Utama > kembara > Nafsu, Ruh Dan Bulan Ramadhan

Nafsu, Ruh Dan Bulan Ramadhan

Semua orang ada nafsu. Nafsu adalah rahsia kekuatan manusia untuk meneruskan kehidupan didunia ini. Tanpa nafsu putaran kehidupan manusia akan terhenti.

Nafsulah yang mendorong kita berkerja kuat untuk mengumpul harta, mendapatkan keududukan tinggi, beranak pinak, mempertahankan diri dari ketakutan, berlindung dari sebarang ancaman dan sebagainya. Mencapai kenikmatan dan kepuasan dalam semua aspek kehidupan disebut “zinatul al hayati ad dunya”, kelengkapan hidup di dunia.

Selama ia dikumpulkan dengan cara yang halal, tidak zalim dan tidak mengorbanankan kepentingan akhirat ia adalah satu yang tidak ditegah oleh agama.

Nafsu pada asasnya tidak faham, tidak jujur, tidak tahu halal haram dan tidak tahu tentang kelebihan akhirat. Yang faham itu semua ialah ruh yang tempatnya ialah di hati. Ruh adalah rahsia Allah s.w.t pada manusia. Dengan Ruh manusia faham apa disebalik alam semuala jadi, faham buruk baik, maslahah, hikmat disebalikkejadian, ketuhanan, pembalasan dan seumpamanya.

Jadi dengan nafsu manusia berurusan dengan perkara-perkara tabi’e /semulajadi dan dengan ruh manusia boleh faham apa disebalik tabiat/semula jadi. Kalau ikut nafsu kita akan makan apa sahaja yang menyelerakan sesedap kita, tetapi ruh atau hati yang memberitahu samada ia baik untuk kesihatan, adakah ia halal atau haram dan sebagainya.

Kalau ikut nafsu kita nak kahwin dengan sesiapa sahaja tidak kira berapa bilangannya, tetapi ruh/hati yang bertanya berapa kemampuan kita, apa kesannya kepada pengurusan hidup harian kita, berapa yang dihalalkan oleh tuhan dan seumpamanya.

Itulah perbezaan antara nafsu dan ruh. Agama keseluruhanya adalah makanan ruh. Ruh adalah perhubungan antara manusia dengan tuhannya. Sesaorang yang sihat ruhnya ialah sesaorang yang baik hubungan dengan tuhannya(sempurna makrifatnya). Dengan hati/ruh yang sihat, Allah s.w.t memberikan manusia penerokaan-penerokaan ilmu (futuhat/mukasyafat) yang tidak habis-habis. Terbentang baginya rahsia malakut ini. Ia hidup dialam rabbani bersama tadbir Allah s.w.t dan kebijaksanaannya.

Nafsu dan ruh akan sering bertentangan. Jika ruh sesaorang lebih kuat, ia akan menang dan kehidupan manusia akan sejahtera dan jika nafsu pada waktu, ia akan menang dan kehidupan manusia akan menuju bahaya.

Sebagai contoh, apabila sesaorang kita berhadapan dengan hidangan makan seafood yang sedap. Nafsu telah menjadikannya meleleh air liur dan tunggu masa nak terkam sehabisnya, tetapi ruhnya tahu bahawa pengambilan seafood yang banyak boleh menyebabkan peningkatan asid  urik dalam tubuhnya dan akan mengakibatkan atau batu karang. Kalau waktu itu ruh dia kuat dia akan kawal pengambilan seafood tetapi kalau nafsunya yang kuat dia hanya akan bagi tazkirah bila dia masuk hospital.

Nafsu yang terdidik ialah nafsu yang tunduk kepada pandangan ruh, pandangan ilmu dan dapat menjuruskan kepuasan dan kelazatan mengikut panduan ruh dengan memperdekatkan kenikmatan aljinan(syurga)dan azab jahanam, menyaksikan kehaibatan rahmat, keridhaan, keampuanan dan kurniaan. Sentiasa berada dalam syuhud (menyaksikan) hidayah, imtinan serta belaian yang tidak berhabisan yang melahirkan rasa malu untuk menyalahi peraturan tuhan.

Demikian kita dapat faham rahsia kelebihan puasa pada bulan Ramadhan. Manusia berbeza-beza berdasarkan kekuatan ruhnya. Ada yang hadapi dengan susah payah menanggung tekanan mengekang nafsu yang kepuasannya terhalang dan ada yang senang lenang sedang melayan rindu menantikan keindahan hari didatangi janji tuhan. Lapar dan dahaga seperti tidak disedari persis seperti seorang anak-anak yang dalam penantian mendapat berita bahawa ibu bapa yang dirindui esok lusa akan pulang.

Kategori:kembara
  1. suhailsufian
    Ogos 21, 2010 at 12:01 am

    bergetar hati membaca.

    Dah lama menuggu Ust Lah menulis artikel2 ruhi.

    Ada peluang kita bertemu.

    Allahu musta’an

  2. Abdullah Zaik
    Ogos 21, 2010 at 2:54 pm

    marhaban

  3. iQj
    Ogos 22, 2010 at 4:49 am

    SubhanAllah. Artikel mudah dan padat untuk mengenali Nafsu dan Ruh, agar mudah untuk mengelola keduanya.

    Satu lagi ustaz, ‘sea food’ yang betulnya. dan asid urik/uric acid.

    Apapun, mesejnya sampai.

    =)

  4. Fairuz Sallehuddin
    Ogos 24, 2010 at 8:30 am

    Assalammualaikum Ustaz.

    Cth pada makanan seafood yang ustaz bg tu, saya kurang faham antara ruh dan aqal. Bukankah aqal yang memberitahu kita bahawa makan seafood yang berlebihan akan membahayakan kesihatan kerana ilmu itu terkandung dalam aqal? Di manakah kaitan antara ruh dan aqal?

    Jzk khayr

  5. September 20, 2010 at 6:29 pm

    Barakallahu fik. Jazakallah khair atas artikel yg cukup bermanfaat bagi ana. Baru lepas cari semula artikel lama ustaz tentang Tarbiyyah Nafsu satu masa dulu.

  6. al-aslami
    September 30, 2010 at 3:21 am

    salam
    syukran best2..
    ana suka tazkirah ni… moga hati ini punyai stamina tidak tunduk pada nafsu sehingga akhr hayat badan ini..

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: