Utama > fikrah > “dan jadikan kami imam kepada orang yang bertakwa”. Al Furqan: 74

“dan jadikan kami imam kepada orang yang bertakwa”. Al Furqan: 74

“…dan jadikan kami imam kepada orang yang bertakwa” . Ungkapan yang ringkas tetapi mendalam. Maksud ayat ini amat jelas dalam menjelaskan metode kepemimpinan dalam politik Islam. Ia sekali gus menjelaskan sifat keunikan manhaj Islami dalam perjungan politiknya.

Tugas menegakkan kepimpinan atau politik islam bukan tertentu pada bagaimana kita mendapatkan kuasa sahaja tetapi juga bagaimana melahirkan masyarakat yang akan menjadi pendokong kepada sistem politik tersebut.

Dalam ayat di atas Allah s.w.t mengajar kita bagaiman sistem politik Islam adalah hasil kombinasi intim antara pemebangunan masyarakat yang bertakwa dan menegakkan pemerintah. Pemerintahan Islam lahir dari masyarakat yang bertakwa.

Oleh itu usaha untuk menegakkan politik Islam tidak harus tertumpu sepenuhnya pada oriantasi perebutan kuasa semata-mata tetapi sebaliknya merupakan susun atur yang menyeluruh merangkumi terhadap tahap-tahap amal yang diperlukan daripada individu muslim, keluarga Islam, masyarakat Islam kemudian barulah pemerinthan.

Diriwayatkan satu athar yang mashor menyebut, “kama takunu yuwalla alaikum” maksudnya, bagaimana kamu, begitulah pemimpin kamu. Yakni kalau kamu umat /jamaah yang hebat akan keluar daripada kamu pemimpin yang hebat dan jika kamu lemah, berdoasa dan masiat akan datang pemimpin juga yang bersifat begitu.

Syaidina Ali r.a pernah ditanya tentang perbezaan kepimpinanya berbanding kepimpinan syaidina Abu Bakar, Baginda menjawab; “itu kerana Abu Bakar memerintah orang seperti ku dan aku memerintah orang seperti kamu”. Jadi mengharapkan satu kepimpinan Islam dalam keadaan masyarakt yang fasik adalah satu impian yang sangat tinggi.

Jadi sebab itu pada pandangan saya berdasarkan methodologi ini menterbiah masyarakat dan usaha melahirkan mereka menjadi umat yang kuat dan beriman adalah wasilah paling strategik ke arah menegakkan sistem pemerintahan Islam yang sebenar.

Membawa agenda politik Islam secara rambang dalam keadaan umat yang lemah dan tidak betul-betul beriman atau bertakwa akan mendedahkan projek Islam kepada tawar- menawar. Dan mungkin terdedah kepada modifikasi yang boleh menghilangkan warna asalnya atau hanyut dengan menjadi projek tampalan.

Untuk itu pendokong dakwah perlu jelas tentang marhalah-marhalah amal, cabaran setiap marhalah dan objektif yang sesuai untuk marhalah tersebut, supaya mereka tidak keliru antara matlamat/fikrah yang asal yang hendak dituju dengan pendekatan semasa berdasarkan perhintungan semasa.

Mereka juga harus benar-benar faham tujuan dari penegakkan sistem politik Islam iaitu untuk memastikan kuasa /sultan berada pada orang Islam yang dengan itu mereka memiliki kakuatan penentu yang mengizinkan mereka menjaga kedaulatan negara, marwah bangsa dan melaksanakan tujuan-tujuan agama dan maksud-maksud hukum seperti yang kehendaki oleh Allah s.w.t.

Keghairahan perebutan kuasa semata-mata dalam situasi percaturan politik seperti di Malaysia tanpa perhintungan yang cermat dan mendalam boleh mengakibatkan natijah terbalik. Jesteru ia hendaklah dilakukan dengan hati-hati dan penuh perhintungan. Dengan itu kita pula terdedah kepada implikasi melanggar kaedah fikah yang masyhur ” merubah mungkar tidak harus membawa kepada mungkar yang lebih besar”.

Kategori:fikrah
  1. badai
    September 29, 2010 at 10:09 pm

    Jelas sekali.
    Tiada shorcut dalam penegakan ISLAM,. Manhaj apa lagi yang kita nak refer kalau boleh manhaj nabawi. Kalau reka2 sendiri, jadilah kita buah2 atas papan catur, dicatur oleh orang lain.

  2. al-aslami
    September 30, 2010 at 3:32 am

    salam.. syukran entri menarik .. izinkan ana bertanya..

    kenapa kebanyakan jemaah islam seolah2 terbahagi dua dlam gerak kerja kebnyakan kejadian ialah apabila mereka berkecimpung dalam arena politik?

    adakah ia satu kemestian yang lumrah atau masalah yang berpunca dari sistem jemaah yang longgar..?
    apakah penyelesaiannya..?

  3. pedangpen
    Oktober 1, 2010 at 4:29 pm

    saya sangat terkesan dengan “kama takunu yuwalla alaikum”

    muhasabah

    muhasabah

    ok, asar dah masuk sila bersolat wahai diri sendiri.

  1. Oktober 6, 2010 at 4:29 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: