Arkib

Arkib Pengarang

Kahwinkan Anak Bawah Umur

Mac 14, 2010 7 comments

Satu lagi contoh antara ribuan fenomena kesesatan yang berlaku dikalangan sebahagian umat Islam di negara ini. Gejala-gejala pelik tumbuh sepeti cendawan. Amaran Nabi s.a.w sedang berlaku. Tanda dunia akhir zaman dan kiamat sudah hampir. Sudah lahir dajjal-dajjal yang mengambil kesempatan atas kejahilan umat.

Baca selanjutnya…

Kategori:komentar

Antara Maslahah Dan Muslihah(t)

Mac 11, 2010 11 comments

Mengikut logik fikh hukum terbahagi kepada dua:

Pertama; ta’abudi yang tidak di fahami makna. Yang dimaksudkan dengan makna ialah maksud dan tujuan yang selalunya dihurai dengan perkataan maslahah. Contohnya seperti raka’at solat, kenapa Subuh dua raka’at, Zohor empat raka’at dan seterusnya tidak fahami maksud dan tidak boleh dihurai dari segi sebab dan maslahah. Ada perkara-perkara yang diperselisihkan samada boleh diketahui makna atau tidak seperti membersih dengan menggunakan air.

Kedua: muamalati yang difahami makna. Maksudnya dapat diketahui tujuan dan maksud di sebalik pensyariatan hukum tersebut dan boleh dikategorikan mengikut konsep maslahah. Seperti disyariatkan akad untuk mempastikan ketelusan dan kelangsungan dalam muamalah. Sebahagian besar hukum-hakam boleh dihurai dari aspek maslahahnya.

Baca selanjutnya…

Kategori:perjalanan

ISMA Antara Ta’sis Dan Infitah

Februari 24, 2010 30 comments

Awal-awal lagi saya ingin nyatakan bahawa kalimah-kalimah ini mungkin tidak difahami oleh kebanyakan orang. Oleh itu saya tujukannya khusus kepada mereka yang pernah melalui manhaj tarbiah tertentu khususnya tulisan-tulisan Ahmad Rashid.

Tidak semua penulis kitab haraki menggunakan istilah ta’sis atau infitah. Ta’sis dari perkataan assasa bererti pengasasan dan infitah daripada infataha maksudnya keterbukaan. Dua-dua kalimah ini menjadi istilah untuk membayangkan tabiat kerja antara dua marhalah.

Baca selanjutnya…

Kategori:fikrah

Baiah Diberi Atau Diminta??????

Februari 12, 2010 31 comments

Baiah adalah satu mekanisme tradisional yang digunakan semenjak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Ia boleh diterjemah dengan maksud janji setia antara dua pihak yang berbaiah.

Antara baiah-baiah yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w ialah baiah jihad, baiah nisa’, baiah ridhwan dan sebagainya. Diriwayatkan bahawa para sahabat juga melakukan baiah sesama mereka untuk melakukan sesuatu amalan ketaatan. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w berlaku satu lagi baiah yang besar iaitu baiah khalifah. Demikianlah beberapa contoh baiah yang telah berlaku pada zaman tasyri’ (pensyriatan).

Baca selanjutnya…

Kategori:fikrah, komentar

Qudwah Jama’i, Tanggungjawab Besar ISMA

Februari 10, 2010 5 comments

Menegakkan qudwah jama’i menjadi tanggujawab besar ISMA pada marhalah ke depan ini. Sebagaimana kita semua faham bahawa dakwah terbahagi kepada dua sudut; qauli yang kita istilahkan sebagai bayan atau keterangan dan amali yang kita istilahkan sebagai qudwah.

Baca selanjutnya…

Kategori:fikrah

KOBANNA Berjaya, Terima Kasih Untuk Semua

Februari 1, 2010 44 comments

Saya ingin merakamkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana Konvensyen Pemikiran Al banna telah berlangsung dengan jayanya. Hampir 3000 peserta telah memenuhi Dewan Seri Sarjana UNITEN.

Tahniah dan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak urustia Ust Wan dan “gengnya” yang telah berjaya megendali dan menguruskan program dengan jayanya sampai kepenghujung tanpa masalah yang boleh disebut.

Terimakasih kepada semua kepimpinan ISMA semua pringkat dan peserta-peserta yang menyokong kuat usaha-usaha menjayakan program ini. Dan terima kasih yang khusus kepada penderma dan penyumbang yang telah membantu meringankan beban tanggungan kewangan Konvensyen.

Dengan harapan Konvensyen seperti ini dapat kita laksanakan lagi pada masa akan datang. Semoga segala sumbangan dan usaha kita diterima Allah.

Sekian Terima Kasih

Kategori:Perutusan

Dua Surau Di Bakar Di Muar

Januari 22, 2010 8 comments

Tidak seperti pembakaran gereja, pembakaran dua surau di Muar disambut dingin oleh semua pihak. Sehingga kini tiada kenyataan dari mana-mana pihak sama ada parti pemerintah atau pembangkang yang mengutuk berbuatan tersebut. Begitu juga Ngo-ngo samada Islam atau kristian juga senyap seperti tiada apa yang berlaku.

Baca selanjutnya…

Kategori:komentar

Isu Kalimah Allah Dan Bakar Gereja

Januari 11, 2010 22 comments

1. Umat Islam harus peka dengan isu “pengunaan kalimah Allah” oleh akhbar kristian Herald kerana ia semata-mata penggunaan kalimah tetapi boleh jadi ada kaitan dengan program kristianisasi.

2. Ada perbezaan dengan orang kristian menyebut Allah seperti dalam ayat “kalau kamu tanya mereka siapa yang mencipta langit dan bumi, nescaya mereka menjawab Allah” dengan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan yang mempromosi akidah trinity. Ayat itu menegaskan mereka mengakui kebenaran ketuhanan Allah tetapi menjadi kafir dengan menyengutukanNya dengan benda lain. Dengan erti kata lain mereka akan mengatakan bahawa Allah ada tiga. Bukan soal Allah siapa punya, tetapi adalah soal kebenaran, Allah sendiri tidak menerima dirinya disifatkan sebagai tiga. Bahkan orang yang menyifatNya begitu dianggap kafir dan dikutuk.

3. Tindakan KDN merampas akhbar tersebut yang menggunakan kalimah Allah adalah satu tindakan yang syarie berdasarkan masalih mursalah iaitu untuk menjaga agama.

4. Dan tindakan melontar bom petrol ke gereja susulan kepada isu protes penggunaan nama Allah adalah satu tindakan yang meragukan. Siapa yang mendapat faedah dari perbuatan tersebut. Saya lihat ia lebih menguntungkan pihak gereja. Justeru saya berharap pihak polis agar membuat penyiasatan terperinci bagi mengenalpasti siapa yang bertanggungjawab.

5. Jika ia memang dilakukan oleh orang Islam yang jahil dan ikut emosi, maka ia perlu di nasihat dan di ajar tentang kaedah dakwah yang betul. Saya tidak membayangkan orang itu pengikut mana-mana orgnisasi yang makruf, sebab ia satu perbuatan yang bercanggah dengan ideologi mana-mana NGO Islam yang ada.

wallahu aklam

Kategori:komentar

Bila Usia Masuk 40an

Disember 28, 2009 32 comments

Al hamdulillah Allah s.w.t kurniakan kepada kita keinginan yang sentiasa muda. Sehingga walaupun sudah menghabisi 2/3 usia kehendak kita masih kuat dan semangat kita masih waja. Saya  rasa itu yang semua orang rasa.

2 hb Jan 2010 usia saya akan mencecah 44 tahun Masihi, saya akan masuk era 1/3 akhir dalam usia saya. Sebagai orang baru dalam usia ini saya seperti memperolehi pengalaman baru yang berbeza dengan pengalaman diusia lebih muda. Suka saya catatkan beberapa pengalaman baru yang menarik perhatian saya.

Baca selanjutnya…

Kategori:komentar

Merumus Pendirian Politik Berasas Maqasid Syarak

Disember 22, 2009 8 comments

Maqasid ialah tujuan disebalik pensyariatan satu-satu hukum. Satu kaedah yang masyhur menyebut, “urusan itu dinilai berasakan maqasidnya”. Maqasid perkatan banyak bagi maqsad. Saya harap kita semua tahu serba sedikit tentang feqah maqasid ni supaya saya tidak perlu menulis muqadimah panjang dan dapat terus kepada idea yang saya nak lontarkan.

Baca selanjutnya…

Kategori:fikrah