Utama > komentar > Kenapa Qabil Bunuh Habil?

Kenapa Qabil Bunuh Habil?

Sebuah kisah dicatatkan oleh Allah s.w.t dalam al Quran untuk menjadi pelajaran untuk umat manusia sepanjang zaman. Habil dan Qabil adalah dua beradik. Mereka berdua merupakan anak kepada nabi Allah Adam a.s.

Namun mereka berdua bergaduh bukan kerana perkara dunia tetapi kerana ibadah seorang daripada mereka diterima Allah dan seorang lagi ditolak.

Pada zaman itu Allah s.w.t menentukan peraturan dalam persembahan untuk memperdekatkan diri kepada Allah. Mengikut riwayatnya jika persembahan  itu diterima Allah s.w.t, akan datang api dari langit yang akan menjilatnya.

Itulah peristiwa yang berlaku kepada Qabil dan Habil. Oleh kerana Qabil mengemukan persembahan yang disebut qurban  yang tidak elok, lalu qurbannya tidak diterima Allah s.w.t. Allah s.w.t menerima persembahan Habil dan menolak persembahan Qabil. Kejadian itu menyebabkan Qabil dengki kepada Habil dan membunuhnya.

Begitulah pengajaran yang boleh kita belajar disini. Kadang berlaku persaingan keji oleh kononnya satu pertubuhan dakwah terhadap pertubuhan dakwah yang lain, sanggup melakukan apa sahaja usaha untuk mematikan dan menghalang perkembangan pertubuhan yang lain.

Ia bukan kerana merebut harta dunia, tetapi dengki  melihat pertubuhan lain lebih maju, berkembangan dan diberkati oleh Allah dari pertubuhnnya. Lalu ia melakukan berbagai ikhtiar untuk mensabotaj kerja-kerja dakwah yang dilakukan oleh kumpulan lain. Ini akhlak pendokong dakwah yang mewarisi akhlak datuk mereka Qabil.

Qabil sepatutnya memperbetulkan amalnya dan mengemukan amal yang berkualiti kepada Allah s.w.t supaya Allah menerima persembahannya, bukan berdengki dengan Habil dan bertindak membunuhnya.

Demikianlah sepanjang sejarah sifat orang hatinya berpenyakit,  sentiasa berdengki dan berusaha memusnahkan kejayaan orang lain,  bukan kembali kepada dirinya mengikhlaskan hati dan memberbaiki amalan supaya ia menjadi lebih baik dan diterima Allah.

Pengajaran yang menarik juga yang ditunjukkan dalam kisah ini ialah sikap Habil yang tidak mengikut rentak Qabil, “Kalau kamu hulur tangan untuk membunuhku, akau tidak akan menghulur tangan untuk membunuh mu”.

Kita tidak perlu menghalang dakwah orang lain untuk kita berjaya… yang betul ialah bersihkan hari daripada sebarang penyakit hasad dan perbetulkan amal kita barulah persembahan kita berkembang dan diterima Allah s.w.t.

Kategori:komentar
  1. anti_kufur
    Oktober 13, 2010 at 11:25 pm

    hmm…

  2. Abdullah
    Oktober 14, 2010 at 12:11 am

    Terbaik dan padat..semoga ianya juga menjadi cermin kepada kita bersama…..

  3. iqhakim
    Oktober 14, 2010 at 4:34 am

    JazakAllah khairan jazak

    Peringatan buat para du’at yang mungkin dihinggapi marid qulub.

    Ikhlaskan niat, lillhita’ala. tak usah gentar dengan kebatilan, pilihlah kebenaran untuk memajukan diri.

    InsyaAllah, kita sama-sama beramal

  4. Oktober 14, 2010 at 5:11 pm

    Mari kita jadi Habil……….

  5. amrar
    Oktober 15, 2010 at 2:43 am

    Subhanallah…

    x sangka cerita Habil & Qabil camtu sekali olahannya…

    selama ini sy ingatkan Qabil ni mmg berniat utk tidak melakukan ibadahnya dengan betul dan didorong lagi perasaan iri inginkan pada pasangan wanita Habil…Syaitan juga berperanan saya ingat waktu tu
    Pendekkata penuh dengan unsur mazmumahlah….bukan kerana underachievement pada perkara maaruf

    Tapi, pandangan begini mengubah konsep ibrah cerita ini pada saya

    Jzkkk kerana bagi pencerahan begini…mmg pertubuhan itu mengikut jejak langkah qabillah tu…huhu…

  6. umaira
    Oktober 15, 2010 at 6:54 am

    hmmm….
    Habil tetap adikbradik ngan Qabil…….
    u cucu habil…dy cucu qabil…
    xjauh beza..

  7. Abdullah Zaik
    Oktober 15, 2010 at 2:30 pm

    lihat tafsir al Kashaf Jilid1, muka surat 606. Maaf saya tak sempat nak terjemah.

  8. Abdullah Zaik
    Oktober 15, 2010 at 2:31 pm

    Umaira ! antara hak dan batil sangat jauh bezanya

  9. badai semalam
    Oktober 15, 2010 at 2:50 pm

    Tuan blog ni orang lama dan hidup dgn da’wah. Apa yg dimunculkan kpd kita sekali-sekala ini bukan omongan & khayalan minda.

    Pengajaran peristiwa2 ini amat sarat dan jadi bekalan kpd para pekerja ALLAH yg ikhlas utk sepanjang zaman. Banyak yg kita belajar hari ni adalah dari pengorbanan, kesusahan, ujian, mehnah dan fitnah yg pernah berlaku dulu-dulu. Begitu juga generasi akan datang akan belajar apa yang sedang berlaku kpd kita hari ini.

    Sebab tu usia dan pengalaman da’wah ini tak diukur dgn usia dan pengalaman individu.

  10. badai semalam
    Oktober 15, 2010 at 4:35 pm

    dlm kes2 seperti diatas, mari kita berusaha menjadi Habil “..“Kalau kamu hulur tangan untuk membunuhku, aku tidak akan menghulur tangan untuk membunuh mu”………..

    nescaya akan selamat, dunia akhirat insyallah…..Setakat ini, saya amat kagum dgn pendirian ISMA, masih kekalkan jatidiri duah yg dikehendaki

  11. ismi
    Oktober 15, 2010 at 6:41 pm

    Sangat bagus untuk memuhasabah ahli isma… jzkk ustaz!

  12. Oktober 15, 2010 at 8:55 pm

    Allah s.w.t menerima persembahan Habil dan menolak persembahan Qabil. Kejadian itu menyebabkan Habil dengki kepada Qabil dan membunuhnya.

    macam kne edit sket je ust.. =)

  13. anti_kufur
    Oktober 17, 2010 at 3:23 am

    banyak perkara yang perlu dinilai dalam dakwah. luaran dan dalaman.

    kenapa ramai ingin berjemaah tetapi tidak tahu dab dalam berjemaah?

  14. anti_kufur
    Oktober 17, 2010 at 3:35 am

    adab..

  15. annuar
    Oktober 17, 2010 at 11:54 pm

    hmm.. sudahkah anti_kufur bertanya mereka yang ramai ingin berjamaah yang tidak tahu adab berjamaah itu.. untuk mengetahui jawaban dari hati kehati…?

  16. OT
    Oktober 18, 2010 at 4:18 pm

    adakah perlu wujud 1 jemaah lain sedangkan sudah ada jemaah menegakkan syiar islam disitu..
    sepatutnya wajib atas mereka taat pada jemaah yg ada..
    mmg xd adab la nama yer kl wujud 1 jemaah yg lain..(renung2 kan lah)
    Menjadi fitnah kl wujud jemaah lain kerna cara dakwah yg dibawah adalah sama akan tetapi fikrah lain2..antara yer ini lah masalah org jadi keliru..fahaman yg sm fikrah lain2..
    Boleh ker sy nyata kan yg wujud yer jemaah lain adalah kerna nama/harta/pangkat??

  17. Abdullah
    Oktober 18, 2010 at 10:11 pm

    Kpd OT,anta bercakap mengikut nafsu..tolong bagi tau saya dalil berdasarkan quran dan hadis bg menyokong pendapat anda?Klo xtahu,cakap xtahu ye…Jemaah didunia ni satu je yg xleh buat jemaah yg kedua..iaitu Jemaah yg berkhalifah dimana semua umat Islam berbaih dgnnya..Jika anda ingn berbuat jemaah lain selain jemaah tersebut..anda boleh dihukum bunuh….anda mmg kurang faham apa yg dimaksudkan oleh para ahli ikhwan yg ber’akhlak’..ikhwan adalah jemaah dari jemaah muslimin..jika anda mahu orang taat pada jemaah anda..janganlah bermimpi kerana jemaah yg benar2 ikhlas akan disukai oleh orang dan tidak ada orang yg akan meninggalkannye..jika ahlinya yg sekian lama didalamnya meninggalkannya..mesti ada yg benda yg rosak didalam jemaah tersebut..bukti ahli yg meninggalkannya orangnya asolah dan bersungguh adalah selepas mereka meninggal jemaah tersebut,mereka ini tidak bertambah harta berlipat kali ganda dgn sekelip mata serta tidaklah membaiki rumah sehingga RM7K..Maaf ustaz Lah,golongan ini mmg peliks..dgn menaburkan fitnah,tapi tongkat sakti nak..peliks2..

  18. mads7007
    Oktober 18, 2010 at 10:11 pm

    jom banyakkan muhasabah^_^

  19. hisham79
    Oktober 19, 2010 at 1:00 am

    salam buat OT,
    mari kita berselawat atas nabi…🙂

  20. anti_kufur
    Oktober 19, 2010 at 3:57 am

    annuar}

    nilaian adalah dengan melihat kepada natijah. memandang keaadan hasil daripada sifat berjemaah.

    kerana kkdang orang yang semangat dalam berjuang tidak sedar jika tidak ditegur atau dimuhasabah.

    mungkin saja kita merasakan diri ini benar. Namun adab atau perilaku hanya boleh dinilai oleh orang lain. sabda nabi SAW ” mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain.”

    wajarlah kita disiplinkan sebagai hasil tarbiyah.

    afwan. hanya sebagai renungan bersama.

  21. badai
    Oktober 19, 2010 at 4:11 pm

    dari seni tulisan, saya agak OT org baru & muda yg amat bersemangat dgn da’wah ini…

    cuma agak rasa sempit dada, kalau jelmaan fikrah ini adalah mewakili apa yg disumbatkan oleh para syuyukh mereka…mereka ini patut dipertanggungjawabkan. Hasil kebejatan ini akan kekal n membekas lama dalam untaian umur & generasi da’wah….

  22. badai
    Oktober 19, 2010 at 4:31 pm

    satu lagi….saya tengok kat malaysia ni blog ustaz lah saja yg wujud dan berani utk bawa isu-isu da’wah, fikrah, haraki dan menjelaskan fikrah ikhwan dgn mantap dan semasa serta sentiasa segar dan evergreen….dan sesekali panas dan amat mencabar sekali. Nampak kejelasan jalan dgn penuh REALITI. Apa yg ditulis juga kita boleh lihat di realiti ISMA. Cantik sekali…Walillahilhamd..

    Ust Lah mewakli syiekh2 ISMA lain. Mana pula jelmaan fikrah dari jemaah-jemaah lain. (maaf) yang lain saya nampak memang ada, tapi amat suram dan kaku sekali….hanya berani copy & paste saja dari buku2 fikrah albanna (yg byk dijual dikedai). Hanya matan…..yg boleh diungkap dan diceduk oleh sesiapa saja. Tak ada kaitan dgn realiti semasa.

    kalau rakan2 ada terjumpa blog lain yg menepati ciri2 diatas, sila inform. tq

  23. afizhi atan
    Oktober 20, 2010 at 1:37 am

    Salam
    1. tahniah ya ustaz, menarik dan meluaskan akal saya.
    2. Memang ramai juga berminat jadi qabil rupanye dalam dunia nie, mungkin kita selalu meniru ya ustaz..perbuatan kita sekarang, tiru perbuatan dulu2, perbuatan anak2 tiru pbuatan mak ayah dan pakcik2 mungkin. Tertiru pula perbuatan si qabil
    3. Tahniah kepada isma sebab ajar kami jadi Habil sebab kalau ikut hati muda lara nie, nak juga smash orang yang sakitkan ustaz dan rakan2. Lagak mereka macam qabil, tak tahan la kdg2.
    4. Jom kita belajar bersabar lagi, sampai akhirnya si golongan qabil menyesal dan bertaubat, dan niat jahat mereka terkubur bersemadi tak kembali.
    5. Sungguh beradab anti_kufur, tahniah atas didikan dan tarbiyah jemaah sedara. (letak nama sendiri, baru beradab namanya pakcik). Cantik dah natijah jemaah tu.

  24. afizhi atan
    Oktober 20, 2010 at 1:38 am

    peace no war-war

  25. dcairo
    Oktober 20, 2010 at 5:27 am

    @OT: anta mmg mengarut… cukuplah memalukan diri di sini.

    Ana memang setuju ust, kisah habil dan qabil ni memang banyak pengajarannya. sebab tu lah Allah letak dalam Al-Quran supaya menjadi pedoman bagi kita.

    Kisah Qabil yang tak puas hati amalan nya diterima, mula dngan ancaman2, komen2, perli2, dan hujah2 tak puas hati ke atas Habil. Dan akhirnya berlakulah pembunuhan ke atas Habil.

    Bagi ana Qabil kena henti tohmahan2 tu sebelum terlambat. Sebelum berlaku jenayah yang lagi besar.

    Cepat2 la bertaubat…

  26. umair
    Oktober 24, 2010 at 10:37 am

    siapa habil dan siapa qabil? benih kesepakatan yg dicanang-canangkan namun, kita masih ingin menyuburkan perpecahan..

  27. misma
    Oktober 24, 2010 at 6:54 pm

    em..

  28. OT
    Oktober 25, 2010 at 5:41 am

    dcairo: saya mmg pemalu org yer..huhu

    ada ker hujah ni boleh sama kan lawan 2 orang beribadah dengan gerakan 2 jemaah..x masuk akal langsung.

    cermin diri..muhasabah diri..fikir maslahah umat..

    cuba fikir situasi 2 orang dengan 2 jemaah sama ker??
    bagi komen sikit..saya malu nie.

  29. OT
    Oktober 25, 2010 at 5:50 am

    ustaz saya nak tanya..ada orang mengakui isma diiktiraf ikhwan muslimin..
    betul ker??

    dan ada jugak budak isma mengakui yang yang PAS mengiktiraf ISMA??

    saya suka tanya street ustaz maaf yer..ana confuse.

  30. abuabdullah
    Oktober 25, 2010 at 5:08 pm

    pengajaran dari kitab Allah memang menyuluh segala kesamaran,mengeluarkan dari segala kegelapan dan tiada keraguan padanya.segala isi2 ayat yg mengesani jiwa2 adalah rahmat dariNya.setiap duat yg mempraktikan dan merealisasikan ayat2 Allah didorongi oleh taufiq dari Nya.maka tidak hairanlah para duat yg sudah lama berkelana di dunia dakwah masih tsabat di atas jalan ini walaupun dihujani pelbagai ujian dan di bebani dgn pelbagai kepayahan kerana mereka adalah org2 yg berpegang dan mendapat petunjuk dari kitabullah n sunnah.

  31. Kamal
    Oktober 25, 2010 at 7:23 pm

    Pendapat saya yg tak terlps dari salah ni:
    -manusia cenderung menuding jari dlm mengambil ibrah.cukuplah kita letak diri kita sendiri dan urusan org lain kita serahkn kpd allah..tanggungjwb kita berukhuwwah yg plng rendah adalah salamatussadr walaupun kita disakiti.rujuk sejarah IM…
    -bila kita berckp ttg sejarah,kita ada 3 golongn,golong pemerhati,golongn yg terlibat,n golongn yg xtahu apa2 langsung..tanya pada diri sendiri,kita digolongn mana?setiap golongn ada pemerhatian yg berbeza,malah golongn yg terlibt akn terbahagi kpd dua iaitu golongn yg berslh dn yg bnr,dan pandangn mrk juga berbeza.adakah kita cukup adil dlm mengambil kira semua dr mrk,atau kita hanya mendengar sblh pihak shj dan kemudian membuat perasangka2 buruk?
    Moga allah beri hidayah kpd kita semua…kadangkala kbnrn dpn kita,tp kita msh memilih kejahatan.rjk srh tahrim:10

  32. AN
    Oktober 26, 2010 at 8:27 am

    Kadang-kadang sebab kit terlalu sayangkan sesuatu, kita jadi orang yang sanggup mematikan orang lain, tanpa kita sedar perbuatan kita sangat bertentangan dengan apa yang Allah telah tetapkan.

    Jzk k ustaz atas cerita yang sangat membuka mata ini. Terpaku pada batang hidung sendiri sbb pernah juga buat dahulu perkara yang sama spt Qabil.. atas dorongan semangat nak berdakwah tapi kurang dipandu dengan kefahaman yang sebenar. Alhamdulillah ‘ala kulli hal…

    Rasa segar membaca … relaks minda sebentar dari belajar bhn kuliah….

  33. samuri_ibrahim
    Oktober 27, 2010 at 4:35 pm

    terlebih dahulu ana nk khususkn kpd mereka yg sama2 mengucapkn kalimah syahadah lebih2 lg trhadap bangsa ana sendiri…melayu

    Islam sendiri yg mengajarkn stp muslim itu bersaudara….x ksh la dy drpd bangsa apa sekalipun….kita bersaudara agama….

    cemburu n iri hati mmg penyakit hati yg sgt merosakkn…lebih parah apbila melibatkn kesucian agama….krn kuasa sanggup dpergadai agama…sanggup mengkafirkn saudara….sanggup membiarkn diri kita dperlekeh mereka yg bkn Islam…

    soalnya bermula dr hati…tepuk dada tnya iman….fikir dan zikir sedalamnya….kdg2 kita terlupa…kita alpa dgn urus tadbir dunia hingga lupa yg sbenarnya itulah ujian yg Allah beri kpd kita semua…..renungknlh…

    semua Umat Islam itu Bersaudara…

  34. kita_bersaudara
    Oktober 28, 2010 at 2:45 am

    assalamualaikum..post yang berani dan menarik.

    Satu persoalan..adakah kita semua jelas..manakah yang digelar jemaah..manakah yang digelar wadah??

    perkara kedua..walaupun kita telah melakukan yg terbaik dan yang terhampir dgn sunnah nabi..kita harus merendah diri..bukan mengatakan yang kita adalah yang paling diberkati..
    apa yang merosakkan kita adalah apabila kita bertemu seseorang dan merasakan yg kita lebih baik darinya

    ana cuma mengharapkan kebaikan untuk kita semua
    bukan ingin berdebat..afwan

    salam ukhuwah..moga kita sentiasa dalam petunjuk Allah.

  35. badai
    Oktober 28, 2010 at 3:46 am

    Hebat2 belaka para pengomen disini, sampai ada yg tersasar….cuba kita baca balik apa yg tuan blog ni nak sampaikan supaya kita boleh ambil pelajaran dan ‘penjauhan’.

    Kalau sapa tak puas hati, termakan hati, atau termakan cili…..atau nak minta dalil & bukti, saya rasa boleh jumpa ust Lah segera. Kalau cari tak jumpa d celah2 longgokan kitab arab di pejabat ISMA Bangi, mungkin boleh gi jumpa nun di kilang roti di Gaza….

    “Begitulah pengajaran yang boleh kita belajar disini. Kadang berlaku persaingan keji oleh kononnya satu pertubuhan dakwah terhadap pertubuhan dakwah yang lain, sanggup melakukan apa sahaja usaha untuk mematikan dan menghalang perkembangan pertubuhan yang lain.

    Ia bukan kerana merebut harta dunia, tetapi dengki melihat pertubuhan lain lebih maju, berkembangan dan diberkati oleh Allah dari pertubuhnnya. Lalu ia melakukan berbagai ikhtiar untuk mensabotaj kerja-kerja dakwah yang dilakukan oleh kumpulan lain. Ini akhlak pendokong dakwah yang mewarisi akhlak datuk mereka Qabil”

  36. m
    Oktober 28, 2010 at 4:29 pm

    ikwan di malaysia adalah isma

  37. m
    Oktober 28, 2010 at 4:34 pm

    bagus ustaz, post ini sesuai untuk org2 pmram,selalu kata kat isma mesir ni pemecah belah

  38. al-aslami
    Oktober 28, 2010 at 7:08 pm

    syukran ustaz Lah..
    kadang2 pelik melihat manusia menyayangi sesuatu sehingga melakukan pelbagai cara salah mahupun betul dengan alasan “lebih mengetahui situasi”..

    sepatutnya yg lebih mengetahui situasi akan lebih berhati2 supaya tindakan tidak terpesong ke arah tindakan yg memusnah sifatnya.. akhirnya yg terbunuh saudara sendiri (Habil)..

    moga emosi x mengawal diri, doakan supaya keadaan yg ada bertambah baik kerana yg dikejar bukan nama tapi hakikat kejadian hanyalah keranaNya.

  39. abubasil
    Oktober 30, 2010 at 11:28 am

    kepada m, bravo (ikhwan di malaysia ialah isma). moga2 betul tetapi rasanya salah. jangan cakap apa yang kita tak tahu, kerana sesungguhnya pendengaran, penglihatan, hati semuanya disisNya akan dipersoalkan. TQ

  40. student
    Oktober 30, 2010 at 11:51 pm

    Tanda-tanda kehadiran Qabil ialah.. tidak bersetuju dengan entry di atas..

  41. eman
    Oktober 31, 2010 at 2:00 am

    @m

    haha.. skati je anta ni. ust lah pon tak kata.
    sudahlah, nama je pon. tak perlu nk cakap sangat kalau
    btol pon.

    post ni utk diri kita sendiri juga, jgn tuding org saja,

    Betul ke ikhwah ismamesir? Jom jumpe di suq sayarat, bole minta pencerahan dari ikhwah qudama’

  42. iQj
    November 1, 2010 at 4:30 am

    Ana kira bila membaca artikel dan komen yang dilontarkan, bacalah dengan jiwa yang terbuka, minda yang terbuka. Husnus Dzon.

    Ustaz tulis sesuatu, lontarkan pendapat untuk kita muhasabah. tentu sekali perkara ini berlaku, ustaz pernah melihatnya, ana yang baru juga pernah melihat beberapa orang ikhwah yang bersikap sedemikian. Mungkin saat itu masih terpandu oleh semangat berbanding kefahaman.

    Semangat yang membara hendaklah dipandu dengan kefahaman yang sebenar. Melalui penulisan kita dapat menilai sejauh mana kefahaman penulis tersebut. Kalau kita baca komen dan kita terikut cara pemikiran sang pengomen, susah untuk kita menilai dan ambil pengajaran.

    Ana mohon kepada semua pembaca fikir-fikirkanlah perkara yang sesuai untuk dibincangkan. tak perlu terlalu terpengaruh dengan emosi.

    Alangkah anehnya orang Melayu, suka nak berada atas kebenaran sehingga keegoan mengelabui mata sendiri sama ada diri berada di atas jalan yang lurus mahupun tidak.

    Wallahua’lam

  43. hira'
    November 4, 2010 at 11:30 am

    Kalau kita kaji badan2 NGO di Malaysia, ramai yg mengaku pengiktirfan hubungan dgn ikhwan muslimin. Tetapi yg lebih penting adalah hubungan kita dgn ikhwan adalah hubungan fikrah…di mana kalau kita kaji sejarah, al maududi tlh mendirikan jamaat islami di India. Namun, para2 ikhwan seringkali mrujuk hasil karya maududi…oleh kerana fikrahnya yg hampir sama dgn ikhwan. Melalui fikrah lantas mhasilkan amal.

    Hatta, Al-Banna mengatakan ‘ahlan’ kpd golongan tabligh yg bda’wah. Oleh itu, jadilah Habil.

    ‘Melayu sepakat, Islam bdaulat!’ Saya takut jikalau di Malaysia tjadinya perkara sama yg blaku di AMBUN, INDONESIA! Menyebabkan ramai muslim dbunuh disebabkan oleh agama lain….padahal muslim pd waktu itu adalah majoriti. Jadi paling penting adalah:

    1.projek tarbiyyah membinapendokong dawah
    2.satu padukan kaum Melayu sbg penerajui agama ini.

  44. umair
    November 5, 2010 at 11:18 pm

    Alhamdulillah ramai orang yang perjuangkan islam, ayuh kita jadi Habil yang mempersembahkan yang terbaik, bersatu atas perjuangan menegakkan Islam tanpa menghalang sesama kita.

  45. iqhakim
    November 7, 2010 at 4:08 am

    Teringat pengalaman bekerja sambilan di bengkel kereta orang cina.

    Dalam blok yang sama ada bengkel kereta, milik orang cina juga. Satu hari bos ana suruh ke bengkel tersebut, beli parts kereta yang dah habis di kedai. Hari yang lain, seorang pekerja dari bengkel tersebut datang ke bengkel kami untuk beli parts kereta yang habis di bengkel mereka.

    The moral of the story is: Persaingan sihat.

    Bantu-mambantu antara satu sama lain. biarpun berniaga benda yang sama, saat mereka memerlukan bantuan tak segan nak meminta, tak sombong nak menghulurkan bantuan.

    Alangkan orang cina yang beriman kepada ruh nenek moyang mereka mampu lakukan sedemikian, mengapa tidak orang Melayu Muslim? Di mana semangat ayat 10-13 surah al-hujurat?

    Ana menyeru kepada diri ana yang pertama sekali, dan kepada semua du’at, sama-sama kita muhasabah diri. Apakah kita orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul, kepada kitab yang diturunkan dari langit tanpa ada keraguan padanya, tatkala kita membaca ayat-ayat tersebut, tetapi tidak ber’amal dengannya?

    Wallahua’lam

  46. mm
    November 17, 2010 at 11:24 pm

    salam

    Qabil telah mati, Habil telah mati, U lah Juga akan mati, saya juga akan mati, kita semua akan mati…. akan berjumpa Allah.

  47. alhikmah
    November 20, 2010 at 12:06 am

    Kisah Habil dan Qabil..bukankah kerana merebut saudarinya yg bernama Iqlima?

  48. pls respon
    November 25, 2010 at 3:44 pm

    salam ustz…
    pls respon pd bbrapa soalan y penting utk dijwb

  1. Oktober 19, 2010 at 9:55 pm
  2. November 15, 2010 at 2:54 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: