Utama > Uncategorized > Kenyataan rasmi ISMA mengenai 1Melayu 1Bumi

Kenyataan rasmi ISMA mengenai 1Melayu 1Bumi

Merujuk kepada artikel yang ditulis oleh Timbalan Ketua Pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan bertarikh 20 April di dalam akhbar Utusan Malaysia, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyambut baik seruan kesatuan Melayu yang dilontarkan.

Selaku pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam, ISMA berpendapat seruan tersebut amat bertepatan dengan slogan yang dibawa oleh ISMA iaitu ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’.

Bangsa Melayu selaku penghuni asal Tanah Melayu adalah golongan yang paling berhak ke atas kepimpinan negara dan menjadi penentu rupa bentuk kenegaraan dan masa depan negara.

Atas dasar itu, ISMA melihat ketuanan Melayu wajib dipertahankan. Ketuanan yang diertikan sebagai memelihara kedaulatan, pembelaan maruah bangsa dan masa depan negara inilah yang mampu merealisasikan aspirasi politik Islam sepenuhnya.

Politik Islam harus diperjuangkan bagi menegakkan sistem yang memelihara kepentingan kehidupan manusia untuk mencapai kesejahteraan hidup dunia dan kebahagiaan akhirat.

Oleh yang demikian, kesatuan bangsa Melayu bukan sahaja akan membawa keuntungan kepada bangsa Melayu itu sendiri bahkan akan mendaulatkan agama Islam.

Ketuanan Melayu Islam di Malaysia adalah satu nilai tetap yang mesti dihormati. Ia tidak akan tercapai melainkan selepas bangsa Melayu bersatu dan kuasa politik kekal di tangan orang Melayu.

Perpecahan menyebabkan bangsa Melayu lemah dan terus ketinggalan di belakang. Jika perkara ini berterusan, kuasa politik yang merupakan kuasa tunggal yang milik bangsa Melayu akan bertukar tangan kepada bangsa lain seterusnya ketuanan Melayu Islam akan terganggu-gugat.

ISMA menyeru persepakatan antara pihak nasionalis dan Islamis khususnya dan seluruh bangsa Melayu amnya demi masa depan bangsa Melayu dan agama Islam. Politik kepartian yang tidak sihat dilihat amat merugikan bangsa Melayu. Persepakatan yang dilaungkan bukanlah bermaksud mencairkan identiti masing-masing untuk berada di bawah satu logo, tetapi persepakatan bersama dalam usaha memelihara ketuanan Melayu dan ketuanan Islam.

Bangsa-bangsa lain masih boleh menikmati kehidupan yang aman tanpa dinafikan hak mereka sedikit pun. Hal ini kerana ketuanan Melayu dan kedaulatan Islam sama sekali tidak akan menindas bangsa lain sebagai menghormati perlembagaan dan hak kemanusiaan.

Kemenangan DAP di 12 kerusi DUN Sarawak baru-baru ini dianggap sebagai kejayaan di dalam sistem demokrasi di negara ini. Ia dianggap sebagai bukti perpindahan undi Cina kepada pihak pembangkang. Jika perkara ini berterusan berlaku pada PRU 13, ISMA khuatir kedudukan bangsa Melayu sebagai pemegang tampuk pemerintahan negara bakal tercabar.

Kesimpulannya, ISMA sekali lagi menyambut baik seruan kesatuan Melayu agar kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam terus terpelihara.

“Melayu Sepakat, Islam Berdaulat”

Kategori:Uncategorized
  1. zacharias
    April 30, 2011 at 9:26 am

    “Umatku tidak akan berkumpul (sepakat) diatas kesesatan”. (HR. Asy-Syafi’I dalam Ar-Risalah)

  2. dolahjalur
    Mei 2, 2011 at 6:42 pm

    meningkatkan racisma, bukan penyelesai masalah masyarakat berbilang kaum dan agama di malaysia! malang bagi sebuah pertubuhan Islam seperti ISMA.

  3. Adam
    Mei 23, 2011 at 12:50 pm

    berjuang la atas nama islam…bukan nama melayu…jgn sebahagian2 gitu…berjuang la kerana Allah…

  4. Abdullah
    Mei 23, 2011 at 1:30 pm

    Salam Ustaz,

    Nampak pada sticker kereta ahli Isma, lukisan bayangan Hang Tuah, Hang Tuah tu ujud ke didunia ni..ada tulisan sebuat hanya mitos saja..saja raja-raja melayu upah pencerita nak ketaatan mutlak hamba rakyatnya..Wallahualam..
    stk

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan komen