Utama > komentar > Faham Islam Ikut Manhaj

Faham Islam Ikut Manhaj

Masa zaman saya belajar dahulu ada ustaz bagi tahu pesanan ulamak, “jangan ambil agama dari mulut khutaba’ /penceramah”. Apabila saya perhatikan kecelaruan pemikiran umat Islam zaman ini saya rasa pesanan tersebut sangat munasabah. Sebab penceramah sering membuat nukilan tanpa kepastian, tidak tepat dari segi pemakaian dalil, terpengaruh dengan unsur-unsur sentimen yang menjadikan ia tidak objektif dalam menyampaikan ilmu.

Itu mungkin suasana zaman dahulu. Sekarang zaman revolusi maklumat. Kecanggihan media informasi telah membantu melancarkan proses serangan pemikiran. Sumber maklumat yang tidak tertapis ini telah melahirkan manusia yang memiliki pemikiran yang bercampur baur. Ilmu tanpa disiplin, ulamak tanpa warak dan takut………… tidak tahu bagaimana saya boleh sifatkan. Lahirlah golongan manusia jahil yang sangat tahu, lebai lidahnya tetapi hatinya penuh penyakit.

Sebab itu saya sangat percaya kepada tarbiah. Tarbiah berasaskan manhaj fikri (pemikiran) yang muktabar  dan murabbi yang alim tentang tabiat nafsu manusia.   Murabbi yang mahir dapat membantu seseorang mutarabbi menangkis fahaman-fahaman yang asing dan mendidik nafsunya dengan sifat khasyah (takut) yang menjadikan dia amanah dan berhati-hati. Saya akui ia bukanlah satu perkara yang senang, tetapi saddu wa qaribu (usahakan……..)

Memiliki manhaj pemikiran yang jelas dan muktabar sangat penting di zaman ini. Dengan itu ia dapat memastikan ahli-ahlinya memiliki fahaman yang disahkan betul dari sumber yang dimuktamad. Tanpa manhaj pemikiran yang tertentu, sedang sumber maklumat yang bersimpang siur dan berkecamuk menyebabkan pemikiran organisasi tidak keruan dan bercampur baur.

Dengan pemikiran yang bercampur baur ini,  bagaimana organisasi boleh merealisasikan cita-citanya seperti yang digariskan pada awalnya?

Hari ini orang tidak dapat bezakan antara konsep kesejagatan Islam dengan nilai universal barat yang berasakan humanisme. Ia seakan-akan sama pada hal perbezaannya sangat besar. Kesejagatan Islam tidak menghapuskan identiti dan intimaat. Namun kita atas nama Islam menyeru kepada penghapusan identiti bangsa kita. Kita kata, kita orang Islam tak ada Melayu, tak ada Cina dan tak ada India…kita sebenarnya bercakap Islam mengikut fahaman humanisme yang menghapuskan identiti dan intimaat.

Islam ketika datang kepada Arab tidak menghapuskan identiti bangsa Arab, ketika datang ke Turki, tidak hapuskan identiti bangsa Turki, ketika datang ke tanah Melayu, tidak hapuskan identiti Bangsa Melayu dan begitulah di India dan di China. Islam memurnikan budaya setiap bangsa supaya selari dengan hukum Islam dan tidak lebih dari itu.

Humanisme Barat menghapuskan Identiti dan segala intimaat supaya dengan itu mudah mereka menguasai kita. Bila kita sudah menjadi manusia yang tidak ada bangsa, tiada agama, tiada keluarga, seperti yang dikehendaki oleh barat, intima’ kita hanyalah kepada benda dan duit. Manusia bersatu atas satu intima’ sahaja iaitu duit. Tiada lagi perjuangan dan tiada lagi penentangan, kerana manusia yang tiada identiti tidak ada perjuangan lagi bagi mereka.

Saya teringat bagaiamana Syalabi membawa kebebasan kepada Iraq menaiki kereta kebal Amerika. Hari ini Iraq menjadi mayat yang tidak bermaya.

Menang sorak kampung tergadai

Fikrah yang betul (al fahmu al amiq) adalah bekalan yang paling ampuh untuk mengharungi arus perjuangan yang serba ganas dan tidak menentu hala. Fikrah yang betul memberikan seseorang gambaran yang menyeluruh terhadap perjuangannya, pandangan strategik atau pemikiran maqasidi. Ia tidak terjebak dengan persengketaan sampingan sehingga mengorbankan matlamatnya yang terakhir.

Allah s.w.t  mahu kita menjadi umat yang mulia dan teratas, umat yang kuat, digeruni, memimpin dan dihormati. Tetapi kita sebaliknya, berhabisan dan bersengketa, menghabiskan segala keupayaan dan potensi, akhirnya apa yang kita dapat?  Yang kalah jadi abu dan yang menang jadi arang. Orang kafir juga yang bersorak kemenangan. Kita menang sorak kampung tergadai.

Kita harus sentiasa merenung dan bertanya…sudahnya nanti Islam akan duduk ‘tang mane dan umat Islam jadi lagu mane?’ Lagi mulia ke lagi hina?

Kategori:komentar
  1. April 28, 2010 at 12:26 am

    syukran Ust…

    itulah, tanpa kefahaman manhaj Islam yang sepatutnya, kita sebenarnya berputar-putar pada bulatan yang sama,, pada akhirnya, matlamat asal tersasar, datang pulak matlamat2 baru yang bersimpang siur…
    jadilah kita mereka yang ‘terpaksa’ menggunakan kaedah ‘kotor’ utk memenangi Keadilan itu..

    doakan semua thabat dengan fikrah islam yang sepatutnya difahami,,,

  2. mesir10
    April 28, 2010 at 1:22 am

    “barangsiapa yg Allah inginkan BAGINYA KEBAIKAN, Allah akan MEMAHAMKANNYA DENGAN ISLAM” riwayat muslim

    mudah2an semua pengomen yg pernah mengomen semakin dekat utk memahami nilai erti sebenar ISLAM ini dijulang…….

  3. al-aslami
    April 28, 2010 at 12:04 pm

    salam alhamdulillah..
    harap x da sapa2 terasa.. pasal tulisan ust dalam bentuk yg sgt umum…

    mudah2an semua pengomen telah baca sepenuhnya sebelum memberi komen.. dan yg pernah mengomen semakin dekat utk memahami nilai n cara pemahaman terhadap islam yg cuba diutarakan oleh ustaz…

  4. April 28, 2010 at 2:07 pm

    Kita harus sentiasa merenung dan bertanya…sudahnya nanti Islam akan duduk ‘tang mane dan umat Islam jadi lagu mane?’ Lagi mulia ke lagi hina?

  5. abuadil
    April 28, 2010 at 2:24 pm

    ramai yang tulis tentang fikrah Islam, namun bagi ambe lebih bersifat umum. pemikiran islami manhaji berjaya dengan izin Allah, dicetuskan oleh albanna dan maududi. yang lain lebih bersifat umum tidak bersifat sunni,syumuli, haroki, waaqi’i, wasati dsb. kemudian lahirlah murid dan pengikut albanaa yang menjadi ideolog spt syed qutb, arrosyid…. dan syeikh besar qorodhowi.
    mulakanlah memutolaah tulisan semua tulisan mereka dan berdoalah kepada Allah.
    kalau tak pecah ruyung, manakan dapat sagunya.

  6. April 28, 2010 at 5:18 pm

    ambe bersetuju dengan abu adil..:)..
    di dalam setiap penulisan mereka ada pelbagai dinar yg sgt berharga.
    mulakan dgn memuntolaah buku2 sebegini drpd menhabiskan masa memuntolaah novel2 bersiri.:)

    syukran ust Abdullah dan abuadil.!

  7. ahmad
    April 28, 2010 at 11:50 pm

    Assalamualaikum..

    boleh ustaz lah atau abuadil terang sikit pasal maksud2 ni, saya tak faham
    “pemikiran islami manhaji berjaya dengan izin Allah, dicetuskan oleh albanna dan maududi. yang lain lebih bersifat umum tidak bersifat sunni,syumuli, haroki, waaqi’i, wasati”

    ape itu manhaji,sunni,syumuli,haroki,waaqi’i, wasati??

  8. April 30, 2010 at 3:21 pm

    Islam tidak menghapuskan identiti bangsa. Tetapi islam tidak membenarkan penindasan bangsa lain, walaupun dengan tujuan yang ‘murni’.

    Seperti memberi biasiswa kepada orang melayu, sedangkan ada orang cina yang miskin, yang lebih layak, tidak mendapat biasiswa hanya kerana dia bukan bumiputra.

  9. AHZ87
    Mei 1, 2010 at 7:34 am

    Memang benar Islam mengajar kepada kita tidak menindas bangsa lain. Takde pun dalil yg menyuruh perkara tersebut dilakukan..

    Apa yg dibincangkan skg adalah bagaimana situasi itu difahami dikaji dan dikeluarkan mengikut asbab kejadian, tabiat penduduk, dhorurah jika dilaksanakan dan pelbagai lagi perkara yg dipertimbangkan mengikut sirah nabawi(al-quran+sunnah)

    Masalah sekarang ramai yg faham sesuatu ma’ani sirah dgn pelbagai cara bentuk fikiran..

    Makanya utk berbincang sesuatu perkara,seseorang tu kene fahami sirah nabawi mengikut pemikiran yg syumul dan jelas..baru boleh kita bincang..jika dipandang dan dikaji mengikut satu sudut pandangan..masalah tu(cth: sudut pandang politik semata-mata tanpa dipandang dari sudut tarbawi).

    Dalam konteks di Malaysia, tujuan menyebarkan Islam bukanlah dengan ‘menguburkan UMNO semata-mata’ itu bukan fahaman yg tepat, tapi memahamkan masyarakat apakah itu Islam yg syumul(usul 20) dan adakah kita ini seorang muslim(boleh rujuk buku tulisan Syed Muhammad Qutub)

    Klo nak cth terkini,lihatlah HAMAS..ada ke depa dapat kuasa awal 2006,then esoknya depa kata esok FATAH diharamkan…

    Em..sedangkan terdapat ahli FATAH yg mengkhianat bangsa Palestin itu sendiri sebelum2 itu..Membunuh rasuah dan pelbagai lag..
    Renungkan dan kajilah dgn hati yg ikhlas dlm mencari hala tuju perjuangan..

    Jika kita dah join satu group, jgnlah kita rasa kita dah betul..termasuk juga org2 ISMA..
    Faham Islam dulu..lepas tu baru kita tahu yg mana sesuai dan yg mana xsesuai..kene adillah dalam bab ni..Ilmu dan hidayah dari Allah itu amat penting
    Allahu’alam…

  10. pelik
    Mei 1, 2010 at 3:48 pm

    salam..saye rase saudara zacharias yg asyk x bersetuju untuk wat konvensyen pemikirannya spy org len fhm pe yg die nk ckp..kte tgk sejauh mne pemahaman die terhadap situasi skrg dan penyelesaian yg die fhm dgn merujuk quran dan sunnah. bkn mencantas idea solusi org len..belajarlah untuk mendengar dari org yg arif dlm bidang agama ..bkn menghentam kerana tidak sependapat

  11. orang-orang
    Mei 3, 2010 at 2:55 am

    saya pun pelik wahai pelik

  12. zamir
    Mei 3, 2010 at 11:56 am

    saya lagi bertambah pelik dengan en zacharias…..pelik2…pelik betul….bertambah pelik

  13. abuadil
    Mei 4, 2010 at 10:43 pm

    bagaimana kita mahu memahami Islam mengikut mahaj?
    jalan kedua, kita mengkaji manhaj pemikiran Islam secara terus dari alquran dan hadis2. kita juga mengambil kitab2 turath sebagai membantu kearah ini. masalahnya, kita mesti menguasai ilmu2 alat. keduanya ianya mengambil masa yang lama dan sukar. apakah kita mampu melakukannya. ambe sudah tentu tak mampu memandangkan ambe hanya seorang penebar roti canai.

    barangkali jalan yang paling mudah ialah kita memahami tulisan2 ulama yang diakui sebahagian besar ahli ilmu hari ini sebagai ulama muktabar dalam bidang tersebut. bagi ambe dan menjadi pegangan ambe, jalannya dilalui oleh ikhwan. jalan mereka adalah kesinambungan dari jalan mujaddid besar ibn taimiyyah, kemudian ditajdid bersesuaian perubahan dan permasalahan ummah semasa. Albanna tidak banyak menulis kerana sibuk membina rijal, tetapi pengikut2 beliau telah mengembangkan asas yang dibina oleh beliau melalui tulisan2. mereka menulis “manhaj”.
    bagi ambe sebagai mukaddimah memahami persoalan manhaj Islami, ambe cadangkan kita sama2 membaca booklet tulisan dr abdullah hasan, rabbaniyyattuta’lim. Insyak Allah para du’ah akan mula memahami “manhaj”

  14. iqbal
    Mei 5, 2010 at 5:17 pm

    untuk memahami islam melalaui manhaj … suatu yang mencabar bagi duah hari ini… antara halangannya ialah dunia cyber tanpa sempadan…. , namun ianya perlu disusun dengan cara yang bersistematik…. malah para duah juga wajar memiliki kesabaran yang tinggi kerana perjalanan dakwah ini masih lagi jauh…. tapi yakinlah ianya pasti akan datang walaupun terpaksa mengorbankan harta dan nyawa… pasti datang … tidak hari ini .. mungkin lusa atau ……>

  15. iqbal
    Mei 5, 2010 at 5:19 pm

    malah … sebagai duah jangan bersedih … ganjaran yang diberi oleh Allah lebih bermakna jika di bandingkan kita berjaya menghimpunkan orang selautan tapi hanya buih yang semakin menghilang…., ganjaran yang Allah beri tiada tandingannya… malah itulah kemenangan sebenar buat para duah …. amin…

  16. kembara
    Mei 5, 2010 at 5:20 pm

    di mana boleh cari buku tersebut abu adil?

  17. abuadil
    Mei 5, 2010 at 7:12 pm

    jika anda berada di selangor, pinjam dengan ahli2 isma. ustaz lah rasanya memang ada,,, kalau ada teman2 di mesir, minta dibelikan koleksi rosaail ala’in,

  18. ustazrushdan
    Mei 5, 2010 at 10:20 pm

    ahlan wasahlan abuadil lama tak dengar khabar..selamat mengomen.. semoga bermanfaat

  19. Mei 7, 2010 at 12:40 am

    Saya memang pelik. Dan saya memang pelik dengan rakyat malaysia yang sangat2 racist

  20. noorikhwan
    Mei 9, 2010 at 4:43 pm

    Saya cuba memahami sebahagian rakyat malaysia seperti saudara zacharias.. perbincangan tentang ketuanan melayu kelihatan sebagai racist, betulkah? kalaupun betul ia adalah racist adakah semuanya salah dan perlu ditolak secara total?

    kalau kita lihat disebahagian negara barat bangsa minoriti terutamanya yg beragama islam sering ditindas, disekat kebebasan beragama, disekat hak-haknya dan dipandang serong oleh penduduk setempat. tidakkah ini racist? kenapa berlaku demikian? ini menunjukkan sifat sayangkan bangsa dan hak pribumi memang wujud dalam diri dan mereka berpegang kuat dengan ini. cumanya yg extra racist tu tidaklah kita boleh terima, menafikan terus hak golongan minoriti.

    Sifat sayangkan bangsa yg diketengahkan oleh ISMA adalah usaha utk mengembalikan kekuatan bangsa melayu beragama islam yg merupakan tuan kepada tanah ini. berasaskan islam yang bersifat adil dan rahmah kepada semua makhluk, kekuatan bangsa yang ingin dibentuk tidaklah membawa kepada sifat racist seperti yg sdr zacharis istilahkan.

    saya mencadangkan agar pimpinan ISMA perbanyakkan dialog dan perbincangan dengan tokoh2 masyarakat dari pelbagai bangsa supaya ada pencerahan kepada kerisauan2 ini.

  21. Mei 16, 2010 at 11:24 pm

    membina bangsa utk agama mulia,
    membina bangsa utk menghina bangsa lain itu hina.
    bila mata hati buta,
    kebenaran dilihatnya maksiat.

  22. al-ibnu
    Mei 17, 2010 at 3:05 pm

    tulisan ust lah semakin mendapat sambutan.. walaupun dibenci oleh pihak2 tertentu.. tp alhamdulillah, sekurang2nya mereka ba..atau..yang komen semacam tu tak baca habis? tgk tajuk, terus komen, akibatnya komen yang diberi kadang2 tak berkaitan dan kadang2 seolah2 tidak memahami sedikit pun apa yang disampaikan 😉

    jangan pelik, dah ramai golongan camni.. tak pelik dah.. ISMA terus membina generasi haapan insyaAllah..
    ABIM, JIM, HALUAN, PAS dan lain2 pun insyaALLAH..:)

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan komen