Utama > Perutusan > Judi Bola; Kerajaan Mencabar Sensitiviti Umat Islam

Judi Bola; Kerajaan Mencabar Sensitiviti Umat Islam

Tindakan kerajaan meneruskan keputusan memberikan lesen judi kepada Kumpulan BERJAYA milik Vincent Tan merupakan satu sikap berani yang tidak bertempat. Walaupun ia dibantah oleh banyak pihak kerajaan belum tunjukkan tanda akan menarik balik keputusan.

Ini kerana kerajaan dengan tindakan tersebut, seperti sengaja mencabar sensitiviti umat Islam dan memijak kehormatan hukum Islam. Adalah sangat memalukan perkara seperti ini dilakukan oleh sebuah kerajaan yang majoritinya beragama Islam. Kerajaan dengan itu menguburkan kepercayaan masyarakat Islam terhadap dirinya sebagai pihak berkuasa yang dipercayai dan diberi mandat untuk mempertahankan agama dan maruah umat Islam.

ISMA merakamkan rasa kesal yang tidak terhingga kerana harapan dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat telah diabaikan dengan begitu sahaja.

Adakah keuntungan besar yang diharapkan oleh kerajaan dari duit yang haram telah menjadikannya tersasar dari norma sebagai sebuah pemerintah yang berintegriti? Bagi ISMA ia bukan sekadar haram tetapi yang lebih berbahaya dari itu ialah kerajaan sendiri yang sepatutnya beramanah dalam menjaga dan memelihara kepentingan umum telah sanggup mencariknya dengan pulangan yang tidak seberapa.

Apa bezanya judi yang dihalalkan oleh kerajaan dengan judi yang diharamkan oleh kerajaan? Tidakkah semuanya akan membawa kemudharatan kepada kesejahteraan hidup masyarakat?

ISMA beranggapan Kerajaan telah melakukan kesilapan yang serius apabila dengan rasmi melakukan pencabulan terhadap nilai dan prinsip yang menjadi dasar negara dan pegangan masyarakatnya sendiri.

Kategori:Perutusan
  1. Muslim
    Mei 15, 2010 at 12:12 am

    Marilah bersama, kita teguhkan yang hak, hapuskan yang batil !!!

    Wahai para pemimpin kami, ingatlah kalian kepada hari yang kemudian…..sesungguhnya disitulah terlaksananya segala perhitungan dan pembalasan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

  2. Mei 15, 2010 at 3:10 pm

    Oleh itu sokonglah kerajaan BN yang mempunyai pansihat APCO. Supaya lebih ramai lagi umat Islam di malaysia buat dosa. Meramaikan orang berdosa samalah dengan kerja iblis yang berikrar akan meramaikan rakan-rakannya dikalangan anak Adam dalam neraka…
    Buatlah program seluruh negara bagi menyedarkan manusia muslim melayu yang susah nak sedar tentang dosa dan pahala.

  3. Mei 15, 2010 at 4:01 pm

    Allahu akbar..!
    skdr renungan..Sesuatu itu tidak boleh disebut benar atau haq apabila hanya menggunakan Naql tanpa Aql, begitu pula sebaliknya apabila hanya menggunakan Aql saja tanpa Naql. Begitulah, kerana Aql dan Naql adalah satu kesatuan yang tidak boleh dipisah sebagaimana disebutkan dalam hadis bahawa Addin adalah Aql…
    mudah2an pimpinan ngr mbuat ptimbangan yg sewajarny dlm hal ini..wajar dicontohi Brunei d.s yg ,mharamkan pminum arak dan segala2 yg berkaitan dgn arak..insyaAllah..mohon dijauhkan sgla kemudaratan..amiin..allahuma amiin..

  4. Muslim
    Mei 15, 2010 at 8:04 pm

    Janganlah sudah terhantuk baru terngadah….

    Bila dah jadi mcm Aceh baru nak implement syariat,
    kita mesti ambil pengajaran daripada kisah2 lalu, mahupun daripada al-quran ataupun pengalaman saudara2 kita.

  5. amrar
    Mei 15, 2010 at 8:33 pm

    Kalau nak ditegur….banyak lagi yg perlu ditegur/ditegah kerajaan sedia ada….

    Penyalahgunaan kuasa dan wang, kezaliman pada masyarakat muslim dan bukan muslim, dan bermcm2 lg

    Harapnya setelah ini,, kita terus mencegah mungkar kerajaan dengan bersungguh dan tidak memilih isu berimpak “kecil” semata

    Allahu akbar

  6. noorikhwan
    Mei 15, 2010 at 10:21 pm

    Tahniah ISMA!

    Taruskan usaha nahi mungkar. Tidak kira di pihak mana, yang mungkar tetap ditolak. Apatah lagi kemungkaran menjadikan musuh-musuh islam sebagai wala’.

    Semoga bangsa Melayu boleh bersatu di atas panji Islam.

  7. Mei 17, 2010 at 9:21 am

    Sejak bila pulak judi, yg Allah clearly mention dlm quran sbg ‘rijsum min ‘amali ssyaithon’ itu jadi isu ber impak kecil?

    kita saling membantu dlm perkara kita spakat, kita terbuka dlm hal yg kita selisihkan.

  8. Mei 17, 2010 at 12:17 pm

    Jazakallah,ust.
    Bersama Membina Generasi Pemimpin Harapan..=)

  9. Mei 17, 2010 at 10:55 pm

    entah2 sket lagi pelacuran pun dihalalkan…ye la..alasan dihalalkan judi oleh kerajaan sebab kalau x luluskan lesen …org tetap buat judi bola sepak secara haram….
    abih tu skrg tiap2 minggu ada kes tangkapan pelacur…boleh jadi suatu masa nanti ada idea dihalalkan pelacuran pulak….hujahnya ..sebab lesen judi bola ni la….bahaya ni..bahaya ni…Semoga para pemimpin kita insaf dan taubat…diharapkan semua ulama-ulama dan ustadz yg bekerja dalam kerajaan serta semua mufti-mufti yg dilantik dapat bersuara dan menegur kerajaan….kami ni budak2 lagi..kalau cakap ape pun sure kerajaan x peduli..tapi kalo semua mufti dan ustadz dalam kerajaan bersuara…sure kerajaan boleh dengar punyer….

  10. Mei 18, 2010 at 4:45 pm

    ustaz…

    ana berbesar hati seandainya ustaz dapat komen dan bagi pendapat tentang isu ini….

    http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/05/apa-mesej-gospel-kalimah-allah-di-sibu.html

  11. Mei 18, 2010 at 11:30 pm

    Kerajaan harus membuat kajian lebih mendalam. Lihat di Singapura, bagaimana kesan pembukaan 2 kasino terhadap masyarakat, gejala sosial, ketagihan judi dan sebagainya.

    Kalau tak ada iman pun, lihatlah kepada data, statistik dan sebagainya.

    Sayang… dalil naqli tolak, aqli pun tolak

  12. amrar
    Mei 18, 2010 at 11:59 pm

    saya tahu judi bukan hal kecil…sebab tu lah saya letak tanda ” “….haiiihh…melenting nampak

    nampak sgt tak faham komentar saya secara overall…

    takpelah…saya dah lali dgn cara org isma berkomentar disini

    p.s: maybe tak keluar komen ni…sbb x menambahkn ilmu kot

  13. Mei 20, 2010 at 2:35 pm

    Biasalah tuan Amrar, ramai Zahiri kat sini. Lepas ni enta kena tulis, dan karang syarah dia sekali

  14. Jun 3, 2010 at 2:04 pm

    salam,
    saya juga amat tidak bersetuju dengan pemberian lesen judi ini. Jelas agama islam sebagai agama rasmi telah dicabul demi memuaskan nafsu sebahagian daripada kita. dan kedaulatan raja2 di robek2 sebagai ketua agama. Saya akan terus membantah, dan memastikan generasi yang lahir kini dan berikutnya membantah.

    P/S- seperti terdapat beberapa org yang begitu tidak berpuashati dalam setiap komentar, kenapa yek?

    Andai rasa dgn komentar begitu kita mendapat kemenangan maka, Puji Allah banyak2 dan beristigfarlah. Allah penerima taubat.

  15. moon
    Ogos 25, 2010 at 8:42 am

    dunia akhir zaman..Malaysia Islam pada nama je,

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: