Utama > komentar > Adakah Revolusi Akan Berlaku DI Malaysia?

Adakah Revolusi Akan Berlaku DI Malaysia?

Agin perubahan sedang bertiup kencang di seluruh dunia Islam. Semua pihak sedar bahawa masyarakat mahukan perubahan. Apa arah perubahan itu tidaklah siapa dapat pastikan secara tepat, tetapi semua orang dapat lihat kocakan disana sini.

Setelah menyaksikan kejayaan demontrasi  di Tunis rakyat Mesir bangkit, oleh kerana kedegilan Murabarak untuktunduk kepada tuntutan, demontrasi beretukar menjadi revolusi. Kini seluruh rantau Arab bergolak menuntut perubahan yang sama.

Persoalan timbul adakah di Malaysia pun boleh dicuba cara yang sama?. Ada pihak yang sedang intai-intai peluang dan pihak yang satu lagi pulak sangat gusar dan bimbang.  Ada yang beri pandangan ia mungkin berlaku.

Isu ini barangkali tidaklah penting sangat, tetapi ada sensasi  untuk diperkatakan. Saya pun bukan penganalisi politik, cuma sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman dari pembacaan dan pemerhatian sahaja.

Pada pandangan saya untuk masa ini revolusi tidak mungkin berlaku di Malaysia kerana dua sebab:

1. Mengikut ahli sejarah Itali, Miceavilli mengatakan bahawa revolusi akan berlaku apabila pemerintah mencampuri hal peribadi dan keluarga individu masyarakat seperti merogol ahli keluarga, culik anggota keluarga, menganggu sumber rizki, pembunuhan keatas individu masyarakat oleh anggota keselamatan dan sebagainya.

Apabila keadaan seperti itu berlaku maka potensi revolusi akan berlaku adalah besar. Kalau diperhatikan insiden yang berlaku dalam sejarah kita di zaman moden ini kita dapati ada kebenarannya apa yang diberitahu oleh Miceavilli itu. Lihat apa yang berlaku kepada Shah Iran di Iran, Suharto di Indonesia dan kepad Mubarak di mesir sekarang.

2. Kebanyakan pemerintah-pemerintah tersebut merupakan pemerintahan kuku besi memerintah menggunakan tentera, perisikan dan agen keselamatan selain merupakan boneka yang lemah dan tiada agenda. Mereka mengumpulkan kekayaan dikalangan kerabat dan elite mereka dan mengabaikan pembangunan Masyarakat kebanyakan.

Dua perkara ini tidak ketara wujud di Malaysia. Walaupun isu-isu berkaitan ditimbulkan oleh pihak-pihak berkaitan tetapi realiti hidup masyarakat umum belum sampai tahap apa berlaku di negara-negara Arab yang dipimpin oleh rejim diktator. Parti pemerintah pula dilihat ada agenda pembangunan dan kehidupan individu rakyat kebanyak tidak digangu oleh agen pemerintah.

Pada saya keberkesanan demontrasi yang sedang berlaku sekarang dinegara-negara arab lain yang terbabit amat bergantung kepada sejauhmana kezaliman pemerintah negara tersebut dirasai oleh umum diperingkat akar umbi masyarakat. Jika itu berlaku dan melata potensi untuk berlaku revolusi adalah besar.

Walaubagaiman pun apa yang berlaku itu sepetutnya menjadi teladan kepada semua pemerintah-pemerintah yang sering saya sifatkan sudah tamat tempoh sah lakunya,  sebab seakan-akan telah menjadi hakikat bahawa generasi baru inginkan perubahan.

Apa-apa sahaja perubahan..tidak kisah asalkan perubahan. Jadi bagaimana nak jadikan diri anda terus releven?

Kategori:komentar
  1. Februari 22, 2011 at 10:42 pm

    assalamu’alaikum ustaz.
    saya salah seorang akhawat mesir yang mengikuti diskusi di UKM tempoh hari.

    ada soalan yang ingin saya tanyakan~tapi x terkeluar sewaktu forum tempoh hari..

    pada pandangan ustaz, adakah renjatan elektrik demonstrasi yang dimulakan di Tunisia..diteruskan oleh abang-long-Mesir..dan tersebar ke kebanyakan negara arab lain ini~ adakah ia suatu yang positif atau negatif..pada islam dan dunia secara amnya?

    jazakAllah ustaz

  2. Abdullah Zaik
    Februari 24, 2011 at 12:08 pm

    Secara amnya ia memberikan kesan positif..cuma puak-puak Islam perlu fahami setuasi baru dan membuat anjakan yang sewajarnya untuk berdepan dengan cabaran baru.

  3. ahmad fuad azam
    Februari 28, 2011 at 12:21 am

    اخي الحبيب سلام الله عليكم
    بالنسبة لموضوع ثورة مصر التي اسقطت حسني مبارك….الرد الشافي من الشباب الثورا أن هذه الثورة من صنع الله وكما يقولون : ان الشعب اذا اراد الحياة فلا بد ان يستجيب له القدر”

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: