Utama > komentar > Pro – Kontra Isu Ketuanan Melayu

Pro – Kontra Isu Ketuanan Melayu

Saya sendiri tidak merujuk istilah ini kepada mana-mana rujukan dan tidak pasti secara tepat apa mafhumnya. Jadi saya gunakannya mengikut skop tafsiran dari berbincangan semasa.

Saya rasa terpanggil memandangakan akhir-akhir ini ia menjadi istilah yang semakin laris di perkatakan samada oleh puak yang setuju atau yang tidak setuju. Saya sendiri terpaksa analisa dulu apa maksudnya sebelum menyatakan pendirian. Namun begitu saya rasa semua orang setuju bahawa isu ini perlu di jelaskan.

Saya melihat ada orang melihat ia dengan mafhum “cauvinis” , maksudnya hegemoni bangsa Melayu atas bangsa lain dengan menganggap bahawa Melayu adalah bangsa yang paling mulia diaman bangsa lain di cipta untuk berkhidmat kepadanya seperti dakwaan Yahudi dan Nazi.

Sebelum pergi jauh saya tidak setuju bahawa mafhum seperti itu wujud di Malaysia atau dalam pemikiran orang Melayu.

Pejuang “rakyat” yang berpegang dengan konsep “multy racial” mengambil tafsiran tersebut untuk mengutuk UMNO dan menyeru kepada mafhum merit atau kesamarataan antara kaum tanpa mengira bangsa atau agama.

Benarkah “ketuanan Melayu” ini begitu negatif dan buruk sehingga orang Melayu sendiri mengutuk Melayu. Saya rasa wujud ketidaktentuan dalam maslah ini yang perlu di perjelaskan.

Saya bimbang kita jadi tidak objektif dalam maslah ini.

Berdasarkan takrif perlembagaan Malaysia, bangsa Melayu merujuk kepada tiga perkara iaitu bahasa Melayu, agama Islam dan budaya, bukan kepada rumpun tertentu seperti Jawa, Sunda, Batak atau sebagainya. Ini bermakna tiga ciri tersebut membentu identiti nasinal umat Melayu. Orang yang bercakap bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan budaya hidup Melayu (yang berteraskan Islam) maka mereka adalah Melayu.

Ini menunjukkan betapa sinonimnya hubungan antara Islam dengan Melayu. Persisi seperti Arab dengan Islam. Nabi sebut Arab itu bahasa dibawahnya ada berbagai rumpun seperti quraisy dan lain-lain.

Apabila disebut ketuanan Melayu maknanya ketuanan Islam. Berdasarkan factor sejarah negara ini adalah negara Islam. Maka munasabahlah jika mereka menjadi tuan. Tuan bukan bermaksna hegemoni yang menzalimi orang lain tetapi tuan sebagai hak asal. Nama Malaysia sebelum ini pun adalah Tanah Melayu.

Barangkali hikmat Tuhan juga di Malaysia kita tidak ada satu nilai integrasi seperti PANCASILA di Indonesia, jadi ada istilah bangsa Indonesia kita tidak ada istilah bangsa Malaysia.

Oleh itu bahasa Malaysia adalah bahasa Melayu, agama Malaysia adalah agama Islam, budaya Malaysia ialah budaya Melayu (yang berteraskan Islam), di samping intitusi Raja Melayu adalah tonggak penting kenegaraan Malaysia.

Adakah pejuang rakyat dan pendokong ideologi “multy racial” akan menafikan hakikat ini?.

Saya rasa sekadar ingin memperbetulkan kesilapan dalam hal layanan terhadap kaum yang beragama lain saya rasa kita tidak perlu mengubah identiti Negara kita atau mengutuk isitilah “ketuanan Melayu” atau mentafsirkannya dengan tafsiran yang melampau.

Masalah kecacatan pentadbiran UMNO/BN perlu diperbaiki atau di tentang ok, tetapi jangan sampai keliru identiti, kerana bila kita keliru identiti, politik kita juga akan keliru. Ertinya kita berpolitik untuk apa?

Saya tidak setuju jika perjuangan kebangsaan Melayu menganggap Melayu lebih mulia dari bangsa lain dan menceraikan budaya Melayu dari Islam, dengan menghidupkan wayang kulit, dikir barat dan sebagainya kononya itulah nilai kemelayuan.

Saya tidak setuju itu.

Tapai saya ingin tegaskan bahawa Melayu lebih mulia dari bangsa lain di Malaysia dengan Islam mereka, dan saya tegaskan juga bahawa muslim dari kaum lain adalah satu bangsa dan satu umat dengan kita.

Saya pun tidak setuju jika atas dasar perjuangan Islam menafikan peranan Melayu sepanjang sejarah, kononnya Islam ialah nilai universal dan menafikan peranan orang Melayu sebagai umat Islam tonggak di rantau ini yang memperjuang dan menjaga kesinambungan ketuanan Islam di rantau ini.

Ini tidak menafikan bangsa lain kalau mereka Islam dan saya tidak membezakan manusia atas asas semata-mata bangsa,tetapi kita tidak boleh menafikan hakikat/uruf bahawa melayu adalah beragama Islam(kalau ada sorang dua berbanding bila kita sebut Cina atau India ia akan merujuk kepada bukan Islam). Saya sedih orang melayu yang menyamakan orang melayu dengan bangsa lain yang tidak Islam, kononya hak samarata antara rakyat berbilang kaum.

Tinggal lagi soalan adakah orang masuk Islam itu sama dengan masuk Melayu?

Tidak semestinya tetapi boleh jadi. Orang Mesir dulunya bukan orang arab tetapi telah menjadi arab dengan kemasukan mereka dalam Islam. Itu juga lah yang berlaku selama ini orang masuk Islam telah menjadi masuk Melayu. Tetapi Melayu mereka bukan kerana mengucap tetapi dengan berlaku proses yang dipanggil transformasi bangsa. Bila orang Cina masuk hendak berkahwin dengan orang Melayu dia kena masuk Islam, dan apabila mereka mendapat ana, anak mereka akan didaftar sebagai beragama Islam dan berbangsa Melayu.

Tidakkah ini satu pencapaian sejarah yang perlu kita pertahankan, kenapa kita harus undur kebelakang kerana mengambil hati bangsa lain. Saya tidak mengatakan bahawa keadaan yang ada itu ideal tetapi antara dua yang tidak baik, kita pakai yang kurang mudharatnya. Kaedah fekah menyebut; mengubah mungkar tidak harus menybabkan mungkar yang lebih besar.

Kategori:komentar
  1. abuadil
    November 12, 2008 at 2:02 am

    bagi saya tafsiran ketuanan melayu yang dipegang oleh presiden pas paling saya terima. menurut beliau ketuanan melayu berdasarkan tafsiran quraisy sebagaimana dijelaskan oleh ibn khaldun ie bangsa yang paling berpengaruh. semasa orang turki paling berpengaruh, ketuanan milik orang turki di tanah arab, begitu juga kurdish dsb. jika bangsa lain berpengaruh dimalaysia, misalnya berlaku penukaran agama kepada islam secara beramai2 oleh kaum cina, maka ketuanan akan jatuh kepada bangsa china. syarat asas yang diperjuangkan oleh tuan presiden TGHH ialah Islam.

    kedua ketuanan melayu di malaysia juga merujuk kepada fakta sejarah bahawa orang melayulah yang terawal dan satu2nya bangsa yang mendirikan dan membangunkan kerajaan di tanah melayu. tak timbul melayu sumatra, jawa, sunda, batak, bugis dsb. justeru apabila penjajah barat datang ke tanah melayu, semua kumpulan melayu di kepulauan melayu datang berjuang ke tanah melayu, misalnya raja haji bugis dan pateh yunus jawa. ini juga berdasarkan hubungan aqidah yang kuat.

    ketiga ketuanan bukan bererti memperhambakan bangsa lain seperti dalam fahaman zionis, facis, nazis dsb. tetapi ia merujuk kepada kuasa politik.
    wallah a’lam

  2. November 19, 2008 at 1:38 am

    frasa ‘ketuanan melayu’ memberi gambaran bangsa melayu merupakan ‘tuan’ kepada bangsa bukan melayu. walaupun maksudnya bukan sedemikian (seperti dietrangkan dalam artikel ustaz) tetapi bunyinya memang sedemikian walaupun bagaimana kita menafikannya.

    saya rasa istilah ‘kepimpinan melayu’ adalah lebih sesuai. sebenarnya, tidak susah menjadi ‘tuan’ asalkan ada kekuatan jumlah dan fizikal tetapi adalah lebih mulia dan tinggi menjadi ‘pemimpin’ kerana terdapat ciri2 khas yang melayakkan seseoarng menjadi pemimpin. wallahua’lam.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan komen