Utama > perjalanan > Antara Maslahah Dan Muslihah(t)

Antara Maslahah Dan Muslihah(t)

Mengikut logik fikh hukum terbahagi kepada dua:

Pertama; ta’abudi yang tidak di fahami makna. Yang dimaksudkan dengan makna ialah maksud dan tujuan yang selalunya dihurai dengan perkataan maslahah. Contohnya seperti raka’at solat, kenapa Subuh dua raka’at, Zohor empat raka’at dan seterusnya tidak fahami maksud dan tidak boleh dihurai dari segi sebab dan maslahah. Ada perkara-perkara yang diperselisihkan samada boleh diketahui makna atau tidak seperti membersih dengan menggunakan air.

Kedua: muamalati yang difahami makna. Maksudnya dapat diketahui tujuan dan maksud di sebalik pensyariatan hukum tersebut dan boleh dikategorikan mengikut konsep maslahah. Seperti disyariatkan akad untuk mempastikan ketelusan dan kelangsungan dalam muamalah. Sebahagian besar hukum-hakam boleh dihurai dari aspek maslahahnya.

Boleh dikatakan semua perkara berhubung dengan siasah syariah boleh difahami maknanya begitu juga dalam pengurusan dan siasah dakwah seperti penetapan visi, misi, strategi dan kaedah perlaksanaan semuanya berdasarkan maslahah dan boleh difahami makna. Contohnya, kenapa kita menetapkan tarikh 2020. Ia sepatutnya boleh difahami dan boleh dihurai dari sudut sebab, tujuan dan maksud.

Kaedah ini boleh kita anggap sebagai sebahagian dari kanun pemikiran Islam seperti yang diistilahkan oleh guru saya Syeikh al-Marhum Prof. Dr. Abd. Mun’em Qi’e. Beliau mengarang satu kitab yang mengumpul kaedah-kaedah dari segala ilmu usul dan di beri nama Qanun Pemikiran Islam. Saya berpendapat menguasai kanun-kanun ini penting dalam kehidupan seorang da’i kerana dengan itu ia dapat memastikan ijtihad dakwinya mengikut cara fikir Islam yang betul dan tepat dan tidak terjatuh dalam kemelut kekusutan disebabkan oleh pembuatan keputusan yang tidak dapat dijustifikasikan /dirasionalkan.

Saya pernah berbincang dengan seseorang dalam isu seperti ini satu masa dulu. Saya tanya kenapa diletakkan tarikh 2020 dalam visi dan apa rasionalnya? Oleh kerana ia berkaitan dengan siasah dakwah tentu ada logik yang boleh kita bahas dan dengan memahami logik /rasional kita bila ukur sama ada boleh dicapai atau tidak. Dan ahli boleh berbincang dan berhujah samada logik yang dikemukakan munasabah atau tidak.

Saya amat terkejut mendapat jawapan bahawa ia adalah keputusan yang kita letak dan kita berserah kepada Allah bagaimana ia boleh dicapai. Dia dengan itu nampak lebih lebai dari saya. Saya yang ustaz ni yang sepatutnya bercakap tentang tawakal kepada Allah dan dia orang strategi yang sepatutnya bertanya tentang logik, tetapi sebaliknya telah berlaku. Puas saya menjelaskan mantiq fiqh /kanun pemikiran Islam yang saya sebutkan tetapi sukar diterima dan difahami. Jadilah angka 2020 nombor keramat yang perlu diperjuangkan tanpa dapat dijelaskan apa illah atau sebab yang munasabah disebalik keputusan itu dibuat.

Amat tidak munasabah satu-satu keputusan mengenai siasah dakwah yang tidak dapat dijelaskan maksudnya. Berta’amul dengan perkara yang boleh fahami, dibahas dan hurai tetapi mesti diterima seolah-olah perkara ta’budi. Anggota kena terima sahaja seperti menerima raka’at dalam solat. Orientasi dakwah seperti ini selama-lamanya tidak akan mematangkan organisasi kerana syura sebenar tidak mungkin berlaku. Wal hal syura adalah tonggak organisasi.

Dalam bersyura seseorang boleh menilai, mengupas, mengkritik, membuat pandangan balas berdasarkan hujah yang jelas/nyata dan telus. Banyangkan satu perbahasan dalam perkara yang tidak boleh dijelaskan sebab musabab, logik dan maslahah…bagaimana agaknya penghujahan berlaku. Rasanya tak lebih sekadar bermain sentiment sahaja, saya rasa, saya sedih, saya tidak boleh tidur ….bla, bla,bla,bla………Memastikan sebab yang jelas dan telus disebalik keputusan penting dalam memberi kekuatan dalam kelangsungan tindakan.

Saya tidak mengatakan bahawa dalam semua keadaan kepimpinan kena jelaskan sebab dan tujuan kepada anak buah. Itu perkara yang lain. Skop perbincangan di sini ialah bagaimana pembuat keputusan harus berta’amul jenis-jenis hukum dan qarar sesuai dengan tabiat hukum dan keputusan tersebut dari mengikut kategori difahami makna atau tidak . Kepimpinan tidak boleh kita dia mahu jadi begini, tidak kisalah apa alasan sekali pun

Kadang-kadang berlaku kes qarar siasi atau pengurusan yang tidak dapat dijelaskan secara rasional dan logik dalam perkara yang sepatutnya jelas dan telus sebab musababnya boleh berlaku kerana tujuan yang terselindung atau saya istilahkan sebagai alasan yang bersifat muslihati. Muslihat ialah menggunakan kaedah yang tidak direct untuk mencapai tujuan yang tertentu /terselindung. Contohnya seperti baiul inah. Helah jual beli barang sebenarnya nak pakai duit. Hukum harus dan haram berdasar tujuan disebalik. Atau ia juga digunakan dengan istilah helah dalam fikh Islami.

Sebagai contoh, saya membuat andaian satu jamaah yang telah ditubuhkan begitu lama dah mungkin 20 tahun, tanpa semena-mena tiba-tiba qiadah membuat keputusan untuk membubar jamaah tersebut dan masuk dalam jamaah baru. Timbul berbagai persoalan, kenapa nak kena bubar? dan apa perlunya yang baru?. Apakah yang akan dilakukan oleh jamaah yang baru. Tidakkah mereka orang yang sama? Apakah yang akan berbeza Tiada siapa boleh beri sebab secara rasional.

Atau kepimpinan mengatakan jamah yang sedia ada akan dikecilkan peranannya untuk diberikan kepada jamaah yang baru. Bagaimana ia boleh dijelaskan dan bagaimana boleh dicapai kata sepakat?.Walaupun ia keputusan yang berkaitan dengan siasah dakwah tetapi sukar diberi illah secara nyata dan telus. Ia akan menjadi satu perbahasan yang sukar dan mungkin membawa akibat yang tidak baik.

Kes yang seperti ini biasanya berlaku, samada ia disebabkan keputusan itu sendiri bersifat muslihati atau terperangkap dalam keputusan lain yang bersifat muslihati. Namun apa boleh buat, walaupun tidak boleh dijelaskan, ia perlu dilaksanakan kerana ia adalah keputusan.

Kategori:perjalanan
  1. Mac 11, 2010 at 5:31 pm

    Salam
    Berada dalam tanzim ekslusif terlalu lama kadang-kadang memandulkan keupayaan berfikir, setiap arahan yang hadir diterima laksana wahyu yang tidak boleh dibantah atau dipersoalkan, semuanya sami’na waato’na hingga akhirnya potensi ahli dibazirkan dan komitmen hanya diukur dengan kehadiran usrah dan program yang 100%.
    Ikhwah harus berjiwa besar untuk menerima perubahan-perubahan, walaupun tidak semua mampu berlari sepantas Usain Bolt, tetapi tidak salah kalau kita mencuba teknik-teknik lariannya, tak dapat lari 9.69 saat, dapat 13 atau 14 saat pun baik.
    Jangan takut untuk mencuba dan melakukan kesilapan…dakwah ini adalah untuk merubah

  2. Mac 11, 2010 at 8:12 pm

    Tak perlu dipertikaian. Kita tetap berada dilandasan dan membawa fikrah dan dakwah Rasulullah.

  3. sean wong abdullah
    Mac 12, 2010 at 12:06 am

    Maaflah. Kalau ikut Bahasa Melayu yang saya belajar, TAJUK blog ini harus ditulis ‘Perjalananku’ bukannya ‘Perjalanan ku’ kerana ‘ku’ itu adalah bersifat imbuhan (possessive) sahaja bukan satu perkataan yang melayakkan ia diasingkan. Saya masih belajar Islam dan cuba amal akhlak Islam. Tapi, bunyi artikel ini lain macam sahaja. Mungkin saya silap.

  4. Ihsan Abas
    Mac 15, 2010 at 9:14 am

    Jazakallah ustaz, satu penerangan yang sangat baik.
    Kepada Sean Wong Abdullah, saya berminat untuk berkenalan dengan anda, bagaimana kita boleh berhubung? Email saya: ihsan0383@yahoo.co.uk

  5. mahyudin
    Mac 15, 2010 at 10:29 am

    ingin berkongsi:Kebenaran adalah lebih kami sayangi>>>>> Berkata Ibnu Qaiyim ketika beliau berbeza pendapat dengan SH Al-Islam Ismail al-Harawi al-Hanbali penulis Kitab Manazil al-Saairin yang ia sendiri menulis syarahnya dengan diberi nama Madarij Saalikin: Kebenaran adalah lebih kami sayangi daripadanya (SH Ismail) .. sesungguhnya persahabatan dan permusuhan tidak dapat memberi apa-apa kesan kepada para ulama di dalam sesuatu perdirian ilmiah dan pemikiran. Hayatilah firman Allah ini:
    “dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan.” (Al-Ana’am:152)
    “jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Maidah:8)
    mahyudin

  6. hadi
    Mac 19, 2010 at 11:09 am

    salam…penjelasan ust lah amat clear sekali.syukran

  7. renungan2u
    Mac 25, 2010 at 7:19 pm

    salam..

    sebagaimana kata jurulatih perancangan. Setiap matlamat mesti ada rukun SMAT.

  8. Amrar
    April 6, 2010 at 1:27 pm

    “Setiap matlamat mesti ada rukun SMAT.”

    kira boleh terima ke tidak rukun ni? ustaz renungan2u

    Setiap visi ada SMART…. where T is timeline…so, masa juga perlu ada dalam visi…camtu kan?

    2020 tu camne ustaz??

    ke tak boleh terima??

  9. ali ahmad
    April 16, 2010 at 11:51 pm

    Ustaz.!!!
    Kalau dah berpisah jgn pula cakap yang bukan2 pasal bekas pasangan. Kalau dah rasa diri betul, teruskan saja ‘perjalananku’, usah toleh kiri kanan.. byk lagi perkara yang boleh ditulis tentang dakwah yang rasanya memberi manfaat pada umat. Bukannya perkara yang remeh temeh. ikhlaskan perjuangan Us. Lah.

  10. renungan2u
    April 20, 2010 at 2:35 am

    Kalau saudara Ali tak nak belajar tak payah baca.
    Isu Tabbudi dan Mu`amaliti adalah isu Usul Fiqh.

    Mentadbir Jamaah adalah isu siyasah dan mu`amalati yang perlu dihujjahkan berdasarkan maksud syarak, difahami hikmahnya.

    Ketaatan dalam isu ini wajib taat secara wa`iy sedar dan faham tetapi jika ketaatan dibentuk secara emosi dan tidak difahami hikmah dan rasionalnya akan melahirkan masyarakat duah yang taksub.

    Manakala isu-isu ibadah seperti solat, puasa dan haji wajib taat kepada nas walaupun akal tidak memahami hikmahnya.

    Kebanyakkan manusia ditutup hati mereka daripada melihat sesutu kebenaran disebabkan sedikit sifat takbur.

  11. renungan2u
    April 20, 2010 at 2:48 am

    2020 daulah islam hakikatan ada dua mazhab:
    1. letak je timeframe tu untuk bagi tunjuk arah, kalau tak jadi kita ubah, tapi kalau Allah nak bagi kita tak boleh jangka..
    2. kalau ikut sebab-musabbab dan maratib amal adalah mustahil, so oleh kerana kita membuat perancangan kita perlu guna kayu ukuran manusia dan persedian mengikut sunnah sebab-musabbab.
    – Daulah Islam perlu ditegakkan di atas majoriti masyarakat yang identitinya adalah khalifah dan pembentukan masyarakat perlu diaruskan oleh gerakan Islam yang terbuka dan mustahil jamaah yang bergerak secara sembunyi2 mampu menggerakkan massa melalui dakwah, khutbah, ceramah, nadwah, konvention, heboh-heboh dan qudwah. Daripada kita menipu diri sendiri lebih baik anjakkan kemenangan itu pada tarikh yang lebih sesuai dengan gerakan perubahan masyarakat atau tidak payah letak lagsung dan meletakkan timeframe kepada objektif yang boleh dicapai..

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: