Utama > fikrah, komentar > Baiah Diberi Atau Diminta??????

Baiah Diberi Atau Diminta??????

Baiah adalah satu mekanisme tradisional yang digunakan semenjak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Ia boleh diterjemah dengan maksud janji setia antara dua pihak yang berbaiah.

Antara baiah-baiah yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w ialah baiah jihad, baiah nisa’, baiah ridhwan dan sebagainya. Diriwayatkan bahawa para sahabat juga melakukan baiah sesama mereka untuk melakukan sesuatu amalan ketaatan. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w berlaku satu lagi baiah yang besar iaitu baiah khalifah. Demikianlah beberapa contoh baiah yang telah berlaku pada zaman tasyri’ (pensyriatan).

Hari ini, amalan berbaiah masih lagi diamalkan oleh sesetengah organisasi/jamaah dakwah. Sebagaimana biasa saya tidak bermaksud ingin mengulas tentang tajuk ini dari segi akademiknya, selain meninjau cara amalan yang telah mencetus pelbagai kesan buruk kepada pengikut-pengikut organisasi dakwah di serata dunia. Isu ini telah menjadi punca perbalahan antara anggota berbagai jemaah termasuk di Malaysia apabila mereka cuba mengadaptasikan mafhum baiah khalifah dalam amalan organisasi mereka.

Dengan adaptasi tersebut, berbaiah dengan pemimpin organisasi seolah-olah dianggap berbaiah dengan khalifah yang membawa implikasi bahawa sesiapa yang melanggarnya dianggap bughah yang harus diperangi, “halal darah”, maruah dan harta benda mereka.

Sebagaimana ia menjadi masalah dalam satu organisasi ia juga berlaku antara organisasi sehingga kepimpinan satu kumpulan seolah-olah mencalonkan diri mereka sebagai khalifah muslimin dan sesiapa yang tidak menyertai organisasi mereka juga dianggap sebagai pengkhianat, bughoh, berdosa, keluar dari Islam dan “halal darah” dan maruah mereka.

Oleh kerana kefahaman dari adaptasi yang salah ini telah menjadi punca perbalahan yang panjang antara pengikut-pengikut berbagai organisasi dakwah yang langsung tidak memberi faedah kepada amal Islami bahkan sebaliknya tambah melemahkannya. Maka pembetulan perlu dibuat bagi merungkai kekusutan yang telah berpanjangan begitu lama itu.

Justeru, kajian semula telah dilakukan oleh pelbagai pihak dan didapati bahawa ulamak sepakat dengan satu kesimpulan bahawa baiah organisasi ini bukan baiah khalifah. Kepimpinan mana-mana organisasi dakwah tidak boleh menganggap diri mereka sebagai khalifah muslimin dan bertaamul dengan orang di luar organisasi sebagai bughah yang halal darah, musuh agama dan seumpamanya.

Mereka juga sepakat bahawa baiah organisasi dakwah boleh ditolak/dibatalkan/ditarik balik pada bila-bila masa apabila orang yang berbaiah tidak lagi yakin dengan kepimpinan organisasi tersebut atau pihak-pihak yang berbaiah secara sekata merasakan bahawa baiah yang dimeterai tidak lagi sesuai untuk dipatuhi.

Walaubagaimanapun, pada saya tidak salah bagi mana-mana organisasi ingin mengadaptasi mafhum tersebut selama ianya difahami dalam lingkungan yang betul sebagai satu bentuk isti’nas.

Isti’nas ialah satu bentuk istinbat (pengambilan hukum) yang lebih rendah dari qias dimana segala implikasi hukum asal tidak boleh/semestinya diapply pada furu’(cabang), tetapi sekadar satu bentuk peniruan atau ambil semangat sahaja.

Maksudnya organisasi boleh mendidik anak buah supaya taat kepada pemimpin organisasi seolah-olah mereka taat kepada khalifah (yakni seolah-olah kepimpinan organisasi adalah simbol kepimpinan Islam bagi anak buah organisasi tersebut), dalam keadaan mereka sedar bahawa pemimpin tersebut bukan khalifah muslimin dan mereka faham bahawa kegagalan dalam memenuhi tuntutan baiah tersebut oleh mana-mana individu tidak membawa implikasi seperti keluar daripada ketaatan kepada khalifah muslimin.

Dengan kejelasan ini kepelbagaian organisasi dakwah atau apa-apa permasalahan dalaman antara pihak-pihak dalam organisasi tidak menyebabkan pergaduhan dan perbalahan sesama anggota organisasi dakwah sama ada sesama dalam sebuah organisasi atau antara organisasi.

Ini adalah kerana berbilang organisasi dan kemunculan ramai pemimpin melalui pelbagai organisasi tidak menyebabkan mana-mana organisasi atau anggotanya terkeluar dari agama dan harus diperangi. Hubungan antara anggota pelbagai organisasi dakwah masih terikat dengan kewajiban wala’ dan ukhuwah. Mereka masih terikat dengan tanggungjawab silaturrahim dan kewajiban mempertahankan maruah dan darah sesama Islam.

Betapa besarnya dosa permusuhan yang telah dilakukan akibat perbezaan dan perselisihan dalam organisasi dakwah. Dalam nak buat baik kita telah melakukan banyak dosa.

Kembali kepada isu tajuk.

Apabila kita memahami bahawa baiah jamaah adalah semata-semata isti’nas daripada baiah khalifah maka baiah tersebut berfungsi dari satu aspek sahaja iaitu dari segi memberi keabsahan dalam perlantikan pemimpin organisasi, tetapi ia tidak sampai menjadikan pemimpin organisasi tersebut sebagai khalifah. Oleh itu baiah tersebut menjadikan seseorang itu pemimpin organisasi yang sah tetapi ia tidak boleh memaksa ketaatan ke atas pengikut dengan kekerasan atau kekuatan. Jadi baiah diperlukan oleh pemimpin tetapi tidak boleh dipaksakan kepada pengikut kecuali dengan kerelaan dan kehendak sendiri.

Baiah jamaah bermaksud menyerahkan hak untuk menentukan keputusan dalam hal ehwal urusan dakwah seperti menentukan visi, misi, perancangan, strategi dan polisi berdasarkan perlembagaan kepada seseorang pemimpin yang diyakini dan melengkapi syarat yang sesuai dengan tugasnya.

Jika perkara tersebut tidak terpenuhi seperti pemimpin itu lemah, musayyas (alat politiking), tidak dapat menjalankan tanggungjawab dakwah yang sepatutnya, masih banyak medan amal yang tidak ditangani atau apa-apa keadaan dimana peranan kepemimpinan dakwah tidak terlaksana, sedangkan urusan muslimin semakin hari semakin menuju kehancuran, ketamakan kuffar semakin hari semakin rakus, jika terdapat pada masa itu seseorang yang independent yang memiliki kelayakan dan sokongan, tidak harus baginya mengelak dari tampil untuk mengambil tanggungjawab menyelamatkan agama dan dakwah.

Beliau layak menerima mandat dan sokongan masyarakat tanpa perlu terikat dengan apa-apa tradisi atau tertakluk kepada mana-mana instrumen untuk memberikannya keabsahan kepemimpinan dakwah kepadanya (yakni samada disokong oleh ahli halli wal aqdi atau tidak). Kerana ia melaksanakan tanggunjawab yang wajib untuk menjaga maruah umat dan mempertahankan ketinggian agama Islam.

Ulamak telah sepakat bahawa seorang yang diceroboh wajib membela diri dan maruah walau terpaksa korbankan diri dan begitu juga seseorang yang melihat orang yang dalam kecemasan wajib membantu jika dia mengetahui dirinya memiliki kemampuan tanpa perlu meminta izin daripada penguasa atau sesiapa, maka lebih-lebih lagilah wajibnya seseorang yang independent jika dia tahu dirinya memiliki kemampuan untuk menampilkan diri menyelamatkan agama dan maruah umat yang sedang dalam keadaan bahaya.

Oleh itu saya menyarankan agar semua pihak berpegang kepada keluasan unjuran fikah ini. Setiap kumpulan persiapkan diri masing-masing dengan segala kelengkapan untuk membela agama dan menyelamatkan umat tanpa kita menutup ruang persaingan yang sihat atau terperangkap dengan interpretasi yang silap atau pegangan dari adaptasi yang tidak tepat yang akan menjerumuskan kita dalam perbalahan yang tidak berfaedah serta mematikan ijtihad, daya usaha dan kreativiti sedangkan keadaan begitu mendesak dan memerlukan.

Kategori:fikrah, komentar
  1. Februari 12, 2010 at 8:43 pm

    Boleh ust cadangkan buku-buku/kitab fiqh yang berkaitan,untuk bacaan tambahan?

  2. Februari 12, 2010 at 8:55 pm

    jzkk ustaz, terang sekali penjelasan dan huraian yang diberi. in sya Allah, bermanfaat.

  3. al-ism
    Februari 12, 2010 at 9:40 pm

    jazakallahu khairan,

    perkara inilah yang mesti dijelaskan,

    semoga ‘denyutan jantung’ akan kembali normal.

    amin..ya rabba al-alamim.

  4. al-ism
    Februari 12, 2010 at 9:43 pm

    AMIN YA RAB `AL-ALAMIN (maaf! silap ejaan yg tak disengajakan pakai huruf kecil)

  5. ibnu hisham
    Februari 12, 2010 at 10:37 pm

    jazakallah,ust. A’lillah,kenyataan yang mencerahkan.
    harap dapat dibaca dan difahami oleh semua daie yang berjuang bersama jemaah. harap juga dibaca oleh ustaz2 muda di mesir..
    salam dari isma-tanta.

  6. Februari 13, 2010 at 1:13 am

    akhirnya..terlerai sudah kekusutan isu bai;ah ni..bleh guna source ni ja utk jelaskan.lengkap!

  7. Februari 13, 2010 at 3:24 pm

    jklh ustz…memberi fahaman y jelas ttg baiah

  8. hasanhalim
    Februari 13, 2010 at 6:07 pm

    …terima kasih kerana tolong jawabkan.
    Jzkk

  9. Februari 16, 2010 at 6:46 pm

    Very strong article dan bagi saya secara peribadi, memberikan satu ufuk kefahaman yg lebih luas. Jzk!

  10. nisa
    Februari 19, 2010 at 9:40 am

    jazakillah ustaz…
    ana memang sedang terperangkap dalam isu ini…ana terpaksa menggunakan ayat double meaning utk kluar ikut prog dakwah…ia memang membantu ana…syukran

  11. jamil
    Februari 23, 2010 at 9:56 am

    Penerangan yang jelas. Elok ustaz buku berkaitan dengan jamaah (persatuan) dakwah Islam dan baiah ini.

    Penerangan yang jelas bersandarkan kepada hukum fiqh dan syariat Islam akan dapat mengeluarkan pengikut sesuatu gerakan Islam khususnya di Malaysia daripada taksub kepada gerakannya sahaja. Ini kerana ramai daripada pengikut gerakan Islam yang bersemangat tetapi datang drp latar belakang bukan pengajian Islam.

    Pengetahuan cetek ini kadang kala dimanipulasikan oleh kepimpinan yang mengetahui berkaitan hukum agama.

    Melalui penjelasan ini maka bolehlah kita berlapang dada dengan keberadaaan gerakan Islam yang pelbagai di Malaysia ini. Jangan satu pertubuhan Islam itu mengatakan dialah yang paling utama dan menafikan ruang utk gerakan Islam lain wujud.

    Mana2 individu yang tidak berpuas hati bolehlah bersama utk menubuhkan persatuan Islam lain. Namun persatuan ini janganlah mencanangkan kekurangan atau kelemahan gerakan Islam lain dengan alasan tidak syumul atau jamaahnya lebih utama atau lebih tua dan sebagainya.

    Gerakan Islam di Malaysia spt PAS, ISMA, ABIM, JIM, Haluan, PKPIM, MACMA, Perkim, WADAH – perlulah duduk bersama dan bersetuju utk tidak mengusutkan situasi dakwah khususnya di IPT dengan saling tuduh menuduh atas persaingan mendapat ahli.

  12. qwertz114
    Februari 23, 2010 at 1:14 pm

    Baiah (Aqabah) dituntut bilamana Ar Rasul mahukan orang2 Madinah bersama-sama dalam perjuangannya

    Begitu juga Baiah Ridhwan

    Motif yang sama….asasnya

    So adakah baiah Khilafah lain teritorinya…?

    Bagaimana ya ustaz!??

    Ana nampak memang jelaslah baiah tidak akan dituntut kalau orang itu sendiri tidak mau bersama/berkait dengan gerakan/motif bersama itu. wllhm

  13. Februari 23, 2010 at 4:28 pm

    perkongsian yg sgt bermanfaat…lebih indah jika di tampilkan bahan rujukan

  14. zakaria
    Februari 23, 2010 at 5:40 pm

    As’kum ustaz,

    Walau apa kondisi pun, kalau bai’ah sudah diberi, wajib kita taati bukan ?

    Isunya bukan proses sebelum bai’ah, tetapi proses selepas bai’ah itu sendiri.

    Sempurnakanlah perjanjian (dengan allah dan dengan manusia) sesungguhnya perjanjian itu akan dipertanggungjawabkan

    wallahukhairul makirin..

    jzkk

  15. Mac 9, 2010 at 12:43 am

    Sebelum ini saya pernah bersama organisasi yang melibatkan baiah, dan tidak dapat tidak setiap orang yang berada di dalam program itu wajib berbaiah dalam keadaan apa sekalipun. Masakan saya mahu lari.

    Saya ketika itu masih bercelaru dalam isu jemaah, lalu saya yakini apa yang telah saya pegang. Lantas, ketika di baiah itu saya mengambil keputusan hanya mengikut gerak geri percakapan, sedang mulut saya tidak mengeluarkan suara, dalam diri yang masih tidak redha.

    Maka, adakah saya dikategorikan sebagai wajib taati. Ketika saya mengikuti beberapa program, ramai yang menggunakan senjata baiah, sedang saya sendiri mendiamkan hal ini.

    Sebab itulah saudara zakaria, saya berpandangan bahawa kalau baiah telah diberi sekalipun, masakan dia terikat dengan baiah yang telah dipaksa. Mungkin ada yang rela, tetapi bagaimana yang mengambil keputusan untuk berada dengan pilihannya sendiri?

    Adakah dia akan dipertanggungjawabkan, kerana dilihat telah berbaiah, dan dia memungkirinya?

    Sebab itu jelas ust Lah menerangkan yang berikut;

    ‘Isti’nas ialah satu bentuk istinbat (pengambilan hukum) yang lebih rendah dari qias dimana segala implikasi hukum asal tidak boleh/semestinya diapply pada furu’(cabang), tetapi sekadar satu bentuk peniruan atau ambil semangat sahaja.’

  16. Nazif
    Mac 16, 2010 at 9:11 am

    Saudara Zakaria, ingatlah bahawa bai’ah kita kepada seorang pemimpin jemaah ‘ikhwan’ mempunyai syarat-syarat tertentu. Yakni pemimpin tersebut mestilah menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin jemaah yang mengikuti fiqrah ikhwanul muslimin. Kalau pemimpin tu tak memenuhi tanggungjawab tersebut, ataupun jemaah itu tidak mengikuti cara kerja ikhwan, maka terlepas lah kita daripada bai’ah tersebut.

    Mana ada perjanjian buta tanpa syarat? Takut-takut nanti jadi pengikut yang ta’sub pulak….

  17. hasan halim
    Mac 18, 2010 at 5:13 pm

    …( semua ‘fikir’ masing-masing ikhwan, tu masalah sekarang )

  18. Nazif
    Mac 22, 2010 at 11:20 pm

    Saya rasa masalahnya bukannya ramai orang mengaku ikhwan, tetapi ramai orang tidak boleh bersangka baik dan terbuka hati kepada perbezaan pandangan dan jemaah

  19. musykil
    Mac 27, 2010 at 10:48 am

    ( semua ‘fikir’ masing-masing ikhwan, tu masalah sekarang )

    isma ini bagaimana pula ya ustaz?

  20. Abdullah Zaik
    Mac 28, 2010 at 10:05 am

    ISMA tak kisah mana

  21. N/A
    April 5, 2010 at 7:22 pm

    assalamualaikum ustaz,
    saya pernah melakukan amalan bai’ah ini semasa menyertai sebuah organisasi bukan kerajaan..antara janjinya untuk menyimpan rahsia..berjuang demi agama dan bangsa..tidak mengkhianati ahli lain..dan sebagainya..
    saya ingin tahu jika saya sekarang duduk diam/tidak akif dalam persatuan itu adakah saya dianggap pengkhianat dan berdosa..saya betul2 keliru ustaz.

  22. umar
    April 19, 2010 at 10:41 am

    “Orang-orang yang melanggar perjanjian Allah setelah (perjanjian ) itu diteguhkan, dan memutuskan perhubungan apa yang diperintahkan Allah untuk disambungkan, dan berbuat kerosakan di bumi. Mereka itulah orang-orang yang rugi.”

    Al-Baqarah, ayat 27.

  23. ameenummah
    April 19, 2010 at 4:07 pm

    Saudara Nazif, jgn mudah-mudah buat ijtihad ‘ maka terlepaslah kita daripada baiah tersebut’ . Kalau perkara tak betul dan didapati ramai orang pakai ijtihad awak tu….jawablah sendiri apa hukumnya. Dan beranikan awak nak jumpa Allah dalam keadaan awak memperkatakan sesuatu yang tidak realiti..cuma sangkaan semata-mata.
    Ba’iah yang telah diberi kepada Allah swt, jgn suka hati je nak batalkan baiah,dgn nama Allah..takut nanti ada kaffarahnya. Setahu saya org yang langgar baiah ada kaffarahnya. Cuba buka kitab..jgn pakai isu tak bertanggungjawab. x ikut cara ikhwan dan sebgnya. fakta biar tepat, jgn ikut2 orang saja atau dengar kata orang saja. Saya cadangkan kalau awak kenal ‘pemimpin jemaah’ yang awak katakan tu,berbincanglah dengan beliau supaya awak akan dapat dengar dari dua2 pihak,bukan satu pihak sahaja.

  24. musa isa
    April 19, 2010 at 9:42 pm

    Setahu saya tadi ada yang tulis terperinci tentang bai’ah, yang peliknya bila saya buka now, dah tak ada. Saya tahu ianya ditapis tetapi kalau benda tu benar buat apa nak tapis dan tidak diteruskan saja supaya ramai orang boleh fikir banyak kali, bukannya sekali fikir seperti mana yang banyak berlaku sekarang…..tak silap nama orang tu saudara ameenummah. Rugi betul orang yang tak sempat baca tadi kerana saya nampak ada unsur-unsur ‘pencerahan’.

  25. Umar
    April 19, 2010 at 11:21 pm

    “Jika perkara tersebut tidak terpenuhi seperti pemimpin itu lemah, musayyas (alat politiking), tidak dapat menjalankan tanggungjawab dakwah yang sepatutnya, masih banyak medan amal yang tidak ditangani atau apa-apa keadaan dimana peranan kepemimpinan dakwah tidak terlaksana, sedangkan urusan muslimin semakin hari semakin menuju kehancuran, ketamakan kuffar semakin hari semakin rakus, jika terdapat pada masa itu seseorang yang independent yang memiliki kelayakan dan sokongan, tidak harus baginya mengelak dari tampil untuk mengambil tanggungjawab menyelamatkan agama dan dakwah.
    Beliau layak menerima mandat dan sokongan masyarakat tanpa perlu terikat dengan apa-apa tradisi atau tertakluk kepada mana-mana instrumen untuk memberikannya keabsahan kepemimpinan dakwah kepadanya (yakni samada disokong oleh ahli halli wal aqdi atau tidak). Kerana ia melaksanakan tanggunjawab yang wajib untuk menjaga maruah umat dan mempertahankan ketinggian agama Islam”

    Oleh itu adakah dgn kenyataaan ini memerlukan saya memberikan baiah kepada us Lah selaku ‘Mursyidul Am’ Isma?Syabas kerana telah melaksanakan” t/jawab yang wajib utk menjaga maruah umat Islam”, tetapi sebelum itu us Lah mesti ingat, sekiranya kenyataan di atas tidak tepat di sisi Allah swt, bahkan hanya ghurur dgn pendapat sendiri, tidak dapat dibayangkan dosanya dan akan menerima balasan dari Allah.(Sekiranya tidak kembali ke jalan Allah). Kerana perkara ini melibatkan individu2 lain yg ikhlas berjuang dlm organisasi dakwah.

  26. Abdullah Zaik
    April 20, 2010 at 12:05 am

    saya tak tahu pulak

  27. Abdullah Zaik
    April 20, 2010 at 12:06 am

    beri pandangan je tak payah ugut-ugut orang

  28. Umar
    April 20, 2010 at 10:46 am

    takut ke?

  29. ameenummah
    April 20, 2010 at 2:34 pm

    Salam Us abdullah, saya tak nampak pandangan saudara umar itu berbentuk ugutan. Mengingat supaya takutkan Allah merupakan satu peringatan yg mana setiap kali dalam khutbah Jumaat menjadi rukun utk khatib menyebutnya. Ugutan tu sinonim dengan belasah, bunuh dsb. Itu cuma peringatan supaya sentiasa kita takutkan Allah dalam apa saja kita lakukan dan di mana saja kita berada. Sepatutnya seorg pemimpin tidak melatah apabila dberi peringatan. Saya suka dengan cara saudara renungan2u yang ‘cool’ sahaja apabila diberi peringatan atau menerima apa saja kritikan. Bukankah saudara itu lebih layak untuk berada di tempat pemimpin paling atas?

    Dalam tulisan ustaz ttg pemimpin yang lemah, musayyas dan tidak dapat melaksanakan tgg jawab yg sepatutnya dll tu saya pun kurang setuju, sbb dakwaan itu tidak berlandaskan dalil, lebih berbentuk tohmahan semata2. Bukan caranya apabila kita rasa saudara kita(pemimpin) tidak betul, kita terus canangkan kpd umum tanpa terlebih dahulu kita dedahkan silap itu kepada yang empunya diri. Sifat seperti ini takut termasuk dalam perbuatan ‘fitnah’. Maaf ini bukan ugutan tapi peringatan. Kedua-duanya jauh berbeza. Setahu saya yg cetek ilmu agama ni dalam cara mendidik ada cara targhib dan ada tarhib. Kalau boleh sertakan dgn dalil sekali dalam menentukan seseorang pemimpin itu tidak bertg jawab, peranan kepimpinan tidak terlaksana dsb. Barulah kita ada hujjah yg kuat utk org lain turut bersandar. Itupun selepas melalui sesi perbincangan,perdebatan cara baik serta muzakarah dgn ‘pemimpin tersebut’. Saya juga dapat faham dari tulisan us itu bahawa us adalah org yg layak utk mengambil tg jawab itu seterusnya. Ini bukan satu perkara yg kecil us. Bukannya ‘kepimpinan’ ini seperti kepimpinan dalam persatuan pelajar sekolah yg boleh lantik pecat sesuka hati. Maaf sekali lagi, ini bukan ugutan tapi peringatan ikhlas dari saya yg semakin ‘cuak’ dgn ‘senario’ ini. wallahua’lam

  30. April 20, 2010 at 2:40 pm

    @umar
    Kalu ustaz Lah takut, xde lah ustaz Lah nk tulis entri ‘kontroversi’ dan release komen2 yg kadang2 x bertempat, xde hujah utk lawan hujah dan tembak peribadi.

  31. Muslim
    April 20, 2010 at 2:57 pm

    X de kerja lain ke Umar….

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan komen