Utama > fikrah > ISMA Tidak Tolak Demokrasi

ISMA Tidak Tolak Demokrasi

Adakah ISMA menolak demokrasi atau anti kepada penglibatan dalam pilihan raya? Kadang-kadang sesetengah tulisan saya atau juga sesetengah pimpinan ISMA yang lain ditanggapi secara salah seakan-akan ISMA menolak penglibatan dalam pilihan raya.

Saya ingin berterus terang kepada semua kerana saya tidak mahu isu ini mengelirukan sesiapa termasuk ahli ISMA sendiri.

ISMA tidak menolak elemen-elemen positif yang wujud dalam demokrasi pilihan raya. ISMA menerima:

  1. pertukaran kuasa secara aman
  2. hak rakyat untuk muhasabah pemerintah
  3. hak rakyat untuk sama-sama menentukan masa depan negara

ISMA menganggap demokrasi pilihanraya adalah hasil penemuan manusia. Islam tidak melarang umatnya mengambil faedah dari pengalaman manusia, seperti sabda Rasulullah s.a.w  ”kebijaksanaan itu adalah barang yang hilang dari orang yang beriman..di mana ia menjumpainya, ia lebih berhak terhadapnya”.

Namun ISMA menolak falsafah demokrasi Barat yang menolak peranan Tuhan dalam pemerintahan, peranan agama dalam kehidupan, yang menyamaratakan antara orang yang beriman dan tidak beriman, yang menganggap semua agama sama menyeru kepada perkara yang betul. Falsafah liberal yang bolos dari setiap ikatan akhlak dan hukum hakam serta  meletakkan kebebasan individu sebagai nilai tertinggi atau rakyat sebagai Tuhan.

Islam ialah yang pertengahan. Yang mahu kita tegakkan ialah kekuasaan Islam. Oleh itu kita bertegas untuk menjadikan Islam sebagai seruan dan penyelesaian.

Kita tidak harus terperangkap dalam seruan demokrasi Barat yang sebenarnya mengingkari agama dan kewujudan Tuhan. Menjadikan agama suatu yang spiritual yang tidak boleh dipertanggungjawabkan. Itu adalah pengalaman Barat yang tidak ada kena mengena dengan masalah masyarakat Islam di Timur.

Sepanjang pemerhatian saya, menyelesaikan masalah dalaman (sesama) umat Islam dengan mengimport formula dan penyelesaian dari luar khususnya Barat tidak pernah membawa keuntungan kepada umat dan negara Islam. Justeru saya menyeru semua pihak agar lebih berhati-hati dalam membuat seruan. Marilah kita selesaikan masalah sesama kita dengan cara kita. Kita ada al-Kitab, kita ada al-Sunnah dan kaya dengan pengalaman yang boleh merawat masalah kita dengan cara kita sendiri.

Kita boleh ambil faedah dari pengalaman Barat tentang demokrasi, kebebasan dan hak rakyat tetapi hendaklah ditegakkan atas asas nilai kita yang tersendiri/nilai tempatan.

Tanah Melayu atau Malaysia sekarang adalah negara umat Islam. Merekalah- atas kehendak agama- seharusnya memiliki al-siyadah atau ketuanan ke atas tanah warisan ini. Merekalah yang berhak menentukan rupa bentuk dan hala tuju masa depan negara seperti yang dituntut oleh agama terhadap mereka. Orang bukan Islam harus menerima hakikat ini kalau mereka ingin menjadi warga negara Malaysia.

Menyerahkan hak atau berkongsi milik, hak menentu dan mewarna rupa bentuk negara dengan orang lain yang tidak seagama atas nama demokrasi dan hak kesamarataan adalah satu pengkhianatan terhadap maruah bangsa dan kemerdekaan negara.

Ketuanan Melayu Islam di Malaysia adalah satu nilai tetap (thawabit) yang harus di hormati oleh semua dalam menjalankan proses demokrasi di negara ini. Mereka harus menghormati kedudukan agama Islam, kedudukan raja-raja Melayu, Bahasa Melayu dan budaya Melayu sebagai budaya kebangsaan serta apa-apa yang termaktub dalam perlembagaan sebagai hak orang Melayu Islam.

Orang bukan Islam boleh terlibat dalam politik dan demokrasi, memperjuangkan hak, menyuarakan pandangan tetapi mereka tidak boleh diberi hak menentu atau dibiarkan memiliki kuasa membuat ketentuan atau mempengaruhi keputusan dalam membuat ketentuan. Kedudukan yang dikatakan istimewa selama ini bukanlah satu benteng yang kukuh, jika dibayangkan segalanya  itu runtuh dan tertegak asas kenegaraan baru atas asas liberal demokrasi Barat.

Menunggang demokrasi Barat seperti seadanya dalam menyelesaikan krisis antara kita adalah satu perjudian terhadap nasib bangsa dan masa depan negara. Justeru ISMA tidak menolak demokrasi yang disejajarkan dengan nilai tempatan, tetapi yang ditolak oleh ISMA ialah demokrasi yang diimport seperti dalam falsafah dan pengalaman Barat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kategori:fikrah
  1. suhailsufian
    Januari 5, 2011 at 2:58 am

    Seperti kata Dr Muhammad Imarah :
    “demokrasi ok, cuma perlu dhawabit/ketetapan adalah syara’

    Syeikh Dr Abu Muhammad At-tontowi , pensyarah jabatan Usuluddin , Pengkhususan Tayyarat Fikriyyah berkata :
    ” Demokrasi jika menepati konsep syura maka kita terima, jika tidak ia ditolak malah akan membawa kepada perpecahan yang teruk, tapi kita kena sedar ada peperangan yang lebih besar dari siyasah yakni peperangan membina bangsa kita supaya mulia semula ”

    wallahu a’alam

  2. Januari 6, 2011 at 7:11 am

    Kewujudan berbagi nama pertubuhan yang meletakan pertubuhan mereka sebagai jemaah Islam amat merugikan ummah,
    Ummah terkeliru mana yang petut mereka sertai? Mana satu yang bebar?
    Mana satu yang tudak benar?
    Kejahilan Ummah dijadikan batu loncatan mempromosi jenama mereka dengan membuka kecelaruan ummah terhadap jemaah yang sudah lama UJUD diMalaysia.
    Bila kita hayati tertubuhnya berbagai jenama yang mendawa jemaah Islam, ada disana sikap yang tidak beberapa sihat dengan memberi gambaran bahawa kesempurnaan ada pada jenama jemaah mereka.

    Maaf salam persahabatan

  3. AHZ87
    Januari 6, 2011 at 9:02 pm

    Kepada dupahang..harap dapat baca artikel n komen2 sebelum..benda ni dah bincang panjang leh ustaz Abdullah..Maybe Ust Abdullah xkomen pendapat…harap sangat baca artikel yg lepas ye..Kita banyak keje n..Jzk..

  4. kami tidak berminat
    Januari 13, 2011 at 3:39 am

    kami tidak berminat pada jemaah yang wujud lebih awal jika :

    1-tidak boleh menerima ikhtilaf..
    2-menjadikan pentas sebagai wacana mengutuk peribadi manusia baik kerajaan, individu atau sebagainya..(nak guna kaedah ghibah demi maslahah ada dhawabit yg perlu diikuti,bukan hentam keromo)..

    kami lebih berminat kpd gerakan yang membawa kpd amal yg muntij..

    jzkk..

  5. Januari 31, 2011 at 3:42 pm

    Salam . Diharap semua yang ingin memberi pandangan sentiasa mengingatkan diri masing2 bahawa setiap apa yang ditulis akan mendapat ganjaran di sisi Allah sbg bekalan kita di sana nanti…

  6. e
    Mac 19, 2011 at 7:36 am

    ya Allah berilah kami hidayah dan satukanlah hati kami khususan ana yg lemah ini amin

  7. ahmad fuad azam
    Mac 19, 2011 at 1:29 pm

    assalamu alikom

    dgn rendah diri & sekadar berkongsi info & pengalaman….nampaknya teman2 &^ ikhwah ditanah air msia masih jauh ketinggalan dlm ‘membaca’ & memenafaatkan pengalaman rakan2 aktivis islamist (ikhwan dll) malahan syabab aktivist pro-demorasi pra & pasca mubarak yg berjaya membentuk “national front” dimedan tahrir menaikkan satu slogan shj (walau berbagai ideologi tapi bersatu sbg pro-demokrasi) iaitu: مصر فوق الجميع yg akhirnya berjaya menggulingkan regim mubarak walaupun ada percubaan utk melaga2kan sesama mereka….begitu juga diera pasca mubarak mereka terus mengukuhkan “national front” mereka berdepan dgn apa yg dinamakan sbg : الثورة الضادة > Semoga ikhwanuna & ahbabuna DIMALAYSIA berjaya keluar dari kepompong khilaf & ikhtilaf yg tak berkesudahan kpd TINDAKAN BERSATU sbg aktivis pro-demokrasi spt yg dirintis oleh rakan2 syabab PAKATAN RAKYAT drpd membuang masa berfalsafah tanpa melihat REALITI yg berpijak di bumi nyata..ayoh jom kita keluar dari KEPOMPONG !!

  8. al-aslami
    Mac 22, 2011 at 12:41 pm

    bukan falsafah syeikh, pengalaman dari peristiwa lalu..
    kepompong politik sempit yang kita harus jauhi kepada politik terpimpin sifatnya saling membina bukan menjatuhkan..
    pengalaman duduk di 2 buah negara menjadikan pengalaman lebih bermakna..🙂

  9. April 1, 2011 at 1:43 am

    PILIHANRAYA ADALAH MEDIUM PENTING UNTUK MENDAPATKAN KUASA

    Pilihnaraya semakin hampir. Saya mendapat maklumat risikan dari dalam parti UMNO bahawa Unit propaganda UMNO akan memanfaatkan sepenuhnya agenda Melayu Sepakat Islam Berdaulat yang dilagang oleh ISMA. Mereka akan manipulate idealisma Isma ini secara maksimum untuk membentuk mindset rakyat bahawa Melayu tidak sepakat kerana adanya PAS dan PKR. Oleh itu mereka akan bersama-sama gagasan Melayu Sepakat isma untuk menyatupadukan orang melayu di dalam UMNO. seluruh ahli ISMA akan dipastikan memangkah UMNO. Pemimpin peminpin Isma akan digunakan sepenuhnya untuk berceramah di pentas pentas yg tidak ada lambang UMNO untuk menarik sokongan aktivis dakwah dan gerakan Islam supaya menyokong UMNO demi mewujudkan persepakatan Melayu. Mesej yg perlu disebarluaskan ialah PAS dan PKR PENYEBAB MELAYU TIDAK SEPAKAT, lemah ditindas miskin merempat hilang kuasa dan rosak moral terhina dan lain lain kebejatan. Yang baik adalah UMNO dan NGO NGO seperti ISMA. Oleh itu Ayuh seluruh ummat melayu marilah kita Bersepakat di dalam UMNO yg akan menegakkan Islam dengan Dokongan Ngo Ngo seperti ISMA agar nantinya Islam akan berdaulat.

    Kalau maklumat risikan ini benar dan akan benar benar akan dilaksanakan. Maka kami pemuda pemuda PAS amat risau kerana matlamat untuk menamatkan jangka hayat parti UMNO akan menghadapi jalan sukar kerana kami akan terpaksa berhadapan dengan sahabat sahabat yg kami kasihi dari ISMA.

    Kami pemuda pemuda PAS merayu kepada ISMA agar tidak termakan dengan sogokan dan pujukan UMNO. Jika ISMA melayan UMNO atas alasan wujud kelonggaran kelonggaran di segi fiqh siyasi maka pertembungan antara kita pasti akan berlaku.

    Sahabat sahabat ISMA yg ku kasihi dan cintai;
    Janganlah kalian samakan kami dengan pejuang pejuang UMNO yang mabuk kuasa. Kami bukan gila kuasa. ( Hati kami terhiris hiba. Airmata kami dalam tawajuh tahajud kami hanya Allah yg tahu bila Ust fauzi Asmuni seakan akan cuba menyamakan kami dengan UMNO dalam usaha merebut kuasa – rujuk pembentangan nya dalam kertas kerja seminar pemikiran hasan al banna ) Demi Allah Kalau ada pilihan dalam Syarak ; samada lawan UMNO atau biarkan UMNO memerintah hukumnya sama iaitu harus. nescaya kami akan memilih Biarkan Umno memerintah. Tapi realitinya tidak kerana kehendak syarak yg kami faham ialah kami WAJIB lawan UMNO maka kami tiada pilihan melainkan melawan UMNO.

    Oleh itu berhati hatilah wahai sahabat dunia akhiratku Isma. Kami amat berharap ISMA tidak akan mengulangi kesilapan yg pernah dilakukan oleh Abim dan Anwar Ibrahim, Arqam dan Asyari Muhammad yg pernah tertipu dengan makhluk bernama UMNO dan sejenis dengan nya. Apabila mereka berdakap dengan pemimpin UMNO demi untuk Islam yg dijanjikan oleh UMNO maka pada detik itulah mereka telah ditipu. yakinlah sahabat sahabatku, sesungguhnya Parti UMNO dan gerompolan pemimpin UMNO yg jahat adalah MUSUH ISLAM. Perkara ini perlu kita sepakati. Musuh adalah perkara prinsip. kita boleh berbeza dari segi pendekatan menghadapi musuh. Tetapi jangan anggap UMNO sebagai sahabat yg boleh disepakati terutama dalam konteks politik semasa. Ini silap. Namun begitu harus difahami UMNO yg menjadi MUSUH disini bukan bermaksud AHLI AHLI UMNO bawahan. mereka ini adalah mad’u kita. Mereka bukan MUSUH kerana mereka tidak faham. UMNO yg jadi musuh adalah PARTI UMNO dan Gerombolan PEMIMPIN UMNO penghisap darah. yang saya takuti dengan gagasan ISMA ialah ianya akan menyebabkan berlaku pertembungan dengan GAGASAN Pas yg mahu menguburkan UMNO. IngatLAH sahabat sahabatku . Sebab musabab utama Melayu di Malaysia lemah, berpecah, lalai, sesat, lupa agama ialah kerana makhluk bernama UMNO. Gagasan ISMA memang akan menjadi penghalang penghalang kecil yang menggangu the smooth running of Pas punya gagasan. Dan kita harus sedar Gagasan PAS telah disyura kan oleh Ulama’ Ulama’ yg tsiqah dan di endorsed by Syeikh Yusuf Qardawi dan Ulama’ Haraki lain di dunia.
    Saya harap ISMA dapat melaraskan kembali gagasan ini agar ianya tidak membantutkan usaha menebang pokok jahiliyah bernama UMNO ini. Seandainya kami syahid terlebih dahulu kami tetap akan memaafkan sahabat sahabat Isma di atas Kesilapan Ijtihad mereka kali ini. Kami amat merindui untuk bertemu dengan ALLAH. Sudah hampir tidak tertanggung derita jihad ini. Terpaksa berhadapan dengan musuh yg akan bergabung dengan sahabat sahabat tercinta ISMA.

    Allahuakbar !!
    Ya Allah kau satukan lah kembali hati hati kami

  10. ahmad fuad azam
    April 2, 2011 at 12:03 pm

    assalamu alaikum wahai ahbabuna wa ikwanununa al-amilin fi sabilillah,
    merujuk kpd komen pemuda pas diatas yg mengaitkan kertas kerja us fauzi asmuni dlm seminar pemikiran hasan al-banna, dgn rendah diri berdasarkan pengalaman bersama syabab ikhwan dimesir ketika belajar diazhar disambung dgn pengalaman berinteraksi dgn pimpinan mereka masakini secara direct menggunakan media ict, saya rasa masih belum terlambat utk sekalian ahbabuna & ikwanuna para aktivist dakwah & politik yg mendokong fikrah hasan al-banna utk mengikuti perkembangan “dalaman” IM ditempat kelahiran harakah islamiah induk tersebut seterusnya berkongsi pengalaman dgn mereka supaya dapat membuat analisis yg tepat & “updated” ketika membentangkan kertas kerja apatahlagi dizaman pasca revolusi 25 januari yg menyaksikan perubahan & perkembangan menyeluruh dalaman IM hasil dari suasana kebebasan (setelah lenyapnya “jihaz amnu daulah” yg selama ini menghalang pergerakan mereka) , jika ini berjaya dilakukan oleh ahbabuna & ikhwanuna aktivist dakwah & politik dlm PAS & ngo-ngo yg sedia ada dimsia saya yakin harakah islamiah tanahair samada dlm platform ngo atau parti politik akan menyaksikan perubahan positif besar yg insyallah akn membawa kpd lenyapnya penguasaan “jihaz amnu daulah msia” yg didalangi oleh parti pemerintah UMNO khasnya dlm PRU akan datang, percayalah INILAH YG PALING DITAKUTI OLEH MEREKA…melihat ledakan kebangkitan & “silent revolution” ditanahair tercinta!!

  11. ahmad fuad azam
  12. annuar
    April 12, 2011 at 3:59 pm

    Salam..

    Setelah umat Islam tewas dalam peperangan Uhud umat Islam bekata : ” kenapa ni..?!” Allah menjawab puncanya adalah diri kamu.. dan Allah tegas : ” Tidak ada kemenangan melainkan kurniaan Allah”.

    Allah akan mengurniakan kemenangan kepada pejuang-pejuang Islam apabila sof-sof mereka telah mencukupi syarat-syarat kemenangan yang telah disunnahkan Allah dalam sunnah kemenangan..

    ISMA berjuang untuk memastikan syarat-syarat generasi yang berhak mendapat pertolongan Allah dan mendapat kemenangan kurniaan Allah wujud di dalam umat Melayu yang menjadi kuasa majoriti di Malaysia.

    Semua gerakan Islam perlu mengutamakan agenda mempastikan pejuang-pejuang mereka memiliki ciri-ciri jundullah yang berhak mendapat kemenangan daripada Allah.

    Allah boleh beri kemenangan kepada kekasih-kekasihnya dengan apa cara yang Dia Mahu setelah mereka memiliki pra syarat kemenangan..

    Maka jika perjuangan gerakan Islam gagal menemui kemenangan jangan salahkan orang lain tetapi salahkan diri sendiri yang belum layak untuk mendapat kemengan kurniaan Allah.

    Rujuk tafsir surah al-Anfal dan Ali Imran ( khusus mengenai peperangan Uhud).

    Wallahua’lam.

  13. ahmad fuad azam
    April 26, 2011 at 11:19 am

    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    هل جماعة الأخوان المسلمين في مصر والعالم العربي لا تحقق النصر والتمكين على الأرض بسبب عدم استحقاقهم للنصر من عند الله لوجود نقاط الضعف عندهم بمعنى انهم لم يصلوا بعد الى مواصفات
    جندالله؟؟؟ adakah jamaah IM dimesir & dunia arab (sbg contoh) yg berusia lebih 83 tahun masih gagal mencapai matlamat menegakkan daulah islamiah krn kelemahan mereka (belum memenuhi ciri2 jundullah yg tulen) berbanding dgn revolusi islam iran (syiah khomeini) berjaya krn mereka memang layak & menepati ciri2 yg dikehendaki?

  14. sufism
    Mei 20, 2011 at 8:27 am

    ciri ciri jundullah yang tulen : tidak asobiyah kepada satu kaum.
    kalau dasar perjuangan dah memperjuang bangsa jadi agenda utama dalam menegakkan Islam, sampai kiamat pun ISMA tidak akan dapat melahirkan jundullah yang tulen tetapi melahirkan jundullah yang asobiyah!

  1. Januari 5, 2011 at 2:54 am
  2. Januari 5, 2011 at 8:08 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: