Utama > komentar > Undi Cina

Undi Cina

Semenjak pelihan raya ke 12 hingga ke PRK Hulu Selangor fenomena yang paling ketara ialah undi Cina. Walaupun BN menang di Hulu Selangor, kepimpinan BN belum boleh rasa selamat, kerana Cina tidak undi BN dalam pilihan raya tersebut. Bayangan senario PRU 12 hampir pasti akan berulang pada PRU 13. Undi Cina belum berubah, Cina belum berpuas hati dengan apa yang ditawarkan BN selama ini.

Barang kali sangat memimpikan sokongan Cina, selepas beberapa ketika keputusan pilihanraya diumumkan, Dato’ Najib bagi anugerah RM 3 juta kepada sekolah Cina, walaupun beliau tahu bahawa Cina tidak undi BN pada pilihan Raya tersebut.

Orang terpinga-pinga, ini anugerah besar kepada Cina kerana apa? Takkan sebab mereka tidak undi BN lalu dapat hadiah besar? Kalau begitu orang Melayu patut jangan undi BN juga, sebab kalau undi tak dapat apa sebaliknya kalau tak undi dapat pula. Ada orang cadangkan dalam pilihan raya akan datang Melayu pun jangan undi BN…mudah mudahan boleh dapat sesuatu.

Demikian “undi Cina” sudah menjadi suatu suara berpuaka dalam politik Negara. Semua pihak samada PR dan BN memuja “undi Cina” kerana ia sudah menjadi kuasa penentu untuk mendapat atau mengekalkan kuasa. Masing-masing sanggup tawarkan apa sahaja untuk meredhakan hati orang Cina.

Nampaknya orang Cina belum puas hati dengan tawaran BN. Saya tidak mengandaikan bahawa sebabnya kerana mereka setia kepada PR. Kemungkinan yang paling bijak ialah mereka akan terus menggunakan strategi undi itu untuk menguasai kedua-duanya? Jika demikian bilakah kedua-dua blok politik ini akan dapat menguasai undi Cina?

Pada pendapat anda sebenarnya apa yang orang Cina nak? Adakah sekadar biasiswa untuk anak mereka dan bla…bla…bla…atau lebih dari itu? Dan sampai bilakah puak-puak politikus melayu akan bertarung untuk memenangi undi Cina? Politikus melayu Islam yang berkuasa pun bela Cina dan yang tidak berkuasa pula bercakap bagi pihak Cina.

Itu satu persoalan, soalan yang lebih penting bagi saya ialah bagaimana dengan perjuangan politik Melayu atau kepentingan orang Melayu dan Islam? Orang Melayu takut untuk perjuangkan Islam kerana takut tentangan orang Cina (bukan Islam), munasabahkan kita andaikan bahawa Cina menyimpan undi untuk PR bagi memungkinkan kita melaksanakan hukum/pemerintahan Islam?.

Daripada senario yang ada saya percaya mereka mempunyai agenda yang lebih besar dengan mengambil kesempatan secara bijak atas perpecahan undi Melayu muslim dan menggunakan dengan bijak kuasa undi penentu yang mereka miliki.

Kategori:komentar
  1. iqbal
    Mei 5, 2010 at 5:05 pm

    assalamualaikum… ana doakan semua sahabat yang pernah bersama dan akan bersama meneruskan perjuangan yang tiada noktah ini… teruskan…

    Kekalahan prk di hulu selangor , bukanlah indikatar sebenar dalam menentukan menang atau kalah … yang pasti orang melayu telah hilang maruah kerana boleh di beli dengan hanya beberapa wang ringgit … fikiran mereka tertinggal lebih jauh ke belakang dari segi berpolitik apatah lagi untuk memahami manhaj siasi… jauh dan semakin jauh… itulah nasib orang melayu..

  2. iqbal
    Mei 5, 2010 at 5:08 pm

    apa pun…. ana tetap menyokong perjuangan islam walaupun menerima perlabagai rintangan n halangan… syukran di atas segala bimbingan mu wahai sahabat…., semoga kita di matikan kerana islam… Allahuakbar…

  3. Tidak Keliru
    Mei 6, 2010 at 1:04 pm

    Masalah undi Cina ini perlu di lihat dan di kaji secara serius oleh para Islamist di negara ini. Saya bukan mahu bersikap racist akan tetapi pada umumnya orang2 Cina di Malaysia TIDAK beragama Islam dan banyak sekali tanda2 mereka bersikap menolak Islam yang mau di amalkan oleh ummat Islam. Penolakan ini mereka lakukan melalui kuasa UNDI yang mereka miliki. Data2 terkini penduduk menunjukkan bilangan orang Cina telah menurun kepada 25%daripada 38% pada awal kemerdekaan akibat kadar kelahiran yang rendah dikalangan mereka. Kita baru terbaca minggu lepasakhbar mereka mencanangkan tentang penduduk Melayu di Pulau Pinang kini telah mengatasi bilangan penduduk Cina pertama kali sejak merdeka. Keadaan ini boleh menimbulkan polemik bahawa kini Ketua Menteri Pulang Pinang wajar dipegang oleh orang Melayu sebagai kaum majoriti di sana.
    Kita juga tahu DAP sebagai parti ultra Cina memperjuangkan kesamarataan Malaysian Malaysia ala PAP Singapura atas dasar meritokrasi. Mereka berjuang sebagai pembangkang dari luar kerajaan manakala MCA dan Gerakan memperjuangkan hak2 kaum Cina melalui dalam kerajaan. Walupun kelihatannya mereka bermusuh diluar sana akan tetapi matlamat mereka sama sahaja iaitu mendapatkan sebanyak mungkin hak kaum mereka dari sudut perjuangan masing2.
    Cuba kita lihat pola politik orang2 Melayu/Islam pula. Dulu berpecah melalui UMNO vs Pas dan kini UMNO vs PAS/PKR. Perbalahan dua kelompok Melayu Islam ini banyak berkisar untuk menunjukkan siapa lebih Islam antara satu sama lain. Adakalanya isu2 kepentingan bersama (ummah) diketepikan kerana langsung tidak boleh berkompromi kononnya atas dasar prinsip. Pada saya banyak yang tak kena dalam cara orang Melayu/Islam berpolitik di negara ini.
    Olehitu sampai masanya para mereka yang cintakan Islam mencari formula baru dalam berpolitik di negara ini. Orang Islam perlu bersatu maka barulah kita boleh menguasai halatuju negara ini mengikut kehendak Islam. Saya menyeru kepada UMNO,PAS,Melayu PKR, Ngo2 Melayu/Islam seperti ISMA, JIM, ABIM, Jemaah Tabligh, Hizbut Tahrir, Perkasa dll ayoh kita bersatu atas dasar kita semua mempunyai Aqidah Islam yang satu. Kita bina negara ini dengan kekuatan Islam melalui kepimpinan orang2 Melayu. Kita bersatu bersama2 saudara2 kita di Indonesia, Selatan Thailand, Mindanao yang berjumlah sekitar 300juta orang untuk membina kekuatan melalui kekuatan ekonomi dan politik yang dikuasai oleh orang Islam. Jika orang Eropah boleh bersatu melalui European Unionnya, Amerika melalui United Statesnya, mengapa 300 juta orang2 Melayu tidak boleh bersatu atas Melayu Unionnya….dengan dipandukan oleh Islam….sama-samalah kita fikirkan!!

  4. XSetuju
    Mei 7, 2010 at 7:10 pm

    “…bersatu atas melayu unionnya…dengan dipandukan Islam…” ?

    owh….so, Islam hanya memandu je ea?

    owh…so, orang-orang yang bukan melayu tapi Islam tak yah join perjuangan la ea? sebab perjuangan dan kesatuan melayu?

    kenapa nak kena jumudkan fikiran kepada perjuangan / kesatuan melayu sedangkan Islam kan ada?

    tak cukupkah Islam sebagai pegangan, cara hidup, bangsa?

    kenapa nak kena perjuangan melayu dan Islam?

    Kenapa tidak Islam je?

    Kenapa nak sempitkan pikiran tentang semangat nasionalisme?

    Kenapa nak kembali kepada era jahiliyah yang mana semangat assobiyah begitu kuat? Kenapa? Kenapa?

    Islam tidak akan bangkit bila ummatnya tiada kesatuan hati…ingat, ISLAM…bukan melayu….

  5. Syed Anas
    Mei 9, 2010 at 10:50 am

    Bismillah.
    Xsetuju,anda menyempitkan ruang assobiah yang sebenarnya memberi makna yang sangat besar.
    Elok rasanya anda rujuk tulisan Ust Abdullah Zaik bertajuk “dakwah tanpa asobiah tidak sempurna’ .
    Linknya di sini.

    https://ustabdullahzaik.wordpress.com/2009/11/24/dakwah-tanpa-asobiyyah-tidak-sempurna/

  6. Hanan
    Mei 11, 2010 at 4:23 pm

    Assalamu’alaikum Ustaz Lah,

    Harap ustaz dapat memberikan penjelasan lanjut mengenai perkara berikut:

    1. Semua pihak samada PR dan BN memuja “undi Cina” kerana ia sudah menjadi kuasa penentu untuk mendapat atau mengekalkan kuasa. Masing-masing sanggup tawarkan apa sahaja untuk meredhakan hati orang Cina.
    (Apakah benar PR sanggup tawarkan apa sahaja?)

    2. Jika demikian bilakah kedua-dua blok politik ini akan dapat menguasai undi Cina?

    (Bukankah trend menunjukkan pengundi cina memihak kepada PR sejak PRU12?)

    3. Dan sampai bilakah puak-puak politikus melayu akan bertarung untuk memenangi undi Cina? Politikus melayu Islam yang berkuasa pun bela Cina dan yang tidak berkuasa pula bercakap bagi pihak Cina.
    (Kempen PR di Hulu Selangor banyak ditumpukan kepada Orang Melayu, Cina atau india?)

    4. Orang Melayu takut untuk perjuangkan Islam kerana takut tentangan orang Cina (bukan Islam)
    (Apakah benar kenyataan ini?)

    Pada pandangan saya, orang Melayu perlu muhasabah diri dan melakukan perubahan. Tidak guna kita memberi alasan dengan menyalahkan orang cina sedangkan majoriti pengundi adalah orang Melayu. Amat malangnya setelah lebih 52 tahun merdeka, orang Melayu masih buta politik dan boleh dibeli dengan harga yang murah.

    Kononnya perjuangan bangsa, tapi bangsa lain yang diangkat menjadi pemimpin dengan menolak bangsa sendiri. Mereka inikah yang diharapkan untuk memperjuangkan Islam?

    Wassalam.

    WAllahu A’lam.

  7. XSetuju
    Mei 12, 2010 at 2:54 am

    Jadi ust lah ni maksum ke sampai saya kena ikut tulisan dia? Siapa ust lah ni? Adakah hanya dia bergelar ‘ust’, segala katanya betul?

    kalau dah assobiah, mmg sempit lah skop dia…tak mungkin ia luas…

    macam mane nak kata lorong sempit tuh luas, logik kah?

    melainkan dalil2 dan hujjah itu diputar belitkan maksudnya, hingga orang terpedaya dan terperangkap lalu mengatakan lorong sempit itu luas….

    Dakwah tak mungkin ada assobiah….kerana Islam itu bersikap universal….tak mungkin ia boleh dikecilkan skop hingga ada assobiah dalamnya….

    Jangan nak putar belitkan hujjah dan dalil hanya untuk kepentingan diri sendiri…

  8. Abdullah Zaik
    Mei 12, 2010 at 7:54 am

    Dalam berbincang tak ada siapa kena ikut sape.

  9. Syed Anas
    Mei 12, 2010 at 10:42 am

    Allah3.
    Allahumma Inna Na’uzubika Min Hamazatis Shayathin.
    Beradab ketika berbincang,supaya perbincangan yang dibina ini menghasilkan suatu kefahaman yang sangat berharga.
    Jawapan saya :

    1) Apa yg ustaz Abdullah Zaik tuliskan,adalah melalui apa yang telah dia pelajari dan fahami.Bukankah dia telah mengeluarkan qoul2 ulama,mujtahid yang membincangkan perihal Assobiah?
    Saudara XSetuju,anda tentu kenal As-Shahid Imam Hassan Al-Banna pengasas Ikhwanul Muslimin bukan?
    As-Shahid sendiri juga menyebutkan tentang Assobiah.Dan pada hemat saya,apa yang Ustaz Abdullah Zaik sebutkan ini tidak jauh beza dengan apa yang telah disebutkan oleh al-Imam.

    Tulisan As-Shahid tentang Assobiah ada dalam “Himpunan Risalah Hasan Al-Banna,pada tajuk Dakwah Kita,bermula pada mukasurat 30 (terbitan Pustaka Salam) atau bukunya dalam Bahasa Arab “Majmu’ah Rasail Al-Imam Al-Banna,dalam Risalah Da’watuna bermula dari mukasurat 131 (terbitan دار التوزيع والنشر الإسلامية )

    2) Jadi,secara tidak langsung,seandainya ustaz Abdullah tidak maksum,kata-katanya,ilmunya,kefahamannya adalah dari sumber yang dipercayai.Adapun tentang dalil dan hujah yang dputar belit,sangat elok rasanya anda membaca tentang apa yang saya sebutkan ini (Assobiah) dan fahami sebaiknya akan apa yang sedang kita bincangkan kerana perbincangan tanpa ilmu (hanya ber’aqli tanpa naqli) hanyalah sia-sia.

    3) Sekiranya XSetuju hanya mahukan kemenangan dari perbincangan ini,tinggalkanlah ustaz dan biarlah Ustaz Abdullah yang siapa-siapa ini meneruskan amalnya.Kerana saya yakin,hati yang tidak berlapang dalam perbincangan hanya akan menjadikan amal ini sia-sia,membazir masa dan tenaga.

    Khilaf (perbezaan) itu adalah rahmah,
    Perpecahan itu dicela.

  10. Abdullah Zaik
    Mei 12, 2010 at 12:33 pm

    wa aalaikumussalam,

    elok enta cari sendiri jawpan,,,,kalau jumpa satu yang berlainan daripada yang ana cakap bagi tau…

  11. XSetuju
    Mei 12, 2010 at 11:59 pm

    Nak tau kenapa saya tak setuju?

    Sebab saya sangat pelik kenapa gerakan Islam boleh cakap pasal perjuangan bangsa…

    Dah sama macam UMNO plak dan sekutunya, perkasa…

    Tak pernah pulak saya dengar PAS, HALUAN, ABIM, JIM, Hizbi, dan mcm2 lg nak perjuangkan bangsa…tiba-tiba ISMA bangkit nak perjuangkan bangsa…

    Kata perjuangkan Islam, kenapa nak kena ada perjuangkan bangsa?

    Kan dah terang dan nyata, perjuangan Islam tu universal. Kenapa tiba-tiba jadi skop nya kecik? Kenapa nak kena fokuskan kepada bangsa?

    Saya bukan belajar dari sek ugama, tapi saya jelas prinsip Islam yang sebenar…

    sebab dalam perjuangan Islam, tak perlu nak putar belit peningkan ayat, kata daripada albanna la daripada ibn khaldun la…sebab mmg logik nya, perjuangan Islam itu untuk semua, bukan untuk spesifik bangsa…Sebab tuh dia Syumul…

    saya sangat pelik dengan pemikiran ust zaman sekarang…merosakkan pemikiran pemuda masa kini…

    patut la Islam kian terumbang ambing….

  12. amrar
    Mei 13, 2010 at 11:04 am

    Tulisan As-Shahid tentang Assobiah ada dalam “Himpunan Risalah Hasan Al-Banna,pada tajuk Dakwah Kita,bermula pada mukasurat 30 (terbitan Pustaka Salam) atau bukunya dalam Bahasa Arab “Majmu’ah Rasail Al-Imam Al-Banna,dalam Risalah Da’watuna bermula dari mukasurat 131 (terbitan دار التوزيع والنشر الإسلامية )

    Bgmn konsep asobiyah yg dibawa ISHAB…n how is it correlate dgn perjuangan isma…2 perkara ditanyakan

    syed anas….boleh huraikan ikut pandangan anta…nak juga tahu camne perkara ni dibahaskan dlm usrah ISMA

    please…please…please…ye akh

  13. amrar
    Mei 13, 2010 at 11:14 am

    sy sokong permintaan hanan…

    harap ust lah dapat jelas…supaya integriti dakwaan tu ada…

    insyaallah itu lebih baik bagi seorang muslim yg sodiq

  14. khair
    Mei 14, 2010 at 4:24 am

    harap ISMA dpt keluar kenyataan pasal kebenaran judi sempena WC’10 dgn tegas,lebih tegas seperti isu kalimah Allah sebelum ini kerana perkare ini telah official..sepatutnya UMNO dan kerajaan yg perlu dihentam ttg kesatuan Melayu Islam ini..oleh dek kerana org bukan Islam,Islam digadaikan oleh org Islam sendiri dsbbkn kebenaran judi ini..mereka agama Islam agama rasmi tdk boleh disentuh,tp mereka sendiri sentuh dgn tgn kotor mereka..

  15. Hanan
    Mei 14, 2010 at 2:59 pm

    Kini kecoh pula kononnya ‘DUN Kedah Bubar’?

    Angkara siapakah ini?

    Dulu sibuk laungkan Kalimat Perpaduan dan Isu bergabung UMNO PAS untuk kepentingan bangsa Melayu kononnya kerana Cina sudah memerintah Pulau Pinang. Walhal sebelum ni pun Ketua Menterinya cina.

    Ribut juga di Perak, DAP jadi Ketua Menteri kerana menang 18 kerusi, PAS 6 & PKR 7, manakala BN 28. Bila Nizar dilantik sebagai Ketua Menteri dicanangkan pula kononnya DAP menguasai pentadbiran negeri Perak kerana suara mereka ramai di DUN. Sehinggalah berlakunya Tragedi Merampas negeri Perak oleh BN secara yang amat memalukan.

    Perkara yang sama ingin diulang kembali di negeri Kedah yang diperintah oleh PAS yang memenangi 16 kerusi, PKR 3 & DAP 1. Manakala UMNO 12, MCA 1, Gerakan 1 & Bebas 2.

    Apakah kini bangsa cina yang menguasai pentadbiran negeri Kedah?

    Apakah PAS bukan parti orang Melayu?

    Perjuangan Politik Melayu manakah yang diinginkan di negeri Kedah?

  16. Ummu Insyirah
    Mei 15, 2010 at 6:11 pm

    baiklah.. let say kalau kita kata tak mahu perjuangkan orang melayu..
    kita cakap kita nak perjuangkan orang islam..
    lihat lah waqi’ (suasana sebenar) di Malaysia..
    siapakah yang majoriti di kalangan muslimin muslimat?
    jawapannya melayu…
    adakah kita dapat menyelesaikan isu Islam di Malaysia, apabila majoriti daripada penganutnya bermasalah?

    Orang Melayu juara rasuah
    Orang Melayu juara dadah, rempit, seks bebas, buang anak
    Orang Melayu juara perpecahan
    Orang Melayu juara kaki bodek
    Orang Melayu juara pemalas
    Orang Melayu ketinggalan dalam banyak aspek pendidikan, kekayaan, dan lain-lain

    Dan majoriti daripada orang Melayu ini adalah orang beragama Islam..

    Bukankah kita perlu memperbaiki kualiti bagi ummat yang sedia ada ini?

    Penyelesaiannnya melalui apa? Ya benar, melalui ajaran agama Islam.. Memang betul kita kata nak perjuangkan Islam.. Bila cakap perjuangkan Islam ni, apa yang kita nak betulkan?
    Nak betulkan kerajaan?
    Nak betulkan sistem pendidikan?
    Nak betulkan sosio-ekonomi?

    Sebenarnya apa yang kita betul2 nak perbetulkan adalah aqidah di kalangan setiap jiwa manusia itu…

    Ingat hadith, kalau melalui usaha kamu itu, seseorang mendapat hidayah Allah, lebih baik dari dunia seisinya..

    Dengan terbetulnya jiwa manusia mengikut landasan Islam itu… Ingat, matlamat dakwah itu adalah meletakkan semula hak-hak Allah SWT di atas muka bumi, masakan hak-hak Allah dapat dikembalikan apabila manusia-manusia tidak menerimanya..

    Lalu, apa masalahnya jika memperjuangkan supaya sesuatu bangsa yang terdiri daripada jiwa-jiwa beragama Islam agar kembali kepada manhaj aqidah yang sebenar…

    Imam Asy Syaheed Hassan Al Banna dalam risalah2nya, banyak menyeru “wahai bangsa Arab..”…. adakah bermaksud dia asobiyah dengan kaum Arab dan mengetepikan Islam?

    Tidak, sebaliknya beliau melihat permasalahan dalam masyarakat Arab menyebabkan sebagai salah satu faktor menghalang perkembangan kefahaman Islam sebenar di kalangan masyarakat Arab…

    Dan kita tahu dakwah Ikhwan Al Muslimin bukan sekadar di Jazirah Arab.. malah berkesan di seluruh dunia, di kalangan pelbagai bangsa, tetapi menggunakan teori yang sama🙂

    Boleh baca satu artikel menarik dari Ustaz Annuar Salleh “Bangsa dan Islam”..

    Allahua’alam

  17. amrar
    Mei 15, 2010 at 9:46 pm

    Imam Asy Syaheed Hassan Al Banna dalam risalah2nya, banyak menyeru “wahai bangsa Arab..”…. adakah bermaksud dia asobiyah dengan kaum Arab dan mengetepikan Islam?

    Ana kadang2 melihat orang2 isma dlm kolum komentar ni suka buat hujah secara derivative tanpa ada asasnya maksudnya….ISHAB bukan ke org arab..dan org sekitarnya yg beragama islam bukan ke org arab juga…so apa masalahnya…ke kat msia ni org islam tu melayu je cam kat tanah jazirah tu

    kalau nak berhujah dia juga asobiyah….patutnya dia kata wahai arab mesir… baru kena….paham x ni?? yg dia cakap tu general statement laa…cam kalau kita cakap wahai bangsa melayu…mencakupi masalah melayu indonesia, brunei, thai, etc

    so seruan ketuanan melayu tu sama ke cam seruan “wahai bangsa melayu”

    malas nak ulas panjang2…hrp nampak the point…sbb hujah balas pun tak best (spt di other threads)

  18. Mohammad
    Mei 17, 2010 at 12:37 am

    Salam ukhuwwah.

    Ana kira kajian/penulisan ilmiah drpd Abdul Halim Ramli ni sangat bagus untuk kefahaman kita tetang asabiyyah.

    http://abdulhalimramli.blogspot.com/2008/07/asabiyah-dari-pemikiran-ibn-khaldun.html

    p/s- Ibnu khaldun hidup 1332-1406. Bermakna dia hidup antara zaman Abbasiyyah dan Uthmaniyyah. zaman Islam memimpin dunia. Beliau juga x maksum, tapi terkenal sebagai ulamak yang menguasai bidang ni dan banyak lagi bidang.

    – Hati2 dengan perbuatan kita (az-zalzalah: 7-8.).

    – Muslim ada hak2nya. di samping menjaga maruah kita juga utk menutup keaiban diri (tentang taipan kita).

    Allahu A’lam.

  19. basil ulwan
    Mei 17, 2010 at 10:57 am

    keras komen x setuju. Adapun bila syed kata kena rujuk kepada tulisan ust Lah, amatlah tak bersetujunya saya sbb seolah2 rujukan di sini utk tahu benar atau salah adalah ust lah. walaupun dia ust, tapi kita ni kan manusia biasa, apalah hebatnya sangat. Rujuklah kepada tulisan ulamak yang muktabar, para syuhada’ untuk mengambil ilmu, bukan dari ust lah yang kebetulan juga adalah pencetus isu ini. Rujukan harus kepada yang muhaayid dan ada autoriti. Komen ke2, cukuplah bincang bab bangsa ni, Kalu nak bincang , dalam topik yang dulu, bukan topik ni. TQ

  20. Syed Anas
    Mei 17, 2010 at 11:42 am

    Salam,amrar.

    1) Ana tak pernah sebut ana ikut usrah ISMA.Jadi,seandainya ana berikan pendapat,itu adalah dari pandangan,penelitian dan pemahaman ana yang terbatas.Seandainya ana ikut usrah ISMA pun,apa yang ana perbahaskan tidak semestinya adalah hujah ISMA.

    2) Sekiranya anda mahukan hasil perbincangan dalam usrah ISMA mengenai pemikiran Hasan Al-Banna dan bagaimana ianya collerate dengan apa yg di bawa oleh ISMA,seeloknya anda merujuk apa yang pernah dibentangkan oleh pimpinan ISMA dalam KOBANNA 2010.Itu lebih menepati kehendak anda.

    linknya di sini.
    http://www.ismaweb.net/v4/muat-turun/kertas-kerja-kobanna/

  21. al-ibnu
    Mei 17, 2010 at 4:28 pm

    http://ridhuantee.blogspot.com/ blog ni menarik juga.. =)

  22. AHZ87
    Mei 17, 2010 at 9:34 pm

    Qudwah itu adalah sebahagian daripada dakwah.Teruskan usaha ISMA, semoga masyarakat memahami dakwah kita. Kita mempunyai prinsip.Semoga Allah bersama-sama dengan orang yg berlumba-lumba membuat kebaikan.
    “فاستبقوا الخيرات”

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: