Utama > komentar, Uncategorized > Tragedi Kemanusiaan, Barat Patut Umum Berkabung

Tragedi Kemanusiaan, Barat Patut Umum Berkabung

Belum habis menyususn ayat mendoakan keselamatan konvoi kemanusia yang di jadual sampai diperairan Gaza petang ini, tiba kedistinasi dengan selamat, saya menerima mesej awal konvoi telah diserang.

inna lillah wainna ilaihi rajiun, kini 19 orang diporkan shahid dan 70 lagi cedera. Hubungan dengan konvoi terputus.

Israel benar-benar telah  umumkan apa yang ia akan lakukan keatas konvoi. Tiada siapa jangka ia akan benar-benar laksanakannya, kerana ia adalah misi kemanusian dan kemanusiaan adalah palsafah hidup barat.

1.5 juta rakyat Gaza hidup dalam kepungan, ternafi hak-hak kemanusia mereka. Atas asas kemanusian yang sama diperjuangkan oleh Barat konvoi kemanusia yang dianggotai oleh lebih 40 buah negara termasuk dari eropa.

Tetapi negara yang didokong oleh Amerika dan Eropa itu sudak tidak berperi kemanusiaan lagi. Serangan ketas konvoi kemanusian yang membawa bantuan kemanusia kepada manusia yang ternafi hak kemansuannya adalah tragedi keatas kemanusiaan itu sendiri.

Jesteru, saya menyeru semua negara barat yang menyokong Israel umumkan hari ini 31/5/2010 sebagai hari berkabung keatas kemanusian.

  1. Mei 31, 2010 at 8:26 pm

    Ustaz,

    Jika kita lihat, seperti yang terpapar di laman BBC, masyarakat UK sudah lebih terbuka, dan ramai sudah tidak menyokong Israel seperti 20 tahun lalu. Kemunculan internet telah berjaya sedikit sebanyak membuka mata sahabat2 di Eropah dan USA untuk menentang polisi UK dan USA terhadap Israel.

    Kini, dengan lebih ramai MP muslim di dalam Parlimen UK, kita mengharapkan agar suara-suara anti-zionis (bukan anti yahudi) dapat lebih jelas dalam membentuk polisi luar negara.

    Perdana Menteri Malaysia sendiri masih berdiam diri, tak keluar statement apa pun berkaitan isu ini. Bagaimana kita mahu beri tekanan pada pemimpin luar, kalau pemimpin Malaysia sendiri masih tunduk pada zionis APCO.

    InsyaAllah, kita sama-sama ubah di dalam dan luar negara.

  2. basil ulwan
    Jun 1, 2010 at 10:13 am

    Aman palestin harus lebih berperanan. Bantu NGO lain yang terlibat. Tentu ust lebih arif caranya. TQ

  3. khalisah
    Jun 1, 2010 at 10:32 pm

    hehe..macam kenal je basil ulwan ni

  4. hatta md
    Jun 2, 2010 at 3:55 am

    zacharias: PM kita baru keluarkan keterangan. Lambat sket.
    Malaysia pandang serius isu Palestin tapi mungkin bukan prioriti.

    basil ulwan: rasanya Aman Palestin tak pernah kurang peranannya. Di Palestin saja AP sudah ada cawangan sendiri. Difahamkan sejak Ogos 2009 AP sudah memiliki klinik, kedai, kilang roti dan kandang lembu (meskipun kecil) di Gaza. InsyaAllah setiap badan ada ruang dan peluang untuk menjalankan peranan masing2. Tak keluar nama dalam berita tak mesti kurang peranannya.

  5. Jun 3, 2010 at 1:50 am

    InsyaAllah setiap badan ada ruang dan peluang untuk menjalankan peranan masing2. Tak keluar nama dalam berita tak mesti kurang peranannya.

    setuju,seratus pratus . ALLAH MENILAINYA. bukan pengiktirafan manusia.

  6. mubashir
    Jun 3, 2010 at 2:49 pm

    Salam, kenapa ustaz tak siarkan komen ana sblm ni? ustaz patut bawa aman palestin utk turut serta dlm perarakan ke kedutaan US esok. Ini ruang utk kita dan NGO lain bersatu, dan semestinya kita perlu sepakat dlm isu ini..

  7. mubashir
    Jun 3, 2010 at 3:33 pm

    oh, maaf, baru perasan yg ISMA n Aman Palestin pun turut serta dlm demo esok. Tp kenapa buat awal? kenapa tidak bersama-sama ngo lain selepas solat jumaat? afwan..

  8. khalisah
    Jun 3, 2010 at 6:51 pm

    senang cerita..mari kita sama2 cari peluang untuk mainkan peranan…ana sentiasa optimis kesatuan dan kemenangan itu sudah hampir!🙂

  9. Abdullah Zaik
    Jun 3, 2010 at 10:43 pm

    Jemput seratai demo di kedutaan Turki esok…..kita bersama di sana..amacam?

  10. amrar
    Jun 4, 2010 at 12:18 am

    Pening….demo ni pun nak buat berlainan dgn yg lain….cam pas dgn umno yg tak boleh bersatu buat sama tmpt….

    bukan kesatuan yg ramai tu penting dlm demo camni…

    knp camtu yerk? haihh…kiranya jam 11 tu demo anjuran isma la yer…

    (sorry sbb sy tak nmpk demo tu dilanjutkan ke kedutaan amerika after jumaat dlm iklan pun)

  11. Aslami
    Jun 4, 2010 at 8:19 am

    salam..
    simple jer pukul 11 kat Kedutaan Turki.. pastu solat Jumaat berdekatan Tabung Haji pastu pukul 2 ke Kedutaan US.. senang cerita.. tak kelang kabut pun.. Pening pun x..

    tapi ana kat sini kene wat Demo kat umah sendiri ler.. he2

    salam dari Abdur Rasul , Kaherah

  12. abu muaz
    Jun 4, 2010 at 7:58 pm

    Setakat ni saya nampak Aman Palestin paling steady (yang lain pun tak kurang peranannya).

    Baru2 ni TV3 ada paparkan pasal Aman Palestin cawangan Gaza, ada pejabat, kedai, kilang roti, etc….

    Alhamdulillah, teruskan ustaz Lah. Biar amal berjalan dulu dan menjadi jurubicara para daie yang ikhlas.

  13. ila
    Jun 5, 2010 at 10:28 am

    Salam,

    Kenapa ISMA x join skali dgn lifeline 4 gaza? Tgk banyak NGO islam yg lain.

  14. Abdullah Zaik
    Jun 6, 2010 at 6:13 pm

    ISMA cukup dengan penglibatan Aman Palestin. Kita bukan berkerja untuk Gaza sahaja tetapi untuk Palestin keseluruhannya. ISMA menghargai sumbangan sesiapa sahaja dalam mebantu Palestin. Ia bukan medan untuk menyohor atau mendabik dada tetapi beramal untuk mendapat ganjaran Allah, ia berhasil samada manusia tahu atau tidak tahu.

    wallahu aklam

  15. Jun 6, 2010 at 6:13 pm

    Tentera Zionis penakut
    baca di
    http://tebangtebas.wordpress.com/

  16. -
    Jun 6, 2010 at 7:40 pm

    Kita patut sokong dan gembira dgn sesiapa saja yang membantu Palestin hatta orang kafir sekali pun (i.e ahli2 parlimen Eropah), atau puak2 sekularis (yg menyumbang atas dasar kemanusiaan). Isu Palestin adalah isu sejagat.

    Lucu juga, bila saya terdengar ada orang bagitau (wallahualam betul ke tak info ni) yang jemaah Islam yang tak ada dalam kapal lifeline 4 Gaza ni, dia bukan jemaah/NGO yang dipilih ALLAH dan jemaah yg benar….saya garu kepala…. mcm-mcm ada…

  17. kalao
    Jun 7, 2010 at 9:42 am

    ustaz abdulah zaik: Ia bukan medan untuk menyohor atau mendabik dada tetapi beramal untuk mendapat ganjaran Allah, ia berhasil samada manusia tahu atau tidak tahu.??????

    mksudnye apa ustaz..?
    adakah depa yang mnyertai lifeline4gaza itu hendak menyohor dan mendabik dada.?????????

    lagi garu kepala.

    Lucu juga, bila saya terdengar ada orang bagitau (wallahualam betul ke tak info ni) yang jemaah Islam yang tak ada dalam kapal lifeline 4 Gaza ni, dia bukan jemaah/NGO yang dipilih ALLAH dan jemaah yg benar….saya garu kepala…. mcm-mcm ada…???????

    diorang adlah orgyang tak paham.

  18. kalao
    Jun 7, 2010 at 9:44 am

    Setakat ni saya nampak Aman Palestin paling steady (yang lain pun tak kurang peranannya). ……????

    menarik.dan tahniah.

  19. ber nama
    Jun 7, 2010 at 4:26 pm

    To kalao, saya rasa tak susah nak faham ayat2 ust Lah. Cuma andaian (andaian lagi), tolong u Lah jawab:

    1. Tidak ada apa2 pun, cuma kita yg suka ber persepsi. Ia sekadar peringatan ust Lah yg berpengalaman dlm menangani dan membaca jiwa2 manusia yg beramal serta risiko bisikan2 syaitan.

    2. Mungkin juga ada org yg tak terlibat dan bekerja pun, tapi sibuk dok kata orang tu bekerja orang ni tak bekerja, utk palestin (kebetulan aman Palestin tak ada dlm misi ni).

    3. Mungkin ada orang yg tolong tepi2, tapi bila jadi glamer mcm ni, hah..dia dah jadi ujub sorang2. Mulalah nak mendabik dada..kesian…. Orang lain yg beramal dan yg ikhlas relax dan dok diam2 saja.

    – jgn kata dari org yg tak faham, saya pernah jumpa, kenyataan2 pelik keluar dari orang yg lama dlm tarbiyyah. Tak pelik lah..

  20. Ahmad
    Jun 7, 2010 at 5:34 pm

    Cukuplah Allah sebagai matlamat kita.. Tidak perlu orang melihat dan mentafsir amal kita, biarlah Allah yang menentukannya.

    Kata2 dari seorang hamba Allah yang ana ingat perlu dijadikan pedoman pada setiap orang,”alau kita rasa kita lebih baik daripada orang lain atau mereka yang bersama kita lebih baik daripada mereka yang lain….elok muhasabah dulu. Itu mungkin tanda hati kita telah berpenyakit…!”

  21. hatta md
    Jun 7, 2010 at 10:50 pm

    Bagi yang tak perasan, dalam konvoi LL4G, ISMA berada dalam Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan telah dipersetujui MAPIM diwakili oleh Mustapa Mansor.

    Alhamdulillah semuanya berjalan lancar…
    Yang sokong Turki pon lancar, yang bantah US pon lancar..

    Semoga kita terus beramal. Baik yang nampak kecil atau nampak besar, hatta tak nampak sekalipun di mata orang.
    Sebab Allah maha mengetahui.

  22. abu muaz
    Jun 8, 2010 at 12:20 am

    Alhamdulillah..tahniah…tahniah….

    Marilah meramal dan bekerja bersama-sama mereka yang telah mewakafkan jiwa dan segalanya utk ISLAM.

    Diakhirnya, orang yang berjaya di sisi ALLAH hanyalah mereka yang ikhlas dan mengharapkan ampunan dan redha ALLAH. Selainnya, adalah sia-sia belaka, walau siapa dan apa yg mrk lakukan.

  23. XSetuju
    Jun 8, 2010 at 12:58 am

    ISMA nakkan kesatuan ummat yang benar-benar kesatuan…

    tapi susah nak sertai program bersama dengan NGO-NGO lain, kenapa ye??

    Mcm mane nak dapat kesatuan tapi tidak usahakan ke arah penyatuan tuh??

    then statement,
    “Ia bukan medan untuk menyohor atau mendabik dada tetapi beramal untuk mendapat ganjaran Allah, ia berhasil samada manusia tahu atau tidak tahu.”

    Apa maksud Ustaz dengan statement nie?? Adakah nak katakan mereka yang terlibat dalam LL4G tuh tgh mendabik dada??

    saya semakin pelik dengan pendirian ISMA…
    harap ada penjelasan…

  24. Abdullah Zaik
    Jun 8, 2010 at 10:28 am

    kepada xsetuju,

    1. “ISMA susah nak join mana-mana NGO”, itu point yang diadakan oleh Xsetuju,,,,apa tujuan Xsetuju? adakah dengan cara dan sikap yang ditunjukkan oleh xsetuju sekarang, xsetuju nak tunjukkan xsetuju seorang pencinta kesatuan?
    2. Adakah Xsetuju tahu bahawa ada orang tidak mahu ISMA dan Aman Palestin Join? kalau tak tahu mungkin Xsetuju orang baru, kalau xsetuju tahu, tentu ada motif disebalik mempekejkan isu ini untuk menampakkan wajah buruk kepada ISMA dan Aman palestin.
    3. Saya tidak tujukan perkataan “menyohor” atau mendabik dada” kepada mereka yang terlibat dalam LL4G, tetapi kepada mereka yang mengungkit-ungkit isu ini seolah-olah nak tunjuk puak dia join dan ISMA tak Join. ok, katakan ISMA tak join dan ISMA rugi, apa masalah pula kepada xsetuju?
    4. Tiada yang pelik dalam pendirian ISMA, ketidak terlibatan kita berasas perkiraan yang teliti. iSMA tidak rasa ralat atas keputusan yang telah diambil. xsetuju, saya kenal ramai orang yang seperti awak yang memiliki tingkahlaku yang sangat pelik. puluhan tahun saya bergaul dengan mereka, sepatah perkataan keluar dari mereka saya dah tahu tujuan mereka” cuma saya tidak mahu layan mereka.

  25. mahyudin
    Jun 8, 2010 at 11:47 am

    skrg LL4G dan demo di Kedutaan Turky dan Us pun dah selesai…sambutan wira-wira pun dah selesai… mai kita fikir pula bagaimana nak dpt balik barang2 dan kapal yg terlepas pada Yahudi, bagaimana nak sedarkan masyarajat kepada Isu Palestin, bagaimana memastikan sumbnagan mereka sampai kpd saudara kita rakyat Palestin. jangan pula lepas senyap saja…
    Isu Palestin ni dah berapa lama! …sejak bila pula mula ada badan2 Islam yg serius berusaha menyedarkan masyarakat Malaysia! baru ni ni saja dengar …. alhamdulillah itu adalah permulaan yg baik. moga Rakyat Palestin mendapat hak mereka …
    Alhamdulillah juga ap tak join LL4G secara lansung,bagi saya ada hikmahnya…. cuba fikir2kan …pabila maklumat identiti kita di kenali dan cop yg bukan2… kalau gah sgt pun susah juga usaha penghantaran selepas ini…maklum Yahudi! faham2.. lagi pula kita dah kerja2 di Gaza. macam2 pula nanti …
    Saya yakin AP teruslah secara yg sekarang ni ..biar berhasil matlamat kita.. tak payah dok kisah dgn dunia popular ..wira ka dll lagi.
    Yang penting KEIHLASAN dan matlamat membantu berhasil.
    Ingat kita sedang berdepan dgn Musuh yang serba canggih ..jadi kita pandai juga…
    Dgn apa yg berlaku di Laut Med..juga ada pengajaran untuk kita… jangan dok marah2 dan kata yg bukan pada Mesir, mereka masih Islam dan tentu masih ada kebaikannya… bagi saya dan yakin melalui mesir adalah terbaik buat masa ini, cumanya kena caranya dan mujamalah dgn mereka… biarlah org yang pernah tinggal di Mesir yg lebih kenalmengenai tabiat meujamaklah dgn mereka… kalo orag lainbagi saya tentu sukar dan tak tahan dgn kerenah mereka dan kemudian cakap yg bukan2 pula.
    Rugi nanti matlmat nak bantu entah kemana? yg dapt sanjungan sbgai wira … buat malu je. bagi banyak dpt sanjungan sbgai wia ke apa ke ! kenalah banyak Istiqfar dan kuat lagi amal utk Palestin selepas ini…kao tak ! pesanan saya kepada diri saya, AP dan sesiapa yg berusaha bagi meringankan saudara kita di Palestin – mahyudin

  26. Abu abdullah
    Jun 8, 2010 at 3:16 pm

    Ada orang tidak mahu ISMA dan Aman Palestin Join????…..Mempekejkan isu ini untuk menampakkan wajah buruk kepada ISMA dan Aman palestin ????????????

    Marilah beristighfar kepada ALLAH SWT.

    Dulu2 dok baca saja buku Bahtera Penyelamat (Hadis orang mukim yng dengki padanya) karangan syeikh Fathi Yakan…..kini, nampaknya ISMA &AP, kena ulang2 baca dah hayati lagi, supaya kekalkan stamina keihlasan para daie. Kena terima hakikat asam garam perjuangan. Kalau hadith sohih dah sebut, MESTI wujud disepanjang zaman…cuma bentuk dan wajah mereka saja berbeza.

    ISMA & AP ada agenda yg lebih besar dihadapan. Ini semua hanya kemucup2 disepanjang perjalanan.

    Agenda pembebasan keseluruhan tanah palestin dan alam ini, agenda kesatuan ummah, memartabatkan ISLAM, etc…ini semua menuntut harga yang paling mahal dari semua, bukan dari ISMA & AP saja.

    Kita tinggalkan kemucup2 ni, biar ALLAH mengadilinya.

  27. basil ulwan
    Jun 8, 2010 at 5:14 pm

    macam-macam ada. Sudahlah berbahas.Apa yang penting semangat bekerjasama antara ngo tetap dimantapkan. Mari kita bertolakansur atas pendirian aman palestin ini.

  28. basil ulwan
    Jun 8, 2010 at 5:16 pm

    kali pertama melihat ust lah jawab panjang lebar dalam posting ni. Alhamdulillah, tapi nampak macam marah jer? jangan marah ek? Xsetuju memang nak tanya jer, jawablah dengan baik. tq

  29. flotilla00
    Jun 8, 2010 at 8:04 pm

    isma pelik, lain dari yang lain

  30. Abu abdullah
    Jun 8, 2010 at 9:41 pm

    Orang palestine dok berjuang dgn darah dan air mata utk hidup mulia dan mengejar syahid. Setiap detik diancam peluru dan maut, dihina, dizalimi, dipukul, dibunuh, diseksa, dipenjara, dipisahkan keluarga dan sejuta lagi penderaan zahir/batinsejak 62 tahun lalu tanpa henti.

    Tiba2 disatu sudut dunia, ada orang dok sibuk kelam-kelibut siang-malam pasal orang lain (bukan dia) yg tak naik kapal…sibuk pasal startegi dan syura orang lain…

    bekerjalah….kalau yakin dgn jalan dan cara kita, tak perlu nak buang masa dok fikir utk pihak orang lain….masing2 ada amanah sendiri yang perlu dijaga. Kita dgn syura kita, mrk pun ada syura mereka. Semua dapat pahala. InsyaAllah…taqabballahuminna wa minkum….

  31. Muslim
    Jun 8, 2010 at 10:07 pm

    ghuraba’ ………

  32. al-aslami
    Jun 9, 2010 at 7:23 am

    gharib..?? tuuba lilghuraba’…

    he2..
    khair Insyallah..

  33. abuadil
    Jun 9, 2010 at 8:39 am

    saya menunggu jawapan mengapa isma & ap tak join LL4G berdasarkan berfikir secara manhaji.. saya sebagai orang pas, tak yakin pas menghalangnya.

  34. Hasan Halim
    Jun 9, 2010 at 8:52 am

    hasbunallah wa ni’mal wakil

  35. abu muaz
    Jun 9, 2010 at 11:07 am

    Ana ahli ISMA, amat thiqah dgn syura ISMA dan Aman Palestin. Dalam masa sama nak ucapkan salam perjuangan khas utk HaluanPalestin, yg bekerja dgn penuh kesungguhan dan keikhlasan, insyaAllah.

    Zionis ni tak kan boleh tumbang hanya dgn sekadar hantar satu misi kapal bantuan saja, kena ada ribuan kaedah/cara/initiatif lagi sehingga depa dapat dihancurkan, dgn masa yg ALLAH saja yang Maha Tahu.

    Jadi ini bukan kerja seorang atau sebuah pertubuhan saja. Semua saling melengkapi. Misi LL4G ni telah mencapai objektif propagandanya. Tapi tak kan habis hanya disitu…rakyat palestin masih kelaparan, ketakutan, dizalami, dijajah etc…. Sapa nak selesaikan tu

    Alhamdulillah, Aman Palestin akan hantar lagi bantuan ke Gaza dlm masa terdekat ni.

  36. Abdullah Zaik
    Jun 9, 2010 at 5:52 pm

    tentu bukan orang PAS, Abu Adil

  37. Jun 10, 2010 at 5:00 pm

    Salam
    Ketika isu ini mula timbul, hati ini tertanya-tanya juga mengapa ISMA dan AP tidak terlibat, terutama apabila melihat magnitud kesan dari serangan terhadap Mavi Marmara dan ketika menghadapi pertanyaan demi pertanyaan oleh banyak pihak tentang ketidaklibatan ISMA dan AP dalam isu ini. Namun setelah mendapat penjelasan dari Ust. Lah dan setelah memikirkan perkara ini dari segenap sudut, hati mula terasa tenang dan dapat menerima hakikat.

    Harap perkara-perkara ini dapat dipertimbangkan dan ISMA tidak dipersalahkan:

    1. Rakyat Malaysia berjumlah 20 juta. Urusan untuk menyampaikan kefahaman tentang Palestin dan mengutip bantuan pastinya tidak mampu untuk ditangani oleh AP sahaja. Wujudnya NGO2 lain yang juga berperanan dalam menyebarkan kefahaman dan mengutip serta menyampaikan bantuan amat dialu-alukan. Lebih banyak NGO yang wujud, maka capaian akan lebih luas dan kutipan bantuan akan lebih banyak.

    2. Ketika mana AP melaksanakan projek itu dan ini (projek kaki palsu, kedai runcit, KBAZ dsb) tiada pula kedengararan suara-suara yang mempertikaikan dimanakah NGO2 lain dalam isu Palestin dan tidak pula pernah kedengaran aktivis ISMA mempertikaikan ketidakterlibatan NGO2 lain dalam aktiviti Palestin.

    3. Isu Palestin adalah milik ummah, dan Palestin akan sentiasa berperanan untuk mengembalikan semangat jihad kepada para mu’minin yang ikhlas dimana jua mereka berada. Baik AP atau LL4G, saya yakin hati-hati mereka yang sentiasa berada disekitar Masjid Aqsa akan sentiasa diatas jalan kebenaran hinggalah Allah menetapkan kemenangan kepada muslimin…

    Tahniah buat LL4G, semoga terus tsabat dan semoga kita semua mencapai cita-cita untuk menggapai darjat syuhada dalam perjuangan membebaskan bumi Al Aqsa…

  38. Jun 11, 2010 at 2:02 am

    salam.

    kalau kita nak berhujjah biarlah kena caranya. kalau tak nanti digelakkan orang saja dan memalukan diri sendiri.

    dalam balaghah, istifham (pertanyaan soalan) kadang2 bukan bertujuan utk mencari jawapan, tapi ia juga boleh bermaksud mencela dan menyindir.

    seperti Allah telah mencela Iblis : Apa yang menghalang engkau daripada sujud bila Aku menyuruhmu ??

    sedangkan Allah Maha Mengetahui dan tidak perlu bertanya pun. maka soalan Allah di sini adalah utk mencela dan menyindir dan bukan mencari jawapan.

    maka bila kita tanya soalan, cek balik adakah tujuan utk mengetahui jawapn … atau utk menyalahkan orang lain ? kedua-dua tujuan tersebut ada tanda dan gayanya tersendiri.

    bila kita bertanya dan orang itu dah pun jawap soalan.. kemudian kita tanya balik soalan yg sama .. apa maksudnya tu ?

    adakah kita tak puas hati dgn jawapan orang itu (kerana kita seolah-olah mahu paksa org itu jawap ikut kehendak kita).. – maka itu adalah emosi dan bukan ilmiah, orang begini tidak sesuai utk dibawa berbincang.

    atau kita nak cakap bahawa orang itu mmg bersalah lantas kita bertalu-talu menanyakan soalan sama sehingga orang itu tak mampu nak jawap dan menjadikan orang itu seolah-olah berada di posisi bersalah? – itu juga adalah emosi dan tidak boleh digunakan utk berhujjah, orang begini juga tidak sesuai utk dibawa berbincang sebab dia dah tutup telinganya awal-awal lagi.

    itu tanyalah diri masing-masing.

    ia semua akan aman makmur tenteram dan selesai kalau kita pandai menjaga adab dalam perselisihan pandangan dan kepelbagaian strategi masing-masing, serta menghormati wadah-wadah Islam yang beramal selain kita. di luar byk lagi manusia menunggu penyelamat yg akan menyelamatkan mereka.

    kenapa di ruang ini pula kita suka menabur benih kebencian sedangkan sepatutnya kita membenci musuh utama kita iaitu syaitan dan yahudi zionis?? kenapa perlu membazir ‘peluru’ ??(ini adalah sindiran dan bukan pertanyaan) .

    p.s : komen ini bukan ditujukan pada abuadil kerana abuadil punya skop perbincangan lebih mendasar dan aspek yg berbeza, tp ia ditujukan kpd kebykn org yg suka mencari kesalahan dan mempertikai kerja org lain.

    orang jenis ini saya pernah jumpa di Mesir (buatlah baik apa jenis sekalipun, dia tak hirau pun.. tapi kalau ada sedikit kecacatan yang tidak disengajakan atau kekurangan, dia hentam bukan main lagi), dan di Malaysia saya masih kurang pengalaman lagi.

    saya menunggu post ust Lah berkenaan hati dan psikologi manusia lagi dari aspek tarbawi, mungkin boleh kupas mengenai manusia jenis ini supaya kita sama-sama elak utk tergolong drpdnya dan bagaimana berdepan dengannya – berdasarkan pengalaman puluhan tahun ust ??

    “biar keikhlasan berbicara .. di dada hati luas saujana” – Secerah Pawarna

    wallahua’lam.

  39. ibnu
    Jun 11, 2010 at 5:41 pm

    Jangan risau saudara2 pengomen… kapal aman palestin akan sampai tidak lama lagi.. insyaallah..

  40. mesir10
    Jun 19, 2010 at 11:58 am

    mudah2an yg gemar mengomen dan mengikuti perkembangan blog ini, suatu hari nanti akan dekat dan bersama isma….
    AYUH, SELALULAH BERSAMA KAMI
    *teringat kisah sofwan yg masih lg tak masuk Islam walaupun ketika itu peristiwa fathul makkah…..

  41. kalao
    Jun 21, 2010 at 9:39 am

    ??????????peliknya.

    mudah2an yg gemar mengomen dan mengikuti perkembangan blog ini, suatu hari nanti akan dekat dan bersama isma….
    AYUH, SELALULAH BERSAMA KAMI
    *teringat kisah sofwan yg masih lg tak masuk Islam walaupun ketika itu peristiwa fathul makkah…..

  42. kapal
    Jun 21, 2010 at 9:40 am

    semoga ALLAH redha.
    Jangan risau saudara2 pengomen… kapal aman palestin akan sampai tidak lama lagi.. insyaallah..

  43. Seorang Hamba Allah
    Jun 23, 2010 at 3:28 pm

    Salam.

    Semoga usaha2 utk Palestin ini diteruskan oleh semua.

    Saya cintakan kesatuan dalam perkara2 yang disepakati dan menghormati semua perjuangan di bawah payung Islam. Adapun metodologi dan perlaksanaan mungkin berbeza dari satu organisasi ke organisasi lain. Namun begitu, saya optimis tentang perjuangan Islam dan kesatuan ummah. Mudah2an kita sama2 melipatgandakan usaha dan bekerja untuk mendapat keredhaan Allah.

    InsyaAllah…

  44. basil ulwan
    Jun 25, 2010 at 2:45 pm

    kalao. qias maal fariq tu. Takkan nak samakan masuk isma dengan masuk islam? takpe la tak masuk isma pun, bukan syarat pun, masuk isma boleh masuk syurga

  45. al-aslami
    Julai 17, 2010 at 9:00 am

    teringat je pun..
    teringat cerita khabbab.. umar..

  46. kamil
    Julai 17, 2010 at 12:10 pm

    Salam basil, ana kasihan kat enta…emm…

  47. nurul
    Oktober 5, 2010 at 1:34 am

    MasyaAllah.moga Allah pelihara kite dri brckp mggunakn emosi.prtmbgkn tiap kata2.usah brtelagah pda prkara yg xdpt meningkatkn iman.mne2 jemaah pnyai strategi sndri.xperlu pertikaikn..Wallahua’lam.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: