 pm

    Terimakasih saudara Ahmadi,

    1. tidak sama samasekali antara apa yang saya tulis dengan apa yang disebut “manhaj maliizi”. Manhaj maliizi adalah produk ABIM dan Dr Sidik Baba masih bawa fikrah tu. Ia sefaham setakat yang saya faham manifestasi kepada penolakan manhaj yang datang dari luar seperti timur tengah.
    2. Insya Allah kita ambil pelajaran dari pengalaman yang dilalui oleh rakan-rakan dakwah sebelum ini. Apa yang ISMA akan lakukan ialah pengembangan tetapi masih dalam lingkungan metode yang sama. Apa yang berlaku pada setengah organisasi yang lain ialah menukar terus metod dengan metod yang lain.

    Sebab itu saya tekankan hubungan pertimbangan maslahi antara kedua-dua ta’sis dan infitah. Ia saling kait mengait bukan suatu yang kontradik salah satu membunuh yang lain.

  9. Februari 26, 2010 at 4:41 am

    Salam Ust,
    Perkongsian yg menarik
    Persoalan yg pernah timbul di benak sy,
    alhamdulillah akhirnya terjawab

    jzk khayr

  10. Mac 4, 2010 at 9:07 am

    jelas sekali…syukran ustaz.

  11. saya
    Mac 4, 2010 at 11:34 pm

    akhi badar..

    cemana boleh jadi pengerak kuat isma skrg ni.. musykil2..

  12. Izham
    Mac 5, 2010 at 10:01 am

    Dilihat dakwah di Malaysia makin rancak dan berjaya melihat perubahan dlm masyarakat. Dahulu ramai yang tidak bertudung, malah ada ustazah pun pakai skaf aje. Tapi hari ini ramai yang memahaminya.

    Kelahiran ISMA juga bukti kejayaan dakwah masyarakat dai sebelumnya. Tapi usaha mereka mungkin tiadalah ISMA yang lahir kemudian selepas PAS,PKPIM, PERKIM, ABIM,Haluan,JIM dan juga ramai pengerak dakwah yang tidak bernaung dibawah mana2 gerakakan Islam.

    Jadi apakah rujukan ustaz bila mengatakan dah 20 tahun dakwah tidak berkembang dan menampakkan wajahnya ?

  13. qwertz114
    Mac 6, 2010 at 2:21 am

    Alhamdulillah….jelas…

    Sayang pernah dengar orang mengutuk sana sini bila dilakukan infitah maka
    seolah2 mereka itu tidak asolah kerana taasis perlu dilakukan dahulu….
    seolah2 mereka lalai/lupa dalam taasis, walhal pernahkah diakui sebegitu oleh mereka

    walhal dlm kupasan ustaz sendiri tidak pernah diletakkan faktor masa dlm penentuaan infitah ini

    Semoga kita lebih bersangka baik dengan saudara-saudara kita dan dakwah akan terus berkembang dengan sejarah asas permulaannya

  14. b_r
    Mac 6, 2010 at 5:54 pm

    saya sayang ustaz kerana Allah =)

    “the art of being wise is knowing what to overlook” (william james)

  15. Mac 7, 2010 at 12:55 pm

    Kalau betullah para daie ramai claim bawa fikrah ikhwan sejak 20 tahun lalu, masakan semasa KOBANNA yg ISMA anjur bulan lepas, ada orang yg dtg lewat boleh tanya: “Hassan Al-Banna dah habis bentang ke?”

  16. kobanna al-hasan
    Mac 9, 2010 at 5:29 am

    kepada jabalnur..

    menjadi ikhwani tak semestinya kene hadam fikrah IM 100%…

    adakah org yg baru masuk dlm IM dan tak kenal muntalaq. awaiq, bawariq dll dan tak pernah baca buku2 IM tak dikira ikhwani?

    jangan la kita mudah2 meletakkan kayu ukur kpd ikhwannya seseorang tu pada mafahimnya sahaja…kalau sesorang tu amalnya bagus..tapi mafahimnya kurang jelas..apa kita nk kata dia bukan ikhwani? apatah lagi dengan hanya melihatnya bertanya “..Hassan Al-Banna dah habis bentang ke?”..elakkan zhon buruk pd dia awal2 lagi..jernihkan zhon kita..

    atau kalau orang tu mafahimnya bagus..tapi amal plak kurang..kita nk kata apa pada dia?tak ikhwani?..nah..fikirkanlah..

    masalah kita sekarang adalah..kita berhadapan dengan dai muda yang bersemangat, yang semudah2nya menentukan kayu ukur itu dan ini..kalau tak ini..tak asli lah dia..kalau tak ikut yg ni..maka, tak ikhwan la dia..kita menjadikan ikhwan itu tak fleksible..alhamdulillah, para tokoh ikhwan banyak menulis tentang fleksiblenya ikhwan dan manhajnya..agar semua manusia dapat mengenali dan memahami dakwah ikhwan walapun org biasa..

    macam al-quran..kalau semua nak kata “mcm nilah apa yg quran sebenarnya nak” dan kita meniddakkan pandangan org lain..maka, Allah takkan kurniakan kita kepelbagaian mazhab yang mana nikmatnya masih kita rasai sampai skrg..

    ikhwan tak ikhwan seseorang tu bukan kerja kita utk nilai..tetapi, kerja kita yang besar adalah terus lakukan amal tanpa kita nafikan amal org lain..teruskan memahami ikhwan tanpa kita nafikan mafahim org lain…

    semoga ini mencerahkan..

    kembali kpd topik,
    keseimbangan dlm memahami ta’sis dan infitah perlu bagi semua dai…nnti ada plk yg lapangan amal sudah terbuka masih nk terus takwin jer..dan lapangan amal tak membenarkan kita terus nk infitah…haru biru nanti..

    jahiliyyah terus berjalan tanpa mengira lapangan yg ada terbuka atau tertutup..bagi jahiliyyah, lapangannya sentiasa terbuka..

  17. Mac 9, 2010 at 9:40 am

    @kobanna al-hassan

    1. Mungkin saudara teramik komen saya diluar konteks. Komen saya sebenarnya adalah reply kpd saudara Izham. Soalan kpd persoalan “Jadi apakah rujukan ustaz bila mengatakan dah 20 tahun dakwah tidak berkembang dan menampakkan wajahnya ?”

    2. Saya x husnu dzon mengatakan org yg komen “..Hassan Al-Banna dah habis bentang ke?” tu ikhwan atau tak sbb bukan itu tema komen saya. Kalau digabungkan dgn no (1) di atas maka akan jelas apa yg saya nk sebut.

    3. Saya tak bersetuju komen saudara “jangan la kita mudah2 meletakkan kayu ukur kpd ikhwannya seseorang tu pada mafahimnya sahaja…kalau sesorang tu amalnya bagus..tapi mafahimnya kurang jelas..apa kita nk kata dia bukan ikhwani?”. Dalam konteks ikhwan ke tak, kalau bukan ukuran seseorang tu berdasarkan fahaman dia, nk ukur berdasarkan apa lagi? Dia tetap seorg PENDAKWAH, tetapi bukanlah sepenuhnya bdsrkn gerak kerja ikhwan kalau sebegitu. Atau bak kata saudara, “ikhwani”.

    4. Yang baru2 nk kenali ikhwan, of course la dia x faham sgt ttg fikrah ikhwan. Tapi kalau orang2 yg claim dia lah IM dan dia nk lead dakwah berdasarkan manhaj IM, kemudian dia x faham 100% manhaj ikhwan; maka dakwah yg dia bawa bukanlah dakwah ikhwan, tp dakwah bdsrkan fikrah sendiri dgn mengambil roh2 dan disadur drp fikrah ikhwan.

    Note, jgn la ambil point saya yg ke-4 ni dan katakan saya kata org buat dakwah di atas salah atau x diterima Allah. Tp merely ia adalah orangg yg x buat dakwah spt mana ikhwan nk buat, tu je.

    5. Saya rasa baik saudara kaji/baca semula apa yg dimaksudkan dgn ‘fleksibel’nya (muruunah) dakwah IM.

    6. Selagi seseorang itu beramal, maka iA dia adlaah PENDAKWAH. Tetapi PENDAKWAH boleh jadi guna macam2 cara/uslub/manhaj – sama ada cara ikhwan atau tidak…

    So tiada isu di sini saya menafikan orang2 yg beramal utk islam. Bahkan saya sgt sayang orang2 yg berdakwah utk islam.

  18. afizhi
    Mac 9, 2010 at 10:30 am

    bagus pandangan kobanna al hassan ( letak la nama betol bro)..ta’sis ke infitah ke, yg penting taaruf dulu..huhu..

    Dalam hidup, saya memilih Islam..berbaiah dengan 2 kalimah syahadah..berat namun saya yakin.

    Dalam perjuangan saya pilih ISMA, mendokong agenda Islam yang nampaknya ramai orang celaru..

    jika ikhwah yang mengaku Ikhwan ada 500 ribu, yang berjuang( tak mengaku ikhwan) ada 500 ribu, kita baru ada sejuta orang yang betul2 kuat islamnya.

    masih ada 27 juta orang yang perlu kita yakinkan Islamnya..kalo ada seribu NGO mengaku ikhwah pun blum mampu selesaikan 27 juta nih..

    so, mcmane caranya nak yakinkan semua?
    macam yang ust lah dah berbuaih mulut cakap /ajar pada kita..he

    salam sayang

  19. mahyudin
    Mac 9, 2010 at 2:42 pm

    kepada kobanna al – hasan … bukan nama sebenar!
    Semestinyalah!! Kena hadamlah. Baru betul..Macammana pula pengeluar sesuatu produk ambil jurutera, makanik dll, mereka yang tak kuasai /mahir/hadam dgn sesuatu teknologi yang diperlukan? Jawapanya ….
    Persoalan saya: macamana sesorang itu boleh masuk IM tapi tak melalui sukatan/manhaj ikhwan? Ini tentu ada yang tak kena… patutlah amal mereka tak menghasilkan buah yang sewajarnya.. lepas tu.. dok marah org lain. Patutlah pergi usrah ada yang tidur aje…pengalaman mata melihatnya sendiri. Mungkin sekali lagi kita diminta husnu zhon…kot. ada juga yang naik kelas dulu baru ajar sukatan yang lepas. Sekolah apa nie?
    Join IM tak semacam masuk MLM! Dia kena melalui manhaj khusus dan jangka masa tertentu..
    kefahaman seseorang adalah sebahagian drp kayu ukur ikhwani seseorang.. dari kefahaman lahir kesatuan fikrah …kalau tidak kenapa Imam Hasan menulis usul 20nya.. apa pula ukuran anda wahai kobanna al-hasan; amalnya bagus?
    renungilah kata2 ini: Dakwah untuk beramal dan berdosa bagi yang tidak melaksanakannya – menganggur di dalam menunaikan dakwah berdosa. beb. Hasan al-Banna di risalah syabab.
    alhamdulillah saya menyangjung tinggi semangat anak-anak muda… teruskan tingkatkan kefahaman antum dan terus bekerja dengan kefahaman yang ada..biarlah apa massa menjawab segala-galanya. Bagaimana pula kalau golongan. veteran yang tak buat kerja …adakah ada kerana uzur yang syarei. Bagi mereka!.
    al-Quran yang Qatei dilalah tak ada yang berbeza pendapat.. tetapi yang berbeza ialah pada ayat yang Zanni dilalah sahaja. Demikian juga dlm ikhwan ada tsawabit dan ada mutgayir .. sila ulangkaji ..tak apa…baca dan talaqqi lagi bagus saudara.
    mahyudin

  20. sufi5
    Mac 11, 2010 at 5:14 pm

    Salam,

    Ramai yang mengaku ikhwan tetapi adakah mereka ini melalui jalan sepertimana yang telah ditetapkan oleh IM itu sendiri?

    Ambil pemikiran HAB dan IM kemudian campur dengan pemikiran peribadi dan kemudian declare kitalah yang paling ikhwan..inilah yang berlaku kini..

    Allahuaklam

  21. sean wong abdullah
    Mac 12, 2010 at 12:21 am

    Peninglah kepala saya. Ada ISMAlah, IMlah, YMlah, … kamu berlumba yang mana lebih Islam ke? Sblm ini ada mention kalau menganggur drp berdakwah adalah berdosa. You all dakwah pada diri sendiri dulu, loh!

  22. Hamba
    Mac 16, 2010 at 4:10 pm

    Perbincangan yang tidak membuahkan amal…

    Tak perlu nak kata “aku ikhwan, dia bukan..”

    Bukannya Allah lihat sama ada seorang itu ikhwan baru boleh masuk syurga ke tak….

    Kalau jadi anggota ikhwan sekali pun atau mengaku guna fikrah ikhwan sekali pun, tapi tidak mencorak sosok peribadi muslim yang diinginkan….banyak sangat mengata sana, mengata sini n kata hanya dirilah yang asolah, maka elok difikirkan semula…

    HAB kata,
    “Kita adalah ummat yang berkerja bukan hanya pandai bercakap…”

  23. al-aslami
    Mac 20, 2010 at 3:09 pm

    Assalamualaikum..
    Ana berpendapat bahawa hadaf ” bercakap ” adalah untuk menerangkan FIKRAH supaya FIKRAH yg ingin dibawa menjadi jelas..

    kerana AMAL tanpa FIKRAH yg jelas , akan membawa kepada taraddud dan amal yg terhasil kurang kualitinya semangatnya dan rohnya serta boleh membawa kepada putus asa…

    FIKRAH itulah yg akan membentuk dan membawa kepada AMAL yg menjadikan ummat yg banyak bekerja bukan hanya pandai bercakap…

    wallahua’lam
    salam dari seberang , negara Syeikh Ali Jumaah

  24. Kamil
    Mac 26, 2010 at 8:35 am

    Saudara Hamba,

    Jangan terlalu cepat buat rumusan sendiri, ia tidak bermanfaat kepada anda tingalkanlah…. Ia bermanfaat kepada kami, ahli Isma. Ini kerana kami perlu tahu kemana Isma nak dibawa dan bagaimana ia akan dibawa

  25. renungan2u
    Mac 31, 2010 at 10:03 pm

    kepada izham.. pada pandangan saya bila ust Abdullah sebut dakwah dalam tulisan ini bermaksud dakwah Ikhwan Muslimin..

    sejak lebih 20 tahun dahulu orang yang mendakwa mendapat tarbiah ikhwan telah beramal di Malaysia.. tetapi masyarakat Malaysia tidak jelasa apakah manhaj amal Ikhwan Muslimin sebab kebanyakan mereka beramal secara rahsia sebagaimana nabi dizaman ta’sisnya.. wallahu a’lam.

  26. ah kau abdullah
    April 19, 2010 at 10:47 am

    Renungan2u mana tahu, sejak 20 tahun orang mendapat tarbiah ihkwan? Boleh lu kasi tahu apa itu manhaj amal ikhwan yang sebenar.

  27. musa isa
    April 19, 2010 at 10:43 pm

    kepada saudara renungan2u yang hebat berdakwah, awak dah berdakwah berapa tahun, berkesan ke? saudara sendiri dah jelas ke manhaj Ikhwan? janganlah sedap kata kat orang lain. wasalam.

  28. renungan2u
    April 20, 2010 at 12:50 pm

    eh silap lah ah kau.. hasan al banna dah berdakwah sejak tahun 1928 bukan 20 tahun.

    dulu sejak tahun 1980an saya berdakwah jugak tapi dalam usrah secara rahsia2. ada orang kata saya IRC lah, ALAMIlah yang terlepas cakap kata saya macam Yahudipun ada sebab tak kenal siapa pimpinan… yang saya tahu hanya msutafa masyhr.. tapi kat Malaysia masa tu tak tahu siapa.. bila ditanya naqib kata sir..

    1995 saya balik Malaysia dari Mesirpun masih sir lagi… orang kata saya berfikiran terowong, tak pandai pengurusan.. bila saya mengajar dimasjid orang awam kata saya PAS.. tapi kebanyakan ahli2 PAS taman saya tu akan keluar daripada masjid bila saya mengajar dan akan datang semula semasa solat Isya.

    Ada orang bertanya saya.. ustaz jamaah mana? Saya kata Jamaah Islamlah.. JI?

    Bila ISMA 1997 ditubuhkan sayapun join ISMA…

    sejak sertai ISMA bolehlah ceritakan kepada masayarakat fikrah2 yang ada kalau mereka beriman dengna fikrah saya datanglah.. kalau x percaya apa saya boleh buat..

    saudara musa.. kita buat kerja sahaja dengan cara yang betul.. Allah SWT yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dia suka.

    Yang saya tak faham mengapa saudara musa berkata saya sedap kata kat orang lain…, So kepada siapa saya hendak berkata2?

  29. Syed Anas
    April 20, 2010 at 8:15 pm

    Sollu ‘Ala Nabi..

    Saya rsa,Ust Abdullah Zaik buat artikel atau pengisian ini boleh dikomen,antaranya supaya kita dpt bertukar2 pendapat,fikiran yang membuahkan amal,dalam suasana yang dianjurkan Islam (suasana kasih sayang).
    Apa yg baik,sependapat dgn kita,kita hargai dan berterima kasih.Apa yg berbeza kita blapang dada,menghargai.Mahukan perdebatan,biarlah yg akn membuahkan amal.Juga dlm suasana Mahabbah.

  30. alqayyim89
    Ogos 16, 2010 at 5:53 am

    salam ustaz..pencerahan yang baik..jazakallahu khair..mohon artikel ni utk diletakkan di blog ana

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: