Utama > fikrah > Islam, Liberalisme dan Autokratik

Islam, Liberalisme dan Autokratik

Liberalisme dalam politik maksudnya mengurangkan kuasa pemerintah dan meluaskan ruang kebebasan.

Peranan kerajaan dalam sistem demokrasi ialah untuk menjaga kebebasan individu bukan menjadi tuan yang mengurniakan kebebasan kepada sesiapa yang dia kehendaki dan menahannya dari sesiapa yang dia kehendaki.

Itulah intipati perjuangan golongan liberal demokrasi, pejuang hak asasi manusia dan mereka yang menjunjung slogan reformasi. Demikian maksud “kuasa rakyat” yang dilaung-laungkan. Isu-isu berkaitan dengan good governance menjadi pokok pertikaian atau landasan perjuangan.

“Autocracy” bukan sahaja dianggap merampas kebebasan dan hak asasi manusia secara umum tetapi juga mempunyai pengalaman negatif dengan golongan yang membawa cita-cita perubahan Islam. Apa yang dicanang pejuang demokrasi seakan-akan menepati hajat mereka untuk mendapat ruang melakukan perubahan.

Persoalan, bolehkah nanti berlaku transformasi daripada demokrasi sekular yang menyamaratakan kedudukan agama kepada Islam yang dianggap oleh pendokong demokrasi sebagai “theocratic”? Saya rasa itu satu cabaran yang amat besar yang harus diitangani oleh pencinta politik Islam.

Akhir-akhir ini muncul idea baru dalam perjuangan Islam yang di panggil “pendemokrasian politik Islam”. Dalam konteks itu perjuangan politik Islam menemui titik pertemuan dengan golongan reformasi dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan dengan good governance.

Yang membezakan antara keduanya ialah latar belakang ideologi. Kalau puak-puak reformasi berjuang atas landasan hak asasi manusia maka puak Islam pula berjuang atas asas Islam yang  seakan -akan mempersetujui perkara yang sama.

Ada kecenderungan  perjuangan Islam untuk berpada dengan menghadkan objektif  mereka untuk menegakkan cita-cita politik Islam dengan dalam rangka memperelokkan amalan demokrasi di sesebuah negara. Ada sesetengah mengistilahkannya sebagai jihad demokrasi.

Secara umum suasana kebebasan dan “demokrasi” lebih baik bagi dakwah berbanding suasana  dalam sistem autocracy.  Persoalan saya ialah sekitar kesan daripada pemangkinan liberalisasi barat atas projek Islam secara keseluruhannya, sebab itu saya mencadangkan agar gerakan Islam kekal berjuang atas dasar, prinsip dan landasan Islam tanpa tolak ansur dan tukar ganti.

Kategori:fikrah
  1. November 2, 2010 at 6:33 pm

    Berkata tentang Hak Asasi Manusia, maknanya Islam mendapat cabaran dari segi ‘semua agama adalah sama rata’?

    Maknanya semua orang berhak memilih agama masing-masing, maka berlaku pencabulan hak asasi manusia apabila hukum syariat dilaksanakan, lebih-lebih lagi kepada golongan murtad.

    Ini yang ana nampak, ketidakserasian antara Islam dan Hak Asasi Manusia olahan manusia zaman ini.

    Rupanya, bukanlah mudah untuk menjadikan Ibunda Pertiwi ditadbir berlandaskan Islam secara syumul. Bukan semudah merampas Parlimen. Wajib dan penting untuk memahamkan masyarakat, umumnya semua, khususnya masyarakat Muslim, tentang bezanya Islam dan Hak Asasi Manusia.

    Sekiranya Parlimen berjaya ditakluk, masyarakat yang tidak benar-benar faham dan meyakini fikrah Islam pasti akan menolak pentadbiran Islam, jika tidak cepat, lambat laun pula.

    JazakAllah atas pencetusas pemahaman. Memang mencabar minda

  2. Noor Eqbal
    Disember 10, 2010 at 8:02 am

    Assalamu’alaikum,

    Merujuk kepada tulisan saudara Iqbal Hakim yang mungkin saya kenal,

    “Berkata tentang Hak Asasi Manusia, maknanya Islam mendapat cabaran dari segi ‘semua agama adalah sama rata’?”

    Saya membalas “tidak”. Bukan itu yang dimaksudkan dengan HAM. Perkaitan yang saudara buat itu misleading ya.

    Namun memang benar bahawa HAM itu termasuklah memelihara hak seseorang individu untuk bebas memilih keyakinan ataupun agama buat dirinya sendiri.

    Iqbal

  1. November 10, 2010 at 2:34 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: