Utama > komentar > Kahwinkan Anak Bawah Umur

Kahwinkan Anak Bawah Umur

Satu lagi contoh antara ribuan fenomena kesesatan yang berlaku dikalangan sebahagian umat Islam di negara ini. Gejala-gejala pelik tumbuh sepeti cendawan. Amaran Nabi s.a.w sedang berlaku. Tanda dunia akhir zaman dan kiamat sudah hampir. Sudah lahir dajjal-dajjal yang mengambil kesempatan atas kejahilan umat.

Ada orang megaku nabi, kahwin lebih dari empat, bomoh ambil kesempatan, bersekedudukan, guna dakwah untuk langsai kehendak nafsu, bunuh anak, sumbang mahram, guna agama untuk lariskan barang perniagaan dan sebagainya.

Dalam pada itu mereka terus leka dengan berbagai hiburan yang melalaikan. Orang sibuk dengan isu politik dan perebutan kuasa. Gejala kerosakan terus berkembang biak. Dajjal-dajjal telah lahir menyeru kepada kesesatan.

Mengenangkan perkara-perkara ini saya naik risau. Ia seperti amaran Tuhan..Adakah bala besar akan menimpa bangsa ini?

“Takutlah kamu kepada fitnah yang tidak hanya menimpa golongan zalim dikalangan kamu sahaja”.

Ikhwah dan akhwat,

Umat memerlukan penyelamat.

Saya mencadangkan agar aktivis-aktivis ISMA disemua negeri memberi penekanan yang lebih kepada usah-usaha dakwah dan tarbiah. Tingkatkan kepekaan kepada isu-isu sosial dan pedidikan. Jangan terlalu sibuk atau leka dengan isu-isu politik.

Kategori:komentar
  1. Hamsawy
    Mac 14, 2010 at 2:04 pm

    ustaz..apa kaitan tajuk artikel dengan isinya..tak nampak sangat kaitan yang jelas..

  2. Abdullah Zaik
    Mac 14, 2010 at 3:34 pm

    laporan menunjukkan pendakawah yang didakwa tabligh itu telah menggunakan wadah dakwahnya untuk mempengaruhi bapa anak itu melakukan muslihatnya untuk mengambil kesempatan atas budak-budak bawah umur.

    Laporan juga menunjukkan kes-kes yang di laporkan melibatkan orang yang sama.

    Ini satu fenomena ganjil salah satu dari gejala salah guna agama untuk tujuan nafsu. memang ulamak ada kata, sah perkahwinan anak bawah umur oleh walinya.

    Tetapi yang harus boleh jadi haram jika bawa kemudhratan atau pelanggaran hukum yang lain. Apa maslahah budak tu tu dikahwin dibawah usia mampu nikah(jima’), di bawa kehotel untuk ditiduri…dan sebagainya.

    Saya tidak melihat isu ini dari aspek fekahnya…kerana betapa banyak orang guan agama untuk tujuan kesesatan.

    Dari segi ini saya masukkan dalam kategori alamat hampir kiamat, iaitu lahirnya dajjal yang menggunakan agama untuk kesesatan dan kerosakan.

    lihat bagaimana ia menngunakan hukum sah nikah itu untu memujuk ayah budak yang jahil dan mengakibat kemudhoratan terhadap masa depan anaknya.

  3. abuabdullah
    Mac 20, 2010 at 1:26 pm

    salam:ana nak kongsikan sesuatu di sini.kita dpt lihat dgn jelas betapa akal manusia yg waras tidak dpt menerima pekahwinan di bawah umur walaupun dipersetujui oleh wali..Hujjah yg membenarkan perkahwinan bawah umur tak berapa kuat dan ada perbincangan berdasarkan kajian Maulana Habiburrahman,beliau menemui beberapa dalil yg menunjukkan umur A’syah berkahwin dgn Rasulullah bukanlah pd umur 9th..ada satu kaedah hadith yg mngatakan apa2 yg didakwah hadits Nabi yg bertentangan dgn al-quran dan akal maka ia boleh dianggap palsu..kalu akal kita sendiri tak bole terima seorang yg dah berumur berkahwin dgn budak bawah umur dgn izin wali..bagaimana pula dgn Rasulullah SAW?adakah kita menerima riwayat yg mngatakan Rasulullah SAW berkahwin dgn A’syah pd umur 9th?adakah dakwan mngatakan boleh kawin budak bawah umur astu pendapat Feqh yg boleh diterima pakai?atau sebenarnya ada pihak2 yg tertentu cuba menghina Rasulullah SAW yg kita cintai?
    Allah Al-Musta’an
    fikir dan renungkan ya ma’syara al-ikhwan

  4. saya
    April 9, 2010 at 5:14 pm

    salm.sekadar ingin berkongsi pendapt.saya hanya boleh katakan bhwa, salah manusia itu sendiri yg memasuki 1 jemaah kemudian melksanakn perkara o hkum ikut kpala sendiri tnpa betul2 fham apa yg nabi suruh..beramal tnpa ilmu.apa yg lebih dikesali ia telah mmburukkan jemaah yg truly tidak bersalah.dlm hal ini, pertimbangn iman dan akal jadi panduan.. sekian,syukran..

  5. ho
    Mei 28, 2010 at 12:24 am

    besele zaman fitnah, yg buruk nampak baik, yg baik nampak buruk, sampai umat keliru yg mana satu kebenaran dan yg mana satu bathil, ulama’ plak buat hal, umat tambah keliru, akhir sekali biarlah dunia semua ni isk2

  6. Oktober 1, 2010 at 10:35 am

    kalau berminat bingcangkan perkara ini mari bincangkan dengan saya dan sama2 kita selesaikan PUZZLE yg besar ini….hasilnya mmg mengejutkan……

  1. Mac 15, 2010 at 6:17 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: