Utama > komentar > Ayah Paksa Saya Ikut Jamaah Dia

Ayah Paksa Saya Ikut Jamaah Dia

Pada pandangan saya urusan dakwah adalah sebahagian dari urusan agama yang tidak boleh dipaksakan, kerana setiap orang bertanggungjawab penuh atas pilihannya itu. Allah berfirman maksudnya; “tiada paksaan dalam agama,” seseorang itu tidak menanggung yang dilakukan oleh orang lain.

Dalam istilah lain disebut sebagai “tanggungjawab individu” atau “masuliah fardiah”. Oleh itu tidak boleh di gunakan uslub “turn over” dalam dakwah dengan berbagai uslub seperti tekanan, pujukan, desakan, marah, belai dan sebagainya atau menggunakan pengaruh kuasa atau sentimen taat ibu bapa.

Seseorang tidak boleh pilih cara beragama atau pendapat dalam agama berdasar pengaruh luar yang bukan keyakinannya sendiri sedangkan dia sudah berakal dan baligh. Perhatikan firman Allah yang bermaksud; “Maka berilah wahai Muhammad akan peringatan, dan kamu tidak sekali kali menguasai pemikiran mereka”. Allah berfirman kepada kepada Nabi Musa dan Harun, “Pergilah kamu berdua kepada Firaun dan katakan kepada mereka kata-kata yang lembut, mudah mudahan ia ambil peringatan.”

Sebagaimana kita tidak boleh memaksa sesaorang mengikut apa-apa pendapat begitu juga tidak boleh mengahalang ia mengikut mana-mana pendapat yang ia yakini baik dan benar untuk agamanya.

Islam adalah agama yang membenarkan perbezaan dan kepelbagaian, tindakan memaksa memaksa sesaorang mengikuti hanya satu pandangan tertentu adalah satu sikap berlebihan “ta’assuf” dan menyukar-nyukarkan keadaan.

Pernah ada cadangan untuk disatukan bacaan quran tetapi ditolak oleh saidina Uthman dan pernah dicadangkan supaya Muatta’ menjadi satu-satunya sumbar rujukan tetapi ditolak oleh Imam Malik.

Bagi saya tindakan ibu bapa yang memaksa anak-anak untuk ikut jamaahnya dan melakukan berbagai uslub “turn over” tidak sesuai sama sekali dengan sikap Islam yang luas dan bertolak ansur.

Anak yang akil baligh dan faham hukum agama boleh ikut pendirian sendiri, kerana tiada siapa yang akan menanggung akibat salah pilihannya kalau dia tersilap pilih – termasuk ibu bapanya-  selain dirinya sendiri.

Wallahu aklam

Kategori:komentar
  1. Julai 9, 2010 at 9:38 am

    Syukran Ustaz…. ikut mana yang difahami dan diyakini…. dan selalu meminta kepada Allah supaya menunjukkan jalan yang benar dan terbaik buat diri dan umat….

  2. Orang Lama
    Julai 9, 2010 at 10:16 am

    Salam,

    Saya amat bersetuju dengan pandangan Ustaz dan amat bersimpati dengan anak2 yang telah diberi tekanan oleh beberapa individu tertentu dengan menggunakan ibubapa untuk memaksa anak2 yang komited dengan dakwah yang mereka yakini menukar jamaahnya mengikut jamaah ibubapa mereka. Akibatnya berlaku suasana yang tegang dan merosak keharmonian keluarga dan hubungan antara sesama muslim. Bukankah soal memilih jamaah ini soal furu’ sedangkan menjaga ukhwah antara sesama muslim adalah soal yang pokok didalam agama?
    Saya ingin menyarankan demi kebaikan Islam, yang PERLU BERUBAH ialah IBUBAPA serta MEREKA YANG BERKEPENTINGAN untuk mengubah anak2 ini. Ubahlah ‘cara berfikir’ anda terhadap saudara2 DUAT kamu yang lain. Islam dan dakwah bukanlah milik monopoli jemaah anda sahaja. Islam dan Dakwah adalah milik Allah. Takwa disisi Allah adalah berdasarkan usaha masing2 dan bukan berdasarkan LABEL jemaah tertentu yang telah DIIKTIRAF oleh JAMAAH INDUK yang tertentu. Saya ingin nyatakan disini, tindakan2 keras anda terhadap anak2 dan juga sesama duat dengan seolah2 menganggap usaha mereka salah memberi gambaran bahawa Jamaah anda SOMBONG, KAMI SAHAJA YANG BENAR, tidak menggambarkan semangat dakwah yang dibawa oleh Imam Hasan Al-Bana. Persepsi sombong ini tidak akan menguntungkan dalam anda bersama2 berjuang dimedan yang luas diluar sana. Slogan KESATUAN yang anda bawa juga tidak memberi sebarang makna dan yang lebih parah lagi ialah sikap KERAS yang diambil ini menimbulkan suasana ‘ketegangan’ diantara pengikut2 yang masih muda yang ikhlas bekerja didalam dakwah. Sama2lah kita fikirkan.

  3. saya
    Julai 9, 2010 at 3:56 pm

    hai~..tidak bolehkah kita semua berkasih-sayang?

  4. mekarterus
    Julai 9, 2010 at 4:05 pm

    alhamdulillah.moga salamatus sadr kita amalkan bukan sekadar pada sahabat malahan pada anak2, ibubapa,ikhwah.

  5. abuadil
    Julai 9, 2010 at 4:30 pm

    sprti cerita lama, irc curi anak orang pas. tapi kini kami yakin dengan dakwah kami, pemimpn irc pula yang masuk bersama kami.

    mana2 pun dalam kes sesama dakwa nak ikut manhaj ikhwan(?) tak sepatutnya menimbul masalah. lebih banyak bergantung kepada bukti siapa sebenarnya ikut manhaj.
    seperkara lagi isu ini tak boleh dikaitkan dengan ayat bermaksud tiada paksaan dalam agama… cubalah sentiasa bersangka baik. jikakita lebih bersangka baik, kita akan memenangi hati orang lain.
    barangkali ada betulnya pendapat sebilangan ulama saudi (wahabi?), bahawa amal jama’i adalah bida’ah!!!! mungkinkah ikhwan melakukan bidaah mewujudkan jamaah dalam jamaah muhammad?

  6. amrar
    Julai 10, 2010 at 1:50 pm

    Ust…boleh corner ke situ ke ayat La ikraha fiddeen….saya ingat utk orang kafir jer…nanti orang corner, jgn paksa ikut cara islam kamu…saya nampak islam saya dah betul…La ikraha fiddeen tau…

    Paksa bukan sekadar maksud dengan kekerasan je…paksa boleh juga berlaku dengan debat kata2….forcing your opinion…ke takyah paksa2 ni?

    Betul ke camtu….boleh tafsir ayat camtu2 je? afwan bingung jap

  7. amir
    Julai 10, 2010 at 2:08 pm

    To Orang Lama:

    Slogan KESATUAN yang anda bawa juga tidak memberi sebarang makna dan yang lebih parah lagi ialah sikap KERAS yang diambil ini menimbulkan suasana ‘ketegangan’ diantara pengikut2 yang masih muda yang ikhlas bekerja didalam dakwah.

    Ada beza KERAS dengan DISIPLIN kot…

    Saya lihat artikel@komen byk nak slam orang jer….kan lebih baik bak kata “saya”: hai~..tidak bolehkah kita semua berkasih-sayang?

    Jamaah yg dikatakan tu ada terbit benda2 camni gak ke?

  8. amrar
    Julai 10, 2010 at 2:24 pm

    Knp x keluarkan komen saya

    Sensitif sgt ke persoalan saya tu? haii…x faham saya

  9. khalisah
    Julai 10, 2010 at 8:23 pm

    sekadar pandangan peribadi…

    hmm kes ibu bapa mmg sgt bharap utk ikut jamaahnya ni agak complicated…x boleh dipandang dlm konteks harapan n keyakinan ibu bapa shj…krn ia bkait dgn “tindakan2 tertentu” yg telah mengakibatkan terjadinya “keadaan dilema utk membuat pilihan” spt skrg…sepatutnya ini tidak blaku jika “khilaf-khilaf” yg wujud itu dpt diselesaikan dgn baik sehingga tidak memerlukan keadaan “terpaksa membuat pilihan antara dua” pula…namun ana yakin hanya Allah yang lebih Mengetahui segala sesuatu dan semua yg tjadi tentu ada hikmahnya…

    (rasanya komen ni hanya orang yg tertentu saje yg faham..)

  10. hu hu
    Julai 11, 2010 at 1:36 am

    susah apabila ibubapa dah tak berfikir secara waras, terlalu ikut sgt emosi,

    ye lah emosi ni bila org cucuk jadilah dia tindakan,

    yg mencucuk pula cucuk pakai penipuan dan cerita2 reka, lagilah,

    padahal kalau anak nak kawen, boleh pulak kalau org bukan jemaah dia lah,

    padahal kalau anak yg dah lama tak ikut mana2 jemaah, biar je tak ikut mana2 jemaah,

    maaf agak pedas, yela orang yg kena paksa
    biasanya emosi jugak!

  11. Julai 11, 2010 at 11:05 am

    salamualayk, ya ustaz….
    mohon copy artikel ini…..
    boleh ke?

  12. hambaAllah
    Julai 11, 2010 at 11:13 am

    To hu hu

    susah apabila anak-anak dah tak berfikir secara waras, terlalu ikut sgt emosi,

    ye lah emosi ni bila org cucuk jadilah dia tindakan,

    yg mencucuk pula cucuk pakai penipuan dan cerita2 reka, lagilah,

    padahal kalau anak-anak dengar dulu baik-baik penjelasan ibu-bapa kemudian buat pertimbangan dengan IKHLAS dan TERBUKA kemudian solat istikharah insyaAllah akan dilorongkn kejln yang diredhaiNya.
    Tapi kalau duduk tercongok depan kedua orang tua tapi telinga dan hati tertutup rapat, khalas…….terjadilah apa yang terjadi

    Ibubapa mmg ada ramai anak . Menjadi harapan mrk anak menjadi penerus perjuangan. Ada yg jd ‘org’ ada yg tidak. Salahkah ibubapa berusaha meyakinkn mrk?

  13. Jamaah Ayah
    Julai 11, 2010 at 10:05 pm

    ” kami hanya cuba menyelamatkan anak2 kami dari kesesatan dalam kefahaman berjamaah oleh saudara. Jika saudara nak sesat, sesatlah sendiri, kami tidak rela anak2 kami tersesat bersama saudara”.

  14. usaid
    Julai 11, 2010 at 10:31 pm

    Perbincangan yang membuka minda kita semua, sedikit tambahan.
    Akhirat nanti apabila Allah bertanya kepada kita, kenapa kita ikut dakwah Islam ini ? kita tidak boleh jawab sebab aku ikut ayah aku, sebab ini jawapan yang digunakan oleh orang2 kafir kepada Allah apabila ditanya kepada mereka kenapa kamu tidak menyembah Allah ? lalu mereka menjawab kami mengikut nenek-moyang kami.
    Point kat sini persoalan agama adalah masalah individu, setiap orang bertanggungjawab penuh terhadap dirinya sendiri dan tidak boleh menyalahkan orang lain apabila pilihannya itu silap. Kita ikut dakwah Islam ini di atas kefahaman kita yang jelas terhadap agama ini ( matlamat dan hala tujunya) bukannya kerana ikut sapa2. Persoalan masuk syurga dan neraka berdasarkan amalan yang dilakukan oleh kita. Sentiasalah dingati bahawa kita semua (akil baligh) akan berjumpa dengan Allah sendirian.
    Allah berfirman :
    “ Dan setiap orang dari mereka akan datang kepada Allah sendirian pada hari kiamat ” ,Maryam:95.

  15. bumianbiya
    Julai 11, 2010 at 11:18 pm

    saya merupakan seorang ahli ISMA yang mempunyai ibu bapa yg berlainan jemaah walaupun mungkin ada kesamaan fikrah… alhamdulillah mak ayah saya terbuka, memang ajak utk bersama mereka tetapi tidak memaksa…

    bagaimanapun bila tengok sesetengah dr kalangan rakan-rakan sefikrah/ bekas anak usrah yang juga berhadapan situasi seperti saya, saya merasakan artikel ini kena pada masanya…

    saya merasakan anak2 mmg perlu hormat & melayani keinginan mak ayah utk ajak anak2 mereka bersama dgn jemaah mereka. sudah pasti perlu ada sesi perbincangan yg baik & harmoni dlm bentuk ilmiah yg mana mak ayah cuba memberi hujah & memberi kefahaman ttg isu2 tertentu.

    apapun, bila mak ayah gunakan sentimen2 emosi rasanya itu tak sepatutnya berlaku. Contohnya mengungkit jasa2 mak ayah membesarkan, menyediakan pakaian, pendidikan, dsb utk anak mereka.

    Rasanya aliran jemaah2 yg utama di Msia insyaAllah tak ada isu aqidah. Jd janganlah mak ayah layan isu ni seolah2 anak nk masuk agama lain. Tahan di rumah, tak bercakap seminggu, dll.

    Sekiranya anak lebih yakin dgn pendekatan jemaah tertentu selepas perbincangan yg baik, keterbukaan mak ayah sudah tentu rahmat utk anak2 yg ingin terus berjuang utk Islam…

    semoga Allah membuka hati2 kita dlm menegakkan kalimahNya…

  16. nadhirah razak
    Julai 11, 2010 at 11:28 pm

    Bismillah

    Syukran Ust Lah…

    Rasanya tidak perlu lagi artikel2 seperti ini tersiar…Insyaallah suatu hari nanti masing2 akan merasai apa2 yang kita perkatakan…

    Cadangan saya Ust Lah perbanyakkan artikel2 mengenai bagaimana mahu mendekati masyarakat2 yang pelbagai lapisan…

    Bagaimana untuk pelajar2 saling keep on touch satu sama lain sesama rakan sebaya…

    Bagaimana mahu memantapkan lagi sistem pendidikan di sekolah2…

    Bagaimana mahu diterapkan tarbiyyah sejak anak itu di tadika,sekolah rendah,sekolah menengah

    Dan pendapat saya yang masih belajar merasakan artikel2 seperti Tajuk Ust Lah di atas sesuainya dibincangkan di tempat2 tertutup dan panggillah siapa pun yang kita nak panggil,tapi tak manis dizahirkan begini

    Wallahua’lam…

  17. abu muaz
    Julai 12, 2010 at 12:24 am

    Apa yg ustaz tulis ni sudah jelas dan ma’ruf, mudah saja utk yg berlapang dada…..kalau nak lagi, sila lihat juga tulisan ust Fauzi Asmuni

    http://satuperkongsian.wordpress.com/2009/10/03/sembang-sembang-tentang-jemaah/#more-310

  18. maher dawud
    Julai 12, 2010 at 1:57 pm

    Salam,

    to Jamaah ayah ;

    apa maksud kenyataan saudara/i? siapa pula yang sesat disini?

  19. bumiMalaysia
    Julai 12, 2010 at 5:45 pm

    situasi saya sama seperti bumianbiya. cuma saya di Malaysia dan lebih kerap berjumpa ibubapa. bahkan saya dan ibu memegang usrah di kawasan yang sama tapi berbeza jamaah. masing-masing buat kerja masing-masing..

    Alhamdulillah ibubapa terbuka dan kami sudah berbincang. bahkan kami terbuka membincangkan isu umat, jamaah dan bertukar pandangan dalam suasana harmoni dan menghormati.

    dalam kes memaksa, seperti yang kita fahami, anak-anak yang akan menanggung akibat dari semua segi, tak kisah pilih mana satu pun.

    dan anak2 yang terlibat harus ada kefahaman yang jelas akan apa yang dipilih atau apa yang ditawar ibubapa. harus menjaga tingkah laku yang baik malah jangan menimbulkan syak wasangka ibubapa, sehingga menimbulkan fitnah buat jamaah yang diikuti.

    sebab tu anak2 akan lebih menghormati kedua ibubapanya bila ibubapanya percaya dan menghormati pilihan mengikut kefahamannya..

    kalau anak tu dipaksa, agak2 boleh ke dia nak bekerja dengan “aman” dengan orang2 yang seangkatan dengan orang yang memaksa?

    wallahua’lam..

  20. divinegift
    Julai 13, 2010 at 1:03 am

    juangku ini bukan WARISAN turun temurun, bukan juga suatu PAKSAAN atau ARAHAN..bukan dasarnya fanatik seperti dakwaan~bahkan semata2 atas paksi kefahaman dan pentarbiyyahan

  21. ehem~
    Julai 13, 2010 at 12:17 pm

    ana setuju dngn pendapat nadhirah..isu ini x perlu lg disiarkan melalui blog..isu ini dah terlalu pnjng dan x perlu dipanjang2kan lg..tulislah artikel yg lebih bermanfaat untuk peribadi dan masyarakat..wallahu a’lam

  22. amrar
    Julai 13, 2010 at 1:11 pm

    There is a special place utk parents ni…ke takde?

    Hatta hukum pun berubah dengan taraf parents ni….diat takde utk bapa kalau bunuh anak…correct me if i am wrong

    Spt kata bumianbiya “Rasanya aliran jemaah2 yg utama di Msia insyaAllah….. “tak ada isu aqidah”….. Jd janganlah mak ayah layan isu ni seolah2 anak nk masuk agama lain. Tahan di rumah, tak bercakap seminggu, dll.”

    selagi mrk tidak minta dengan maksiat, maka tidak ada ketaatan lain yang lebih super oleh mana-mana manusia lain atas dunia ni mengatasi mrk….kalau tak….takdelah ayat dan hadis…after Allah, dua ibubapa (redha Allah dengan redha makbapa etc…)

    Betul ke….???

    Kadang kita overexagerate cerita…betul ke ada makbapa pulaukan anak camtu sekali…ish2…pandai2 je kita menghukum orang yer….

    kes kita takde ke nak exagerate….karang keluar kes yang benar2 berlaku psl hubungan ahli dengan keluarga mereka karang….tak ke malu nanti…kena jawab la pulak

  23. bumianbiya
    Julai 13, 2010 at 5:40 pm

    to jamaah ayah…

    maaf, rasanya artikel ni bincang isu ibu bapa yg paksa anak2 yg berbeza JEMAAH YANG AQIDAHNYA TIDAK SESAT… kalau tak sesat… kita tak paksa anak2… kita bincang elok2 dgn mereka insyaAllah…

    kalau nak kata sesuatu tu sesat… hati2 … takut status sesat tu kembali kepada kita….

  24. anonymous
    Julai 13, 2010 at 6:58 pm

    bagi ana,

    sangat3 bag0s andai artikel ini disebarkan
    kerana apa2 pun semuanya kembali kepada perkara asas

    iaitu: SALAMATUL SODRI( berlapang dada)

    perkara seperti ini asy-syahid imam hasssan al-banna sendiri telah menjelaskan bahawa terpulang pada kita nak ikut mana-mana jemaah asalkan hadaf kita satu iaitu – menyebarkan islam dan bangkitkan balik khilafah Islamiyah yang dah lama terkubur

    itu perkara yang paling UTAMA,

  25. anonymous
    Julai 13, 2010 at 6:59 pm

    wallahua’alam…..

    – andai ada perkara yang tersilap, siila betulkan –

  26. bumianbiya
    Julai 14, 2010 at 12:24 am

    to amrar

    selepas Allah kita ada Rasulullah s.a.w sbg panduan hidup kita sebelum ibu bapa…

    kefahaman mengenai kaedah dakwah Rasulullah s.a.w sudah pasti berbeza antara setiap individu… begitu juga antara anak & ibu bapa…

    maka dalam keadaan si anak merasakan Jemaah yang dipilihnya lebih hampir kaedah dakwahnya seperti kaedah Rasulullah s.a.w, maka keputusan si anak utk tidak bersama dgn jemaah mak ayah sepatutnya tidak boleh dianggap tidak taat…

    rasanya kita kena faham, isu pilih jemaah ini ialah isu manhaj penegakan syariat Islam.. bukan isu suruh pilih baju, pilih kereta dsb… kalau pilih baju mungkin anak perlu taat walaupun tak berapa suka pilihan mak ayahnya…

    juga contoh2 yg saya nyatakan memang benar2 berlaku… bukan tambah tokok… terpulang nk percaya atau tidak…

  27. pm
    Julai 14, 2010 at 11:57 am

    to ‘Jamaah Ayah’ : saya masih hormat pakcik2 makcik2.

    harap hormati juga pendirian yang kami ambil dgn menilai berdasarkan aspek2 syara’ (al-quran, sunnah, manhaj taghyir ikhwan).
    rasanya betul juga kata seorang syeikh yg baru sampai tu, “org yg mendakwa2 dia ikhwan bukan ikhwan.”

    ikhwan tu dikenali dgn amal2 utk ummah.

    ps : .. dan tak perlu sebar2 cerita bukan2 ttg kami, kdg2 yg tak betul pun dah sampai ke hujung dunia.

    Moga kita terpelihara dari apa yang disebut dalam Hadis Rasulullah : ‘An-Nammam fin Naar’ (Orang-orang pengadu domba/mengumpat tempatnya di neraka.)

    Moga Allah berkati dan pelihara dakwahNYA.

  28. petugas_krim
    Julai 14, 2010 at 4:15 pm

    untuk NADHIRAH RAZAK dan EHEM….🙂
    *jika dibaca artikel2 ust Abdullah sblm ini dan juga artikel ust2 isma yg lain telah ada yg menyentuh apa yg saudari inginkan….
    bahkan ditambah dgn blog2 isma kawasan lain…..
    *tidak salah utk kita bincang dan kupas isu ini, kerana jika diamati keseluruhan blog ust Abdullah, beliau bukan hanya membicarakan isu ini shj…. cuma mungkin telah sampai masanya ( baru first artikel ttg ibu bapa dan jemaah )…..
    *dan yg paling penting apa yg membuahkan iman dan amal itu yg sepatutnya….

    utk AMRAR pula ( tahniah krn selalu komen )…🙂
    *memang anda benar selagi mana apa yg disuruh ibu bapa tidak melanggar syarak, selagi itu kita wajib taat ( menyahut panggilan ibu pun wajib apatah lg arahannya )….
    *tp di sini kita memandang dr aspek lain, dlm melakukan perkara kebaikkan yg ma’aruf ibu bapa perlulah berlapang hati dan memudahkan. Ini bukan isu melakukan maksiat ( mungkin sesetengah ibu bapa mengharapkan yg terbaik buat anak mereka ) jd tidak salah kita berbincang dan berlapang dada tanpa perlu paksaan…
    *itu sahaja, bukan nak merendahkan martabat ibu bapa, menidakkan hak mereka bahkan kita memuliakan mereka dgn bersungguh2 melakukan kebaikkan dan menjadi anak soleh ( berape kerat anak soleh yg ada zaman sekarang ni)
    *nasihat utk anda, tidak rugi anda bertanya dgn sopan dan berakhlak bahkan itu yg dituntut. lebih cantik peribadi soleh enta digambarkan melalui tulisan anda…..

    utk JAMAAH AYAH…
    apa yg anda ungkapkan, adakah menunjukkan akhlak dan peribadi seorang daie yg muslim???
    anda tanya diri anda……
    ( setiap ungkapan kita perlulah menunjukkan peribadi muslim lebih2 lg ciri seorang daie)…🙂

  29. abu muaz
    Julai 15, 2010 at 3:29 am

    Setiap orang ada pemikiran yg terbentuk dari ilmu, kefahaman & pengalaman yg dia dapat. Paksa seseorang utk ikut benda yg bukan pemikiran dia..hanya akan ROSAK kan diri dia.

    Mustahil kerja da’wah boleh berjaya dgn pura-pura. Kalau ayah/ibu boleh ubah pemikiran anak dgn baik supaya ikut telunjuk mereka, cubalah….kalau dah tak boleh, jangan salahkan orang lain pulak kerana anak jumpa mak/ayah dia dulu sebelum jumpa orang lain, tapi kenapa anak tak nak ikut mak/ayah?? Yang pasti anak tu memang nak bekerja, jangan sekat mereka.

    Jangan pulak kata orang lain tu meracuni (dan menyesatkan???) anak dia. Perkataan mcm tu tak sepatutnya wujud dlm kamus seorang da’ie. Jangan perlekah dan rendahkan kemampuan anak2 yg soleh dan kita sendiri yg didik, utk buat keputusan dalam dunia ni. Mereka masih waras.

    Disebaliknya, ada satu pihak menjelajah semata2 nak cerita hal ehwal satu pihak lain, hatta kpd ‘anak2 kecil da’wah’…apa ini??

    Reverse psychology ??? Mungkin juga ini antara kesannya kpd anak2 tadi.

  30. abuadil
    Julai 15, 2010 at 8:44 am

    saya dapati terdapat komen2 yang tidak menyenangkan yang tidak sayugia dibuat. Apakah sebenarnya persoalan pokok antara jamaah anak dan ayah sehingga seolah2 tiada titik pertemuan? siapa2 yang boleh terangkan? dibimbangi masalah sebenar kita ialah kita tidak tahu masalah sebenar kita!!

  31. anak ayah
    Julai 15, 2010 at 1:08 pm

    beberapa tahun dulu, saya pernah duduk2 bersembang dgn seorang doktor, mantan YDP JIM di sebuah negeri. katanya beberapa perkara yg dia rasa x setuju dgn jemaah ni adalah perasaan paling betul, paling benar dan paling baik. jemaah orang lain tak betul, tak benar dan salah.

    seharusnya bila dapat AMANAH sbg IM di malaysia, seharusnya bukan nak berbangga dan claim plg benar. tp ia adalah TANGGUNGJAWAB utk membenarkan dan membuktikan yg mmg betul2 layak terima untuk menjadi qudwah kepada semua jemaah lain. begitulah cara IM membentuk kesatuan.

    tp yg berlaku, sibuk mencari kesalahan & kekurangan jemaah lain, sedangkan ‘kocek masih koyak dan perlu ditampal sana-sini’.

    janganlah kawan-kawan ayah yg sibuk nak menjemaahkan anak-anak ayah, tp anak-anak kawan-kawan ayah tak ikut jemaah kawan-kawan ayah tak ada masalah, tak berada dalam arus perdana pula tu. kami tgk pun kecewa dgn sikap yg begitu.

    ~lapang dada juga, tp siapa boleh tahan bila tiap kali dijadikan mangsa, suruh lapang dada dan jangan cerita kat orang. senyap-senyap sudah. tu kan jemaah IM, qarar wajib ikut.

  32. Julai 16, 2010 at 12:14 am

    bagi ibu bapa, mereka mahukan yang terbaik dan terbagus utk anak mereka . boleh jadi dari pengalaman mereka dan mereka mahu turunkan kpd anak mereka

    ini biasa berlaku.. tidak heran

    jadi perbezaan antara ibu bapa dan anak perlu dirai dengan perbincangan. dakwah bukan milik kita

  33. bumi ambia' ke-2
    Julai 16, 2010 at 3:29 am

    to abu muaz..

    “Disebaliknya, ada satu pihak menjelajah semata2 nak cerita hal ehwal satu pihak lain, hatta kpd ‘anak2 kecil da’wah’…apa ini??”

    betulkah statement anda?? (SEMATA2 nak cerita hal ehwal pihak lain???) adakah anda tahu apa segala yg ‘satu pihak’ tersebut buat? anda bersama2 dgn mereka??

  34. al-aslami
    Julai 17, 2010 at 8:45 am

    Assalamualaikum
    Ana masih berumur 20 , pengalaman sebagai seorang anak dalam menentukan halatuju dalam arena dakwah sangat bersangkut paut dengan ayah dan emak.

    pada mulanya program dakwah yang ana sertai bersifat membina dan bermacam latar belakangnya , ada jemaah itu dan ini. tapi bila sudah besar baru perasan ayah tak pernah memaksa untuk ana menyertai mana-mana program baik daripada jemaah itu atau jemaah ini ana mengkaji asal usul jemaah di Malaysia.

    ayah ana x pernah bercerita tentang asal-usul jemaah di malaysia , yang ada , dia hanya bercerita tentang Palestin serta bagaimana kita berusaha untuk merubah diri dan masyarakat menjadi lebih baik.
    akhirnya ana mengetahui bahawa jemaah ayah adalah ahli ISMA , itu pun pada akhir umur ana 18 tahun.

    Bagi ana , jemaah ayah(ISMA) hanyalah sekadar NGO biasa dan ana tidak berminat , namun setelah berjumpa dgn kawan2sebaya yg menyertainya ia bukan biasa , mereka begitu bersungguh2 dalam mengikuti program , dengan semangat untuk merubah diri menjadi lebih baik dan merubah umat menjadi umat yang berakhlak . Mereka bukan sekadar berkata2 namun dibuktikan dengan sembahyang subuh mereka , solat berjemaah , qiam , quran , serta kecemerlangan pelajaran.

    Akhirnya ana faham . Jemaah itu hanyalah satu wasilah menuju hadaf . Kerana ana dididik untuk memahami hadaf tarbiyyah sebelum memahami hadaf berJemaah.

    Sekarang ana bergelar seorang pelajar Azhari di Kaherah mencari ilmu fikrah dan tarbiyyah bukan untuk dibanggakan title Azhari yg RASMI itu , tetapi untuk menggunakannya memanfaatkan diri,keluarga dan umat mencari redha Allah.

    ~doakan supaya kejujuran dan keikhlasan itu berkekalan.

    wallhua’lam

  35. Afizhi B. Atan
    Julai 17, 2010 at 11:18 am

    Ada dua golongan dalam dakwah ini (berkaitan jemaah)

    1. Golongan yang mak ayah tiada kaitan dgn mana2 jemaah seperti saya.

    Maka saya berlapang dada, hanya mengikut keadaan semasa, dan rasa kasihan pada rakan-rakan yang datang bercerita bagaimana mereka dipaksa. Orang seperti kami juga malas berfikir hal ini, dan terus bekerja dengan gembira, dan mengharapakan cerita ini (kaitan jemaah dan perbezaanya) tamat secepat mungkin. Amin

    2. Golongan yang mak ayah ada jemaah, tak kira bukan IM dan wadah rasmi IM.

    Maka mereka diajak bergabung bersama mak ayah, ada yang mahu, ada yang tidak. Ada yang dipaksa oleh pakcik2, makcik2, datang dengan sedih bercerita, dan ada juga tersenyum kerana hal ini telah habis lama.

    Mereka akui mereka seronok bersama ISMA, seronok berjuang bersama. Pernah saya guna ayat menghalau, suruh mereka ikut mak ayah, betulkan saf mak ayah, tapi
    ” awak tak tau perasaan kami, ini umpama mimpi2 yang kami cari, mimpi indah berjuang” jawab mereka.

    saya rasa sedih, kasihankan mereka. Doa saya agar mereka tabah, tidak dic0p anak derhaka, tidak disebarfitnahkan sebagai pembelot.

    Dan doa saya, Moga Allah satukan hati2 kami, dalam jemaah satu hati. Amin..

    Antara mereka dan kita,
    ramai memilih kita,
    namun tak bermakna,
    kita paling sempurna.

    Antara mereka dan kita,
    ramai melihat kita,
    bukan untuk mendabik dada
    bahkan jadi tauladan pula

    Antara mereka dan kita
    kita maafkan mereka
    kita lupakan segala
    agar mereka tahu siapa kita

    -Afizhi atan-

  36. anonymous
    Julai 19, 2010 at 3:44 am

    alhamdulillah..mak saya kata..”umi x kisah..asalkan anak umi dapat tarbiyah..”

    pada saya, jika tarbiyah dah cukup mantap sejak awal, hingga menjadi penggerak..apabila diberi pilihan untuk join yang lain…anak2 tak perlu pening2 nak pilih pun..dia akan tetap dalam tarbiyah asal…walau diajak macam mana cara pun

    tapi bila anak tu jumpa tarbiyah yang lagi bagus, lagi konsisten, lagi sesuai,atau apa2 yang dia lebih sukai..itu adalah hak anak tu..

    hanya pendapat^_^

  37. mahyudin
    Julai 19, 2010 at 5:21 pm

    apa yg berlaku ada kaitan dgn kefahaman.. saya ada juga berkawan dgn mereka yg di kata berada di dlm Jemaah Bapa..jika tidak kenapa sampai keluar kata2 golongan sesat dll yg sepatutnya…kenapa mereka mengguna kata2 yang berbentuk ugutan dan ancapan krn langgar baiah laa…semacm mereka tahu pula perkara kemuadian hari ..kerana lahir perkatan pulau ..seakan kisah Kaab Bin Malek di Zman Nabi… kenapa kenapa mereka sanggup menafikan hak sesorg untuk mendidik dan mentarbiah anak Islam …disekolah yg di miliki mereka.. kalau dah begitu ..knpa pula sampai suruh letak jawatan.. bagi saya ini suatu tindakan ektrim …
    ada yg berkata mereka saja boleh bercakap mengnai dakwah IM ..org lain boleh .. hebat sungguh depa …
    bagi saya masing2 dah ada kapal, belayar lah dilautan luas carilah madu .. beramalah ..tak payah dok sebuk2 ….

  38. jemaah ISLAM
    Julai 23, 2010 at 3:42 am

    masa zaman2 80-90an kita dengar mcm-mcm lah mengenai haramnya kepelbagain (taadud) jemaah. Habis pecah. Ugutan, ancaman, jemaah terbaik, tarik menarik, jemaah lain tak diredhai ALLAH etc….. ini fakta sejarah, semua nama2 terakam kemas dlm diari gerakan islam malaysia.

    Itu 30tahun lepas…..tapi adakah sejarah berulang lagi, oleh pihak yg lain pulak…pecat, ugut, tekan, marah, ejek, jatuh menjatuh, menghukum, (sampai tahap) fitnah dan segalanya….org yg dok bantah sangat tahun 90an dulu, skrg dia dia pula pelaku nya buat fi’il yang sama. Semua itu sebab apa??? sebab KEFAHAMAN dan mungkin juga AKHLAK yg belum beres tarbiyyahnya, tapi diangkat juga sebab glamour, terkenal, aktif dan bijak.

    anak2, para daie dan generasi muda skrg tengok dan nilai semua perkara tu….zaman sekarang hampir semua tranperant, jangan kita buat benda pelik2 lah….kalau tak nak dipandang keji oleh sejarah.

    Benar, beramalah..cukuplah sejarah ajar kita semua bab2 berpecah ni, yg tak pernah bawa kita kemana pun. Disana, hanya orang yang ikhlas dan bekerja dgn kefahaman saja yg akhirnya lebih aula disisi ummah dan ALLAH….

  39. mmb
    Julai 31, 2010 at 6:53 am

    Lebih baik ayah paksa dia join mana-mana jamaah. Kendian bleh banding-bandingkan.

  40. rab'ah
    Ogos 1, 2010 at 5:16 am

    Lebih baik ayah paksa dia join mana-mana jamaah Islam dr dok kat umah x de kerja.. he2..

  41. Hasan Halim
    Ogos 5, 2010 at 9:29 am


    Sape IM, sape bukan IM kesah ape… IM dapat pahala, bukan IM tak dapat pahala…gitu???
    (..belum soal betul ke tidak claim diri tu)

    Sape yang beramal, membina individu, masyarakat,i tu persoalannye… kadang2 ade yang habis mase nak kate diri IM, tapi ntah ke mane amal, ade kate beramal, tp ntah mcmane manhaj…

    Senang cerite… :
    “dan beramallah, ALLAH akan melihat amal kamu dan rasulnya dan orang2 mukmin…”

    Wallahu a’lam.

  42. Abdullah
    Ogos 11, 2010 at 1:22 am

    ana ingin sambung dari al-aslami

    ana dan rakan2 dari kecil ikut tarbiyah,tp x pernah dibuka isu Jemaah. yg kami tahu dan pelajari, iman,aqidah, qur’an, sunnah. Apabila dah besari sikit, tahu pula soal perihal umat, palestin, kepentingan rijal islam.
    Besar lagi sikit, faham dakwah, cari mad’u, sama2 kongsi tentang islam, ajak orang lihat keindahan Islam….

    Alhamdulillah, ana merasai dan yakin ana dan rakan2 x tahu menahu soal jemaah hingga kami pelajari itu semua. Dan kami bersyukur dapat melalui fasa demikian sebelum kenal jemaah. Sebab ramai gol. muda yang mak ayah terlibat dalam jemaah akhirnya keliru sebab awal sangat tahu soal jemaah, walhal dalam buku dakwah fardiah, soal itu patut akhir sekali. Sesetengah keadaan mungkin tidak apa, tapi kena lihat juga kefahaman dan usia seseorang dalam mengikuti tarbiyah. Nanti anak itu cuma fahan jemaah ni macam politik sahaja

    Ikut Dakwah Fardiah. Bagi anak seronok dalam Islam dan amal dahulu. Baru x blurr. Elok2 soleh, jadi melawan.

    Alhamdulilah juga, ana dan rakan2 ramai dari kami mak ayah berbeza jemaah. Mereka berbincang dengan kami, tapi mereka boleh terima perbezaan kami.
    Sesetengah “khabar angin” tentang kena paksa tu, saudara-saudari sekalian, ada benarnya. Itulah mengapa ana rasa author blog ni (Ust Lah) mahu kupas tentangnya. Sebab kesan nya buruk sekali. Ada juga rakan ana yang akhirnya x mahu ikut tarbiyah langsung. Bahkan jalan tengah jelas ada melalui perbincangan yang baik.

    Ana bersyukur ramai dari kami ada mak ayah yang yakin dan mempercayai yang kami cukup matang untuk memilih dan melakukan iktikad kami sendiri selepas perbincangan. Kami sudah besar, bukan budak2. Kami tidak sama dengan budak sekolah biasa yang tidak tahu menahu soal tarbiyah. Alhamdulillah, ibu bapa kami beri kepercayaan.

    Dalam itu juga, ana harap semua yang komen di atas jangan main hentam. Ada hadis nabi “ramai dalam api neraka di akhirat nanti adalah kerana salah laku soal akhlak” (lebih kurang la)

    Soal istiqamah agama anak, adalah hak anak juga ana rasa. Bukannya bid’ah @ syiah @ sesat @ maksiat pun.
    Bayangkanlah seksanya anak nak berahsia dengan mak ayah soal ikut tarbiyah, walhal mak ayah bukannya tak tahu usrah dan jemaah itu apa. Nak kena sir-sir pulak. Sekali lagi, alhamdulillah ibu bapa kami memahami.

    Cukuplah cakar-mencakar. Bak kata ust lah atas tadi, ‘tidak bolehlah kita semua berkasih-sayang?

    Ada bagusnya artikel ni, kak nadhirah. Ada juga rakan2 ana yang mak ayah nye, err, kurang setuju. Maka banyaklah senario,ada juga yang kurang manis. Kadang2 salah anak juga x pandai bawa berbincang. Ana hanya mahu setuju point di mana:
    1) anak yang sudah matang soal jemaah, biarkan sahaja dia membuat keputusan selepas perbincangan aman. Sebab rasa parents hanya akan bincang kalau anak mmg dah samapi tahap boleh faham. Kalau tak, mcm ana kata tadi. teruk kesannya pada si anak. Kalau dah matang, bagi sahaja keyakinan daripada dia terus pening2

    2) jangan samakan isu ini dengan aqidah, x sama. bukan soal ajaran sesat!! mana group pun ana rasa xde ajar kurang ajar ke, menipu ke, malah mengutuk sesiapa atau apa2 pun.

    3) fikir2 balik, susah juga. anak kena pilih dua group utk berkawan. Group A & B, 2-2 sama baik, fikrah, soleh, memang “mantop2” lah!! Tapi, si A sudah berkawan lama dengan group A. kena berpisah?? bukan berpisah sangat pun, but nanti “assignment, projek, makan2, tidur2” mesti jarang. susah bukan mahu lepaskan kawan?
    cuba kalau anda harus lepaskan semua rakan2 kalian yang dah lama sangat kenal. susah bukan?? mahu suruh orang mudahlah,tapi……
    *ni bukan peer-pressure yang media semasa sebut2 tu, tapi lebih kuranglah….but in a more positive way!!

    Wallahualam.
    ~marilah bersama mendamaikan bumi ini~

  43. saya nk kawen
    Ogos 25, 2010 at 10:14 am

    sy slh seorg mgsa perebutan 2 jemaah..last2 jd mls nk join memane…=(
    ..sedeh dgn sikap pihak2 tertentu yg pentingkan diri,,,

    yg plg pnting ..SALAMATUL SODRI( berlapang dada)

  44. muharik
    September 12, 2010 at 10:08 am

    salam..ana penah komen artikel ni..nampaknya di hilangkan..cukuplah bwk isu utk back up diri..jemaah ayah atau jemaah anda, ke2nya tak sesat..lg bagus klu anak ikut jemaah ayah..sama jgk akhi nak anak2 ikut jemaah akhi…kecuali jemaah ayah dia sesat.hati22..bawa isu yg baik utk pkembangan syabab2..bukan isu2..salam ukhuwah

  45. ali
    September 13, 2010 at 12:54 pm

    Hm, nampaknya kahwin sesama jemaah bukan solusi tepat untuk keberlansungan hidup berjemaah dan dahwah/tarbiyah syllabus jamaah.

    Sy salah seorang mangsa konsep nikah sesama jemaah.

    Mujur, yang sy yakini hanya Quran, Sunnah, yang diinterpretasi oleh kehidupan Nabi saw dan para sahabat r.hum

    Maksud dakwah ialah bagaimana semua umat manusia boleh selamat dr neraka, dan masuk syurga Allah.

    Maka apa yang terlalu dibanggakan dengan syllabus jamaah? Dan, mengepa perlu paksa untuk menghadap syllabus? Aneh.

  46. amrar
    September 29, 2010 at 4:51 am

    Jom kita sama-sama kaji balik arkanul baiah dan amal jamaei….mesti semua hebat2 belaka bab ni…ada azhar, orang lama, etc…dalam kita nak menuju ustaziatul alam kan..blh seorang2 ke mesti ramai2??….yang diharapkan ia dpt meleraikan kekusutan kerana al wihdah ada 2…fikri-amal & tanzimi….tapi kalau nak zouq je lebih…xpelah…anak2 mungkin lebih hebat dari makbapak dia

    Harap komen ini diterbitkan….

  47. Oktober 5, 2010 at 11:03 pm

    Pentafsiran ayat “La ikraha fiddin” benarkah begitu sbgmana disebut Ust Abdullah???Keliru… Setahu saya hanya kepada orang yang belum ISLAM.Camna ni???

  48. Abdullah
    Oktober 17, 2010 at 12:26 am

    Kepada Abu Huzaifah, nak tahu kene ngaji bahasa arab..then mohon baca kitab2 tafsir quran..berkaitan dgn ayat tu..

  49. Noor Eqbal
    Oktober 20, 2010 at 3:30 pm

    Assalamu’alaikum semua=)

    Sekadar berkongsi, mungki antum semua juga boleh rujuk sebuah karya agung Immanuel Kant soal “Apa itu pencerahan?” agar lebih tercerahkan dengan izin Allah.

    Dan sebelum tu, siapa-siapa yang malas membaca usah pula berhujah yang bukan-bukan sebelum membacanya.

    Wallahu’alam.

    Apa-apa pun, saya percaya kita manusia perlukan kebebasan, termasuklah soal kebebasan memilih agama, jemaah dll.

    Kebebasan bukannya ihsan daripada pihak lain. Namun, kebebasan merupakan hak asasi setiap insan=)

  50. ahmad
    Oktober 24, 2010 at 1:07 pm

    Kata seorang ikhwah pada ana, ” Dakwah ni bukan milik sesiapa tapi ia milik Allah.”

    Hati ana terus tenang kerana nilaian manusia bukanlah nilaian yg tepat bahkan bukan nilaian yang agung kerana ia terkadang berbaur dengan hawa nafsu dan syaitan.
    Tiada siapa yg berhak atas dakwah ini melainkan Penciptanya. Sesiapa yg berdakwah, Allah akan ganjari.

    Jadi, beramallah kerana amal kita hanya untuk Allah dan bukan untuk sekadar memenuhi kehendak manusia semata.

  51. bumi anbiya'
    Oktober 27, 2010 at 4:45 pm

    saudara ali…
    kalau beberapa kes perkahwinan sesama ahli jemaah tak menjadi, susah nak kata sistem perkahwinan sebegitu gagal kalau majoritinya lebih berjaya…

    kemudian, bila jemaah putuskan ahli jemaah kena ikut syllabus atau apa2 lg polisi yg lain, ahli jemaah kena la ikut…

    kalau tak yakin atau tak berminat, simple je.. tak payah la ikut jemaah tu…

    kita ni jd ahli jemaah tertentu sebab kita yakin dgn manhaj yg ada padanya…takkan sekadar ikut/ buat apa yg kita suka sahaja?

  52. Sean Wong Abdullah
    November 12, 2010 at 11:51 pm

    Can’t believe the posting comes from the Numero uno of ISMA. And, oh! only Parents should have an open heart, and the so called ‘pencucuk’ shouldn’t have, that’s the act of YOU KNOW WHAT, maa. Sick!

  53. ahmad mohd
    November 26, 2010 at 4:03 pm

    Assalamualaikum semua,

    selamat berjemaah dan beramal dengan jemaah yang kalian yakini, jangan berbedat dan berhujjah siapa yang terbaik…. Yang pasti Allah yang akan menilai amal kita… Kepada mereka yang baru nak berjamaah pilihlah baik2 sebelum terlibat… sekiranya rasa tersalah pilih , boleh pilih jamaah lain pula yang penting amal jamae lebih berkesan dari amal fardhi…

    salam Ukhwah fi Lah..

  54. mama
    Disember 29, 2010 at 12:34 pm

    Allahuakbar!begitumudah ust mngeploitasi keadaan dgn sebuah artikal yg sebigini rupa,,,,aduhai apalah balasan ana,ibu yg melahirkan,yg selama ini membesarkan,yg mendidik,mentarbiyah,yg membuat apa saja dan siangmalam ingatn tak pernah luput dari mendoakan mereka….tetiba dah tak boleh berbincng,tak di beri peluang utk berbincng,mereka menutup mata telinga dari kami…INI ISU SEBENARNYA,,,,,Bukan kami nak paksa anak2 membuta tuli…maaf,kalaulah artikal ustaz menambah jauhkan lg mereka, ustz ada saham pd airmata ibu yg tlh banyk trtumpah,,,J yg kami hendak anak bersama adalah j yg asal ust bersama, Kenapa bila ust ambil kputusn utk tak bersama habis harta yg kami bina sekian lama dgn segala susah payah di bawa pergi….Ini bukankh satu eksploitasi yg sgt dasyat!…anak2 harta ana dunia akhirat…

  55. papa
    Januari 24, 2011 at 2:43 pm

    WaliLlahil Hamd…! Mama.. Jgnlah emosi sangat (inilah satu contoh uslub menggunakan sentimen ni) – Jgn bimbang mama.. yg penting anak mama bukannya ikut ajaran sesat AyahPin @ Aboya ker.. perbezaah fikrah harakah ni macam perbezaan mazhab fiqh la juga.. ia bukan macam Sunni vs Syiah.. Memang papa pun x setuju juga kalu anak buat ‘kureng didik’ ~tutup tlinga~ dsb. Mungkin mama lupa sikap org muda – macam tekan bola dalm air, lagi ditekan, lagi dia nak melonjakkan diri… guna hikmah ya mama.. kalu dia tetap juga, mama doakanlah dia.. bukan doa dia supaya kembali kepangkal jalan, ikut J mama.. tapi doakan moga Allah tunjukkan dia jalan yg terbaik disisiNya.. ok mama…🙂

  56. Januari 31, 2011 at 11:58 am

    Salam. Keseluruhan komen diberi agak emosi Sedih membaca tulisan orang2 yang telah ditarbiah. menulis dgn cara yang sama org yang tiada usrah. Bila emosi menguasai kita, kita luahkan semua yang ada di hati kita ,Kadangkalla kita rasa tarbiyah J kita lebih baik, tp tak dpt membentuk hati kita.((walaupun ramai yang tak menulis dan sebahagian kecil komen menggambarkan mantap peribadi dan hatinya).Hasilnya adalah majoriti komen2 yang diberi jauh dari akhlak Rasullullah. Komen2 ini dibaca oleh semua orang. Takut orang di luar sana pandang negatif pada semua J di Malaysia. Pandangan saya perbincangan ini lebih mendatangkan keburukan kerana membuka aib org yang ada tarbiyyah.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: